Sunday 27 March 2011

Hasil Kerja

Waktu pagi sebelum hendak berangkat kerja, kelihatan sekumpulan pekerja mengali lubang longkang yang ditimbusi oleh tanah. Memang patut kerja-kerja pembaikkan ini dibuat. Ini disebabkan apabila hujan turun, jalan raya selalunya akan digenangi oleh air. Walau tidak seteruk mana, namun rasa kurang selesa ditambah lagi jalan raya yang berlopak. Ku ucapkan tahniah kepada Pejabat daerah atas usaha ini.

Pekerja tersebut sempat ku sapa dan ku tanya hendak dibuang kemana tanah-tanah yang digali itu. Jawapan ada pada gambar. Namun ku sarankan agar dibuang jauh ke tengah agar tidak susur semula ke longkang. Jika berlaku akan sia-sia sahaja usaha tersebut. Mereka akur dan berjanji akan melakukannya agar tidak susur. Ku harap selepas ku pulang dari kerja, janji dan kerja yang mereka usahakan adalah berbaloi sebab, kerja-kerja tersebut ku yakin berbayar atas sebab perkhidmatan samaada melalui tawaran atau sebutharga ( terpulang pada harga perkhidmatan ).

Namun apa yang dikata, dijanji hanya tinggal begitu sahaja. Dimana harga perkhidmatan tersebut? dan hingga hari ini, aku tidak jumpa lagi pekerja-pekerja tersebut. Tidak adakah peneliti melihat hasil kerja sebelum pembayaran? dan ingin juga rasanya mengetahui berapa harga perkhidmatan dan kontrak dalam perkhidmatan tersebut? adakah cukup untuk digali lobang longkang atau perkhidmatan pembersihan longkang dan sekitarnya?

Awda boleh membuat penilaian sendiri pada gambar bawah ini……

longkang1

Bukan untuk mengadu atau untuk memburukkan sesiapa namun sebagai rakyat, kita juga berhak untuk menjimatkan peruntukkan yang digunakan sesuai dengan konsep ‘Value for Money’… Semoga perbelanjaan yang digunakan disalurkan dengan sebaik-baiknya.

Terbaru:

Sekarang ini, bila dilihat hasil kerja mereka adalah licin dan teratur. Ini disebabkan tanah-tanah yang digali telah dipindahkan ke tempat lain. Mereka telah memunggah tanah-tanah tersebut. Tahniah dan terima kasih atas kerja-kerja yang baik.

1 comment:

  1. Itu pekerjaan yang sia-sia. Sedikit masa lagi, tanah yang dibuang dekat dengan longkang yang dibersihkan akan kembali susur dan masuk semula ke dalam. Jika dapat diketahui apa dalam kontrek tentang di mana bahan buangan itu dibuang, maka adalah menjadi mudah untuk diberikan penalti.

    Dalam hal ini, pihak berkenaan harus mengambil peduli tentang kerja-kerja pembersihan sebegitu. Perlu lebih teliti melihat hasil dan seboleh-bolehnya menjalankan lawatan. Dengan demikian, dimasa akan datang, syarikat yang diberikan kontrak pembersiahan atau apa jua perkhidmatan akan lebih berhati-hati kerana ada pihak yang memata-matai dan menjalankan tugas dengan penuh berkaliber.

    ReplyDelete