Tuesday 5 April 2011

Badminton - Beraksi

Setelah sekian lama tidak bermain sukan ini, akhirnya malam ini aku cuba memulakan untuk bersukan. Kali ini badminton menjadi pilihan. Kasut sudah tersedia, raket dan kelengkapannya sudah ada sedari dulu. Sudah lima tahun ku rasa aku tidak bermain badminton. Dan tadi, ku hanya bermain sekadar untuk kesihatan sahaja, mengeluarkan peluh sambil membuat pergerakkan badan dan tangan. Cuma berbeza dari dulu, pergerakkan ku terbatas, ku khuatir akan cedera lagi. Lutuku memang sudah mengalami cedera untuk beberapa kalinya. Memang sakit dan susah untuk bergerak.

Apa yang ingin ku kongsikan adalah aktiviti sukan dan motivasinya. Ku beli kasut sukan ini, sekadar untuk mengambil mood sukan. Kasut untuk berjogging juga sudah ku sediakan, entah bila agaknya mood berogging ini akan bermula. badan sudah semakin lemah bila tidak bersukan. Kerja hanya duduk menghadap kertas kerja dan komputer. Kurang pergerakkan. Ini juga boleh menyumbangkan kepada penyakit-penyakit lain sebagai contoh ‘penyakit malas bergerak’ ini disebabkan sudah selesa duduk dan terbiassa dengan rutin kurang bergerak. tidak kurang juga sindrom kesan selalu menghadap komputer. Memang sekarang ini, banyak kerja yang menggunakan komputer. Itu ku akui dan ku akui juga semakin kita menghadap kerja yang yang kurang pergerakkan maka semakin itu juga kita akan semakin malas. Sambil minum munuman panas dan kuih atau makanan ringan. memang sedap. Aktiviti sukan ku ini, ku harap akan berkekalan dan perpanjangan demi menjaga kesihatan. Akan ku laratkan juga kepada seluruh ahli keluargaku. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Semoga dengan adanya sukan ini, badanku akan bertambah sehat dan berstamina serta boleh mengurangkan penyakit-penyakit yang ada. Mengurangkan kolestrol, darah tinggi dan kencing manis adalah yang hendak dicapai. setakat ini aku tidak mengalami penyakit tersebut tetapi akan cuba dihindari dari menyerang.

Bermain 2 set bagi ku cukup dahulu buat permulaan. jangan terlalu mengikut rasa seronok bermain, ku harus berhati-hati demi menjaga keadaan lututku. bila bermain placing atau net memang aku kalah. tak mampu untuk mengejarnya.

Sekarang sudah masa untuk tidur, dan ku rasa tidurku akan nyenyak……..ZZzzzzzzzzzzz

Badminton GADGET

Raket : Wilson,    Kasut: Dunlop     Stokin: Donny      Shuttlecock: Ashway     Kneeguard: Star

No comments:

Post a Comment