Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, 21 October 2011

Friday, 7 October 2011

Seaview from the hill

IMG_1924-1

 

IMG_1976

kurakamkan pemandangan ini menggunakan kamera telefon bimbit sahaja. Kuabadikan untuk mencari kedamaian hati. Perantauan membuka mata akan sekeliling kita. Betapa susah ditempat sendiri, lagi susah bila kita menjadi dagang ditempat orang. namun rintangan bukan halangan untuk meneruskan perantauan. Terima kasih ya Illahi memberikan kekuatan

Friday, 26 August 2011

Majlis Khatam Al-Quraan

IMG_1618

Kelmarin, Jabatanku mengadakan majlis Khatam bagi pegawai dan kakitangan kami. Kali ini ia diadakan lain daripada tahun yang sudah-sudah. Hasil fikiran dan nikilan minda, Pengarah Jabatan bersetuju dan berkeinginan kali ini diadakah di kediaman beliau sendiri. dan Aku selaku setiausaha bersama pada majlis itu bersyukur majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah

Harap kegiatan yang berkat ini akan dilaksanakan setiap tahun dengan cara, pemikiran dan sistem yang baik lagi. Tahniah kepada para Pegawai dan kakitangan yang berjaya menyudahkan pembacaan mereka ( Al-Quraan ) pada Ramadhan tahun ini. 

Tetamu Kehormat majlis adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan.

IMG_1615          IMG_1620

 

IMG_1621           IMG_1616

Monday, 11 July 2011

Hari Lahir Mu - Zawir

8 Julai

Hari lahir anak lelaki ku..

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buat Mu…

Restoran d’Season

IMG_1466 IMG_1467 IMG_1468

Menikmati menu yang ada.. Aiskrim sudah setentunya dinikmati sebagai penutup makan..

IMG_1469 IMG_1470

Menyambut hanya seluarga kecil kami..

IMG_1471

Semoga menjadi anak yang soleh, pintar, hormat ibubapa, sehat selalu dan berjaya dunia Akhirat.. Amin

 IMG_1474

“Close your eyes, make a wish..”

IMG_1483

We all Loves you, Mohd Zawir..

Tuesday, 28 June 2011

Vietnam lagi…. June 2011

Untuk sekian kalinya..aku datang lagi ke Vietnam. Pertama kali bersama abangku bagi mengambil gambar suasana di Vietnam. Kali kedua bersama keluarga dan teman. Sekadar untuk riadah dan melawat tempat-tempat yang menarik dan membeli belah. Dan kali ini, aku mengikuti teman untuk belajar dan mengetahui bagaimana mereka melaksanakan perniagaan mereka. Ku belajar dan banyak yang di perolehi. Dimana dan bagaimana untuk memborong. Bagaimana menguruskan barang yang banyak, menguruskannya sewaktu di lapangan terbang, memasukkan barangan tersebut dinegara sendiri. Mengetahui barangan yang ada nilai komersial apabila diniagakan di tempat sendiri. Keberadaanku disana tidak lama cuma 3 hari 2 malam sahaja.  Sebelum ini, jika membeli di Benh Than Market, ku hanya melihat dan ada tawar menawar sahaja, ini kerana membeli bukan dengan borong. harga memang akan berbeza jika membeli secara borong. Seperkara lagi. Kita hanya perlu memilih apa yang kita hendak, dan kedai tersebut akan menghantarnya ke hotel kita secara percuma, tanpa susah payah kita membawa kemana-mana. Itu antara kebaikkanyya di Vietnam. Dan ku pasti di negara lain juga namun ada bayaran mungkin. Ketika asyik melihat tersebut , aku terlupa untuk mengambil fotonya.

Makanan pula, jika dulu ku hanya 1 mengetahui restoran halal sahaja. Iaitu restoran 4 season yang dimiliki oleh orang yang beragaman Islam dari Champa. Terdapat banyak lagi restoran-restoran halal yang lainnya. Namun terpulang pada harga yang ditawarkan oleh sesebuah restoran itu. sebagai contoh seperti restoran Bombay, yang dikendalikan oleh India Muslim. Harga berpatutan dan masakan kari juga ada. Goreng dan sebagainya. Tidak kekok kita memilih menunya. Malah sewaktu kami menikmati jamuan di sana, warga Eropah jua makan di situ. Masakan sedap dan pedas. Sepanjang berada di Vietnam, Jika hendak makan, maka di situlah destinasi kami sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Untuk menuju resoran ini mudah sahaja, Cari masjid dan ia terletak berhadapanan dengannya.

.IMG_1194 Ini adalah restoran halal yang ada berdekatan di sekitar masjid tersebut.

IMG_1195 IMG_1196 IMG_1197

Manakala tempat tinggal (hotel juga ada berdekatan dengan Benh Than tersebut. Harga yang ditawarkan juga mudah dan keadaan bilik juga selesa. dianggarkan dibawah USD$100.00

IMG_1205

IMG_1198 IMG_1199 IMG_1200

Suasana hotel diwaktu malam di kala sendirian… dari tingkap bilik kecilku..dekat sangat dengan kedai.

 IMG_1202 IMG_1204 

Sempat merasa sotong bakar. enak dan rangup….

Hari terakhir terpaksa awal bangun untuk pergi kelapangan terbang dan pulang ke tanah air.

IMG_1209 IMG_1210

Baranganku tidak banyak, namun beg barangku rosak dan koyak. Tidak tahan kualitinya atau juga mungkin kerana sarat dan berat..

Cutiku masih berbaki…perjalananku seterusnya adalah Indonesia…selaku Backpackers…………Jumpa lagi

Sunday, 12 June 2011

Dalam entry status Facebook

Beginilah antara komen-komen para teman untuk mengisikan ruangan komen di statusku…status ini dibuat ketika aku berada Kuala Lumpur baru-baru ini.. 10/6/11 – sampai ke Bukit Bintang daripada singapore menggunakan bas pada jam 4.40 pagi.

Dah sampai daah kat bukit bintang...kena tukar slang lagi la nie...wei apa hal lu brader...wa ok
  • Pedang Alam Ghaibku :
    • tumpang tanya.. Kat mane tempat berkemih..?”
    • Berkemih - kencing

  • Mohd Yardi Haji Ya'akub
    • Bang, Air sikoi satu!!! Hahaahhahah... Panaslah kat bukit bintang ni.. Ayuh kita berlimbu..!!! Tinggi sangatlah bukit bintang  ni...hijab saya!!!!
    • Sikoi – tembikai
    • berlimbu – berlindung dari panas
    • Hijap - Takut

  • Masliza Talib
    • kirim salam kat artis2 yg awak kilale ye...
    • Kilale - Kenal

  • Zamy Phoenix

    • “Adui apee nie banyaknyer kuyuk-kuyuk berleri”
    • Kuyuk-kuyuk – anjing-anjing
    • berleri ( berlari - tiada perubahan, cuma cara sebutan mengikut gaya orang KL )
  • Jaafar Fizah
    • “Di mana toilet bang? saya nak terkamih lah?
    • Terkemih - terkencing

  • Jaafar Fizah
    • “Kadang2 saya ayong la dengan keadaan kota ini”
    • Ayong - pening

  • Max Koey
    • ‎"Cik...kat sini tak bari ijap ke tukar usin, nanti ada org membuyuk. Susah saya nanti nak menguyung org tu kalau dia lari. Saya pernah menguyung orang jahat tapi tak dapat sebab dia meniang pagar sebelah. Tapi tak apa lah, saya masih ada duit pacah untuk hari ani. By the way pakcik, kalau saya beliun di sana boleh tak atau saya mesti gostan ikut jalan sini?"
    • Bari ijap – memberi takut
    • Usin – duit
    • Membuyuk – menipu
    • Menguyung – mengejar
    • Meniang – memanjat
    • Duit pacah – Duit syiling
    • Beliun – berpusing
    • Gostan - berundur

  • Zamy Phoenix

    • Pelayan restoran: bang nak minum apa?

    • Zamy: Ok I nak aing tihi campur susu.
      Pelayan restoran: apa bang?????   ( ku tersenyum ja, mengibur hati d awal pagi...)

    • Aing tihi – air teh

  • Mohd Yardi Haji Ya'akub
    • “Jauhlah saya jalan kaki..dari sini hinggan nuhun tu!!! “
    • Hinggan nuhun – hingga situ

  • ALeeakbar Hg
    • ‎"Encik, tumpang tanya, dari Bkt Bintang ke KLCC jauh hantap kah? Boleh jalan batis ke sana?"
    • hantap – sangat
    • batis - kaki

    Mohd Yardi Haji Ya'akub

    • Merah sangat lah dik... Merah menala begini tak mahu lah... Nak yang cawir-cawir usul dia...”
    • Merah menala – merah yang sangat kuat
    • cawir-cawir - sederhana

  • Mohd Taib
    • bang zamy, hati2 berjalan yer... jgn sampai terkulipit bila naik tangga rumat urut nanti...”
    • Terkulipit - tersandung

  • Masliza Talib
    • hahaha, korang nie.. Asyik nak beceli saja dari tadi. Tepakai saye mbacenye.
    • beceli ( bercali ) - bergurau ( bercali - tiada perubahan, cuma cara sebutan mengikut gaya orang KL )

  • Zamy Phoenix

    • Dik saya nak warna yang tu..
      Warna pa bang?
      Tu kat sana yang warna pacah talur tu...
    • warna pacah talur – seperti warna oren

     

    Sekadar hiburan, kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kisah ini hanyalah khayalan belaka, umpama hendak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Namun berlaku kesilapan ketika menggunakan gaya bahasa tempat kita berada sebab terbawa-bawa dengan kebiasaan penggunaan bahasa sendiri. Di atas adalah beberapa istilah bahasa Brunei yang lazim digunakan. selamat membaca lagi sekali..

  • Tuesday, 31 May 2011

    Seminar MIB

    MIB – Melayu Islam Beraja

    IMG_4241

    Falsafah Negara Brunei Darussalam yang mempunyai 3 unsur penting bagi menjamin keutuhan, sustainabiliti, keamanan agama, politik, budaya bahkan ekonomi. MIB ini juga merupakan penghayatan kearah gaya hidup bernegara. Dengan berlandaskan falsafah ini, semua aspek kehidupan boleh menjadi rujukan. Melayu boleh dirujuk kepada budaya yang berasaskan kepada KeIslaman, dan kekuatan Islam ini dijamin oleh sistem beraja.

    Entri kali ini, ku tidak akan menyentuh mengenai apa yang dimaksudkan MIB secara keseluruhannya. Sudah seringkali perkara ini dibincangkan bahkan telah dihayati oleh segenap rakyat. Telah diaplikasikan dalam silibus persekolahan bahkan hingga ke peringkat Universiti di Universiti Brunei Darussalam. Dalam profesionalisma juga telah diterapkan iaitu dalam tajuk etika kerja.

    pada bulan lepas, ku telah menghadiri satu seminar yang kurasa sangat berbaloi. Ini kerana, para menyampai kertas kerja terdiri dari ketua-ketua kementerian atau Jabatan. Para setiausaha tetap telah membentangkan kertaskerja yang rata-ratanya membincangkan mengenai halatuju MIB dalam Kementerian, cabaran dan tindakan kearah mengaplikasikan dan menghayati konsep MIB ini. Antara lain adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan beberapa lagi.

    Sebanyak 19 resolusi telah dirumuskan dan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Majlis Melayu Islam Beraja Brunei.

    Kita Selaku rakyat berasa amat bersyukur kerana berada didalam negara yang aman makmur dan berada di negara yang Baldatun Toyibattun Warabbun Ghafur…negara yang aman sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah..

    Tuesday, 5 April 2011

    Badminton - Beraksi

    Setelah sekian lama tidak bermain sukan ini, akhirnya malam ini aku cuba memulakan untuk bersukan. Kali ini badminton menjadi pilihan. Kasut sudah tersedia, raket dan kelengkapannya sudah ada sedari dulu. Sudah lima tahun ku rasa aku tidak bermain badminton. Dan tadi, ku hanya bermain sekadar untuk kesihatan sahaja, mengeluarkan peluh sambil membuat pergerakkan badan dan tangan. Cuma berbeza dari dulu, pergerakkan ku terbatas, ku khuatir akan cedera lagi. Lutuku memang sudah mengalami cedera untuk beberapa kalinya. Memang sakit dan susah untuk bergerak.

    Apa yang ingin ku kongsikan adalah aktiviti sukan dan motivasinya. Ku beli kasut sukan ini, sekadar untuk mengambil mood sukan. Kasut untuk berjogging juga sudah ku sediakan, entah bila agaknya mood berogging ini akan bermula. badan sudah semakin lemah bila tidak bersukan. Kerja hanya duduk menghadap kertas kerja dan komputer. Kurang pergerakkan. Ini juga boleh menyumbangkan kepada penyakit-penyakit lain sebagai contoh ‘penyakit malas bergerak’ ini disebabkan sudah selesa duduk dan terbiassa dengan rutin kurang bergerak. tidak kurang juga sindrom kesan selalu menghadap komputer. Memang sekarang ini, banyak kerja yang menggunakan komputer. Itu ku akui dan ku akui juga semakin kita menghadap kerja yang yang kurang pergerakkan maka semakin itu juga kita akan semakin malas. Sambil minum munuman panas dan kuih atau makanan ringan. memang sedap. Aktiviti sukan ku ini, ku harap akan berkekalan dan perpanjangan demi menjaga kesihatan. Akan ku laratkan juga kepada seluruh ahli keluargaku. Amalkan gaya hidup yang sihat.

    Semoga dengan adanya sukan ini, badanku akan bertambah sehat dan berstamina serta boleh mengurangkan penyakit-penyakit yang ada. Mengurangkan kolestrol, darah tinggi dan kencing manis adalah yang hendak dicapai. setakat ini aku tidak mengalami penyakit tersebut tetapi akan cuba dihindari dari menyerang.

    Bermain 2 set bagi ku cukup dahulu buat permulaan. jangan terlalu mengikut rasa seronok bermain, ku harus berhati-hati demi menjaga keadaan lututku. bila bermain placing atau net memang aku kalah. tak mampu untuk mengejarnya.

    Sekarang sudah masa untuk tidur, dan ku rasa tidurku akan nyenyak……..ZZzzzzzzzzzzz

    Badminton GADGET

    Raket : Wilson,    Kasut: Dunlop     Stokin: Donny      Shuttlecock: Ashway     Kneeguard: Star

    Sunday, 3 April 2011

    Riadah Kewangan – Perlawanan Bowling

    Tahun Kewangan : Biasanya merujuk pada tarikh 1 April hingga 31 Mac.

    Pada tahun ini, Riadah kewangan dianjurkan oleh Bahagian Kewangan tempat ku bertugas. Acara dirancang dan merupakan trial @ percubaan kepada aktiviti yang lain. Acara seumpama ini dihasratkan untuk mengeratkan antara kakitangan dan juga tujuannya yang khusus adalah bagi menghargai segala usaha dan kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun Kewangan 2010/2011.

    Pertandingan Bowling bagi acara riadahnya dan majlis kesyukuran adalah hari penghargaan. Kumpulanku hanya mendapat tempat kedua daripada 5 kumpulan. Perlawanan berjalan dengan lancar dan kebanyakkan pemain menunjukkan semangat keintiman dan perlawanan yang posotif. Diselangi dengan gelak ketawa bila melihat gelagat yang mampu menumbangkan pin Bowling penuh, ada juga insiden yang mengelikan hati bila dengan yakin cuba untuk mengelongsorkan bola tiba-tiba bolanya terlepas dan tergelongsor ke belakang. Tidak kurang juga dengan gelagat yang lucu bila bola hanya mengelongsor ke tepi ( longkang ). Namun semua merasa gembira. Sekurang-kurangnya melepaskkan rasa tekanan kerja sewaktu bekerja.

    Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang, hadiah, tenaga dan buah fikira demi untuk merealisasikan acara Riadah Kewangan ini.

    IMG_3873-a

    IMG_3881

    IMG_3879

    page1 page2-Group

    Sunday, 27 March 2011

    Hasil Kerja

    Waktu pagi sebelum hendak berangkat kerja, kelihatan sekumpulan pekerja mengali lubang longkang yang ditimbusi oleh tanah. Memang patut kerja-kerja pembaikkan ini dibuat. Ini disebabkan apabila hujan turun, jalan raya selalunya akan digenangi oleh air. Walau tidak seteruk mana, namun rasa kurang selesa ditambah lagi jalan raya yang berlopak. Ku ucapkan tahniah kepada Pejabat daerah atas usaha ini.

    Pekerja tersebut sempat ku sapa dan ku tanya hendak dibuang kemana tanah-tanah yang digali itu. Jawapan ada pada gambar. Namun ku sarankan agar dibuang jauh ke tengah agar tidak susur semula ke longkang. Jika berlaku akan sia-sia sahaja usaha tersebut. Mereka akur dan berjanji akan melakukannya agar tidak susur. Ku harap selepas ku pulang dari kerja, janji dan kerja yang mereka usahakan adalah berbaloi sebab, kerja-kerja tersebut ku yakin berbayar atas sebab perkhidmatan samaada melalui tawaran atau sebutharga ( terpulang pada harga perkhidmatan ).

    Namun apa yang dikata, dijanji hanya tinggal begitu sahaja. Dimana harga perkhidmatan tersebut? dan hingga hari ini, aku tidak jumpa lagi pekerja-pekerja tersebut. Tidak adakah peneliti melihat hasil kerja sebelum pembayaran? dan ingin juga rasanya mengetahui berapa harga perkhidmatan dan kontrak dalam perkhidmatan tersebut? adakah cukup untuk digali lobang longkang atau perkhidmatan pembersihan longkang dan sekitarnya?

    Awda boleh membuat penilaian sendiri pada gambar bawah ini……

    longkang1

    Bukan untuk mengadu atau untuk memburukkan sesiapa namun sebagai rakyat, kita juga berhak untuk menjimatkan peruntukkan yang digunakan sesuai dengan konsep ‘Value for Money’… Semoga perbelanjaan yang digunakan disalurkan dengan sebaik-baiknya.

    Terbaru:

    Sekarang ini, bila dilihat hasil kerja mereka adalah licin dan teratur. Ini disebabkan tanah-tanah yang digali telah dipindahkan ke tempat lain. Mereka telah memunggah tanah-tanah tersebut. Tahniah dan terima kasih atas kerja-kerja yang baik.

    Sunday, 20 March 2011

    Ole-oleh dari Bandar Miri, Serawak.

    Berlibur sekejap di Bandar Miri, Serawak.

    Tujuan sekadar jalan-jalan sambil membeli mana-mana yang diinginkan. Bersama keluarga dan ipar-iparku.Ku ingin memperkenalkan tempat makanan melayu iaitu restoran Selera Rasa Segar. Menu utama adalah Nasi lemak. Memang sedap dan pedas. Ku diperkenalkan oleh temanku. sekarang ku bawa keluarga dan teman-temanku bila kami datang ke Miri. Harga sederhana dan terpulang menu yang kita pilih. Bagi ku, aku makan nasi lemak ayam percik dan harganya RM$ 10.50. Memang sedap sebab rasa nasi lemaknya memang diutamakan oleh si pemilik restoran ini., Jarang kami lihat kosong, tentu ada saja pelanggan yang duduk makan. 

    IMG_0888 Menu: Nasi lemak, Ayam salai Percik, Telur mata Lembu, Daging masak rendang dan sambal. Memang agak Popular dikalangan orang-orang Brunei restoran ini. Dulunya jika datang Miri, makan tengahari pasti makan d KFC, Sugarbun dan sebagainya. Nah sekarang cuba lah.

    Disamping hendak makan, ku tidak melepaskan peluang untuk membeli kasut sukan. Hajat hendak membeli sudah lama bila kasut dahulu sudah usang. Kasut untuk berjogging dan dan kasut khas untuk bermain badminton. Niat hendak bersukan sudah ada, dan peralatan pun sudah tersedia. Cuma bila lagi ada masa untuk merealisasikannya. Motivasi barang baru. Ku harap-harap semangat sukanku akan meningkat semula seperti dulu. Semenjak cedera pada lutut, ku rasa keterbasan untuk bersukan. Seingat aku sudah 8 kali ku mengalami cedera pada lutu. Bermula dari bermain bola, badminton, silat, tarik kalat dan akhirnya bila hilang kawalan imbangan badan sewaktu berada dipermukaan yang tidak rata. Lutut sakit dan membengkak. Syukur bila sembuh semula dan pulih seperti biasa. Memang sengsara rasanya. Kaki bersimen, berjalan pun sakit, apatah lagi untuk membengkokkan kaki.

    Mudahan kali ini ku dapat menjadi ahli sukan semula walaupun tidak sepantas atau berstamina seperti dulu. Cuma sekarang bersukan untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.

    IMG_3595

    Rancangan bersukan selepas waktu bekerja atau sebelah malam. Jogging dan kemudian bila badan sudah menerima keadaan bersukan barulah dilaratkan kepada sukan badminton. Sudah berhabuk peralatan badmintonku. Bersukan harusku mengawal pergerakkan ku sekarang agar tidak cedera lagi. Mudahan.

    Wednesday, 16 March 2011

    Hari Ulang tahun IBUBAPA/ MENTUA/ NENEK

    Rancangan berjaya, Rancangan ini sebetulnya bermula dari abangku mengenai hasratnya mempelawa makan malam sempena meraikan ulang tahun kelahiran ibu bapa kami. Jamuan makan malam semua ditanggung oleh beliau. Kami adik beradik yang lain diberi mandat untuk mengusahakan kek hari lahir. Semua sudah sedia. Kakaku menerima mandat tersebut. Manakala aku pula mengusahakan hadiah kejutan. Adik beradik telah bersetuju dengan cadangan. maka bermulalah misi untuk membuat kejutan. Ku hubungi seseorang untuk menghantar hadiah yang dibeli.

    Ku berpakat dengan pemborong agar menghantar pada alamat yang ku berikan. dan ku hubungi adikku yang berada di alamat tersebut agarr memastikan mereka berada dirumah. Akhirnya pemborong sampai dan hendak memasang hadiah tersebut. Ayahku berkeras agar jangan dipasang sebab beliau tidak membelinya atau tidak pernah memesan untuk dipasang. Pemborong menjalankan tugas dengan baik. sebab sebelum ini, aku memesan agar jangan beredar jika disuruh pulang oleh orang tua ku. Pemborong hanya mengatakan mereka menjalankan amanah dari seseorang yang mereka tidak ketahui. Pemborong telah menerima pembayaran dan diarahkan untuk tindakan selanjutnya. Akhirnya ayahku akur tetapi dengan tegasnya beliau tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara tidak diingini berhubung dengan pemasangan itu.

    Pada sebelah malam, acara makan malam berjalan seperti biasa. Bermesra, jenaka, menikmati jamuan. Menu pun sedap. Ku lihat wajah kesayangan kami nampak ceria dan gembira. Melihat anak-anak berkumpul bertemu kesemua cucu. Mungkin terubat rasa rindu mereka. Sekali lagi kejutan dibuat apabila ada 2 kek harijadi dihadapkan pada mereka. Lagu dinyayikan oelk semua anak dan cucu mereka. Sungguh terharu. Acara meniup lilin dan suap menyuap berlaku. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

    Menu terakhir diumumkan iaitu steamboat ( shabu-shabu ). Memang enak dengan sup dan bahan-bahannya. Akhirnya diumumkan bahawa berlaku perkara yang diluar jangkaan ibubapa kami pada waktu paginya. nah sekarang barulah mereka yakin bahawa semua kejutan pada pagi itu adalah rancangan kami adik beradik. nak tahu apa? inilah yang kami hadiahkan. Sebermulanya adalah hasrat ibubapa kami untuk memilikinya semula apabila yang dulu milik mereka telah tidak berfungsi lagi, sekarang kami cuba merealisasikan impian mereka.

    IMG_0871 Walau sederhana namun mempunyai impaknya. Gaya dan cara kami membuat kejutannya juga meninggalkan kesan. Niat baik insyallah ada keberkatannya.

    Berikut sekitar majlis tersebut “ Keluargaku kehidupanku”

    IMG_3332 IMG_3334  IMG_3361 IMG_3335 IMG_3406IMG_3374

    Semoga Kedua ibu bapa kami sentiasa sehat dan dirahmati Allah…Amin

    Teguranku

    Disalah satu kawasan membeli belah. Ku hairan tempat meletak kereta dihalang dengan penyimpanan kerusi. Mujur ada tempat letak kereta kosong ku jumpai. Hasrat untuk membeli sedikit keperluan. sewaktu menuju kedai yang dituju. Ku lihat ada perkara yang menarik perhatianku untuk mengetahui. Setelah selesai belian, aku pun bertanya kepada beberapa pekerja yang memunggah barangan mereka.

    Pertanyaan ku hanya muda, adakah tempat meletak kenderaan ini diperbolehkan untuk memasuki kawasan kaki lima? Pertanyaanku seperti angin dan mereka hanya tersenyum. Bila ku keraskan pertanyaanku semula, barulah mereka ( lebih kurang 7 orang ) rasa tersentak dan gelabah untuk menjawab soalan. Salah seorang daripada mereka cuba untuk menjawab soalanku, dengan mengatakan mereka hanya simpan barang. Ku tanya adakah boleh memasuki kawasan kaki lima? dan ku nyatakan laluanku terhalang. Selepas itu ada pemandunya seperti marah-marah dan menutup dinding kenderaannya. Ku tanya kenapa tutup dengan kasar? Tiada jawapan dan ku cuba panggil pemandu tersebut. Barulah ada supervisor datang menjumpaiku dan meminta maaf. Ku hanya orang biasa dan tidak mahu sesuatu perkara dibuat sesuka hati tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

    Ku hanya meminta kepastian, jika memang boleh dan dibenarkan, aku ingin meminta kepastian sebab aku juga akan meletakkan kenderaanku pada tempat yang sama untuk menyimpan barangan belianku nanti. Jika memang dilarang dan ada dalam syarat maka mengapa perkara ini dilihat remeh oleh mereka? dan ku kesalkan mengapa tiada individu yang menegur perkara ini?

    Memunggah dengan cara membalingkan dari atas kenderaan dan disambut oelh temannya dibawah. Jika ketika itu ada orang yang melintas, dan berlaku perkara yang tidak diingini, adakah akan ada sikap bertanggungjawab atau hanya sekadar meminta maaf?

    Awda lihatlah dan pikirkanlah..mungkin aku terlalu sensitif mengenai perkara ini dan mungkin juga perkara ini tiada menjadi masalah.

    Peniaga lain ada juga yang berniaga dekat kenderannya, tidakkah perkara ini menjadi gangguan pada mereka?

    IMG_0865a

    Tuesday, 15 March 2011

    I won a big sum $$$

    Got a message via phone..indicate that i won a lottery… My question is, Since when i’m involve with lottery?

    How they managed to get my number? Is there any systems that may block those spam?

    If this for real..i will become a short term wealthy man..….

     

    IMG_0864

    Monday, 21 February 2011

    Jadilah diri kita sendiri ( Be Ourself )

    Entry kali ini ku khususkan bagi mereka-mereka yang selalu beranggapan bahawa bodek ketua / ampu atasan adalah jalan terbaik untuk maju.

    Tidak semua perkara tersebut boleh melunakkan ketua. lebih-lebih lagi jika atasan tersebut memang berpengetahuan luas dalam etika kerja. dan juga tidak akan mendatangkan kesan jika yang diampu tersebut jenis tak masuk ampu. Kisah ini sering ku lihat dimana-masa tempat kerja. tidak kiralah sektor swasta ataupun pejabat-pejabat kerajaan. Fenomena ini sukar dibendung sebab modus operandinya memang licik dan teratur. Ada dengan menunjukkan kerja yang baik depan ketua, padahal yang bertungkus lumus mengerjakan tugasan adalah teman sejawat atau kakitangan. Ada juga dengan menjarumi ketua dengan kata-kata pujian dan menjatuhkan orang lain. Terpulang kepada individu tersebut untuk merealisasikan impiannya. Namun perlu diingat, sesuatu yang diusahakan dengan cara dan niat yang tidak betul akan memakan diri sendiri dan tidak akan bertahan lama.

    Pernah suatu ketika dahulu, apabila aku diberikan tugasan secara total. Arahan diberi kepada ku untuk menerajui satu perkara. Alhamdulillah ku usahakan dengan terbaik ku mampu. Cuba membuat pembaharuan dan kemajuan. Namun dipandang serong. Sewaktu melaksanakan tugas, aku jarang berjumpa dengan atasanku untuk mengatakan masalah, segala masalah akan cuba dirungkai bersama komiti ku. Permohonan selalu dipersetujui. Ini yang mungkin ada yang disalah anggap oleh yang lain. Desas desus mengatakan aku kaki ampu. Akhirnya aku temui sendiri sumber yang menyebarkan propaganda tersebut. Ditanya masalahnya denganku dan ku terangkan tujuanku bekerja, ku terangkan perincian tugasanku. Dan dengan rela hati akan diserahkan tugasan tesebut jika beliau mahu. Namun ditolak dengan alasan tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ku pegang. Tidak sanggup akhir balik dari kerja, tidak sanggup mengeluarkan duit sendiri, tidak sanggup menyelesaikan masalah yang timbul. dan akhirnya tidak sanggup membuat perancangan dan program. Memang geram berhadapanan dengan jenis manusia yang hanya tahu melihat luaran tanpa menyelidiki hakikatnya. Umpama hanya menilai cawan yang indah tanpa mengetahui rasa minuman tersebut. Bagi ku manusia jenis ini memang jijik dan akhirnya ku ketahui dari cara pergaulan dan tuturkatanya yang beliau memang mahukan kuasa dan pangkat. Serta merasa cemburu kerana kurang dipercayai dalam melaksanakan tugasan tambahan. Aku akur namun sempat ku bepesan dengan tegas bahawa “Aku bekerja dengan niat baik untuk kehidupanku, dan jangan sesekali diganggu tebuan dalam sarang, dan jangan sesekali dibanguni harimau yang sedang enak tidur”. Akibatnya aku diboikot dan ditabur fitnah yang bukan-bukan. Itulah antara bahana dan bahayanya jika dalam kelompk kita ada yang kaki ampu. Dan bagiku, aku cukup pantang dengan manusia spesis begini. Kepada kakitangannku juga ku nyatakan tidak perlu aku untuk diampu atau bodek. Sebab tiada kuasaku untuk memberkan kredit lebihan.

    Jadilah kita sebagai diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan arus kehidupan kita, bukan orang lain. orang lain hanya sebagai peransang, motivator, contoh , pencetus semangat, tempat belajar dan juga tempat kita menilai. Yang penting adalah pengetahuan dan pengalaman kita. Tidak tahu biar bertanya agar tidak sest, bertanya tidak semenstinya kita bodoh dan hina. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin merendah diri. jangan seperti tin kosong yang hanya tahu bersuara tetapi hakikatnya tiada apa-apa. Sesekali biarlah kita menjadi watak antagonis/pembangkang demi untuk kemajuan dan kejayaan. Jadilah kita sendiri dengan identiti sendiri. Mana yang kurang harus ditambah, yang terlalu lebih harus dibatasi dan diimbangi.

    Terakhir aku berjumpa dengan kaki bodek adalah kemarin dan terasa meruap melihatnya. Masyallah…Aku tidak mengatakan yang aku adalah baik ataupun yang terbaik, pintar atau banyak kebolehan..Aku adalah aku yang masih belajar erti kehidupan…

    Jadilah kita sebagaimana kita dengan keyakinan…seperti gambar dibawah ini….( gambar ini ku muat turun dari sesawang siber, kredit kepada yang empunya gambar-ku ubahsuai sedikit)

    Courage cat Seekor kucing yang melintas dihadapan sekumpulan anjing yang nampak garang. Hanya diperhatian tanpa diganngu. Kucing yang mempunyai wibawa akan digeruni oleh yang lebih berkuasa. Begitu juga kita, jika kita melaksanakan tanggungjawab dengan lurus, kita juga tidak mustahil akan digalati / dihormati oleh atasan kita. Semoga kita beroleh manfaat. Dan sama-samalah kita berusaha kearah kebaikkan…

    Bekarih, Bejarih dan Belurih ( Berkesanggupan, usaha kental, kejayaan)

    Monday, 3 January 2011

    Cuti oh Cuti

     

                                  IMG_0127      

    Cuti hujung tahun sudah selesai. Masuk tahun baru bermakna melangkah lagi ke suasana yang baru ( walau hakikatnya suasana tetap sama ). Lembaran cerita pada 2010 menjadi kenangan dan hari-hari mendatang pada 2011 adalah perancangan. Rancangan yang bernas, sistematik akan menghasilkan keputusan yang baik.

    IMG_0643[1]          IMG_0360

                                          IMG_0653[1]

    Bagaima dengan Cuti Awda? Tentu diisi dengan melancong ke negara luar. Ataupun cuti dalam negeri sahaja dan melawat keindahan dan mengenali negara sendiri dengan lebih dekat lagi. Jika Dulu, bila cuti sekolah, balik kampung adalah perkara utama. Melawat nenek, berjumpa dengan sanak saudara, sepupu dan sebagainya. Itu suasana dulu, sekarang ini ramai yang memilih untuk berkunjung dan melancong. Negara padang pasir, Eropah, Asia, Indochina dan tidak kurang kurang ke Amerika latin. Ini diketahui kerana ada teman-teman sudah membuat perancangan dan menempah tiket penerbangan lebih awal. Mengumpul wang sedari awal tahun. Dan insyallah perkara ini juga akan ku usahakan untuk cuti-cuti yang mendatang. Menabung untuk keperluan keluarga dan sebagainya.

    Cuti oh cuti, terasa pendek masa berlalu….

    Tahun ini ku harap projeksiku akan membawa hasil. Ku harap semua berjalan lancar. Dan ku harap akan lebih tabah mengharungi semua rintangan. Cuti yang indah dan seronok akan membawa kenangan manis, tidak kurang juga cuti yang menjadi memori buruk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.

    Tahun ini keluargaku melancong ke Vietnam. Terasa seronok bersama keluarga walau ada sedikit ganguan kesihatan anak perempuanku. Memberikan mereka pengalaman melihat negara yang sebelum ini tidak mereka terbayangkan. Melihat sendiri betapa giatnya rakyat sana untuk meneruskan hidup. Semoga itu menjadi pendorong mereka mengenal erti kehidupan walau usia mereka masih kecil. Melentur buloh biarlah dari rebung.