Wednesday 2 December 2009

- Riadah & Santai – @Empire Hotel

12345 67

Santai dan berehat bersama keluarga memang menjanjikan kenangan manis, terutama anak-anak. Bila keinginan dan impian mereka dipenuhi, nampak riang dan gembira.

Kali ini berehat dan bercuti di negara sendiri. Perancangan dibuat untuk mengenali dan melawat yang menarik di negara sendiri. Batang Duri, kawasan peranginan dan sebagainya.

Thursday 26 November 2009

Salam Aidil Adha 1430

AidilAdha

Salam Hari Raya Aidil Adha,

Salam Hari Raya Haji…

Salam buat kesemua Umat Islam seluruh dunia

Salam buat Jemaah Haji yang berjuang untuk mendapatkan Haji yang mabrur tanah Suci, semoga ibadah akan diterima Allah. Semoga selamat pulang ke tanah air.

Ibadah Haji, Rukun Islam yang kelima selepas Puasa. Menunaikan Ibadah Haji bukan semudah yang disangka, dan tidak sesusah yang didengar. Semuanya adalah dugaan dan penuh dengan hikmahnya tersendiri.

Semoga Aku dan sekeluarga diberikan peluang untuk menunaikannya..AMIN……

Majlis Konvo Graduan Cilik

NJS1NJS2njs3Njs4NJS5NJS6

Sunday 8 November 2009

Toyota NBT 4WD Trainning [ Gemilang Tutong]

[Informatif] Kaedah mengenal kenderaan pacuan 4 roda. prinsip-prinsip yang perlu diketahui bila memandu kenderaan 4WD ini. Kaedah dan pengetahuan memandu di pelbagai keadaan seperti, tanah kasar, berpasir, kawasan basah n berlumpur ataupun bila mendaki bukit.

“Basic knowledge is POWER. Pemeriksaan yang perlu dibuat

P= Petrol/Diesel. O = Oil. W = Water. E = Eletrical. R = Rubber.

IMG_0019Selain penerangan secara teori, para pemandu dilatih secara praktikal. cuma sayangnya tidak dapat mengikuti aktiviti tersebut. dianjurkan 2 kali setahun. Mungkin nanti aku akan turut serta aktiviti ini bagi mengetahui kondisi dan kemampuan kenderaan sendiri. Menariknya, para pemandu wanita biasanya berasa susah jika hendak menukar tayar, tetapi pada sesi ini, telah diterangkan teknik yang mudah, selamat dan cepat.edit1edit2edit3edit4

Friday 6 November 2009

Hari bagi seseorang yang berjasa…..

hari guru theme

Kata-katanya boleh membawa perubahan, kata-katanya yang mempunyai isi dan ilmu, seseorang yang boleh membuat kemajuan,seseorang yang bertindak selaku penjaga, seseorang yang menjadi pendamping, pembimbing, pemimpin dan seseorang yang banyak berkorban…….USTAZ, USTAZAH, GURU, CIKGU, TUTOR,PENSYARAH, MU'ALLIM.

Sering mendengar ungkapan ‘engkaulah pelita hidupku”, ‘ jasamu akan ku kenang”, “ terima kasih cikgu atas ajaran guru” dan juga “ tanpa guru siapalah kami sekarang ini”

Di sekolah, bila guru menegur,marah, memberi nasihat..anak didik akan akur, kurang akur ataupun melawan….fenomena ini sering dihadapi dan merupakan cabaran selaku seorang guru…

Akur dengan arahan tetapi ironinya memberontak dalam hati…guru yang tidak menegur kesalahan akan disukai, guru disiplin akan dibenci…guru yang diam-diam akan dibuli….karenah para anak didik.

Ungkapan diatas tadi…sejauhmanakah kesahihannya dalam hati kitani, abiskita? apakah para guru hanya akan dikenang bila tiba hari guru? bila guru sudah tiada? atau memang senantiasa dalam hati kita dan memang jujur kita ungkapkan?  Sejauh mana jasa seorang guru akan dikenang dan bagaimana ia dikenang dan bagaimana merealisakikan dan implementasikan jasa seorang guru.. Bagiku seorang guru adalah seoranga yang mulia dan profesi yang penuh dengan cabaran dan rintangan. kerjaya yang memerlukan minda yang senantiasa aktif dan kreatif. sewajarnya ditempatkan dikedudukan yang mulia.. Umpama kata Saiyidina Ali.." “sesiapa yang mengajarkan aku walau sepatah adalah guruku”. Bahkan para guru adalah waris kepada para Anbiya ( para nabi)…Dan Sabda Rasulullah SAW tentang ilmu….mafhumnya … “sampaikanlah oleh mu daripadaku walau satu ayat..”

Namun ada segelintir guru yang hanya tahu menyampaikan pengajaran tanpa menanamkan nilai-nilai lain. berfikiran tertutup, mementingkan pangkat dan jawatan. Namun semua lumrah dan fitrah manusia.

Bersempena hari guru ini, saya mengembil kesempatan merakamkan ucapan Tahniah dan Selamat Hari Guru. Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dan diberikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. …AMIN dan semoga guru-guru yang telah beralih ke alam barzakh, didoakan semoga roh abiskita akan dicucuri rahmat…..AL-FATIHAH…….

Amin-amin-amin Rabbil ‘Alamin…

IMG_0080Jangan nanti guru itu diibaratkan selaku pelita atau lilin yang menerangi dan memberikan cahaya, atau seperti anak mancis yang membakar untuk keselesaan dan kesenangan orang lain, tetapi apabila lilin, pelita atau anak macis tersebut sudah habis..ia akan dibuang dan tidak dihiraukan dan bahkan dilupakan buat selamanya…………………

Sunday 1 November 2009

Majlis Konvokesyen ke-21, Universiti Brunei Darussalam

IMG_0087

IMG_0086 

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam.

IMG_0160IMG_0564IMG_0358IMG_0096IMG_0102IMG_0021IMG_0045

IMG_0186IMG_0462

Bakal para pemimpin negara

IMG_0253IMG_0290IMG_0225IMG_0452  

 

 

 

Tercatat sejarah untuk ingatan dan kejayaan peribadi bagi para Graduan UBD kali yang ke 21. Bermulanya perjalanan hidup selaku graduan lepasan ijazah. Kejayaan dimeterai demi kelansungan hidup. Dengan hanya segulung sijil belum memberikan makna, jika tidak menyumbangkan sesuatu yang diingini oleh negara. Berdasarkan ilmu yang diberi, sehendaknyalah memberikan pulangan yang baik untuk negara. Diharap Negara kita akan bertambah maju dan cemerlang sesuai berfalsafahkan Melayu Islam Beraja.

Setiap orang mengimpikan kejayaan. Dalam arena pendidikan, menduduki institusi tinggi menjadi harapan dan hala tuju, Kedoktoran, Sarjana, Sarjana Muda, Diploma dan persijilan.

Ku juga merasa naik semangat semula untuk menyarungi jubah sekali lagi. Insyallah jika ada rezeki, aku u sarung lagi jubah dan duduk dihadapan, M.A.

Doa dan harapan ku munajatkan……..

Tahniah diucapkan kepada semua Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Pasca Konvo

Mama edit2IMG_0639

Tuesday 27 October 2009

6’th Birthday@Mangrove Paradise Resort

Alhamdulillah….tercapai hasrat dan impian anakku sempena hari ulang tahunnya…Grand dan meriah, walaupun dibuat ala sederhana.

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 ( 23 Okt)

IMG_0131

yen1yen3yen2 yen4yen5

Tersandar, kelu, terharu, dan hanya memandang orang sekeliling bila melihat para tetamu yang hadir sebaik saja masuk ke dewan makan.

Kejutan demi kejutan yang dibuat untuknya. Bermula dari mengatakan lupa akan hari ulang tahunnya, kek kecil, bangun tengah malam, dan akhir sekali majlis hari ulang tahun. Tercapai hajat dan impiannya untuk diraikan bukan dirumah. Resort pilihan kami suami isteri. Berbagai helah dibuat agar ‘little princess’ tidak perasan akan dibuat kejutan. Untuk beberapa ketika, tidak terkata dan akhirnya barulah tersenyum, keadaan dewan hanya bercahayakan suram, sebaik melangkah masuk, nyayian lagu harijadi bergema.

Little princess ku suruh untuk memberikan ucapan kepada para tetamu yang hadir… Terima kasih kerana datang ke harijadi eyein..kata-kata yang pertama kali keluar dari mulutnya. Sengaja ku biasakan anakku untuk memberikan ucapan agar timbul rasa yakin dan keberanian berhadapan dikhalayak ramai.

Terasa lapang dan senang hati bila kemua ahli keluarga turut bergembira dan bersama-sama meraikan majlis ini. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan. Dipohonkan doa agar keluarga kami senantiasa bahagia dan damai. Dimurakan rezeki. Semoga anak-anakku akan menjadi anak yang soleh, berjaya dan berbakti kepada orang tuanya. Amn, Amin, Amin Ya Rabbul Izzati.

Nurin –Cahaya    Izz – Kekuatan    Zawwanah – Kepintaran 

Semoga nama memberikan impak kepada personalitinya

Polisi@Policy hanya untuk 2 orang?

IMG_0051 ‘ Kan request xtra bantal’

Tetapi yang dijawab..’polisi kami hanya untuk 2 orang sebilik’. Kemudian meninggalkan AKU dan pekerjanya dengan langkah yang cepat.nAdakah fasiliti ini tidak difikirkan jika yang menginap ini biasanya berkeluarga? ……….. mengapakah tempat penginapan lain boleh? Aku memahami bahawa beliau seorang yang ada kuasa dikawasannya…perniagaan keluarga…..lupakah beliau yang pelanggan bukan untuk dikuasai.

Patut kah pelanggan dilayan dengan kurang mesra? perlukah pelangan ditanya dengan ayat…AHH APA LAGI…..Biasanya orang yang kurang menyenangkan ini akan pedas telinga olehku. tapi kali ini ku tersenyum dengan sikap yang dipamerkan.

AKU yang hendak bertanya lain pun rasa tawar hati dan memendam bara dihati. Demi mengenangkan tujuan untuk beriadah, ku hanya menahan rasa geram hati sambil tersenyum.

Tetapi kawasan, layanan, kemudahan asas serta suasana tempat ini memang ku rasa perlu diberikan pujian, dan disokong. Memang cantik pemandangan diwaktu malam, santai, damai dan sesuai untuk tempat rehat dan riadah.

Kisah diatas jika difikirkan hanyalah resam perniagaan dan resam pelanggan. Ramah mesra tidak merugikan. 

IMG_0046IMG_0045

 

 

 

 

IMG_0043 IMG_0054

IMG_0508 IMG_0306 IMG_0317

  Tahniah kepada pengusaha tempat ini…..