Thursday 27 May 2010

Flightku.. KL oh! KL

Perancangan dibuat tahun lepas 2009. ‘SUKMA’, Melaka Malaysia. Itulah destinasi yang hendak dituju. Melaka tanah tumpah darah pahlawan lagenda Hang Tuah.

sukmaTuah

Dengan harga tiket yang dikira murah ( kurang dari B$200), kami bersetuju untuk menyaksikan pertandingan silat disamping untuk meninjau perkembangan dan pengurusan perwasitan.

Tetapi perancangan hanya tingal perancangan. Semua itu terpaksa dibatalkan, bila mendapat khabar bahawa Sukan SUKMA tersebut diganjakkan ke tarikh lain. Menahan rasa sebak bila beberapa rakan terpaksa kensel atas sebab tarikh diganjakkan itu, masalah cuti, masalah keluarga dan sebagainya. Tiket ditangan masing-masing. Usaha untuk menuju ke tarikh tersebut sudah diusahakan tetapi tidak berjaya. Akhirnya bila beberapa orang rakan terpaksa membatalkan hasrat, yg lain juga turut berbuat demikian.

Yang aku, sehingga waktu ini masih memikirkan untuk meneruskan atau tidak. jika meneruskan juga, mungkin hanya berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur atau ke Melaka seorang diri. Bosan memang melanda. Flight pada 28/5/10 hingga 4/6/10.

Hikmahnya, jimat belanja dan beriadah bersama keluarga sahaja di  negeri sendiri. Next palnning akan ke Hongkong untuk merealisasikan hajat anak-anak ke Disneyland. InsyallahIMG_2629

Keputusanku akan ku nyatakan. Jika ku meneruskan, pengambaran sepanjang di Malaysia akan ku rakamkan dengan DSLRku.

Akhirnya, Dengan rasa kesal, hasrat untuk ke Melaka & Kuala Lumpur terpaksa ku batalkan juga.

Pepatah: Kita Hanya Merancang, Tetapi Allah Juga Yang Menentukan Segalanya. Perhitungannya adalah yang terbaik. Ada hikmahnya yang tersirat belum tersurat.

Untuk info SUKMA Malaysia 2010 akan bermula pada 10 hingga 19 Jun 2010 yang sebelumnya dijadualkan bermula pada 28 Mei ini. Acaranya;

sukmasilat Gambar dipetik daripada laman resmi SUKMA Malaysia 2010

Kepada kontinjen Brunei dalam apa jua acara, semoga berjaya dan menjadi saingan yang memberikan impak kepada pesert lain.

Saturday 22 May 2010

mY DaY – D.O.B.

1) Kejutan

Perancangan yang dibuat oleh isteri dan anak2 setelah pulang dari kedai.. Hadiah yang dipilih sendiri oleh anak2 ku. Tali leher dan Pen jenama Lamy - hobi ku ( mengumpul pen).

IMG_2268

2) Bersama Famili ( makan-makan)

food

my day in rizqun IMG_2331

Bunga yang diberi tanda kasih sayang famili. disampaikan sendiri oleh anak perempuanku. Terharu

3) Teman Sekerja

Perancangan unruk mengenakan teman sekerja sempena hari lahirnya. Rupanya aku sendiri diraikan.

edit

Ku ucapkan trimas kepada yang ingat sempena DOBku. Famili, Kedua Ibubapa dan rakan-rakan sekerja..Semoga Kalian semua an\kan mendapat keredhaan Allah. Amin

Wednesday 19 May 2010

Mid of May

16th of May

MY

Day

Will share the story

later

 

Sunday 9 May 2010

Selamat Hari Ibu

Ucapan

Selamat hari Ibu…

Happy Mother’s Day..

Adakah kita memahami makna setiap ucapan dan ungkapan yang kita luahkan..Adakah apabila tiba hari ibu baru kita akan mengenang Ibu kita. Adakah bila tiba hari Ibu baru kita akan memberikan hadiah kepada ibu?

Jawapan semua ada pada diri kita sendiri. Terserah pada persepsi masing-masing dan juga pada hemat sendiri untuk menginterpretasikan makna HARI IBU.

Bagiku secara peribadi, Hari Ibu adalah setiap hari. hari Ayah adalah setiap masa, tiada membataskan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Cuma ditetapkan tarikh hari ibu ini agar kita lebih membawa erti dan makna. biar IBu-ibu seluruh dunia merasai dihargai oleh anak-anak.

Disini juga ku ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat Ibu yang dikasihi, disanjungi dan yang berjasa buat ku. Semoga Ibu sentiasa mendapat Rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang berkekalan. Sentiasa didalam lindungi Illahi..Amin

IMG_2230

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU, MERTUAKU DAN SELURUH IBU-IBU DIDUNIA INI. Ibu adalah insan yang berjaya secara peribadi buat kita semua.

IMG_2245

Alhamdulillah hari ini, semoga dapat mengembirakan hati Mama..

Kepada Isteriku, Ku Ucapkan Selamat Hari Ibu, dan terima kasih atas pengorbanan susah senang bersamaku. Dan terima kasih juga menjadi ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak kita.

p/s: Maafkan kami anak-anak kita atas segala salah dan silap kami.

Monday 3 May 2010

4WD – Tahan Lasak

Tutong – Minggu lepas pertandingan uji kemahiran dan ketahanan kereta di lumpur telah diadakan. Kereta 4WD dari pelbagai jenis telah turut serta. Sebetulnya aku sendiri tidak memahami apakah ‘rules & regulation’ serta cara pertandingan ini. Namun ku tertarik pada gaya dan cara pemandu mengemudi kenderaan mereka dalam keadaan yang susah dan menghadapi pelbagai rintangan.

Tanpa kemahiran dan pengetahuan sebegini memang akan merumitkan pemandu. Dan setentunya kemahiran akan boleh diguna pakai apabila menghadapainya dalam situasi sebenar seperti tayar kereta terkubur di pasir atau lumpur.

Aku sekeluarga ada terdengar yang pertandingan itu diadakan, jadi kami pun pergi untuk menyaksikannya.  Aku ingin mengambil beberapa keping gambar aksi yang ada, tetapi sayangnya aku tidak banyak kesempatan disebabkan kereta yang beraksi adalah yang terakhir. Aku dan anak perempuanku pun cuba merakamkan mana yang sempat..

IMG_0232 IMG_0243  IMG_0282 IMG_0284 IMG_0287 IMG_1970  IMG_1973 IMG_1976 IMG_1978 IMG_1982 IMG_1988 IMG_1989 IMG_1999 IMG_2003  IMG_2006 IMG_2008 IMG_2004 IMG_2005

Sunday 2 May 2010

Menabung dan Wayang

30hb April, hari yang ditunggu oleh kedua anak-anakku.

Iklan TV sering menayangkan cerita-cerita baru yang akan ditayangkan di pawagam. Anak-anakku sering bersuara untuk dibawa menonton cerita tersebut, dan isteriku tidak akan duduk diam bila anak-anak bersuara. Akan dipenuhi impian mereka bila sesuai masa dan keadaan. Kami suami isteri telah berpakat  akan membawa mereka menonton wayang apabila anak-anakku sudah cukup duit untuk membeli tiket. Cabaran bermula. sebelumnya memang kami melatih dan mengasuh anak-anak untuk menabung.

Dan untuk cabaran mereka, kami terangkan agar mereka menyimpan duit untuk membeli tiket. Ternyata azam mereka kuat untuk menabung hingga mencukupi untuk membeli empat tiket. Belanja sekolah tidak dihabiskan, pemberian belanja ke kedai mereka simpan ke dompet masing-masing. Pemberian dari nenek dan saudara, juga disimpan kemas tidak digunakan. berbelanja sedikt bila perlu. Memang kuat azam mereka untuk menabung

Tahniah kepada anak-anakku kerana berhasil menyimpan wang untuk kgunaan mereka. sudah setentunya harga tiket tersebut akan kami ganti dan tanpa pengetahuan mereka akan dimasukkan ke akaun. 

Memang seronok bila anak-anak mengetahui nilai wang dan betapa susahnya untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah semoga sikap menabung dan berjimat cermat akan berpanjangan.

Terima kasih anak-anakku kerana telah belanja kami untuk menonton sama wayang IRON MAN 2

images Iron Man 2 – High fiction movie….2 thumbs UP

Usang Yang Bermanfaat

 

Lokasi: Gerai makan Jerudong Park

IMG_0170

Tahniah kepada yang empunya idea.

Aku senang melihat kreativiti yang dihasilkan, walau hanya perkara yang dilihat sederhana tapi memberikan makna. Benda Usang dan buruk memang akan menyakitkan mata untuk dilihat apalagi jika ia terbiar begitu saja.

Daripada terbuang lebih baik dimanfaatkan. Motor skuter Usang menjadi hiasan utama dan tempat menyimpan tumbuhan. Benda terbuang jika tahu memanfatkannya memang akan menjadi perkara yang bernilai.

Nah cubalah kreativiti anda. Lihat keadaan sekeliling yang boleh dikitar semula dan diambil manfatnya. Jadikannya sesuatu yang berguna dan sekaligus bernilai. Berfikir untuk Menghasilkan sesuatu memang merupakan senaman minda. Makin dugunakann semakin tajam pemikiran. Dan ini adalah diantara kaedah untuk menjana minda yang praktikal.

Keluarlah dari minda yang jumud dan hanya dalam satu lingkaran. Banyak kaedah berfikir yang boleh dipraktikkan dan dipelajar seperti pemikiran Kritis dan Pemikiran Lateral