Saturday, 6 February 2010

Brunei Panorama

 IMG_0276 IMG_0297IMG_0342IMG_0286 IMG_0282 IMG_0345 IMG_0290IMG_0359IMG_0373IMG_0372 IMG_0335

Pertama kali melihat Bandar Brunei dari sudut atas. Dengan angin yang bertiup memang menggerunkan hati dan bila melihat kebawah, memang tidak disangkal hati terasa kecut. Namun dengan pemandangan yang indah membuatkan merasa seronok untuk merakamkan beberapa foto bandar Brunei. Kampong Ayer, MAsjid Omar Ali, Kedai-kedai dan bangunan-bangunan yang terbina, menunjukkan Negara kitani sedang menuju arus pembangunan. Tidak mustahil Bandar kita akan berubah rupa lagi dengan adanya insfrastruktur dan binaan yang mendatang.

Tuesday, 2 February 2010

Wonderful and Spectacular Photos

Pic from Emails

Cahaya Misterius di Utara aurora

Sinar Aurora Borealis yang "indah" di langit Alaska (ujung utara Amerika, dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat perlanggaran partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfir bumi. Warnanya yang paling umum ada dua, hijau dan merah dan dapat dilihat pada waktu malam. 

Gunung Tungurahua, Ekuador

gunung Tungurahua

 Di suatu tempat di puncak dunia.

himalaya

Gambar diatas, adalah puncak Himalaya Tibet. Ini adalah titik tertinggi di seluruh Planet Bumi. Dengan foto dan cahaya seperti ini Himalaya kelihatan seperti sebuah tempat di planet lain.

International Space Station, ISS Internasional Space Station

Para astronot sedang berada dalam misi STS116 di Stasiun Ruang Angkasa Internasional, ISS, 3600 km diatas Selandia Baru. Pemandangannya memang spektakuler.


Rekreasi di Ujung Dunia Salji air

Berdayung santai di laut Arktik yang sejernih kristal (tapi dingiiinn). Artik adalah wilayah di Kutub Utara bumi (dari Bahasa Yunani yang berarti Beruang).

Kuberharap akan dapat merakamkan beberapa keping foto yang indah dan unik. Mencerminkan estetika alam yang penuh dengan cerita dan kebesaran Illahi yang menciptakannya. Setakat ini, gambar2 diatas cukup membuatkan ku teruja.

Kun Fa Ya Kun – Maka jadilah apa yang dikehendakiNya.

Maha Suci Allah. Jika Foto diatas ini pun diolah melalui perisian yang yang cangih, masih juga ku teruja dengan akal fikiran manusia yang telah menuju imaginasi tersebut.

Monday, 1 February 2010

1st Bithday in d Famili 2010

30 Jan

Selamat Ulang Tahun Buat Isteriku

IMG_0069 IMG_0167

IMG_0118

IMG_0121IMG_0172IMG_0129 IMG_0112IMG_0114 IMG_0113 Semoga Kekal kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan di bawah lindungan dan keredhaan Allah. Menjadi seorang Isteri yang baik dan Solehah serta berjaya dunia dan akhirat …Amin

Terima kasih belanja dan membawa kami lunch sempena hari ulang tahun

Sunday, 3 January 2010

WaitSeminit Computer Supply

WS Logo

Sebahagian Rezeki diperolehi melalui perniagaan. Pemilik Blog WaitSeminit kini telah memulakan era baru iaitu Computer Supply. Terdapat Komputer yang terbaru juga ada dijual.

Sekarang ini beliau menawarkan 3% diskaun sehingga 31 Januari 2010. Pembelian secara pinjaman bank juga tersedia. Seperti biasa terma dan syarat-syarat bank hendaklah dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera pada risalah jualan dbawah ini. Rebutlah peluang yang ada..

Sama-samalah kita menyokong usahawan tempatan. ws wording clear

WaitSeminit1 WaitSeminit2

WaitSeminit3

WaitSeminit4

Klikz Gambar untuk mendapatkan paparan besar

WaitSeminit1

Wednesday, 2 December 2009

- Riadah & Santai – @Empire Hotel

12345 67

Santai dan berehat bersama keluarga memang menjanjikan kenangan manis, terutama anak-anak. Bila keinginan dan impian mereka dipenuhi, nampak riang dan gembira.

Kali ini berehat dan bercuti di negara sendiri. Perancangan dibuat untuk mengenali dan melawat yang menarik di negara sendiri. Batang Duri, kawasan peranginan dan sebagainya.

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidil Adha 1430

AidilAdha

Salam Hari Raya Aidil Adha,

Salam Hari Raya Haji…

Salam buat kesemua Umat Islam seluruh dunia

Salam buat Jemaah Haji yang berjuang untuk mendapatkan Haji yang mabrur tanah Suci, semoga ibadah akan diterima Allah. Semoga selamat pulang ke tanah air.

Ibadah Haji, Rukun Islam yang kelima selepas Puasa. Menunaikan Ibadah Haji bukan semudah yang disangka, dan tidak sesusah yang didengar. Semuanya adalah dugaan dan penuh dengan hikmahnya tersendiri.

Semoga Aku dan sekeluarga diberikan peluang untuk menunaikannya..AMIN……

Majlis Konvo Graduan Cilik

NJS1NJS2njs3Njs4NJS5NJS6

Sunday, 8 November 2009

Toyota NBT 4WD Trainning [ Gemilang Tutong]

[Informatif] Kaedah mengenal kenderaan pacuan 4 roda. prinsip-prinsip yang perlu diketahui bila memandu kenderaan 4WD ini. Kaedah dan pengetahuan memandu di pelbagai keadaan seperti, tanah kasar, berpasir, kawasan basah n berlumpur ataupun bila mendaki bukit.

“Basic knowledge is POWER. Pemeriksaan yang perlu dibuat

P= Petrol/Diesel. O = Oil. W = Water. E = Eletrical. R = Rubber.

IMG_0019Selain penerangan secara teori, para pemandu dilatih secara praktikal. cuma sayangnya tidak dapat mengikuti aktiviti tersebut. dianjurkan 2 kali setahun. Mungkin nanti aku akan turut serta aktiviti ini bagi mengetahui kondisi dan kemampuan kenderaan sendiri. Menariknya, para pemandu wanita biasanya berasa susah jika hendak menukar tayar, tetapi pada sesi ini, telah diterangkan teknik yang mudah, selamat dan cepat.edit1edit2edit3edit4

Friday, 6 November 2009

Hari bagi seseorang yang berjasa…..

hari guru theme

Kata-katanya boleh membawa perubahan, kata-katanya yang mempunyai isi dan ilmu, seseorang yang boleh membuat kemajuan,seseorang yang bertindak selaku penjaga, seseorang yang menjadi pendamping, pembimbing, pemimpin dan seseorang yang banyak berkorban…….USTAZ, USTAZAH, GURU, CIKGU, TUTOR,PENSYARAH, MU'ALLIM.

Sering mendengar ungkapan ‘engkaulah pelita hidupku”, ‘ jasamu akan ku kenang”, “ terima kasih cikgu atas ajaran guru” dan juga “ tanpa guru siapalah kami sekarang ini”

Di sekolah, bila guru menegur,marah, memberi nasihat..anak didik akan akur, kurang akur ataupun melawan….fenomena ini sering dihadapi dan merupakan cabaran selaku seorang guru…

Akur dengan arahan tetapi ironinya memberontak dalam hati…guru yang tidak menegur kesalahan akan disukai, guru disiplin akan dibenci…guru yang diam-diam akan dibuli….karenah para anak didik.

Ungkapan diatas tadi…sejauhmanakah kesahihannya dalam hati kitani, abiskita? apakah para guru hanya akan dikenang bila tiba hari guru? bila guru sudah tiada? atau memang senantiasa dalam hati kita dan memang jujur kita ungkapkan?  Sejauh mana jasa seorang guru akan dikenang dan bagaimana ia dikenang dan bagaimana merealisakikan dan implementasikan jasa seorang guru.. Bagiku seorang guru adalah seoranga yang mulia dan profesi yang penuh dengan cabaran dan rintangan. kerjaya yang memerlukan minda yang senantiasa aktif dan kreatif. sewajarnya ditempatkan dikedudukan yang mulia.. Umpama kata Saiyidina Ali.." “sesiapa yang mengajarkan aku walau sepatah adalah guruku”. Bahkan para guru adalah waris kepada para Anbiya ( para nabi)…Dan Sabda Rasulullah SAW tentang ilmu….mafhumnya … “sampaikanlah oleh mu daripadaku walau satu ayat..”

Namun ada segelintir guru yang hanya tahu menyampaikan pengajaran tanpa menanamkan nilai-nilai lain. berfikiran tertutup, mementingkan pangkat dan jawatan. Namun semua lumrah dan fitrah manusia.

Bersempena hari guru ini, saya mengembil kesempatan merakamkan ucapan Tahniah dan Selamat Hari Guru. Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dan diberikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. …AMIN dan semoga guru-guru yang telah beralih ke alam barzakh, didoakan semoga roh abiskita akan dicucuri rahmat…..AL-FATIHAH…….

Amin-amin-amin Rabbil ‘Alamin…

IMG_0080Jangan nanti guru itu diibaratkan selaku pelita atau lilin yang menerangi dan memberikan cahaya, atau seperti anak mancis yang membakar untuk keselesaan dan kesenangan orang lain, tetapi apabila lilin, pelita atau anak macis tersebut sudah habis..ia akan dibuang dan tidak dihiraukan dan bahkan dilupakan buat selamanya…………………

Sunday, 1 November 2009

Majlis Konvokesyen ke-21, Universiti Brunei Darussalam

IMG_0087

IMG_0086 

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam.

IMG_0160IMG_0564IMG_0358IMG_0096IMG_0102IMG_0021IMG_0045

IMG_0186IMG_0462

Bakal para pemimpin negara

IMG_0253IMG_0290IMG_0225IMG_0452  

 

 

 

Tercatat sejarah untuk ingatan dan kejayaan peribadi bagi para Graduan UBD kali yang ke 21. Bermulanya perjalanan hidup selaku graduan lepasan ijazah. Kejayaan dimeterai demi kelansungan hidup. Dengan hanya segulung sijil belum memberikan makna, jika tidak menyumbangkan sesuatu yang diingini oleh negara. Berdasarkan ilmu yang diberi, sehendaknyalah memberikan pulangan yang baik untuk negara. Diharap Negara kita akan bertambah maju dan cemerlang sesuai berfalsafahkan Melayu Islam Beraja.

Setiap orang mengimpikan kejayaan. Dalam arena pendidikan, menduduki institusi tinggi menjadi harapan dan hala tuju, Kedoktoran, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma dan persijilan.

Ku juga merasa naik semangat semula untuk menyarungi jubah sekali lagi. Insyallah jika ada rezeki, aku u sarung lagi jubah dan duduk dihadapan, M.A.

Doa dan harapan ku munajatkan……..

Tahniah diucapkan kepada semua Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Pasca Konvo

Mama edit2IMG_0639

Tuesday, 27 October 2009

6’th Birthday@Mangrove Paradise Resort

Alhamdulillah….tercapai hasrat dan impian anakku sempena hari ulang tahunnya…Grand dan meriah, walaupun dibuat ala sederhana.

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 ( 23 Okt)

IMG_0131

yen1yen3yen2 yen4yen5

Tersandar, kelu, terharu, dan hanya memandang orang sekeliling bila melihat para tetamu yang hadir sebaik saja masuk ke dewan makan.

Kejutan demi kejutan yang dibuat untuknya. Bermula dari mengatakan lupa akan hari ulang tahunnya, kek kecil, bangun tengah malam, dan akhir sekali majlis hari ulang tahun. Tercapai hajat dan impiannya untuk diraikan bukan dirumah. Resort pilihan kami suami isteri. Berbagai helah dibuat agar ‘little princess’ tidak perasan akan dibuat kejutan. Untuk beberapa ketika, tidak terkata dan akhirnya barulah tersenyum, keadaan dewan hanya bercahayakan suram, sebaik melangkah masuk, nyayian lagu harijadi bergema.

Little princess ku suruh untuk memberikan ucapan kepada para tetamu yang hadir… Terima kasih kerana datang ke harijadi eyein..kata-kata yang pertama kali keluar dari mulutnya. Sengaja ku biasakan anakku untuk memberikan ucapan agar timbul rasa yakin dan keberanian berhadapan dikhalayak ramai.

Terasa lapang dan senang hati bila kemua ahli keluarga turut bergembira dan bersama-sama meraikan majlis ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Dipohonkan doa agar keluarga kami senantiasa bahagia dan damai. Dimurakan rezeki. Semoga anak-anakku akan menjadi anak yang soleh, berjaya dan berbakti kepada orang tuanya. Amn, Amin, Amin Ya Rabbul Izzati.

Nurin –Cahaya    Izz – Kekuatan    Zawwanah – Kepintaran 

Semoga nama memberikan impak kepada personalitinya

Polisi@Policy hanya untuk 2 orang?

IMG_0051 ‘ Kan request xtra bantal’

Tetapi yang dijawab..’polisi kami hanya untuk 2 orang sebilik’. Kemudian meninggalkan AKU dan pekerjanya dengan langkah yang cepat.nAdakah fasiliti ini tidak difikirkan jika yang menginap ini biasanya berkeluarga? ……….. mengapakah tempat penginapan lain boleh? Aku memahami bahawa beliau seorang yang ada kuasa dikawasannya…perniagaan keluarga…..lupakah beliau yang pelanggan bukan untuk dikuasai.

Patut kah pelanggan dilayan dengan kurang mesra? perlukah pelangan ditanya dengan ayat…AHH APA LAGI…..Biasanya orang yang kurang menyenangkan ini akan pedas telinga olehku. tapi kali ini ku tersenyum dengan sikap yang dipamerkan.

AKU yang hendak bertanya lain pun rasa tawar hati dan memendam bara dihati. Demi mengenangkan tujuan untuk beriadah, ku hanya menahan rasa geram hati sambil tersenyum.

Tetapi kawasan, layanan, kemudahan asas serta suasana tempat ini memang ku rasa perlu diberikan pujian, dan disokong. Memang cantik pemandangan diwaktu malam, santai, damai dan sesuai untuk tempat rehat dan riadah.

Kisah diatas jika difikirkan hanyalah resam perniagaan dan resam pelanggan. Ramah mesra tidak merugikan. 

IMG_0046IMG_0045

 

 

 

 

IMG_0043 IMG_0054

IMG_0508 IMG_0306 IMG_0317

  Tahniah kepada pengusaha tempat ini…..

Friday, 23 October 2009

Mini Surprise

   Happy Birthday to Our beloved girl

surpriseIMG_0030surpirse1

Tepat jam 12 mlm, 23 Oct, Kami membuat kejutan eyein…Memang sudah dirancang sebelumnya. Hari ulang tahunnya dibuat-buat lupa hingga B’Day girl merajuk. Dipujuk dengan hanya diraikan Kek kecil. Setelah tiba waktunya, si Abg dikejutkan dari tidur untuk bersama-sama komplot. Pakatan berhasil.

Dengan samar-samar cahaya, Eyein kami banguni.

Surprise……..” ungkapan yang kami laungkan.

Dalam mengantuk, eyein tersenyum. Gembira nampaknya bila diraikan tanpa pengetahuannya.
Buat Eyein, nanti Kau akan memahami, Ayah dan mama tidak pernah lupa akan hari ulang tahun Mu. Senghaja buat lupa untuk menilai betapa engkau mendambakan hari lahirmu diingati. Tiada pilih kasih untuk anak-anak kami. Kasih sayang yang diberikan memang setara.

Wahai Anakku, semoga panjang Umur, menjadi anak yang pintar, mendengar kata indung, anak yang solehah dan berjaya dalam mencapai pendidikan yang cemerlang dna berjaya dalam kehidupan. Usahlah mudah terpengaruh dengan opera dunia. Biar Dunia mengejar kita dan jangan kita yang mengejar dunia.

Kejutan seterusnya sempena Hari lahir Mu…..Raikan ulangtahun sebagaimana as your wish.

Love YOU from US all……….

Thursday, 22 October 2009

Zoom In

Sepasang Kekasih

IMG_0130IMG_0130

 

Lookin’ at….

IMG_0012 IMG_0012

Halatuju

IMG_0014 IMG_0014

Hangging

IMG_0015  IMG_0015

Memburu….

IMG_0023

 BEBAS……….

IMG_0023IMG_0023

Sekadar ingin merakamkan beberapa aksi…memang seronok menyaksikan alam sekeliling. Banyak pengajaran yang boleh kita terokai dan dapat kita aplikasikan pada minda dan kehidupan kita.

Seperti istilah, lebah menghisap madu, pasangan serindit dan sebagainya. Orang-orang dahulu menciptakan pepatah berdasarkan pada pengamatan alam sekeliling dan pengalaman.

Usang atau Terbiar?

IMG_0091IMG_0030IMG_0028usang3IMG_0086IMG_1361

Perlu kah sesuatu yang sudah lama kita miliki, yang sudah lama berkhidmat dan berbakti kepada kita, sesuatu yang dahulunya memberikan kedamaian, kenikmatan untuk dibiarkan begitu sahaja apabila sudah ada sesuatu yang lebih bagus, apabila ada sesuatu yang baru?

Memang ada berbagai jawapan mengikut situasi dan keperluan. Umpama habis madu sepah dibuang atau bagai koran buruk. Diguna bila ingini dan dibuang atau dibiar bila tidak diperlukan.

Apa komen dan perasaan kita, apabila nanti kita tidak dperlukan di masa tua? umpama kita hanya memberikan beban. Dalam hal perasaan memang kita tidak mahu itu berlaku. Tapi bagaimana halnya dengan benda? perlukah dibuang atau dibiar hingga usang, rosak atau dibiarkan sahaja bila kita tidak memerlukannya?

Hal ini hanya ingin menilai, samaada sesuatu itu hanya sesuai terbiar hingga menjadi usang, dan akhirnya menyakitkan mata melihat. ataupun mungkin menjadi tempat kejadian yang tidak diingini. Malah mungkin menjadi tempat pembiakan sesuatu yang boleh mengundang bahaya, binatang berbisa. Atau mengundang bahaya. Jika rumah usang, minda biasa akan mengatakan ia akan dihuni makhluk halus. Dan mungkin juga bagi meransang aktiviti kurang sihat.

Sama-samalah kita mencari kedamaian dan estetika dalam kehidupan.

Friday, 16 October 2009

B$20.00 – Buah ‘berduri’

IMG_1371  Selepas melaksanakan lawatan kerja di Kg Long Mayan, aku terserempak dengan orang kampong yang baru pulang dari kebun dengan membawa hasil mereka. Raja Buah_ Durian. Mereka menawarkan padaku B$20.00 untuk sebakul. Murah atau mahal? bila terkenang keluarga, ku beli sahaja.

Sebetulnya aku memang alergik dengan buah durian ini, sangat ‘berduri’ ku rasa. Akan timbul sakit kepala, terasa mual, dan boleh membuatkan ku demam bila mencium baunya. Bila sudah bau boleh membuatkan ku alah, untuk memakannya memang sangat dijauhi. Teman-teman yang mengenaliku dan bergaul denganku memang sudah maklum mengenai ini. Kedua ibu bapa juga maklum dan apabila mereka membeli buah durian, mereka akan cuba makan bila aku tiada dirumah, atau mereka akan memakannya didapur dan di luar rumah. Sekarang isteri ku juga seperti ini. Makan waktu ku tiada atau makan diluar rumah. Kesihan mereka. Mereka tahu akau akan pening dan sakit kepala berhari-hari. Terima kasih kerana memahami aku, [Kata para pendekar dahulu dan cerdik pandai- kelemahan sendiri jangan didedahkan ]

IMG_1389Apabila sampai dirumah, ku simpan sahaja digarage  kereta, kira memberi kejutan pada isteri. [ seronok sakan bila ia melihat ada durian]. Bila sudah rezeki dijanjikan, aku menerima pemberian buah tarap dari kawan. Syukurlah, mereka menikmati buah durian dan aku menikmati buah tarap..terasa manis dan lunak……SEDAAAP..

 

Ku selitkan juga panorama Tasek Merimbun…Laluan pulang

IMG_1384 IMG_1376

Monday, 12 October 2009

Perjalanan Hujung Minggu

Minggu lepas hajatku terlaksana….membawa famili untuk melawat dan meninjau Mangrove Paradise Resort. Kami berhasrat untuk mengadakan majlis Ulang tahun untuk anak perempuanku di tempat ini. Semua dalam perancangan dan berharap semua ahli keluarga akan dapat hadir. Disamping ini, aku melaksanakan impian untuk melawat Muzium yang terletak di Kota Batu. Alhamdulillah terlaksana. Lawatan di Muzium ini memberikan impak kepada pengetahuan baru kepada anak-anakku. Syukurlah……… 

DESTINASI PERTAMA

MANGROVE PARADISE RESORT

mg1 mg2 IMG_0958 IMG_0959 IMG_0973

DESTINASI KE DUA

MUZIUM TEKNOLOGI BRUNEI

Terletak Di Kota Batu, Bandar Sri Begawan. Lawatan ini memrikan pengajaran buat anak-anakku. Moral yang mereka perolehi setelah meninjau keadaan kehidupan orang-orang dahulu ternyata membuka minda mereka. Banyak soalan yang mereka ajukan. Akhirnya mereka berdua mengatakan bahawa orang-orang dahulu hidup susah dan tidak seperti sekarang. Mereka harus bekerja kuat untuk makan, seperti menjadi nelayan, bertukang ataupun memburu.

Kepada mereka yang belum berkesempatan, kunjungilah Muzium kitani. Muzium Maritim juga akan diadakan selain Muzium yang sedia ada. dibukakan kepada orang ramai secara percuma dan tutup pada jam 5 petang. Dan pintu masuk akan ditutp 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir.

IMG_1110

Muzium ini mempamerkan perihal kehidupan seharian orang-orang kampong air dahulu kala, Penduduk yang tinggal di ‘darat’ seperti puak kedayan,Dusun,Lun Bawang (Murut). Bentuk rumah, alat mencari rezeki, pekerjaan harian. Perhiasan, senjata dan sebagainya.

muzium10 muzium1 muzium3 muzium4 muzium5 muzium6 muzium7 muzium8 muzium9 muzium2

DESTINASI TERAKHIR

RESTORAN TARINDAK D’ SENI

Dalam perjalan untuk pulang, kami terserempak kereta abangku melintas. melalui telefon, kami berpakat untuk singah minum petang. Restoran ini pun tidak kurang hebatnya. dengan suasana yang tenang, berhawa dingin dan mempunyai pemandangan kampong ayer. Baru dibuka pada pertengahan tahun ini.

IMG_1142 TS1 TS2

Akhir sekali berpakat untuk mengintai matahari terbenam

Tirai Horizon di Kampong Air

Sudah lama tidak mengambil gambar sunset. ini memandangkan bulan Ramadhan, yang memerlukan aku duduk di rumah untuk bersungkai. Tetapi kali ini aku mengambil kesempatan merakamkannya. Awan kelihatan cantik dan tersusun indah. Ku rasa cahaya kemerahan hasil dari matahari terbenam akan memberikan pemandangan yang boleh membuatkan hati teruja. Kebetulan aku bersama Abangku dan masing-masing membawa ‘gear’ sendiri.

Beraksi dengan DSLR mencuba pelbagai setting,WB,mode. Anak-anakku pun mengambil kesempatan mengambar menggunakan Handphone ibu mereka. Nampak keriangan di raut wajah mereka kerana tidak mahu ketinggalan beraksi.

IMG_1187 IMG_1189  IMG_1185IMG_1245 IMG_1199 IMG_1203IMG_1211IMG_1241 IMG_1242 IMG_1247 IMG_1248 IMG_1258IMG_1260 IMG_1261 IMG_1267 IMG_1270 IMG_1272 IMG_1273 IMG_1275 IMG_1280

Sunday, 11 October 2009

Mem Cafe [ Santai ]

1

2

3

Sekadar memenuhi ajakan teman, setelah sekian lama tidak keluar santai bersama. Berbual kosong dan bertukar khabar. Destinasi santai di ‘Mem Cafe’. Disini menyediakan merupakan restoran yang menyediakan hiburan ringan seperti karoake dan pool.

Tidak banyak yang hendak diceritakan..Cuma jangan kita terlalu asyik dengan hburan dunia..berpada-pada dan jangan sampai melalaikan kita.

Friday, 9 October 2009

Kampong Air [ Raya ]

IMG_0209 IMG_0211 IMG_0222 IMG_0227 IMG_0235 IMG_0251 IMG_0254 IMG_0258 IMG_0268 IMG_0270 IMG_0274 IMG_0279 IMG_0281  IMG_0285 IMG_0287

IMG_0284

Jarang sekali untuk turun ziarah sanak saudara di Kg Air, itupun jika ada majlis ataupun waktu Hari Rata. Ini kerana kebanyakkan sanak saudara sudah banyak yang berhijrah ke darat. Rasa seronok juga melihat suasana di Kg Air. Anak-anak pu merasa seronok menaikki ‘mutu’ [ teksi air]

Kg Air adalah khazanah negara kita, dan jika menurut sejarah negara, Kg Air merupakan pusat pemerintahan negara waktu dahulu.

Babies berhari raya

seri

aziz-2 man farah izal hjh IMG_0051 mando tahai

Tuesday, 29 September 2009

BMC waktu malam

BMC [ Brunei Methanol Company ]. Semalam selepas pulang dari berkunjung di rumah saudara, aku mengambil kesempatan merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan. Sekarang Negara kita sedang melangkah kearah perindusterian. Tahniah. Semoga negara kita akan menjadi lebih maju untuk menjana perekonomian negara.

IMG_0018 IMG_0025 IMG_0028

Dian Sepucuk – kesamaran cahaya

IMG_0042Semalam aku menerima jemputan saudara di Lumut, makan soto. Sewaktu perjalanan kesana, keadaan seperti biasa. Namun setelah sampai diLumut, keadaan sangat gelap hanya lampu kereta menjadi penyuluh. Rupa-rupanya tiada bekalan eletrik. Kami sekeluarga dijamu dalam keadaan samar-samar, hanya diterangi cahaya lilin. Setelah selesai kami memohon pulang setelah mengetahui keseluruhan tempat di negara tiada ‘karan’. ini bererti di tempatku juga mengalami keadaan yang sama.

Aku kurang jelas jam berapa bekalan letrik ada semula, mungkin sekitar jam 2 pagi. Suasana hangat ditambah lagi waktu siang cuaca terik matahari terasa dikulit. Tadi pagi ku rasa badan seperti hendak demam.

Bagaimana keadaan kita diera baru ini jika tanpa bekalan eletrik? susah bukan, ini kerana keperluan eletrik sangat penting dalam kehidupan kita. keseluruhan teknologi diasaskan dengan tenaga letrik. Namun bagaimana jika ketiadaan air? halnya akan lebih rumit . Air adalah asas utama kehidupan kita [sumber kehidupan].

Ku rasa semua yang terlibat dengan semua ini merasakan kesulitan dan menjadi masalah. Dan Tahniah kepada Jabatan Eletrik kerana telah membaikpulih keadaan.

IMG_0031IMG_0039

Sunday, 27 September 2009

Replika Suasana Raya – Kreativiti NBT

IMG_0353IMG_0318IMG_0325    IMG_0363  IMG_0389 IMG_0397 IMG_0400  IMG_0413  IMG_0384

IMG_0354

IMG_0326

Anakku bertanya satu solan yang ku kira ada moralnya dan ingin ku kongsikan bersama.

“Ayah seronok kah hari raya ani ?

Soalan yang membuatku berfikir sejenak suasana berhari raya waktu ku dahulu dan sekarang.

Apa jawapan Awda?

  • Seronok
  • Bosan
  • Membazir
  • Meriah dan hapening
  • Sedih

Ataupun ada jawapan awda tersendiri dengan alasan masing-masing. Bagiku semua ada diatas. Seronok, Bosan, membazir dan meriah. Terpulang pada diri sendiri untuk menjawabnya. Seronok bila bersama keluarga hingga timbul kemesraan dan kemeriahan. Bosan bila kereta di jalan raya tersekat dan sesak. Membazir bila yang dihidang tidak habis, lain lagi bila mengubah ruang dan peralatan. ( hanya pandangan dan yang dirasa)

Ada satu waktu, ku rasa kenderaan yang dipandu menimbulkan kurang selesa dan membahayakan. Memintas kenderaan dengan cara yang bahaya, keluar simpang mengejut, memakan jalan, bahkan ada yang memandu seperti dikejar. Adakah keperluan memandu seperti ini? bila berlaku perkara yang tidak diingini, pasti pertengkaran akan berlaku. Padahal suasana hari raya ini kita mengambil intipati kemesraan dan bersilaturrahim. Tidak salah untuk berhemah di jalan raya demi keselamatan bersama. Setuju?

Berbalik pada soalan diatas, jawapan ku.." Seronok sebab abang dapat duit raya”. Ku liat ia tersenyum sendiri. Memang seronok bila tiba hari raya, dapat duit raya, minum minuman bergas(karbonat), berjalan bersama kawan-kawan, dapat pakaian baru. Inilah diantara kemeriahan dan keseronokan yang ku lalui bila tiba musim raya sewaktu kecilku. bila remaja keseronokkan bertambah meriah dengan bermain mercun. bila bertambah dewasa, boleh berjalan konvoi bersama kawan-kawan dan teman istemewa :)

Bila beranjak dewasa, kematangan sudah ada. Rasa ingin bersama ibubapa sering dalam kepala dan hati. berbeza sewaktu remaja, selalu ingin bersama kawan-kawan. Fenomena ini akan sentiasa berlansung dan seperti lumrah putaran hidup. Sekarang bila sudah berkeluarga, rasa ekeluargaan semakin tebal dan erat. Adakah anak-anakku akan seperti diatas? inilah yang ingin diterapkan..kekeluargaan, tanggungjawab, kefahaman erti Aidilfitri ( bukan hanya mengumpul ‘sampul’)

Gambar diatas, merupakan replika yang ada, kanak-kanak bergembira, ibubapa sibuk mengurus persediaan Aidifitri, rumah yang suram akan meriah diwarnai dengan cucul-cucul, binatang ternakan jadi juadah rumah terbuka. Seronokkan?

Perlu juga kita beringat, ada yang bersedih dimusim raya ini. Jangan juga diadilfitri ini menjadi alasan kita untuk membazir.

Cuma pandangan dan selamat berhari raya, maaf zahir dan batin.

MDBull Sungkai Gathering [Preunion]

IMG_0211 IMG_0213 IMG_0214 IMG_0227 IMG_0233 IMG_0234 IMG_0236 IMG_0238 IMG_0241 IMG_0244 IMG_0246 IMG_0249 IMG_0250 IMG_0254 IMG_0274 IMG_0306 MDBull1 MdBull2 MdBull3 Mdbull4 Mdbull5 MdBull6 MDBull7 MdBullfamili1 MdBullfamili2 MdBullz-Crew

Salam Aidilfitri…MDBulls geng, Sory baru dpt mengupload event kitani..server nda berapa bagus.

Well Diucapkan Selamat hari raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin..jemput-jemputlah berkunjung ke rumah. Minta maaf jua jika alum ketambusan rah kediaman abiskita.

MDBull bersungkai bersama famili d I-Lotus, organised by Adi Aizal(boi) n PRO nya Meon. More ganthering akan dibuat lagi nanti. Teman baru, sahabat lama jangan dilupa. Kukuhkan hubungan silaturrahim walau dimana kitani berada.

Wednesday, 23 September 2009

Salam Aidilfitri 1430


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Umat Islam dan kepada pengunjung. Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap samaada yang sengaja ataupun tidak, yang disedari atau sebaliknya.
HariRaya adalah anugerah dan hadiah untuk kita setelah sebulan kita melawan hawa nafsu, berlapar dahaga dan mengawal emosi. 1 Syawal, hari kejayaan buat kita dan selayaknyalah kita meraikan hari mulia ini dengan mengucap syukur dan mengambil kesempata untuk kunjung mengunjungi sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan juga mungkin kepada seteru kita. Ambil peluang untuk menjernihkan suasana.

Sekali lagi saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin..

Wednesday, 16 September 2009

Infrastruktur Akuatik










Petang tadi, aku sempat meninjau pembinaan baru di Daerah ku. Dijangka akan siap pada tahun depan. Kemudahan ini, menjanjikan sesuatu yang menarik dan keselesaan untuk bersukan atau beriadah.
Sebetulnya aku ingin cuba belajar mengambil senario yang sedang berlaku sewaktu kerja-kerja pembinaan ini. Bangunan yang masih belum siap dan para pekerjanya, petang tadi aku berpeluang untuk merealisasikannya.

Monday, 14 September 2009

Jalan-jalan di Gerai Ramadhan@SNHB






Ramadhan akan berlalu, Syawal akan menjelma..namun gerai Ramadhan masih tetap dikunjungi. Makanan dan minuman bahkan makanan tradisi banyak dijual di mana-mana gerai Ramadhan. Fenomena ini sudah lazim di negara kitani bahkan di negara jiran. Waktu inilah para peniaga berusaha untuk menaikkan tahap ekonomi masing-masing. Bahkan para pemilik restoran juga tidak ketinggalah untuk mencari pendapatan, maklumlah restoran diwaktu ini jarang dikunjungi.
Di gerai ini juga dapat kita pelajari sesuatu mengenainya. Kita berbelanja sekadar keperluan dan jangan menurut nafsu. Bila pulang ke rumah apa yang dibeli tidak habis dimakan dan dibuang. Amalan membazir inilah yang perlu kita kawal. Memang banyak makanan yang sedap-sedap dilihat. Para peniaga juga cuba mempromosikan jualan mereka dan cuba menarik minat kita untuk membeli. Tiada hasutan dari musuh tradisi kita( Para iblis & Syaitan dikurung untuk sebulan) tetapi yang ada adalah NAFSU kitani sendiri.
Semangat para peniaga perlu diteladani, usaha gigih mereka menyediakan yang terbaik untuk pelanggan dan penat lelah mereka serta perihatin dan layanan mesra kepada pelanggan. Namun jangan kerana taksub untuk mengaut keuntungan ini, faktor kebersihan dan hagta kurang dititikberatkan. Pernah dulu bapa ku sendiri terpaksa masuk hospital akibat keracunan setelah membeli air tebu di gerai ramadhan.
Cendol Temburong antara yang popular bila tiba musim puasa ini.
Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang. Maaf zahr dan Bathin.

Monday, 7 September 2009

17 Ramadhan - Awal turunnya ayat suci Al-Quran


Berbagai rahmat yang tersedia di bulan Ramadhan. Terpulang kepada kita untuk merebutnya. Di Bulan Ramadhan juga sejarah agung berlaku..Nuzul Al-Quran Surah Al-Alaq di Gua Hira. Ayat pertama yang menganjurkan kita untuk belajar..dan ayat yang menjadi panduan kepada kita dan jika dilihat dari Asbabnya..masih berlegar tentang mengetahui dan mengenali Allah selaku pembimbing dan menuju kefahaman Tauhid.
Di samping ini, kita juga menanti malam yang agung iaitu Lailatul qadar...Bernasib baikkah kita untuk menemui malam tersebut...

Sunday, 6 September 2009

Pusara Di Bulan Ramadhan




Kelaziman dan tradisi ziarah pusara akan terasa apabila tiba bulan Ramadhan. Para ahli keluarga, waris,saudara bahkan sahabat akan berkunjung ke pusara bagi menghormati penghuninya. Membacakan surah Yassin dan bertahlil bertujuan amalan tersebut akan sampai kepada yang dtujukan. Berharap penghuninya akan mendapat ganjaran dan sentiasa dicucuri rahmat. Inilah yang sangat-sangat diharapkan. Bagi Yang sudah tiada (Jenazah),amalan akan putus melainkan 3 perkara iaitu amal kebajikan termasuklah sedekah yang ikhlas, Ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan ( berpanjangan) dan terakhir sekali adalah doa anak yang Soleh yang sentiasa mendoakan kebajikkan dan kebaikkan. Perkara inilah yang akan membantu kita apabila berasa di alam barzakh. Persoalannya..apakah kita akan mendapatnya bila tiba waktu kita?
Begitu juga dalam firman Allah yang lain bermaksud: Setiap makhluk yang ada (di muka bumi ini) pastilah akan binasa dan kekallah zat Tuhanmu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah al-Rahman ayat 26-27).
Terdapat pengajaran yang dapat kita perolehi diantaranya, menimbulkan keinsafan, ukhwah sesama islam yang ziarah, ikhsan kepada penghuni pusara.
Semoga Semua penghuni pusara akan mendapat rahmat di sisi Allah..amin..Kemaafan dan keampunan yang dimunajatkan kepada Mu Ya Rabbi Rabbul Izzati

Saturday, 5 September 2009

B.G.S.09


Brunei Grand Sale..
Banyak genung-genung perniagaan yang sedang mempromsikan barang jualan mereka. Di radio, di kaca televisyen bahkan juga melalui pesanan ringkas (SMS). Hingga ada yang menawarkan 30%, 50% dan bahkan 70% diskaun. Bagiku perkara ini adalah baik dan memberikan peluang kepada pelanggan untuk berbelanja dan membeli belah di negara sendiri. Peluang ini juga ku ambil untuk berbelanja bagi keluarga dan diri sendiri. Cuma haruslah ukur sendiri kwengan kita. jangan lebih dari apa yang sepatutnya. Dalam istilah kitani orang Brunei 'ubaya-ubaya'.
Cuma ada suatu kesalan yang aku sendiri perhatikan..ada harga yang hanya kurang sidikit dari harga asal.Jika dilihat dari istilah 'grand' memang harga akan turun jauh. Tetapi fenomena yang ada ( pandangan sendiri) harga akan dinaikkan dari asal sebelum BGS dan ditawarkan harga rendah ( harga asal) bila BGS. Renungkanlah. Ini cuma andaianku dan pemerhatianku sahaja. Perkara ini sepatutnya ada pemantauan yang lebih jitu. Jadi kita selaku pengguna haruslah bijak menggunakan wang kita.
Apapun aku setuju sangat BGS ini sentiasa dibuat bagi kesenangan rakyat/pembeli.

Friday, 4 September 2009

Nite shotz



Semalam, aku berpeluang keluar bersama geng-geng photog..modul 3 tempat, arca 60, masjid Soas dan kawasan Yayasan. banyak perkara yang dipelajari terutama shootin' diwaktu malam. berbagai setting yang dicuba, af, speed, ISO dan WB..
terima kasih kepada kawanku CK_Rul.

Sungkai bersama.....







Teman sekerja isteriku berpakat untuk sungkai bersama-sama. Sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan di negara kita untuk bersungkai di luar. Mengubah selera sekali-sekala dan bersosial bersama teman dan keluarga. Aktiviti ini selain mengeratkan hubungan silaturrahim , ia juga boleh mencetuskan pemikiran baru untuk menyajikan menu dirumah nanti.
Sebagaimana yang lalu,janganlah jadikan ini suatu kemestian hingga mengakibatkan pembaziran.
Anak-anakku riang dan makan dengan banyak dan yang paling mereka suka adalah aiskrim..

Wednesday, 2 September 2009

Senyuman & lirikan mata



Emyz

Akhirnya...


Akhirnya setelah sekian lama menunggu. Yang sedia ada sebelum ini masih ditangan-tangan. Yang lama jangan dilupa, yang baru jangan dipuja-puja...

Colours in d Dark





Saturday, 29 August 2009

In Action

Sekadar ingin mencuba apa yang dibaca dari buku mengenai photograpi..PANNING.
Sebelum ini ku telah mencuba teknik mengambar aksi-aksi. Dan setelah bertanya dan membaca serba sedikit panduan mengenainya, akhirnya ku berjaya mengambil gambar tersebut. Dan memang belum cukup baik ku rasa. Nanti akan dicuba lagi.
Modelnya berlari dalam keadaan masih berpuasa. Ketika mereka bermain-main sementara menunggu waktu berbuka puasa dan saat keriangan mereka itulah ku rakamkan aksi mereka. Anak-anakku model yang tidak banyak karenah. Boleh bergaya sendiri tanpa diarahkan..ada bakat dan mewarisi bakat 'amit' mereka mungkin.
Atas si abang dan bawah aksi di adik

Hajat orang berpuasa


Semalam, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bersungkai restoran..kami mencari tempat dan kawasan yang tidak sibuk dengan pelanggan. Maklumlah sekarang ini kebanyakkan restoran dan kedai-kedai makan akan dipenuhi oleh pelanggan yang hendak bersungkai puasa.
Tempat yang dituju adalah sederhana, selesa dan tidak sakit kepala untuk memikirkan karenah orang lain..( berebut mengambil makanan). Berebut-rebut memang perkara yang tidak ku gemari.
Melihat anak-anakku dan isteri makan lebih dari biasanya membuat hati rasa senang dan bahagia. Menikmati makanan dengan selesa.
Cuma perlu diingat, tujuan kita berpuasa dan bersungkai..Jika berpuasa hanya sekadar adat dan bersungkai dikedai-kedai dengan niat menunjukkan kemewahan, perlulah difikirkan semula mengenainya..Perkara ini ku dengar dari teman, katanya bersungkai direstoran menunjukkan prestij dan status..bagiku hal ini yang boleh mengurangkan darjah puasa, sebab terdapat ri'a didalamnya...tetapi jika sekiranya niat untuk bersedekah semata, bagiku perkara ini tiada menjadi kesalahan...apapun juga, betulkan niat dan hala diri ke Siratulmustakim.

Selamat menunaikan ibadah Puasa. Sehingga sekarang kedua-dua anakku belum pernah ponteng puasa...latihan awal, membentuk sedari kecil.

Friday, 28 August 2009

Semarak Ramadhan







Ramadhan Al-Karim..bulan yang suci, bulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang didalamnya terdapat malam yang agung..Lailatul Qadar. Kalam Allah juga diturunkan pada bulan ini 'Nuzul -Al-Quran'.
Seperti lazimnya, apabila tiba bulan Ramadhan masjid-masjid akan lebih meriah dan jemaah datang untuk menunaikan solat Terawih dan begitu juga membaca Ayat-ayat suci Al-Quran. Perkara ini tidak hanya tertumpu pada individu bahkan Kementerian kerajaan, persatuan pertubuhan juga tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk mengunjungi masjid-masjid. Bagi Kementeria pula, majlis sering dilaksanakan dan seterusnya menyampaikan wakaf kepada masjid-masjid yang tertentu. Inilah budaya yang diamalkan di Negara kita. Selaku Umat Islam, kita sepatutnya bersyukur akan nikmat yang dianugerahkan kepada negara kita. Sebab kita mengamalkan suruhan agama secara terbuka dan tiada ketakutan.
Bulan Ramadhan lebih sinonim dikatakan dengan bulan tiada makan dan minum disiang hari( berpuasa). Kanak-kanak mengetahui asas sebegitu. dan semakin dewasa mereka akan lebih mengerti apakan yang dimaksudkan dengan berpuasa, hikmah dan tujuan kita berpuasa. Namun Tipikal orang kitani kadang-kadang keliru dengan istilah puasa. Hanya tidak makan dan minum hingga waktu maghrib, bahkan ada penyakit yang datang setahun sekali - gastrik.
Ramadhan peluang untuk makan diluar, berbelanja lebih sikit dari biasa, makan makanan yang lazat-lazat sesuai keinginan atau 'liur orang berpuasa'. Berlebihan ini yang dilarangan dalam agama kita. Jangan dicemari bulan puasa dengan perkara yang tidak diingini. Dan janganlah menimbulkan pertanyaan kepada non-muslim hingga keliru dengan puasa ini. Makan dan minum tidak boleh tetapi maksiat tetap berlaku. Puasa Umat Islam berbeza dengan puasa yang diamalkan oleh agama lain..'Mereka tidak makan dan minum seharian' tetapi kita diperbolehkan untuk bersungkai apabila waktu Maghrib.
Ramadhan..Zakat, Tedarus, Terawih, ziarah pusara, bertahlil diantara yang lazim diamalkan. 11 rakaat Terawih yang dilakukan adalah lebih afdal dilakukan dibanding 23rakaat yang dilakukan dengan terburu-buru. Berpada-pada membaca Al-Quran. Membaca dengan laju dengan hasrat khatam awal sebaiknya dielakkan. Sebaiknya membaca dengan khusyuk dan menjaga nahu serta sarafnya adalah lebih dituntut.
Jadikanlah Ramadhan ini bulan memperbanyakkan amal ibadah. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan dan mensyukurinya kerana diberi peluang untuk bertemu Bulan Suci ini.

Friday, 21 August 2009

Salam Ramadhan

Pertandingan Akhir Pencak Silat

14 Ogos 2009 - 19 Ogos 2009
Dewan Serba Guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Anjuran PERSIB sempena Hari keputeraan KDYMM yang ke 63 tahun.
Sayembara Pencak Silat telah berakhir pada 19 Ogos 2009. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Kharul Khalil bin Pg Syed Hj Jaafari, telah dijemput selaku tetamu kehormat majlis, dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada juara-juara. Penutupan dilansungkan dendan cara beradat iaitu menyarungkan semula keris sebagai lambang berakhirnya gelanggang pertandingan.




Barisan Wasit dan Jawatankuasa Teknikal yang bertugas.
Juara keseluruhan disandang oleh Majlis Sukan ABDB (6 Emas) dan seterusnya diikuti oleh Daerah Tutong (4 Emas).


Pesilat Sekarang lebih membuka mata untuk bertanding. Hanya bersaing d gelanggang yang disediakan. Selepas bertanding tiada rasa dendam dan sakit hati. Inilah yang dinamakan Semangat kesukanan. Yang juara akan cuba mengekalkan kejuaraan dan yang tewas akan berusaha untuk meraih gelaran juara. Untuk Juara boleh dicapai tetapi untuk mengekalkannya memerlukan stamina, mental,semangat dan latihan yang mantap. Kepada juara..berusahalah lagi bagi pertandingan antarabangsa seterusnya mengharumkan nama Negara. Pencapaian adalah sejarah diri dan sebagai 'value added' peribadi. Dan yang kurang berjaya, jangan mudah patah hati untuk berusaha.

Monday, 17 August 2009

Jerudong Empire Hotel @ Lagoon site





Sunday, 16 August 2009

Outing bersama Gemilang@Pulau Kg Tg Maya

Hari Juma'at yang lalu, ku telah dijemput oleh oleh teman ( Persatuan Gemilang) untuk sama-sama menerokai Pulau Kg Tg Maya. Acara dimulai dengan senaman/tarian Poco-poco (yang lazim dilakukan oleh penduduk kg ini setiap minggu). Aku yang baru mengatahui langkah poco-poco ini merasa kaku. Namun setelah diajarkan, semakin seronok dan ternyata senaman riadah yang menyeronokkan. Aku yang hadir bersama temanku, telah ditunjuk ajar dan tips untuk mengambil gambar yang lebih elok. Rasanya tidak rugi kami turut serta bersama-sama yang pakar, dan berharap akan ada lagi peluang sebegini. Terima kasih kepada keluarga HAR atas jemputannya.



Peralatan untuk Macro belum mencukupi. Tetapi inilah hasilnya

Dari Negara Korea mewakili UNESCO, untuk mengkaji tumbuhan yang ada. Penerangan diberikan oleh DR Hamzah HAR. Mereka dibawa melihat secara dekat mengenai tumbuhan yang ada. Cara-cara menangkap burung juga telah ditunjukkan.

Friday, 14 August 2009

testing

Menggunakan windows 2007 untukposting ke dalam blogger

Monday, 10 August 2009

Jerebu@Tutong


Negara kita sekali lagi menerima dugaan...H1N1 dan sekarang Jerebu...cuaca pun terasa panas..Apapun dengarlah nasihat daripada Kementerian Kesihatan kitani..banyakkn minum air putih..kurangkan aktiviti luar dan sebagainya..

Sunday, 9 August 2009

Masjid SOAS dan Jame 'Asr

Percubaan kali pertama shootin' masjid waktu malam. Pastinya banyak perkara yang perlu diambil kira seperti dari segi cahaya, sudut dan sebagainya..memang seronok cuma banyak shoot yang tidak berhasl...maklum still learning..learn from d mistake..aku ada menerima nasihat dari yang ku kira mahir dalam bidang ini.."gambar saja dan dari sana belajar untuk setting"..."The more u shoot, the better u shoot". Masjid memang sudah lama ku hajati dan semalam barulah tercapai. Setelah latihan di Kompleks Sukan Menglait, ku gagahi jua untuk mengambar..Bekarih Bejarih Beluruh...Anilah diantara hasilnya..jika ada komen, dipersilakan..dan terus berikan teknik untuk ku pelajari..Terima Kasih.

Masjid Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, NBD


Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, BSB




Masjid tempat kita beribadah, beruzlah dan mengenal diri. Tidak lama lagi Bulan Ibadah akan menjelang. Bertambah meriahlah masjid dengan Jemaah bersolat Terawih..Bersyukur lah kita selaku Rakyat Brunei kerana sentiasa berasa tenang dan aman untuk beribadah dibanding dinegeri lain. Jika di Zaman Rasulullah pada mula syariat Islam, kaum muslimin waktu itu beribadah dalam ketakutan dan bersembunyi. Tetapi dengan kewibawaan Rasulullah dan bimbingan Illahi, Syiar Islam semakin berkembang dan kuat...Tetapi sekarang kenapa Dunia dan Umat Islam sepi bila sejarah berulang? Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa berada dalam keadaan beriman..Amin

Saturday, 8 August 2009

Wah Kenapa nie?


Aku terkejut bila melihat tiang lampu isyarat seperti hendak tercabut..Anak-anakku pun hairan, katanya barangkali ada org kuat cuba ambil lampu tersebut ehe..ku nyatakan bahawa mungkin ada kereta yang terlanggar. Ku tanya isteriku adakah hal ini sudah ada sedari pagi td? mungkin baru berlaku..
Berhati-hati bila memandu..jangan jadikan nyawa sebagai taruhan. Jangan kecuaian kita menjadi punca nyawa hilang dan rosak harta benda. Tentunya harus membayar ganti rugi kepada kerajaan akibat kerosakkan tersebut...

Tapi mungkin juga dalam fasa mengubahsuai dan menggantikan dengan jenama produk baru..ya itulah yang sedang diusahakan....Renovation....menggantikan yang lama

"Ya Allah jauhkan kami dari wabak penyakit, kesengsaraan dan kesusahan, dekatkanlah kami akan rahmatMu, redhaMu dan nikmatMu..sesungguhnya kami terdiri dari hamba yang lemah..Amin" enantiasalah kitani sama-sama berlindung pada Al-Malikul Mulk.

Friday, 7 August 2009

Cuba Try Testing :)

Sekadar mencuba apa yang ajar..ternyata menyeronokkan.cuma tidak pandai melukis..Teman aku merasa hairan bagaimana boleh melukis dalam kamera..ehe..Insyallah nanti akan ku cuba lagi dengan campuran warna lain..
Bagi yang sudah mengetahui teknik ini sila beri tunjuk ajar bagaimana untuk mendapatkan mutu yang lebih baik dan menarik...
Langkah-langkahnya
Bagi Canon..
Fokus dengan manual mode..biar sharp
Kemudian ISO 800, f8.0 dan 30"
Cubalah...jika cara peneranganku kurang jelas minta maaf banyak-banyak..baru belajar.
Mungkin ada cara lain lagi...sila beri tunjuk ajar...Terima kasih..

Monday, 3 August 2009

Suria Merah



Sunday, 2 August 2009

Manifestasi Kasih Sayang

SELAMAT HARJADI YANG KE 7 TAHUN
Setelah menunggu hari yang sesuai, akhirnya kami suami isteri berjaya merayakan hari ulang tahun anak sulung kami yang ke 7 tahun. Majlis dibuat secara sederhana sahaja. Tiada iringan muzik, bouncer atau permainan hiburan. Namun kami menjemput anak muda tempatan yang mempunyai bakat dan kemahiran bermain silap mata. Syukurlah dengan adanya magik trik ini boleh menarik perhatian jemputan yang hadir dan lebih mengembirakan lagi, kami berjaya memenuhi impian "Mr birthday boy' melihat magik trik secara lansung. Terkebil mata dan tersenyum kehairanan apabila benda di tangan boleh berganda, bila daun terup boleh hilang, dalam kotak kosong ada keropok dan gula-gula. Aku sendiri merasa hairan dan kagum dengan kebolehan anak muda ini.

Majlis sambutan ulang tahun dimulakan dengan bacaan doa selamat dan seterusnya ucapan ringkas daripada anakku. Sengaja ku buat bagi menimbulkan daya keyakinan diri anakku..walaupun sangat ringkas namun ucapannya didengar oleh para jemputan dan disusuli dengan sorakan..

"Selamat Ulang tahun Md Zawir, Ayah dan mama mendoakan agar sentiasa menjadi anak yang soleh, pintar, tahu hikmah dunia, dianugerahkan kesihatan yang baik, selalu berada dalam naungan dan redha Illahi."


Manifestasi kasih sayang daripada ibubapa kepada anak. Sungguh sedap hati bila memenuhi impian orang yang kita sayangi

Jalan Naik Taraf


Alhamdulillah..akhirnya usaha bapaku berhasil. Beliau telah berusaha untuk memohon agar jalan masuk ke rumah dinaik taraf. Untuk renungan bersama, sketsa usaha bapa ku memang menghadapi dugaan. Pada mulanya..untuk mengubah suasana kampong, keadaan kampung, membuat perubahan, beliau menghadapi berbagai rintangan..dikata memandai-mandai, mendapat kejian. Tetapi beliau masih bersabar dengan kerenah tersebut. Saya yang mendengar semua itu terasa meruap tetapi dinasihatkan oleh bapa untuk bersabar. Nah sekarang apabila usaha bapa mendapat hasil dan menampakkan kemajuan, ramai warga kampung memuji..Memang inilah resam dunia. dan inilah ragam manusia yang selalu memandang negatif pada sesuatu perkara tanpa memikirkan dahulu kesannya. Dan inilah dugaan untuk menuju hala tuju yang lebih baik dan maju. Bapa bukan ketua kampung, cuma ahli MPK kampung. Banyak usaha beliau untuk memajukan kampung. Ini adalah bagi keselesaan semua. Kadang-kadang aku sendiri bertindak sebagai jurutulis, jurutaip dan tempat bapa berbincang. Sudah dewasa ini, bapa semakin percaya pada kebolehan anak-anaknya..Syukur pada asuhan kedua ibubapaku dan anugerah Allah yang memberikan kecerdasan akal fikiran. Dan Kepada kerajaan KDYMM, kami sekeluarga dan seluruh warga kampung mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas keperihatinan Baginda untuk melihat kesenangan dan kemakmuran rakyatNya.

Outing bersama member @Bukit Shahbandar

Webblog Fenzkafe bertujuan agar hubungan silaturrahim antara member-member tidak akan terputus dan boleh terus berkontek. Hari Jumaat yag lepas 31 Julai, bersama Frenzkafe crew berouting untuk sharing pengetahuan tentang SLR..belajar sesama sendiri..kalau sewaktu masing bersekolah diistilahkan sebagai melawat sambil belajar ehe...Fun. Cuma tidak semua yang dapat hadir coz ada komitmen masing-masing.




Bersama SLR masing-masing..Dragonfly yang menjadi objek kami..

Teman adalah tempat kita bersosial, menimba pengetahuan, tempat kita meluahkan apa yang terbuku dihati. Namun dalam memilih teman biarlah yang benar-benar ikhlas dan tidak ada niat buruk. seperti makan kawan, tikam dari belakang dan sebagainya. Macam-macam jenis kawan yang ada. Namun apakah pengertian KAWAN, TEMAN, SAHABAT? Para ilmuan tentunya ada jawapan tentang Pro dan Kontra pada setiap istilah tersebut...kita renung-renung lah bersama..

Wednesday, 29 July 2009

Wajah digamit Usia

Kenalkah kita akan wajah ini? wajah yang sudah mengalami pelbagai peristiwa dan setentunya mempunyai berbagi pengalaman hidup sejak dari muda lagi..Syukurlah di Usia begini beliau masih mempunyai ingatan yang kuat. Ayahanda Yassin Affendi. Tengahari tadi, Mentuaku membawa tetamu yang sememangnya ku kenal ke rumah. Sudah setentunya peluang ini ku manfaatkan bertanya tentang rahsia hidup, hikmah pentas dunia dan nasihat. Sayangnya masaku terlalu singkat, aku harus pulang ke pajabat semula..Nanti insyallah akan ada masa lagi.. Ku suka bercakap, bersembang dengan orang tua-tua sebab banyak perkara yang kita boleh ambil manfaat dan iktibar.

Kita sering mendengar ungkapan..." masa mencemburui kita".."Masa mengejar kita". Dua Ungkapan tentang masa..mana satu yang lebih sesuai dengan kehiduan kita? sudah setentunya masa akan tetap berjalan dan berlalu. Masa tidak akan menunggu kita,masa tidak akan berhenti..jika berhenti, maka akan selesailah segala urusan..tidak percaya..bila hayat kita sudah habis maka terhentilah segala urusan kita. Masa hidup kita sudah tamat. Itu hal dunia. bagaimana hal ukhrawi? menunggu kah masa untuk kita? setentunya tidak...maka gunakanlah masa yang tersisa dengan baik. peringatan untuk diriku sendiri dan nasihat untuk semua..

Sunday, 26 July 2009

MD Bull Pre Reunion

MD Bull inspired N 1st Established di Maktab Duli oleh para seniorku..Im yang baru masuk MD, kira culture shock dengan suasana yang baru. Mujur ada kawan senior yang boleh membawai. Suasana Orientasi sesi 1994-95 masih lagi kukuh dalam ingatan..Terima Kasih kepada pengalaman...sure it's so benefit untuk ku




Perjumpaan secara tidak lansung di hari persandingan kawan, telah mengamit semula nostalgia sewaktu zaman persekolahan..6th Form di zaman ku dulu boleh dikatakan zaman anjakan pemikiran, erti persahabatan, pelajaran, kepimpinan, sosial dan berbagai perkara lagi yang diperolehi..yang pastinya..Maktab Duli adalah paling seronok sewaktu belajar dulu..Dan syukur boleh menjejakkan kaki belajar dan seterusnya peringkat Universiti.
Namun sekarang bila kita lihat sekarang ini, sosial lebih dipentingkan hingga melupakan tanggungjawab selaku penuntut. Padahal pelajaran adalah kunci kepada kejayaan..Dan tidak kurang juga aras pemikiran yang kurang daya untuk berfikir untuk menuju kejayaan..Last minit studi...sangat membebankan dan tidak mustahil berakhir dengan kegagalan..Namun tidak semua last minit tidak membawa kejayaan..berserah kepada Qada dan Qadar..Sebagaimana yang dianjurkan adalah Usaha, Doa dan tawakal.
Maktab Duli..Inspirasi..titik awal kejayaan bagi yang mahu berjaya..Sekarang sudah banyak ditubuhkan pusat tingkatan enam..harap Belia dan para pelajar anak jati kitani akan sentiasa berjaya dan memiliki ciri-ciri KeBruneian yang luhur.
MD Bull insyallah akan bergabung semula dalam masa terdekat..Reunion sebenar akan difikirkan..Bila tiba masanya, setentunya akan menjadi gamat sebab masing-masing akan terkenang suka dan duka sewaktu menuntut di MD ( Sesi 1993-94 dan 1994-95). Sekarang ini para ahlinya menjawat jawatan yang lumayan..Sudah ada yang menjadi Dr, Pegawai pentadbir, Pilot, BSP, Pegawai Pelajaran, Pegawai Bank, Pegawai berunifom, businesman sebagainya..Tahniah kepada semua teman-temanku..Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan..Kepada teman yang masih diluar negeri (belajar dan bertugas), MD Bull masih wujud lagi...
Kita perlu ingat ..apabila kita melihat awan jangan lupa bumi yang kita pijak..insyallah akan selamat Dunia Akhirat...JUMPA LAGI MD BULL MEMBERZ....

Selamat Pengantin Baru...

Selamat Pengantin Baru --> Adi Aizal dan Isteri <--




26 Julai 09..Sekian lama tidak mendengar khabar..tau-tau ada jemputan dari teman lama..Maktab Duli sesi 1993-1994.. Anyway Selamat menempuh Alam rumahtangga yang setentunya banyak hikmahnya. Semoga kebahagiaan akan berkekalan.
Perkahwinan..Ada berbagai persepsi mengenainya..Dan ada berbagai cara manusia mengimpretasikannya..Namun bagi kita selaku Umat Islam..Perkahwinan adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Sebahagian mengatakan berkahwin akan menambah ekonomi dan ada juga sebaliknya..Tentang rezeki ini tidak 100% ditentukan melalui perkahwinan tetapi cara kita mengolahkan rezeki dan cara kita mencari rezeki..Jika boros cara berbelanja..maka susutlah wang di saku..jika bijak, perkahwinan akan menjadi pemangkin kepada ekonomi yang stabil. Dan tidak dinafikan juga kewangan juga memainkan peranan penting untuk melayari bahtera hidup bersama. Selain itu kesefahaman dan berbagai perkara yang boleh menyumbang kepada kerukunan rumahtangga. Sikap, kefahaman, pengetahuan, Ekonomi, keadaan sekeliling , masing-masing ada pro & kontranya kepada alam perkahwinan. Terpulanglah kita untuk melihat sesebuah perkahwinan..Intipati, Hikmah........

Saturday, 25 July 2009

Having fun @ Jerudong










Wednesday, 22 July 2009

Air & Air

Gambar air, sekadar mencuba untuk melihat line of droping....
Air adalah kehidupan atau air is life? Perkataan yang sama tetapi benda yang berlainan. Namun kedua-duanya penting dalam kehidupan kita. Air( H2O)atau Air (Udara). Kedua-duanya sangat bermakna, dan tanpanya hidup kita tidak akan sempurna bahkan tiada kehidupan. Tumbuhan mengeluarkan oxigen dan kita mengeluarkan hidrogen. Kedua makluk ciptaan Illahi ini saling memerlukan dan saling membantu serta saling mencukupi keperluan. Namun kita sering menghancurkan sumber udara kita hingga lapisan ozon semakin nipis serta mengakibatkan radiasi dan mendedahkan kepada sebarang penyakit. Its our real life..
Entri akan datang Insyallah mengenai 4 unsur alam yang sangat penting dalam kehidupan kita....

Sunday, 19 July 2009

* isra dan Mi'raj 1430* - * 2009 *


Peristiwa Rasulullah diangkat dalam keadaan sedar oleh Allah SWT sambil diiringi oleh Malikat Jibril AS untuk menerima tugas dan tanggungjawab sebenar seorang muslim. Tiang agama didirikan..pensyariatan Solat.. Sungguh membawa erti bagi yang mahu memikirkan..Subhanallah..
AMANAH dan TANGGUNGJAWAB


Saturday, 18 July 2009

lawak sensasi-situasi

untuk santapan minda ehe....
binatang pun mahu glamer..anikan pula manusia.....oopsss

Friday, 17 July 2009

Gerai Perayaan Tutong

Gerai perayaan merupakan agenda setiap tahun di negara ini bila tiba musim perayaan sempena Puja Usia KDYMM. Namun tahun ini, aktiviti perayaan dan gerai perayaan telah dikurangkan memandangkan masalah global mengenai Inluenza A H1N1 masih lagi melanda Negara kita. Pengurangan ini adalah baik dan bijak bagi membendung Pandemik tersebut daripada lebih merebak.
Satu perkara yang sesetengah orang tunggu-tunggu bila tiba musim gerai perayaan ini..Sotong tutok..Teringat soalan mengenainya..binatang apa yang bila matinya lebih sengsara? ditangkap,dijemur,dibakar,ditutok dan kemudian dikunyah....hmmmm memang sedap..cubalah

Wednesday, 15 July 2009

Aktiviti cuti @ Pantai SK

Bersempena cuti menyambut Hari Puja Usia KDYMM, kami sekeluarga mengambil peluang untuk beriadah di pantai Seri Kenangan. Selain beriadah kami ingin menyampai hajat anak-anak yang ingin bermain pasir dengan menggunakan mainan baru mereka. bermain pasir adalah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak. Mereka juga dapat mengembangkan psikomotor dan daya kreativiti. Terasa lapang dada bila berjaya menyampaikan hajat mereka, selagi belum terpenuhi selagi itulah mereka akan bertanya bila..Untuk menanam dan memberikan pendedahan tentang daya fikir kognitif dan psikomotor, bermain pasir adalah diantara modul untuk merealisasikannya. Bagaimana mereka mengolahkan pasir mengikut acuan permainan mereka. Jika dulu kita dilarang untuk bermain pasir, cuba lihat pendidikan yang diterapkan oleh negara Barat. Mereka sering membawa anak-anak mereka ke taman-taman untuk perkara ini. Nah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan perkara ini mengikut budaya dan resam kita selaku orang Asia dan Melayu. Dari segi Afrektif pula, kita boleh mengajarkan tentang menerima arahan dan menerangkan bahaya-bahaya seperti apabila dipantai bermain air laut terlalu jauh dan jangan melontar pasir pada kawan. Biar apa yang kita terapkan terpahat kukuh difikiran dan hati mereka sebagai teras pemikiran yang cemerlang.

Tuesday, 14 July 2009

Puja Usia 63 Tahun

Raja yang dikasihi. Raja yang disanjungi. Raja yang berdaulat

Sebahagian banner yang merayakan hari Puja Usia KDYMM ke 63

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik. Semoga kekal karar memerintah dengan bijaksana dan dibawah keredhaan Illahi

Wednesday, 8 July 2009

Ulang Tahun yg ke 7





Seperyi biasa ada dibuat kejutan..mini birthday party

Hari ini adalah hari Ulang tahun anak pertamaku yang ke 7 tahun. Hari ini saja sebanyak 3 kali ia meniup lilin. Disekolah, kedai minum dan di rumah. Sebelumnya, anakku selalu bertanyakan tarikh 8 Julai kepada kami, menghitung hari. Pernah juga ku katakan bahawa 8Julai sudah berlalu. Nampak raut mukanya seperti orang yang hampa. saja ja untuk membiarkan ia lupa sejenak tentang hari lahirnya sebab kami sudah ada perancangan untuk anak kami ini.
Selamat Ulang tahun anakku, Ayah dan mama selalu mendoakan akan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kepintaran dan semoga juga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..Amin (tolong aminkan juga aa)
Insyallah majlis ulang tahunnya akan dibuat nanti bersama seluruh keluarga. Gembira bila melihat anakku tawa riang bila disambut hari lahirnya. Syukurlah kami dianugerahkan sepasang anak. Anak adalah tanggungjawab kita. Amanah kitani untuk membesarkan dan mendidik mereka. Jika kita mewarnai fikiran dan jiwa mereka dengan hitam, maka hitamlah jalannya. Namun jika mewarnainya dengan putih, maka insyallah akan selamat perjalanan hidup. Warnai hidup dengan sesuatu yang berguna.
Anak yang soleh akan membawa keberuntungan kepada kita. Membahagiakan hidup selagi hayat dan juga setelah kita tiada. Aset kita yang sangat berharga. Ya Allah bantulah kami Suami Isteri mendidik dan menjalankan amanah yang diberikan......

Friday, 3 July 2009

Caps dan warna

Adakah warna memainkan peranan dalam emosi kita? Adakah emosi hidup kita bergantung pada warna? Apakah warna kegemaran kita? Adakah kita memahami pengajaran yang ada setiap warna? Seperti warna merah membuatkan seseornag itu semakin berani, warna oren membuatkan seseorng itu lebih aktif terutama kanak-kanak. adakah benar warna 'pink' boleh melemahkan kekuatan lelaki? Adakah warna boleh memutar belitkan deria rasa kita? untuk lebih jelas lawat saja link ini.
Caps selaku pelindung dari panas ataupun alat pelindung sementara di kala hujan..Namun cap juga membawa perubahan kepada sipemakai.bahkan memberikan impak pada penampilan..fesyen..tetapi ada juga yang bergantung pada caps untuk penampilannya. Jika tiada caps hilang 'macho'..Bagi ku..biarlah barang tersebut sebagai ALAT dan bukan sebagai TUJUAN...boleh fahamkan?..Maksudnya hanya dijadikan alat kemudahan kita dan bukan sebagai tujuan yang sangat-sangat difanatikkan hingga tanpanya kita merasa 'down'. Yang ketaranya bermegah dengan apa yang ada dan senyum sinis pada siapa yang tidak memilikinya. "I own new branded caps with worth nearly hundred n blink-blink"..lols..

Monday, 29 June 2009

U.K.A. G41

Salah sebuah perguruan yang boleh berdiri sendiri telah mengadakan UKA ( Ujian Kenaikkan Arat) kemarin di gelanggang berjasa Kg Setia B.
Ujian ini adalah bagi mengetahui prestasi dan kemahiran pesilat dalam membuat gerak serta buah pukulan yang diajarkan. Disamping itu untuk menyuntik semangat para pesilat untuk lebih mencintai silat warisan ini. Tahniah kepada yang telah lulus ujian tersebut.

'Mengilap kursani serampang cahaya, menggangkat seni budaya bangsa'
'Bekarih Bejarih Belurih'

Saringan silat @ Tutong

Pertandingan silat Sempena Hari Keputeraan KDYMM akan berlansung lagi pada tahun ini. Setiap Daerah sedang mengusahakan untuk menghantar wakil. Jalan untuk menuju ke peringkat kebangsaan memang bukan jalan yang mudah, harus menghadapi saingan di tempat masing-masing. Hanya si juara yang akan membawa nama daerah.
Kecekalan, keberanian, kepantasan, kemahiran dan cepat akal sangat diperlukan dalam acara tanding silat olahraga ini. Manakala seni pula harus menerapkankan ciri-ciri langkah silat yang halus, sopan dan teratur. Setiap langkah adalah matlamat. Matlamat adalah kejayaan dan kejayaan adalah kecemerlangan. Semua mahukan kemenangan, cuma tinggal usaha kita lagi. Faktor kesihatan juga mesti dititik beratkan. jangan sampai acara sukan menjadi gelanggang menurut nafsu, mlampiaskan dendam dan kemarahan. biarlah sukan menjadi acara sukan..sukan dengan manjaga etika dan semangat kesukanan.
Selamat bertanding dan selamat maju jaya. Dan selamat mencipta sejarah diri sendiri dengan kemenangan. Menang dengan jaya. Gagal dengan bermaruah..
Derap langkah disusun, tangan dihayun gagah, fikiran dibayangi hormat..mengilap kursani serampang cahaya, mengangkat seni warisan budaya.

Saturday, 27 June 2009

Lagenda Raja Pop

Mikaeel ' Michael Jackson ' sudah tiada. No More king of Pop. Pemergiannya tiada pengganti. Memang sudah dijanjikan Illahi "Kullun Nafsin Za ekatul Maut"..setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Cuma cara,tempat dan jalan ceritanya..'khusnul Khotimah' atau 'suul Khotimah' kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan mengingati mati adalah salah satu ibadah. Dunia dikejutkan lagi dengan pemergian seorang superstar, Raja Pop nmbor 1 dunia.

Berbagai spekulasi yang kita dengar tentang beliau sebelum ini..isu skandal,pembedahan, album bahkan tentang keIslamannya..Pastinya semua ini tinggal kenangan dan ristaan. Raja pop yang mempunyai pengaruh yang luar biasa dan menjadi idola dalam dunia seni samaada gaya, nyanyian atau pakaian..uuu. Heal the World laungan beliau untuk kedamaian dan ketenteraman umat sejagat..namun senyaring mana pun laungan jika tiada pihak yang mengambil maklum akan jadi sia-sia. Tetapi itulah yang ingin beliau cuba lakukan..help the child, peace dan thanks to Allah..
Resam dunia..bila sudah tiada maka akan terasa hilangnya. Jika ada maka akan dibiar. Jika kita memuja hamba, maka hamba tersebut akan hilang . Tetapi jika memuja yang mencipta Alam dan seluruhnya, Ia kekal ( Allah SWT). Masyaallah..itulah pesan Rasulullah kita. M.J. Seorang raja Pop Eropah akhirnya sempat menerima hidayah. Semoga akan tenang di alam sebenar. Munajat untuk sesama saudara Islam.
Beliau seorang yang dikenali di mata dunia. Tetapi kita selaku manusia biasa, adakah kita sudah bersedia menghadapi saat Kiamat kecil? adakah kita akan dikenang di dunia? adakah kita akan di doakan? Kematian adalah pengajaran buat kita. Iktibar yang tersirat. Subhanallah.

Thursday, 25 June 2009

AkTVT

Berkemah, camping,outing antara akitivti yang sering dianjurkan oleh sesebuah sekolah. Anakku juga terlibat untuk berkhemah, cuma dari pagi hingga petang. kira ok la tu memandangkan rata-rata umur masih kecil..Pasukan pengangkap sekolah anakku telah mengadakan aktiviti ini untuk mendedahkan dan mengcungkil kepimpinan kendiri dan kelompok. Ku ucapkan terima kasih kepada sekolah atas insiatif mereka untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah. Umpama 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas tetapi juga pengajaran secara tidak formal juga boleh dibuat. Aktiviti diluar kelas boleh membantu pembentukan sahsiah yang positif seperti percara diri, komunikasi yang betul, menerima arahan bahkan sikap saling membantu, hormat menghormati. Perkara ini sangat membantu untuk menjadi seorang insan yang berguna di kemudian kelak. Kepada anakku, semoga menjadi anak yang berjiwa kental, pintar serta patuh pada agama dan orang tua..Amin..

Homeland holiday


Jerudong Park..berapa lama awda tidak berkunjung ke tempat ini? Baru-baru ini ku membawa famili untuk berkunjung ke Jerudong Park sempena cuti sekolah. Sudah lama tidak berkunjung ke JP, rupanya ada pembaharuan..ada persembahan belon air..terhibur juga menonton persembahan mereka. Anak-anak seperti tidak lepas mata melihat sambil ketawa melihat gelagat yang lucu.
Cuti sekolah adalah masa yang dinanti untuk bersama-sama keluarga. Berhibur dan bercuti di dalam negeri sendiri tidak kurang juga meriahnya. Sekurang-kurangnya ku dedahkan pada anak-anakku tentang negara sendiri. Merasa takut juga untuk keluar negeri memandangkan wabak yang melanda sekarang H1N1..bahaya..jadinya bercuti sajalah di tempat sendiri...
Membawa mereka bersiar-siar membuatkan hati tenang dan terhibur. Melihat tawa senyum famili boleh menghilangkan beban kerja buat seketika..istilahnya mengubat hati...laungan Kenali Negara Kita perlu diberi sokongan kerana belum semua kita tahu tentang negara sendiri. Apapun juga terserah kepada kita bagaimana untuk mendekati memahami dan mmencintai khazanah negara kita. Orang Eropah melancong untuk melihat negara lain manakala kita meloncong untuk? shoping..betul ka statement ani..

Monday, 22 June 2009

Kejutan lagi....


Pagi ini (sekitar 8am), ku dikejutkan oleh anak-anakku..sambil mereka menbanguni ( maklum hari Ahad..peluang untuk kan bangun akhir sikit) mereka mengucapkan kalimat " Selamat hari ayah, ayah"..Anak-anakku memang memangilku ayah..jadi apa bezanya pangilan dan kalimat ucapan tadi..namun ku terpegun bila mereka mencium pipi dan memelukku sambil menghulurkan hadiah..wah rupanya Hari Ayah..tersenyum juga jadinya..ku peluk mereka..Syukur pada Mu ya Allah sebab memberikan ku rezeki dengan menganugerahkan anak-anak yang tahu menilai dan mengasihi indung..Syukur..
Ku cari mama mereka, ku lihat sedang duduk depan TV setelah selesai menyediakan sarapan pagi..ku ucapkan juga terima kasih.
Ku Ucapkan juga selamat Hari Ayah kepada bapaku..semoga bapa kekal sihat dan bahagia...Amin

Hari Bapa..hari untuk memperingati segala pengorbanan seorang Ayah..segala apa yang diusahakan untuk membangun dan menciptakan suasana kekeluargaan yang rukun..Namun untuk mengingati semua itu tidak semestinya hanya menunggu hari Ayah..yang penting rasa hormat dan ihsan kita kepada yang bergelar Ayah setiap masa..Siapa pun mereka, dia tetap seorang Ayah...Cuma Hari Ayah merupakan manifestasi untuk melahirkan rasa menghargai mereka...kepada di luar sana..Marahnya seorang ayah tidak bermakna benci tetapi untuk mendidik dan mengajar..(but dont beyond d limit)..Anak-anak sekarang memang sensitif..didiklah dengan 'Mauizzati Hassanah'..teladan dan nasihat yang baik..Insyallah akan menjadi seorang ayah yang bijak dan lebih bertanggungjawab

Sunday, 21 June 2009

Pesta Sukan Remaja


Kemarin ku menerima pangilan untuk majlis Penutupan Acara Pesta Sukan Remaja 2009.
Setelah menyelesaikan semua kerja, aku pun menghadirkan diri. Ini kerana telah terlantik menjadi AJK Teknikal dalam acara Silat. Cuma tidak dapat menghadirkan diri sepenuhnya sewaktu pertandingan dijalankan atas sebab tugas yang sedia ada. Minta Maaf aaa...
Tahniah kepada yang berjaya dan menjuarai acara dalam sukan masing-masing. Semoga pengalaman mengikuti pesta Sukan Remaja ini menjadi 'bench mark' untuk kejayaan yang akan datang. Secara keseluruhannya Daerah Brunei Muara menjurai kutipan pingat. Olahragawati di sandang oleh Daerah Tutong dan mendapat $500.00 disamping hadiah lain. Wah ada harapan makan besar ni..
Bersukan memang baik cuma jangan sampai mencederakan diri. Bila dah cedera, sendiri yang susah. Pergerakan terbatas...Syukurlah dengan apa yang diterima walaupun memang terasa sakit. Apa boleh buat udah nasib.

Pesta Sukan Remaja kali ke 4 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan dikelolakan oleh Persatuan-persatuan Sukan Negara Brunei Darussalam. Pesta bermula pada 14 hingga 20 Jun 2009. Sekali lagi ku ucapkan tahniah kepada penganjur dan pengelola atas kejayaan pesta ini. Dan tahniah juga kepada pemenang dan biarlah kemenangan dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk lebih baik lagi. Manakala yang tidak menang, jangan putus asa. Kekalahan tidak membawa erti jika masih ada semangat untuk berusaha. Bahkan sebagai langkah untuk bergerak maju lagi di masa akan datang.

Kejayaan yang dicapai waktu ini adalah merupakan kegagalan. ini kerana keputusan yang terima dan pencapaian yang dibuat adalah yang baik bahkan yang terbaik itulah yang hendak dicapai. Sebagai contoh..catatan larian 100 meter yang diperolehi adalah 30-35 saat. Tapi ada yang lebih pantas dari masa itu. seperti lompat jauh juga, jarak yang dicapai itulah sahaja yang diperolehi tetapi ada lagi pencapaian yang hendak dicipta. terpulanglah kepada diri sendiri untuk menafsirkan erti pencapaian dan kejayaan. Yang baik tidak semestinya yang terbaik. yang buruk tidak semestinya yang terburuk. Boleh fahamkan? :)

Karnival RTB

Minggu lepas (14 Jun 2009) bertempat Petani Mall Tutong, Karnival RTB telah diadakan. Bermacam-macam aktviti telah diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. rakaman untuk rancangan RTB juga diadakan jadi pengunjung juga berkesempatan menyaksikan proses rakaman bagi rancangan RTB (seperti untuk sekmen Hari Raya). Selain itu, pengunjung juga dapat mengikuti kuiz dengan mendapat hadiah yang disediakan. Gerai-gerai produk tempatan juga mengambil bahagian di karnival ini. Bagi memeriahkan program ini aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Permainan seperti Stand a Bottle, Dart Ballon, Tic tac dan sebagainya.

Disamping program tersebut, adakah kita sudah tergambar tentang kesusahan dan cabaran untuk menyiarkan rancangan di TV kita? Dan adakah kita merasa berpuashati dengan rancangan yang disediakan? Apa pun juga tidak semua kerja itu mudah dan begitu juga sebaliknya. Kita selaku penonton d negara sendiri, hendaknya lah memberikan sokongan dan yang diberi sokongan berusahalah untuk memberikan yang terbaik. Semoga Maju jaya dan akan lebih menambat hati para penonton.

Rancangan Tv memang memberikan kesan kepada para penonton, samaada ia membawakan kesan yang positif dan juga sebaliknya. Selaku orang dewasa, kitalah yang memainkan peranan untuk memantau apa yang ditonton. Baik buruknya kita yang menilai. Cara Pemikiran dan pandangan serta menilai tidak sama. Ada yang baik boleh menjadi kesan yang buruk dan yang yang berunsurkan perkara negatif ( seperti rancangan drama yang mengambarkan perbuatan jahat) boleh memberikan kesan yang baik.

Belon yang tidak pecah..wah amazing haha...



Antara Artis Brunei yang memeriahkan Karnival

Friday, 19 June 2009

Nissan Cefiro 4 sale

Sharing info..kawan offering keretanya untuk dijual, kataku im promokan saja dalam blog. Untuk menolong kawan, ku harap usaha ani mendatangkan hasil..
Sedikit detail tentang kereta cefiro ani :

1) Nissan cefiro modal 2003 ( dijual kerana owner ada keta baru hehehe..katanya)
2) condition msh bagus inda pernah kerosakan teruk, kerosakan kecil pun bule dikatakan nada
3) 1 owner sahaja dan dijaga dgn baik. accident free inda pernah servis woksyop luar
hanya d boustead
4) Dibeli pada oktober 2003
5) No more bank
6) Harga yang ingin dijual ialah 15k msh lagi boleh dirunding

"Tolong forward kn basar pahala kamu hehehe.Kalau ada yang berminat emel sj at manvsscholes@hotmail.com lps tu tani bole berurusan dgn lebih lanjut.
terima kasih" katanya dalam email.
So apa lagi, kepada sesiapa yang berminat hubungi tia sikawanku atu..tawar lagi..asa long as semua berpuashati.

Wednesday, 17 June 2009

Bengkel Fonik


Pada hari Ahad yang lepas, isteriku bersama temannya telah membuat aktiviti pada waktu cuti sekolah iaitu memperkenalkan kepada para murid dan ibu bapa tentang kaedah pembacaan iaitu fonik. Inilah diantara sumbangan para pendidik, senantiasa mencurahkan ilmu..Ilmu tidak akan berkurangan jika diberikan bahkan akan bertambah. Tahniah kepada warga pendidik atas usaha yang murni untuk menjadikan warga kitani sebagai warga yang berpengetahuan. Para ibubapa juga perlu didedahkan tentang pengajaran, sekurang-kurangnya mereka dapat mengajar anak masing-masing di rumah.

Cuti Sekolah Bermula



Sudah beberapa hari cuti sekolah bermula..inilah masa yang sangat-sangat dinantikan oleh pada murid dan warga sekolah. Ibubapa penjaga juga tidak kurang sukanya. Inilah masanya untuk berehat setelah penat menimba ilmu. Dan inilah juga masanya untuk berehat dari menghantar dan mengambil anak sekolah. Cuti Penggal persekolahan pelbagai perancangan dibuat, makan angin, aktiviti riadah dan sebagainya. Ada budget, badan sihat so carry on saja dengan apa yang dirancang.
Biasanya hari terakhir persekolahan, pihak sekolah akan merancang aktiviti-aktiviti untuk para murid. Mengadakan jamuan ( hal ini lazim sewaktu aku masih dibangku sekolah lagi..wah rindu rasanya kan belajar semula), aktiviti membaca, melawat dan bahkan ada yang membuat aktiviti mini sukan...Kebanyakkan para ibu bapa juga telah merancang untuk memohon cuti atas semata-mata untuk bersama anak-anak dan melancong keluar negeri..bagi kami sekeluarga..cuti penggal kedua ini, kami tidak pergi kemana-mana..budget kurang, banyak kerja dan cuti habis..hehe, tunggu cuti baru..insyaallah penggal terakhir kami merancang untuk melancong..untuk cuti kali ini biarlah melancong dalam negeri sahaja dulu..for next holiday, ada yang mau sponsor?

Colour Of Beauty

Wanita dan alat solek memang tidak dapat dipisahkan.Inilah yang dikatakan sebagai naluri semulajadi wanita. Pada sebahagian wanita, kecantikan adalah anugerah dan satu kemestian. Malah ada yang sangup berbelanja lebih untuk alat solek..walau apa pun, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilainya. Cuma perlu diingat, kecantikan luaran biarlah mengambarkan kecantikan dalaman juga. Janganlah bersolek saja tetapi jiwa tidak di 'touch up'..fahamkan? ok..untuk renungan bersama sahaja...for guys, jangan mudah terpengaruh pada solekan ..lolz..

blogging tergendala-kesibukan

Salam. Sekarang ini aku belum ada masa yang lapang untuk men'share' apa-apa dalam blog ini. Ada bahan tetapi belum termuatkan lagi...minta maaf..banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuklah hal tugas dan juga hal komitmen lain..Insyallah dalam sedikit masa lagi blogging akan beraksi semula.
Terima kasih

Sunday, 7 June 2009

Tug of War Tutong


Petang ini 7/6/09. pertandingan akhir tarik kalat bagi Daerah Tutong telah diadakan. Pertandingan ini bagi kelayakkan untuk mewakili daerah. Kategori C (remaja) akan diwakili oleh SM. Muda Hashim. Kategori B(ringan) akan diwakili oleh jabatan Penjara Maraburong manakala ABDB Penanjong Garisson bagi Kategori A(Berat).Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang bernasib baik, beerti perlu usaha lagi nanti, dan tidak semestinya kekalahan akan selalu menghantui. Adakalanya kekalahan menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang..asal perlu ada iltizam dan lutanan.
Terkenang sewaktu aku bergiat dalam sukan ini..sungguh letih dan memerlukan stamina yang bagus. Sekarang? hanya melihat sahaja. Semoga berjaya nanti bila ke peringkat kebangsaan.

Sukan RIa


Hari ini 7/6/09, Sekolah Nusa Jaya Tutong, telah mengadakan sukan ria kali yang ke 4. Saingan hanyalah dua cawangan sekolah ini sahaja iaitu cawangan Penanjong dan Keriam. Tetamu kehormat adalah Pehin Dato Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih bin Abdullah. Pelbagai perlawanan sukan telah diadakan dengan melibatkan kerjasama antara ibubapa penjaga murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Acara ini diadakan 2 tahun sekali.


Selaku institusi pendidikan, perlu ada penerapan pendidikan dari segi psikomotor(kemahiran/bakat) dan bukan hanya menitik beratkan pada aspek kognitif(penggunaan minda) sahaja. Dan melalui sukan ria ini juga, dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial,kreativiti,fizikal,bahasa(kemahiran mendengar arahan), Rohani(kesabaran dan daya saing)dan mental para murid. Para ibu bapa penjaga juga mendapat manfaat daripada acara sebegini seperti akan bertambah akrab antara pihak sekolah serta ibubapa penjaga yang lainnya. Kerjasama adalah penting dalam mengendalikan satu-satu acara. seperti ungkapan 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'
Tahniah atas usaha ini.

Bikes Show

Tutong, 6th & 7th June 09..Pameran/roadshow Motorbikes telah dibuat di kawasan lapang Dewan Seri Kenangan yang dikendalikan oleh QCB (Qiulap Custom Bikes). Cantik dan kreatif.

Friday, 5 June 2009

Menabung & Pengaruh $


REZEKI TIDAK SEMESTINYA DUIT,TETAPI JUGA PERASAAN YANG TENANG DAN BAHAGIA.
Ungkapan ini ku dapat daripada hasil bacaanku 'TAU TAK APA' karya Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj. Bersesuaian dengan apa yang akan ku nukilkan disini tentang duit/syiling/rezeki. Malam ini aku dan isteri tengah bosan, tiada apa hendak dibuat. Tiba-tiba isteriku menyarankan untuk mengira duit tabung anak-anakku untuk dimasukkan ke dalam akaun simanja mereka. Wah boleh tahan juga banyaknya, maklumlah tabung anak-anak. Mereka ku ajar untuk menabung duit. Seperti biasanya apabila diberikan duit syiling, mereka akan terus menyimpan ke dalam tabung masing-masing. Syukurlah mereka menerima ajaranku. Insyallah besok akan dimasukkan ke akaun mereka. sekurang-kurangnya dapat mereka gunakan nanti apabila perlu. Melentur buloh biar dari rebung.
Dalam hal duit ini, memang banyak karenahnya. Boleh lupa diri, menyalah gunakan kuasa, rasuah dan sebagainya. Semoga kita semua terhindar dari perkara yang negatif dari duit. Jangan kita menjadi hamba duit, dan jika ini yang berlaku maka akan musnahlah hidup kita. Duit memang perlu dalam kehidupan kita terutama dalam arus sekarang yang harga semakin meningkat. Nilai duit $100 umpama $10 saja. Walau apa pun juga, rezeki tidak datang bergolek, terpulanglah pada kita untuk mencarinya.Namun perlulah dengan jalan yang betul, bukan dengan cara yang salah, menindas orang lain, menabur pasir pada nasi orang, mengadu domba, ataupun menjatuhkan orang agar diri boleh dapat duit. Lumrahkan perkara ini? dan ku percaya awda sendiri pernah mendengar atau mengalami situasi ini akibat orang lain. Atau mungkin kita yang membuat perkara tersebut..Mungkin saja. Maka renung-renungkanlah bersama. Tidak akan kekal dan tenteram jika demikian. Rezeki yang halal akan mendapat berkat yang kita tidak terbayangkan. Zakat jangan lupa, Sedekah mesti selalu. 'indakan duit untuk masjid seringit tapi duit untuk.......banyak.'
Ini hanyalah pandangan saja. Belum tentu betul. Mungkin pandangan berbeza dengan hujah masing-masing yang lebih bernas. Sekadar luahan pengalaman, pandangan ringkas dan cerita yang ku dapat.

Thursday, 4 June 2009

Seni Melayu Tradisi


Silat..Seni mempertahankan diri orang-orang Melayu..Banyak nilai budaya dan gaya hidup yang terdapat didalamnya..Tapi sejauh manakah kita memahami konsep dan falsafah silat yang kita tahu. Ada yang berkata, Silat tidak lagi relavan dengan arus kehidupan sekarang..cukup dengan senjata canggih untuk mempertahankan diri..cuma bagi kawasan mana dan negeri mana yang boleh membawa senjata dan digunakan untuk mempertahankan diri.Adakah undang-undang yang membolehkan kita membunuh? inilah persoalan yang sering timbul. Silat sesuatu yang membosankan sebab tidak praktikal dan tidak seperti street fighting..dalam perkara ini, yang perlu difahami adalah tapak atau langkah yang ada pada silat tersebut..soal tidak praktikal ini,tidak sepatutnya timbul sebab dalam silat ada permainannya yang boleh kita katakan sebagai pukulan 'fatal', 'counter attack' dan sebagainya..hanya yang memahami sahaja mengetahui. lebih menghairankan..sekarang ini silat sudah mendunia..bangsa Eropah telah melihat silat sebagai suatu aliran mempertahankan diri yang unik dan praktikal, jika tidak mengapa silat dipelajari disana dan boleh diterimapakai? Mengapa kita selaku yang empunya seni/tradisi boleh menepikan hal ini bahkan tidak/kurang menyokong. Seperkara lagi tangapan tentang beladiri pula..sekarang ini semakin banyak aliran yang tumbuh..lihat sahaja pada Youtube..banyak aliran yang divideokan. Lebih menyedihkan adalah mindset yang kabur tentang silat..dilarang untuk mempelajarinya kerana takut anak-anak bergaduh. Hal ini bukan dari silat tetapi daripada asuhan sendiri, tanpa belajar silat pun boleh berguduh juga kan? Mengapa silat dipinggirkan tetapi budaya seni lain diagungkan. Biar fair n square.apa halnya jika tiada senjata canggih pada diri tetapi berada di situasi yang terdesak( dikepunng), adakah kita berharap pemukul akan simpati kerana tiada senjata? ataupun adakah waktu ini kita merasa perlunya ilmu mempertahankan diri? fahami dulu baru beri pandapat..nah mengapa pula kita mengatakan silat tidak relavan? Tepuk dada tanya selera..Hal ini hanya sebagai pandanganku sahaja. Dan segelintir sahaja yang kontra tentang seni silat.


MENGILAP KURSANI SERAMPANG CAHAYA,MENGANGKAT SENI BUDAYA BANGSA

Pesilat dari PSPS Gerak41 dan mambawa resmi padi & piasau (kelapa)

Monday, 1 June 2009

31 May - Hari Ulangtahun ABDB ke 48 tahun

" MEMPERKUKUH PERTAHANAN DALAM MENDUKUNG KEDEWASAAN BERNEGARA "



...SYABAS... Cukup dengan 1 ungkapan perkataan bagi melambangkan 'salute ku' untuk kejituan ABDB dalam menuju era kematangan.
KEAMANAN negara sangat penting bagi menjana keselesaan kita bernegara, tanpa keamanan kita akan menempuh pelbagai kesulitan bukan hanya nyawa dihujung tanduk bahkan kita akan khuatir untuk keluar rumah..semoga negara kita tidak akan mengalaminya. Sama-samalah kita berganding bahu untuk mengekalkan keamanan negra kitani, bukan hanya menyerahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada agensi kemananan sahaja bahkan kita juga selaku rakyat ada tanggunjawab masing-masing. All for One and One for ALL
Brunei Darussalam, Abode OF Peace...

Sunday, 31 May 2009

Crash Boom Bang

I have no komen hal ani...cuma aku menasihati diriku sendiri dan untuk semua agar berhati-hati dijalan raya....jangan jadikan jalan raya sebagai gelanggang emosi..fikirkan diri sendiri..ingat orang lain yang sama-sama mempunyai hak untuk selamat...Selawat dan baca Doa naik kenderaan sebelum memandu..serta jangan lupa periksa kondisi kenderaan..."Ya Allah hanya PadaMu kami bermohon keselamatan"... Dua kejadian yang berasingan dan 2 situasi yang berbeza..

Wednesday, 27 May 2009

Unsur Alami



Ini hanyalah percubaan saja..belum cantik lagi..tapi bolehlah untuk tatapan saja..Unsur batu, air, angin .....Batu yang keras, air yang lembut dan angin yang hanya dapat dirasa...semuanya mempunyai daya kekuatan dan kelemahan sendiri...Batu walaupun ia keras tetapi jika selalu disemai dengan air ia akan hancur juga..manakala angin pula walaupun ia tidak nampak tapi kita merasai akan kewujudannya...Nah begitu juga dengan sikap kitani sebagai manusia..banyak ragamnya..terpulang pada apa kita mengkelasifikasikan sikap kita..adakah mahu jadi batu..mahu jadi air atau pun angin? api bagaimana? sebagaimana yang ku katakan awal-awal tadi, semuanya mempunyai pro dan kontranya..jika dimenifestasikan pada kehidupan kita..

Sebagai contoh (pandangan saja dan ini tidak semestinya betul dan harus juga salah), dalam memegang prinsip hidup, kita harus kentalkan dan keraskan semangat kitani..walau dipukul ombak sekalipun, batu tetap akan bertahan....Namun kita harus juga berlembut apabila berurusan dengan orang lain..adakalanya kekerasan batu tidak kita perlukan...bahkan mungkin membawa kesan yang buruk..Manakala angin pula...walaupun ia tidak nampak tetapi kita tahu dan merasainya..inilah juga kita tafsirkan sebagai semangat dalaman kita..Doa, tawakal dan kepercayaan kitani..dan sudah setentunya juga kita kembalikan semuanya pada Allah...Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu untuk kita hayati dan fahami..nah terpulang pada kitani sendiri..ehe..



Nanti akan dicuba lagi untuk mengambil gambar yang jelas air ombak memukul pantai atau batu...wah syok jua a..disamping santai bersama keluarga, dapat juga memikirkan hal ciptaan Allah..dapat jua pahala bila memikirkan akan ciptaan dan kebesaranNYA..

Sunday, 24 May 2009

Famili Gathering



Kanyang..kanyang. Semalam makan besar lagi. kali ini di restoran Millenium, Beribi. Seluruh keluarga hadir. Sebetulnya majlis ini diorganise oleh Abangku dengan agendanya tersendiri. Sebagaimana difahamkan malam tadi, beliau akan bersara dalam sedikit masa lagi. Walau apapun, ku doakan agar senantiasa dalam naungan dan keberkatan Illahi dalam apa juga bidang yang akan diceburi. Sekarang beliau berjinak-jinak dengan perniagaan. Bidang Information Technology (IT). Tahap permulaan memang payah Bro, tapi selagi ada usaha dan Redha Allah, Kita akan berjaya. Namun jangan sesekali kita lupa, PadaNYA juga kita meminta dan bermohon. Fahami tia konsep Bekarih Bejarih Belurih ani.
Ada pepatah yang ku dengar bila berbual dengan temanku.."payah berurusan dengan manusia ani, banyak karenah dan alasan, sanang lagi berurusan dengan Allah". Ku rasa ada kebenarannya..sama-sama lah kita memahami perkataan tersebut sebagai pemangkin kepada kejayaan kitani. Dua patah perkataan yang menjanjikan sesuatu kejayaan ialah kerja keras..Wow boleh tahan harganya..terima kasih kerana belanja dan semoga murah rezeki untuk belanja lagi nanti ehe..Amin..

Tirai Horizon 1




Pada 22/5/06. Ku bersama keluarga pergi bersantai sejenak di Seria, setelah menghadiri Majlis menghantar tanda pertunangan saudara di Mumong. Kebetulan waktu menjelang Maghrib. So ku ambil kesempatan ini untuk belajar lagi. Belajar untuk mengambil suasana mentari merah (sunset). Selagi ada kemahuan dan selagi ada semangat untuk belajar..insyallah kita akan berjaya. Namun gambar yang di ambil belum cukup sempurna. Aku perlu belajar lagi.
Sunset...Matahari yang memberikan cahaya dan memberikan pengharapan pada kehidupan manusia. Namun bila cukup masanya ia akan kembali ke asal. begitu juga kita.Kitaran hidup, tidak semestinya akan senantiasa senang dan berpangkat besar. Ada waktunya kita akan dibawah juga. Namun perlu ingat ini semua ada dugaan Allah kepada hambanya. Tidak semestinya apabila kita dibawah kita menjadi lemah dan hina..SALAH tu pandangan macam atu. Kita ambil iktibar sebetulnya..dan susun strategi yang lebih sistematik dan praktikal. Seperti orang berniaga, tidak semestinya kita akan terus mendapat wang, ada waktunya perniagaan hambar.Ini ku tanyakan pada teman-teman dan pengusaha. Ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu Kaum (diri kita) melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Perlu ada usaha, doa dan tawakal (BEKARIH BEJARIH BELURIH). Matahari terbenam terbenam amat indah untuk dipandang. Ambil iktibar dari apa yang kita lihat.

Thursday, 21 May 2009

Superhero cilik

Malam tadi ku cuba merealisasikan imaginasi anak-anakku sebagai Superhero. Ku capai kamera dan mengambar keulahan mereka bermain. Tiba-tiba datang idea untuk menyuruh menjadi model ehe..Mereka mencari dan memakai baju-baju yang berupa seperhero seperti Batman, Power Rangers dan Spiderman. Kami membuat aksi yang menyeronokkan, Isteriku pun terlibat sama selaku jurulampu ehe..tiada aktiviti cari aktiviti..bekarih mereka menukar pakaian masing-masing. Ku pu seronok melihat aksi mereka adik beradik. dan lebih seronok bila melihat mereka gembira. Cuma jangan sahaja imaginasi mereka menjadi superhero membawa bahaya. Seperti lagak Superman yang boleh terbang. Selagi darah melayu ada pada mereka, gaya tempur mereka pun seperti silat..wah hebat anak-anakku.Gaya Silat ayah mereka yang mereka tiru..tidak salah lah kan ehe..mewarisi minatku



Robosapien dan IJN


Pernah kah anda mendengar permainan "Robosapien'. Sebetulnya robot ini dibeli sewaktu berada d Kuala Lumpur tahun 2005 bila anak lelakiku dihantar untuk menjalani pembedahan Jantung,(Jantung berlubang) di Institut Jantung Negara, Malaysia.
Permainan ini ke beli kerna berharap anakku gembira dan akan sembuh cepat, sayangnya waktu itu ia belum tahu bagaimana untuk memainkannya. Sehinggalah 3 hari yang lalu, bila mengemas bilik, ku ternampak Robosapien ini berada di atas almari buku. Ku capai dan masukkan bateri.Alhamdulilah masih ok. Ku panggil anakku dan menunjukkan padanya..katanya ia masih ingat permainan ini dan sekarang ia boleh mengoperasikannya sendiri. Aku gembira bila melihat ia memainkannya bersama adiknya, namun terharu bila terkenang saat-saat getir sewaktu di IJN dulu. Hanya Allah mengerti betapa khuatir akan pembedahan yang dijalankan.Syukur pada Mu ya Allah telah menyembuhkan anakku
Allah itu maha Kaya, Maha pengasih..ku sangka, jantung berlubang yang anakku hadapi itu adalah kritikal, rupanya apabila berada di IJN, terdapat lagi anak orang lain dan kes yang lebih teruk. Ku pun bersyukur kerana tidak diuji dengan yang ku rasa tidak mampu hadapi. Di sana berbagai masalah yang didengar seperti, injap jantung kurang berfungsi dengan, jantung terlilit dengan urat, Jantung sebelah sahaja perfungsi dan berbagai lagi..Syukur Pada Mu Ya Allah..Walau sebagaimana pun masalah yang kita hadapi, kita harus redha dan selesaikan dengan baik dengan meminta bantuan pada NYA, kerana ada lagi yang diluar sana yang menghadapi masalah leih teruk dari kita.
Robosapien, permainan yang dimain anakku setelah pembedahan..seronok juga memainkannya.ia boleh menari, berjalan hadapan dan berundur, bahkan boleh berpusing. Kita mengawalnya sendiri.Jika manusia dikawal oleh manusia yang lain..alamat kita akan menjadi robot lah. Dari itu jangan kita biarkan diri kita menjadi hamba pada manusia dan harta. Kita yang mengaal diri kita sendiri berdasarkan akal fikiran kita.
Institut Jantung Negara, ku harap tiada keluargaku yang akan kesana lagi..Namun segala layanan dan fasiliti yang diberikan adalah memuaskan..layanan 1st class ehe. terima kasih kepada pakar-pakar IJN, Kerajaan Brunei yang perihatin akan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Terima kasih segalanya....

Gambar anakku bersama Doktor yang mengetuai penbedahan

Aktiviti menguji emosi


Semalam aku cuba melihat aktiviti di tebing sungai Tutong, Pekan Tutong. Tidak seperti biasa gayanya..biasanya ramai yang turun untuk memancing..tetapi semalam sunyi dan tidak ramai yang memancing.Khabarnya disini jika rajin dan ada rezeki akan mendapat udang galah..ehe.
Sewaktu kecil kami adik beradik memang sering dibawa oleh bapa untuk menangkap ikan di sungai..Aktiviti ini samaada 'mengandang', 'Mengikis', 'memancing','merambat' ataupun 'membintur katam'..Bapaku memang seorang yang cekal dan rajin turun kelaut walaupun bukan sebagai hasil pendapatan utama.sekarang sudah pencen dari tentera. Yang rajin dibawa adalah abang aku.beliau juga ku rasa seorang yang tidak banyak karenah..bila bapa bersuara untuk menangkap ikan.ia akan segera menyediakan peralatan yang perlu..seperti memeriksa perahu, enjin dan sebagainya..Kepada Bapa dan Abangku, aku memang respek kamu berdua..tidak pernah ku dengar mengeluh. Pernah setelah pulang dari sekolah, bapa terus membawa abang mengikis..Abang akur. Memang terasa letih dari belajar di sekolah..tapi demi untuk tidak mengecewakan hati bapa..abang pun ikut...Ini kah yang juga dikatakan sebagai Bejarih dan Belurih? ku rasa 'YA"..Setelah abang bekerja, maka akulah teman bapa..ehe..
Banyak pengajaran yang bapa turunkan kepada kami adik beradik secara tidak lansung.Terima kasih bapa..semua pengajaran yang ku dapat tentang menangkap ikan ini, insyallah akan ku ajarkan juga pada anak-anakku nanti..
Nah dari hal memancing dan yang sewaktu dengannya..memang ada membawa pengertian pada kitani..mengajar erti kesabaran, berusaha dengan titik peluh sendiri, disamping itu kita akan dapat lebih menghargai betapa pentingnya masa jika dibazirkan sebegitu saja dengan perkara /aktiviti yang tidak berfaedah..Info terbaru, sekarang ini perlu ada lesen untuk memancing..kita akur sahajalah dengan peraturan yang dibuat..

Sunday, 17 May 2009

Nokia e75




Hadiah yang diluar jangkaan...Syukur dan terima kasih kepada keluargaku terutama isteri tersayang..
Disamping e75, kain untuk cara melayu juga dihadiahkan ehe..untuk Hari Raya & pendrive 8GB..wow

Sempena 2 in 1


16 May....My Birthday telah datang semula..i treat my famili di Rizqun Coffe House..kira meraikan la kan..Bersempena Hari Ibu yang lepas..Ayah dan Ibuku pun tidak ketinggalan. Sama-sama kami meraikan hari ulang tahun ku dan Hari Ibu..Walaupun sederhana tapi cukup untuk memenifestasikan hari yang membawa makna tersebut...Hari Ibu dan Ulang tahun ku..
Mama yang telah melahirkan, menjaga mendidik, mengajar dan sebagainya..
Isteri, ibu kepada anak-anakku dan isteri yang menjaga erti sebagai seorang ibu dan isteri pada sebuah keluarga.

TERIMA KASIH kepada keduanya..DAN TERIMA KASIH pada yang ESA atas segala yang dikurniakan...Alhamdulillah..

Saturday, 16 May 2009

Bila bulan mengambang( Man&Moon)



Bulan oh bulan...kau dipuja dan dipuji bila sepasang kekasih "berdating"..padahal kalau diliat dari ampir..permukaannya nda rata...Itulah namanya keajaiban Tuhan...Begini saja lah,kadang-kadang bila seseorang itu jauh dari kita..kita rindu..kita akan memuji dan berharap akan selalu disamping kita..namun bila sudah dekat..kita biarkan..macam atulah bulan...bulan juga kita tafsirkan sebagai kiasan pujian...sesuatu yang belum kita kenal, jangan kita mudah untuk memuji atau terlalu mengagungkannya..sepeti bulan ia jauh dari kitani, kita lihat ia sebagai sesuatu yang indah(memang indah). Tapi apabila kita sudah mengenalinya maka barulah kita tahu bahawa disebalik keindahan ada juga kekurangannya...Bulan, Bagai Pungguk merindukan bulan...kenapa burung boleh rindu bulan?
Wah meleret tah pulang..kan halnya ganya..
As im mention before( Paris De France) sebelum kami bersurai dari mengopi aku sempat mengambil gambar bulan..walaupun nda selawa mana namun ku KARIHI jua untuk mengambar..(macamana ah mengambar supaya lawa lagi?)sesiapa dluar sana yang boleh memberikan tunjuk ajar..sila nyatakan kontek abiskita arah komen..Terima kasih atas keperihatihan untuk mengajar tekniknya..
Bulan seindah mana pun bulan..sebanyak mana pun kekurangan yang kau miliki..Kau tetap diperlukan untuk kami. Manusia dan bulan tidak boleh dipisahkan...

Paris De France

"Salam Tuan, bz krg? minum tani tpt biasa kul 7:30 mlm ani"
"Bah ok tu, ahr ku ckit, mgusai paip ku dulu"
"Ok tu"
Perbualan singkat antara aku dan teman ku..Terkejut bila menerima pangilan tersebut...apa agenda ah...HMMM bila ia...... ah?
setelah selesai aku pun mandi dan bersiap untuk mengopi ehe...ku beritahu isteri yang ku mahu jalan...
Setelah berjumpa kami pun berbual panjang. banyak perkara yang kami bincnagkan aka bualkan..hal kerja, hal lain-lain hingga lah terjawab soalan yang ada dalam fikiran ku.
Hmm bila ia balik ah? rupanya ia baru balik dari Paris minggu lepas setelah 2 mnggu menghadiri kursus singkat. Syok di Paris katanya..dan yang menariknya bila ia naik Eiffel Tower, tekenang aku yang ada d Brunei...syahdu..cenderamata pun dihulur.

Satu perkara yang ku ambil iktibar..sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya susah..sahabat yang baik juga tidak akan lupa walau sejauh mana pun berada. jika kita bersahabat, biarlah persahabatan itu atas teras ikhlas dan jujur. Insyallah persahabatan akan kekal.
Brunei France sungguh pun jauh, masih juga sahabat dikenang..TERIMA KASIH atas ingatan dan pemberian...

Sebelum kami pulang, ku sempat mengambil gambar bulan...cuma belum begitu cantik..maklum baru jua kan belajar-lajar mengambar..(sila beri tunjuk ajar)

Happy B'day Zaim


hari minggu yang lepas, kami sekeluarga berkunjung ke rumah iparku untuk meraikan hari ulang tahun anaknya yang ke7 tahun...'SELAMAT ULANG TAHUN ZAIM"..Semoga semakin pintar dan berjaya serta senantiasa sihat...ingat pesan Guru dan taati ibu bapa....chewah ehe...
Umur semakin meningkat, terkenang akan umur sendiri....
Bila sudah terkenng umur....rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...
(sekadar renungan)...

Thursday, 14 May 2009

Advance Surprise


Aku terharu..aku terdiam tidak terkata...
Hari ini sedang aku mahu berehat dan melelapkan mata...tiba-tiba anak-anakku datang dan mengejutkanku. "Ayah,..Happy Birthday to You Ayah"..Ku lihat suasana gelap dan ada kotak dihulurkan pada ku...Kata Isteri aku harus membukanya dalam gelap...Wah! Birthday gift...awalnya..Hepi sangat.
Mahu tau apa hadiahnya..nantikan post akan datang...nw im a bit bz with d gift ehe...

PadaMu ya Allah...Ku bersyukur atas segala limpahan dan redha Mu...RezekiMu ya Allah..Wahai isteri dan anak-anakku, Ayah ucapkan berbanyak-banyak terima kasih...I Love u All...Surprise...kata my wife.."bibiran jua ey terharunya ani"..mana inda apa yang dihajati selalu bermain di fikiran tetapi yang diberikan jauh lebih baik dari apa yang dibayangkan...

Wednesday, 13 May 2009

Karektor Yang Berkesan



Pernahkan awda menonton rancangan yang disukai oleh kanak-kanak ' SpongeBob SquarePant'.memang ia sesuai untuk kanak-kanak. Tetapi pernah kah kitani melihatnya sambil memahami siapa dia hero dalam animasi ini?

Oh! Who lives in a pineapple under the sea?
SpongeBob SquarePants!
Obsorbent and yellow and porous is he!
SpongeBob SquarePants!

Aku juga sering melihat kartun ini bersama anak-anakku....Tau kenapa? sebab Heronya seorang yang mementingkan kawan, suka menolong orang, menepati janji. Bahkan karektornya juga merupakan pemangkin semangat kepada teman-temannya bahkan kepada majikan tempatnya bekerja, Mr.Crab..Si hero akan menyelesaikankan dulu semua kerjanya dan kemudian akan menepati janjinya untuk bersama teman-temannya. Dan tengahari tadi, aku melihat siri ini lagi. Tau apa yang terjadi? Mr.Squid (salah satu karektor yang tidak suka dan sering memperlekahkan SpongeBob ini) telah patah semangat, namun SpongeBob tampil dan memberikan semangat.

Sikap ini adakah ada pada kita? adakah kita akan menolong orang yang selalu memperlekehkan kita? adakah kita akan menjauhkan diri walau tahu kita tidak disukai dan akan berdendam? Tepuk dada tanya rasa ehe...jika secara peribadi..saya sendiri akan berkecil hati. Teman kala gembira ramai tetapi kala susah????
Sebaiknya Awda sendiri sekali sekala melihat animasi ini. walaupun cuma katun dan rancangan kanak-kanak..tetapi kita boleh menerapkan moral pada anak-anak kita...Terdapat pelbagai karektor yang boleh kita jadikan sandaran cuma tinggal pada kita untuk menilai diri kita sendiri...seperti karektor yang hanya memikirkan duit dan kedekut, mementingkan sendiri bahkan juga ada yang 'blurr' dan hanya tahu bermain...

Tuesday, 12 May 2009

Selamat Hari Ibu





Ku rasa belum begitu terlambat untuk mempost tentang hari Ibu....10hb Mei 2009....Sehari sebelumnya anak-anakku telah memberikan 'surprise' kepada ibu mereka. walaupun pemberian bukan berupa harta benda yang mahal..namun disebaliknya tersirat erti kasih sayang seorang anak kepada pengorbanan ibu...ku juga sempat menghadiahkan kepada isteri sesuatu yang dihajatinya. Alhamdulilah disampaikan hajatnya...tunggu my B'day a ehe...BEKARIH bisdia menyediakan untuk mama dorang....BEKARIH dan BELURIH membahagiakan hati mama dorang....



Kepada Ibu kami...kami ucapkan 'SELAMAT HARI IBU', jasa IBU, Pengorbanan IBU, segala pengajaran IBU akan tetap didalam hati kami..kepada Ayah, segala titik peluh Ayah senantiasa mengalir untuk mencari rezeki akan menjadi azimat untuk kami meneruskan amanah hidup. Syurga ditelapak kaki IBU...Redha IBU adalah redhaNYA jua...

Usaha Orang Kitani



Saya sempat singgah untuk melihat hasil kreativiti orang-orang kitani pada minggu lepas. Ia adalah hasil tangan penduduk kampung...Ternyata kita tidak kurang alahnya dengan orang lain. Tahniah...kita sepatutnya berbangga menjadi penduduk Brunei...baru sikit tu kana liatkan pemandai atu ehe....apa pun jua kita harus senantiasa berusaha untuk kecemerlangan diri....








Mukim Mentiri...

Mukim Sungai Kabun...hasil tangan...bukan senang membuat tanpa kemahiran...

Mukim Lumapas...banyak permainan orang dulu-dulu yang jarang sudah kitani liat...

Mukim Pangkalan Batu...nyaman airnya...cubalah...cari ja rumah ketua kampong sana..

Hasil kraftangan Mukim Burung Pinggai.

Hasil daripada Mukim Berakas 'A'

Kita jangan hanya melihat kedepan untuk maju...tapi perlu juga kita menoleh kebelakang untuk mencari bahan dan pengajaran.....perlu ada cermin bagi menilai sejauh mana beBELURIHan kitani....

Friday, 8 May 2009

oh..TERATAI bunga indah, engkau lah.......





TERATAI OH TERATAI

Ingat lagu tentang "teratai" dari Ramli Sarip? atau Fauziah Latif.."TERATAI layu di tasik madu"....( ku pun belum pernah dengar ...ahakz). Bunga ini juga dipanggil sebagai Water Lily dan juga ada yang menamakannya sebagai Lotus....apa pun jika sama ertinya, kira ok la tew.....Bunga Teratai memang cantik, indah, menawan. Bunganya banyak warna ada putih, ungu, biru dan Kuning( yang im lihat dlm cyber la kan)....namun seindah cipataan ini ada kisah didalamnya....APA yang kita tahu tentang teratai secara fizikal..yang lazimnya kita tahu..ia hidup, subur, mekar dan berkembang di air, terapung di air. Tumbuh di kawasan tasik ataupun di sungai.

Namun disebalik keindahannya banyak perkara yang boleh kita ambil ikhtibar mengenainya. Hal ini bukan merupakan sebagai rujukan ilmiah, namun ia lebih kepada pandangan dan tafsiran sendiri...

1) Cantik--> boleh juga kita tafsirkan sebagai wanita ataupun budi bahasa. Ia dipuja, disanjung namun kadangkala kita lupa apa yang kita puja tidak memberikan manfaat kepada kita. Kita kagum pada keindahannya secara zahir tetapi kita kurang menilai pada yang ada didalamnya...sama seperti kita mengagumi manusia kan....setelah tahu ada keburukannya/kejelekan/kekurangan, maka kita pasti akan dilupakan tidak kurang juga dicemuh...adat hidup manusia....

2) Tumbuh di air--> Air umpama rezeki..ataupun tempat berbahaya. Teratai boleh 'survive' dan berkembang pada keadaan susah( BEJARIH ) walaupun sekelilingnya ada perkara yang boleh mendatangkan risiko. Samalah seperti kita...kita sepatutnya tidak mudah putus asa dengan apa yang berlaku. Dan kita juga jangan lupa bahawa rezeki yang dlimpahkan pada kita (dikelilingi air) boleh membinasakan kita jika kita lalai dan alpha. Rezeki, ajal/maut dan jodoh didalam kuasa Tuhan...bukan kita.

3) Landasan tempat binatang kecil--> Kadang-kadang kita melihat ada haiwan atasnya seperti katak atau serangga...--> Perkara ini juga kita boleh menafsirkannya sebagai tempat kita bergantung harapan dan tempat untuk meneruskan kehidupan. Aspek ini kita lihat juga sebagai tempat kita berteduh dan berfikir untuk perjalanan seterusnya. Teratai juga berperanan sebagai pembantu dan tidak pernah merunggut jika ada yang berada diatasnya. namun bagaimana kita? memberikan pertolongan tetapi ada imbalan ehe..Tidak dinafikan ada yang ikhlas...ini yang perlu kita contohi..masalahnya ada yang mengambil kesempatan....opppsss...



4) Akar yang kuat --> Cuba kita tarik ia dari air..mudah ka? ini digambarkan umpama pegangan dan prinsip kita....Kita ikutlah resam teratai..walau indah namun bukan senang untuk dipetik. Seindah mana pun, kita tetap berpegang pada agama, adat resam dan fahaman.....

Bunga teratai juga banyak manfaat seperti buahnya dapat dimakan..Dalam dunia silat juga, ada mengambil iktibar dari fizikal Teratai ii, umpamanya bunga tari silat teratai, buah pukulan teratai bahkn juga senjata teratai. Pendekar zaman dahulu menciptakannya berdasarkan unsur-unsur teratai ini.....hebatkan orang Melayu

itu lah serba ringkas mengenai Water Lily, kita renungkan lah bersama dan kita fikirkanlah bagaimana kita boleh mengambil kisah mngenainya.....
Kepada para wanita diluar sana...janganlah kerana keindahan yang difikrkan sangat menarik boleh membuatkan kita lupa siapa kita. dan kepada lelaki indah tidak bermakna indah semuanya. Berpegang pada yang diwarisi selaku Rakyat Brunei yang bersopan...biarlah kita menjadi orang yang dapat membantu lain. seperti bunga teratai......ohh Teratai bunga indah, engkaulah ......( sambung sendiri yerrr ahakz)...bunga teratai yang dipuja akhirnya layu juga ....Hanya 1 yang Tidak akan layu, tidak akan mati, bahkan senantiasa membantu....ALLAH SWT.....

Soalan senaman minda:
Sebanyak-banyak daun, daun apa yang bila ambuk (monyet) berteduh di bawahnya ia akan mati?

BELURIH kah kita memahami apa yang tersirat pada Teratai?

Sunday, 3 May 2009

makna tersirat


Blog dan jurnal bermula......

BEKARIH BEJARIH BELURIH?

Apa tu ahh????

Harus kita fahami makna dari istilah bejarih bekarih belurih (3B).
Kita ada mendengar slogan " Usaha tangga kejayaan" ataupun "Dua patah perkataan yang menjanjikan kejayaan ialah...KERJA KERAS". Dan mungkin juga kita sering mendengar "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" ataupun juga "berguru kepalang ajar umpama bunga, kembang tak jadi"...banyak lagi istilah atau perkataan yang kita sering dengar bahkan mungkin menjadi pedoman dan pegangan untuk meraih sesuatu.....

Adakah beberapa contoh yang dinyatakan diatas boleh mencerminkan 'kesinoniman' BEKARIH BEJARIH BELURIH? jika YA dan sedia maklum mengenainya...maka ia bolehlah diambil iktibar tentang intipati yang tersirat...jika bukan sekarang, bila?..jika buka kita, siapa? :) Tetapi jika TIDAK dan masih belum memahaminya, maka akan diterangkan serba ringkas mengenainya
Bekarih membawa erti Usaha, daya kerja ataupun kesangupan
Bejarih membawa erti tahan pukul, sedia menghadapi cabaran dan rintangan
Belurih membawa erti kejayaan, mendapat apa yan kita usahakan

Ironinya setelah kita bertungkus lumus( Bekarih) mengusahakan dengan sepenuh hati tenaga dan minda(bejarih)maka kita akan berjaya (belurih) apa yang kita harapkan. Cuba renung pola hidup semut...boleh kah kita katakan semut memegang konsep istilah 3B tadi? kita renunglah bersama........

Friday, 1 May 2009

Mula Blogging...



Akan mula Blogging dalam masa terdekat ini sebagaimana moto Bekarih Bejarih Belurih dalam mencatatakan jurnal dan peristiwa yang berlaku. Harap dapat membawa manfaat bersama.