Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Friday, 20 May 2011

Kes Jantung

Pada minggu lepas, ku terdengar khabar yang teman baikku telah dihantar dan dimasukkan ke wad JPMC ( Jerudong Park Medical Centre ). Temanku ini memang suka membuat lawak, memberikan nasihat ( umur pun matang ), teman berbual, teman sengkatan selaku Wasit silat. Keseluruhannya adalah teman yang baik dan sentiasa mengambil berat akan sahabat.

Aku terkejut apabila dikhabarkan beliau sedang mengharungi saat-saat getir ketika menghadapi sakit jantung. Aku bersama keluarga pun melawat beliau. Pada waktu sehatnya, apabila baru berjumpa mesti hati-hati kerana geraknya selalu memberi buah pukulan. kali ini beliau tiada daya berbuat sedemikian. terharu dan sedih melihat keadaan beliau yang tidak dapat banyak bergerak selepas membuat rawatan jantungnya.

JPMC Gleaneagles JPMC,adalah tempat pusat bagi rawatan jantung, Alhamulillah beliau sudah semakin sehat dan ku doakan agar kesehatan beliau akan sentiasa terjaga. Terima kasih juga atas inisiatif pemimpin Negara kita, KDYMM yang telah mewujudkan pusat rawatan ini.

Teringat suatu waktu dahulu ketika membawa nyawa yang sedang nazak akibat diserang sakit jantung. dari kampong dengan derasnya sambil dipasang lampu isyarat kecemasan menuju hospital Tutong. Setelah diberi rawatan, doktor mengatakan bahawa yang ku bawa itu sudah tamat riwayatnya. Mujur suaminya ( saudara aku ) masih berdegil agar diberi rawatan lagi. Emakku pun menyarankan agar aku membacakan surah Yaasin. Dengan rasa rendah diri dan ikhlas serta berharap akan lindungan Illahi bacaan ku mulakan. Kisah ini adalah nyata dan ku alami sendiri. dalam pertengahan ku mambaca tersebut, kaki saudaraku itu pun bergerak-gerak. Doktor dipanggil semula dan diberi rawatan lanjut. setelah agak stabil sedikit beliau pun dibawa juga ke JPMC untuk rawatan sepenuhnya. ‘Bypass’ itu yang seingatku rawatan yang diberi. Manakala teman aku itu diberi rawatan ‘blowing’ iaitu bagai membesarkan saluran urat jantungnya agar tidak tersumbat lagi. Syukur pada Illahi

Rahmat Allah ada dimana-mana, dan selagi belum ajal selagi itu kita akan masih bernyawa walaupun keperitan dan kesakitan yang melanda.

Pengalaman dikongsi padaku oleh teman, beliau dinasihatkan untuk sentiasa minum air jus epal hijau bagi kesehatan jantung. nantilah ku cari faktanya insyallah.

Teh Tarik dan Santai

Bermula dari zaman sekolah hinggalah sekarang, hubungan persahabatn masih terjalin. Hubungan terputus sewaktu masih dbangku sekolah apabila berpindah tempat belajar ke daerah lain. Dan akhirnya berjumpa dan terjalin semula hubungan persahabatan. Cerita disini adalah mengenai hubungan ikhlas antara sahabat, teman dan kawan.

Minggu Lepas, setelah ada perunding singkat, kami berdua bersetuju untuk duduk minum dan santai-santai. Teh tarik jadi minuman membasahai tekak untuk lebih enak dan selesa untuk berbual. Banyak cerita kuluar, bermula dari pertanya khabar, kerjaya, kehidupan dan seterusnya mengenai ekonomi. Banyak perkara dibindangkan sambil mengenang kisah-kisah lama. Aku masih ingat sewaktu kecil dahulu, berkongsi untuk membeli kodak dan bergambar bersama. Antara pose adalah bergambar dengan basikal BMX. Maklumlah waktu itu hanya harapkan orang tua sahaja untuk memberi belanja. duit dihimpun untuk tujuan membeli kodak. Entah di mana ku simpan gambar-gambar lama itu. Berpindah randah menyebabkan lupa menyimpannya.

Teh tarik kurang manis dihirup perlahan-lahan, dari satu topik ke satu topik dibicarakan. Masih terasa keakraban sebagai sahabat. Ku bersyukur kerana berteman dengan teman yang ikhlas dan tidak sombong walau menjawat jawatan yang besar dalam tentera. Namun apa yang menarik hati dalam perbualan kami adalah bagaimana untuk menjana ekonomi sendiri. Dewasa ini, terasa duit semakin mudah keluar tanpa masuk ke akaun. Harapkan gaji sahaja memang tidak mencukupi. Belanjawan kadang-kadang melebihi dari gaji. Nah sekarang pengalamannya akan diambil iktibar. Perkongsian liku-liku kehidupan masing-masing dikongsi. Nasihat saling diberi dan diterima dengan hati terbuka.

teh tarik Teh tarik kurang masih sudah habis dan masa pun sudah semakin larut. Insyallah perjumpaan akan diusahakan lagi.

Sekarang ini aku bersemangat untuk manjana ekonomi yang lebih baik. Ada kaedah dan cara yang ku bincang dan dengar daripada yang membuat perniagaan. Nasihat, petunjuk, akan diusahakan. menunggu ‘capital’ saja lagi untuk memulakannya. Mentor dan jurupandu sudah ada tinggal lagi untuk berdayung sebelum belayar dengan enjin.

Lepak dahulu dan sekarang sudah jauh bezanya. Sekarang bukan sebarang lepak kosong tetapi lepak yang berhemah dan bermanfaat.

Sunday, 3 April 2011

Riadah Kewangan – Perlawanan Bowling

Tahun Kewangan : Biasanya merujuk pada tarikh 1 April hingga 31 Mac.

Pada tahun ini, Riadah kewangan dianjurkan oleh Bahagian Kewangan tempat ku bertugas. Acara dirancang dan merupakan trial @ percubaan kepada aktiviti yang lain. Acara seumpama ini dihasratkan untuk mengeratkan antara kakitangan dan juga tujuannya yang khusus adalah bagi menghargai segala usaha dan kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun Kewangan 2010/2011.

Pertandingan Bowling bagi acara riadahnya dan majlis kesyukuran adalah hari penghargaan. Kumpulanku hanya mendapat tempat kedua daripada 5 kumpulan. Perlawanan berjalan dengan lancar dan kebanyakkan pemain menunjukkan semangat keintiman dan perlawanan yang posotif. Diselangi dengan gelak ketawa bila melihat gelagat yang mampu menumbangkan pin Bowling penuh, ada juga insiden yang mengelikan hati bila dengan yakin cuba untuk mengelongsorkan bola tiba-tiba bolanya terlepas dan tergelongsor ke belakang. Tidak kurang juga dengan gelagat yang lucu bila bola hanya mengelongsor ke tepi ( longkang ). Namun semua merasa gembira. Sekurang-kurangnya melepaskkan rasa tekanan kerja sewaktu bekerja.

Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang, hadiah, tenaga dan buah fikira demi untuk merealisasikan acara Riadah Kewangan ini.

IMG_3873-a

IMG_3881

IMG_3879

page1 page2-Group

Saturday, 16 May 2009

Paris De France

"Salam Tuan, bz krg? minum tani tpt biasa kul 7:30 mlm ani"
"Bah ok tu, ahr ku ckit, mgusai paip ku dulu"
"Ok tu"
Perbualan singkat antara aku dan teman ku..Terkejut bila menerima pangilan tersebut...apa agenda ah...HMMM bila ia...... ah?
setelah selesai aku pun mandi dan bersiap untuk mengopi ehe...ku beritahu isteri yang ku mahu jalan...
Setelah berjumpa kami pun berbual panjang. banyak perkara yang kami bincnagkan aka bualkan..hal kerja, hal lain-lain hingga lah terjawab soalan yang ada dalam fikiran ku.
Hmm bila ia balik ah? rupanya ia baru balik dari Paris minggu lepas setelah 2 mnggu menghadiri kursus singkat. Syok di Paris katanya..dan yang menariknya bila ia naik Eiffel Tower, tekenang aku yang ada d Brunei...syahdu..cenderamata pun dihulur.

Satu perkara yang ku ambil iktibar..sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya susah..sahabat yang baik juga tidak akan lupa walau sejauh mana pun berada. jika kita bersahabat, biarlah persahabatan itu atas teras ikhlas dan jujur. Insyallah persahabatan akan kekal.
Brunei France sungguh pun jauh, masih juga sahabat dikenang..TERIMA KASIH atas ingatan dan pemberian...

Sebelum kami pulang, ku sempat mengambil gambar bulan...cuma belum begitu cantik..maklum baru jua kan belajar-lajar mengambar..(sila beri tunjuk ajar)