Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Friday, 20 May 2011

Kes Jantung

Pada minggu lepas, ku terdengar khabar yang teman baikku telah dihantar dan dimasukkan ke wad JPMC ( Jerudong Park Medical Centre ). Temanku ini memang suka membuat lawak, memberikan nasihat ( umur pun matang ), teman berbual, teman sengkatan selaku Wasit silat. Keseluruhannya adalah teman yang baik dan sentiasa mengambil berat akan sahabat.

Aku terkejut apabila dikhabarkan beliau sedang mengharungi saat-saat getir ketika menghadapi sakit jantung. Aku bersama keluarga pun melawat beliau. Pada waktu sehatnya, apabila baru berjumpa mesti hati-hati kerana geraknya selalu memberi buah pukulan. kali ini beliau tiada daya berbuat sedemikian. terharu dan sedih melihat keadaan beliau yang tidak dapat banyak bergerak selepas membuat rawatan jantungnya.

JPMC Gleaneagles JPMC,adalah tempat pusat bagi rawatan jantung, Alhamulillah beliau sudah semakin sehat dan ku doakan agar kesehatan beliau akan sentiasa terjaga. Terima kasih juga atas inisiatif pemimpin Negara kita, KDYMM yang telah mewujudkan pusat rawatan ini.

Teringat suatu waktu dahulu ketika membawa nyawa yang sedang nazak akibat diserang sakit jantung. dari kampong dengan derasnya sambil dipasang lampu isyarat kecemasan menuju hospital Tutong. Setelah diberi rawatan, doktor mengatakan bahawa yang ku bawa itu sudah tamat riwayatnya. Mujur suaminya ( saudara aku ) masih berdegil agar diberi rawatan lagi. Emakku pun menyarankan agar aku membacakan surah Yaasin. Dengan rasa rendah diri dan ikhlas serta berharap akan lindungan Illahi bacaan ku mulakan. Kisah ini adalah nyata dan ku alami sendiri. dalam pertengahan ku mambaca tersebut, kaki saudaraku itu pun bergerak-gerak. Doktor dipanggil semula dan diberi rawatan lanjut. setelah agak stabil sedikit beliau pun dibawa juga ke JPMC untuk rawatan sepenuhnya. ‘Bypass’ itu yang seingatku rawatan yang diberi. Manakala teman aku itu diberi rawatan ‘blowing’ iaitu bagai membesarkan saluran urat jantungnya agar tidak tersumbat lagi. Syukur pada Illahi

Rahmat Allah ada dimana-mana, dan selagi belum ajal selagi itu kita akan masih bernyawa walaupun keperitan dan kesakitan yang melanda.

Pengalaman dikongsi padaku oleh teman, beliau dinasihatkan untuk sentiasa minum air jus epal hijau bagi kesehatan jantung. nantilah ku cari faktanya insyallah.

Tuesday, 5 April 2011

Badminton - Beraksi

Setelah sekian lama tidak bermain sukan ini, akhirnya malam ini aku cuba memulakan untuk bersukan. Kali ini badminton menjadi pilihan. Kasut sudah tersedia, raket dan kelengkapannya sudah ada sedari dulu. Sudah lima tahun ku rasa aku tidak bermain badminton. Dan tadi, ku hanya bermain sekadar untuk kesihatan sahaja, mengeluarkan peluh sambil membuat pergerakkan badan dan tangan. Cuma berbeza dari dulu, pergerakkan ku terbatas, ku khuatir akan cedera lagi. Lutuku memang sudah mengalami cedera untuk beberapa kalinya. Memang sakit dan susah untuk bergerak.

Apa yang ingin ku kongsikan adalah aktiviti sukan dan motivasinya. Ku beli kasut sukan ini, sekadar untuk mengambil mood sukan. Kasut untuk berjogging juga sudah ku sediakan, entah bila agaknya mood berogging ini akan bermula. badan sudah semakin lemah bila tidak bersukan. Kerja hanya duduk menghadap kertas kerja dan komputer. Kurang pergerakkan. Ini juga boleh menyumbangkan kepada penyakit-penyakit lain sebagai contoh ‘penyakit malas bergerak’ ini disebabkan sudah selesa duduk dan terbiassa dengan rutin kurang bergerak. tidak kurang juga sindrom kesan selalu menghadap komputer. Memang sekarang ini, banyak kerja yang menggunakan komputer. Itu ku akui dan ku akui juga semakin kita menghadap kerja yang yang kurang pergerakkan maka semakin itu juga kita akan semakin malas. Sambil minum munuman panas dan kuih atau makanan ringan. memang sedap. Aktiviti sukan ku ini, ku harap akan berkekalan dan perpanjangan demi menjaga kesihatan. Akan ku laratkan juga kepada seluruh ahli keluargaku. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Semoga dengan adanya sukan ini, badanku akan bertambah sehat dan berstamina serta boleh mengurangkan penyakit-penyakit yang ada. Mengurangkan kolestrol, darah tinggi dan kencing manis adalah yang hendak dicapai. setakat ini aku tidak mengalami penyakit tersebut tetapi akan cuba dihindari dari menyerang.

Bermain 2 set bagi ku cukup dahulu buat permulaan. jangan terlalu mengikut rasa seronok bermain, ku harus berhati-hati demi menjaga keadaan lututku. bila bermain placing atau net memang aku kalah. tak mampu untuk mengejarnya.

Sekarang sudah masa untuk tidur, dan ku rasa tidurku akan nyenyak……..ZZzzzzzzzzzzz

Badminton GADGET

Raket : Wilson,    Kasut: Dunlop     Stokin: Donny      Shuttlecock: Ashway     Kneeguard: Star

Sunday, 20 March 2011

Ole-oleh dari Bandar Miri, Serawak.

Berlibur sekejap di Bandar Miri, Serawak.

Tujuan sekadar jalan-jalan sambil membeli mana-mana yang diinginkan. Bersama keluarga dan ipar-iparku.Ku ingin memperkenalkan tempat makanan melayu iaitu restoran Selera Rasa Segar. Menu utama adalah Nasi lemak. Memang sedap dan pedas. Ku diperkenalkan oleh temanku. sekarang ku bawa keluarga dan teman-temanku bila kami datang ke Miri. Harga sederhana dan terpulang menu yang kita pilih. Bagi ku, aku makan nasi lemak ayam percik dan harganya RM$ 10.50. Memang sedap sebab rasa nasi lemaknya memang diutamakan oleh si pemilik restoran ini., Jarang kami lihat kosong, tentu ada saja pelanggan yang duduk makan. 

IMG_0888 Menu: Nasi lemak, Ayam salai Percik, Telur mata Lembu, Daging masak rendang dan sambal. Memang agak Popular dikalangan orang-orang Brunei restoran ini. Dulunya jika datang Miri, makan tengahari pasti makan d KFC, Sugarbun dan sebagainya. Nah sekarang cuba lah.

Disamping hendak makan, ku tidak melepaskan peluang untuk membeli kasut sukan. Hajat hendak membeli sudah lama bila kasut dahulu sudah usang. Kasut untuk berjogging dan dan kasut khas untuk bermain badminton. Niat hendak bersukan sudah ada, dan peralatan pun sudah tersedia. Cuma bila lagi ada masa untuk merealisasikannya. Motivasi barang baru. Ku harap-harap semangat sukanku akan meningkat semula seperti dulu. Semenjak cedera pada lutut, ku rasa keterbasan untuk bersukan. Seingat aku sudah 8 kali ku mengalami cedera pada lutu. Bermula dari bermain bola, badminton, silat, tarik kalat dan akhirnya bila hilang kawalan imbangan badan sewaktu berada dipermukaan yang tidak rata. Lutut sakit dan membengkak. Syukur bila sembuh semula dan pulih seperti biasa. Memang sengsara rasanya. Kaki bersimen, berjalan pun sakit, apatah lagi untuk membengkokkan kaki.

Mudahan kali ini ku dapat menjadi ahli sukan semula walaupun tidak sepantas atau berstamina seperti dulu. Cuma sekarang bersukan untuk kesihatan dan menurunkan berat badan.

IMG_3595

Rancangan bersukan selepas waktu bekerja atau sebelah malam. Jogging dan kemudian bila badan sudah menerima keadaan bersukan barulah dilaratkan kepada sukan badminton. Sudah berhabuk peralatan badmintonku. Bersukan harusku mengawal pergerakkan ku sekarang agar tidak cedera lagi. Mudahan.

Tuesday, 15 March 2011

Apa dah jadi ?

Terkejut dengan penemuan ini. Pada minggu yang lalunya ketika membuang sampah, tong sampah nampak elok. tetapi pada minggu lepas ku lihat tempat pembuangan sampah ini kelihatan rosak dan usang. Bila dilihat ada kesan pembakaran yang dilakukan dalamnya.

Apakah prosedur pembersihan? adakah memang disitu juga untuk melupuskan sisa-sisa sampah? Setahu aku ada tempat pusat bagi pembuangan sampah ini bagi proses pelupusannya. Tetapi bagaimana hal ini? Hartabenda Kerajaan hendaklah dijaga dengan baik dan menurut peraturan kewangan juga ada menyatakan peri pemeliharaan hartabenda kerajaan ini. Hatta barang yang sudah obsolet juga mesti dipelihara dan dijaga keselamatannya sehinggalah ada kebenaran penghapusan. Bukan hendak menyalahkan sesiapa, cuma apabila dilihat impaknya perkara ini sangat-sangat tidak perlu diamalkan. Nanti jangan pula jika sampah diletakkan di luarnya, kita akan marah-marah. Ada sebab perkara ini berlaku. Dan aku juga percaya ada alasan dan sebab tempat pembuangan sampah ini menjadi begini.

IMG_0866IMG_0867IMG_0868

Perkara ini perlu diambil perhatian. jadikan negara kita sifar kepada kekotoran.

Sunday, 13 February 2011

Insfrastruktur untuk keselesaan

Sudah lama tidak pergi ke pantai. Hari ini selepas minum pagi, ku mengajak famili untuk ronda-ronda Pantai Seri Kenangan , Tutong. Isteri menyarankan untuk singah sekejap dan membawa anak-anak menghirup udara segar di pantai. Secara lateralnya, memang belum banyak perubahan yang ada. Suasana masih seperti dahulu. Pemandangan memang masih cantik. masih ada gerai-gerai yang berjual. Pondok untuk berkelah.

Namun satu perkara yang menarik adalah, Kerajaan KDYMM telah menyediakan permainan untuk kanak-kanak dan dewasa. Permainan yang bukan sekadar untuk bermain bahkan juga disediakan peralatan bersenam. Peralatan yang digunakan untuk latihan senam di Gym dimanifestasikan dipantai dalm keadaan yang sedikit berbeza namun mempunyai kaedah, cara dan matlamat yang sama. Ku rasa bersyukur dengan kemudahan yang disediakan. Harap-harap sikap yang maharajalela suatu ketika dahulu tidak berulang lagi iaitu sikap pemugut atau suka merosakkan harta benda. Kemudahan ini adalah untuk awam menggunakannya, maka sama-samalah untuk menjaga. Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan. Dan harap-harap juga harta benda ini akan sentiasa dijaga. Pantai bukan setakat dikunjumgi oleh tempatan bahkan juga pelancong asing. Di sini kita memainkan peranan dan menunjukkan budaya kita adalah budaya yang bertamadun. Mungkin melerat entri ini…dan mungkin juga terbawa-bawa dengan emosi tugas. Walau apa pun kita harus bersyukur kerana memiliki negara yang aman damai untuk hidup dengan keadaan yang selesa dan ekonomi yang beranjak maju.

p1                      p2

p3                     p4

                                          p5

Sekali sekala membawa keluarga ke pantai tidak rugi, bahkan kian mengeratkan institusi kekeluargaan…..Cuma kadang-kadang komitmen semasa yang membuatkan kita terhalang untuk mengadakannya…Terpulanglah pada kita sendiri untuk mengurus masa…Selamat berlibur di hujung minggu

Monday, 24 January 2011

Hujan dan Kesannya

IMG_1591

Sudah sekian lama juga aku tidak mengongsikan sesuatu pada ruangan ini. Sejak musim persekolahan bermula dan aku  sendiri memulakan tugasku setelah bercuti, sekarang barulah aku ada luang sedikit. Beberapa bahan yang ingin ku kongsikan bersama untuk renungan dan pandangan dan juga pengongsian. Tahun Baru baru sahaja bermula dan setentunya perancangan telah dibuat. Namun sesuatu perancangan itu biarlah ada pelan-pelan tertentu sesuai dengan apa yang jadi sasaran. Seperti Pelan B jika tidak Pelan asas tidak berjaya atau ada halangan.

Disini ingin ku kongsikan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Hujan lebat melanda di beberapa tempat dan kesannya membawa banjir. Di daerah Tutong dan beberapa daerah yang lain telah mengalami musibah ini. Perkara ini memang diluar dari kuasa dan kemampuan kita. Apabila Allah berkehendakkannya pasti akan berlaku walau secanggih mana teknologi atau sistem yang diaplikasikan.

Kita bersyukur banjir yang melanda negara kita itu tidak sedasyat negara lain seperti di Brazil atau Australia. Para Penuntut Brunei di Australia dilaporkan selamat dan dibawah kawalan. Syukur Alhamdulillah. Pada peringkat antarabangsa banjir di Negara kita mungkin masih dalam keadaan terkawal. Namun sedihnya, apabila hujan lebat turun tidak berhenti, pasti akan berlaku banjir. Beberapa kawasan terpaksa ditutup untuk keselamatan. Kawalan kesihatan dipergiatkan dan agensi-agensi tertentu dalam keadaan berjaga-jaga. Tindakan untuk keselamatan awam diutamakan. Itulah yang sangat-sangat dititikberatkan. harta benda musnah, rosak bahkan juga hilang dihanyut air.

Aku tidak akan mencoretkan dengan panjang mengenai banjir ini. Cuma perihatin terhadap mereka yang mengalami musibah tersebut. Beberapa sekolah setelah apabila banjir, para pelajar akan diberikan cuti. Namun yang menjadi tugasan sampingan para guru adalah membersihkan kelas-kelas yang terjejas. Aku juga pernah melawat beberapa sekolah yang pernah mengalaminya. Terdapat bekas dan kesan banjir. Belum pun bekasnya hilang, banjir melanda lagi.

Yang menjadi kebanggaanku dan menjadi kasihku adalah Keperihatinan pemimpin negara. Baginda telah mencemar duli melawat tapat-tapak yang mengalami musibah. Bantuan dihulurkan buka sahaja berupa wang bahkan juga harta benda. Keperihatinan Baginda seharusnya menjadi contoh tauladan kia semua kita. Kita masih boleh membantu darisegi tenaga dan buah fikiran, dan jika ada kelebihan..bantuan berupa kewangan juga sangat-sangat digalakkan bagi membantu meringgankan kesusahan magsa banjir.

Semoga Negara kita akan tetap Berdaulat dan terhindar dari malapetaka yang buruk. Sama-samalah berdoa akan keselamatan kita, negara dan agama. Jadikan negara kita sebuah negara yang Baldatun Toyibbatun Warabbun Ghafur….Amin

Berikut ku kongsikan beberapa peristiwa sewaktu banjir. ( hanya untuk daerah Tutong sahaja – Kg Tg Maya )

          1          IMG_1580

          IMG_1574          IMG_1589

          IMG_1596          IMG_1600 

2

Sunday, 26 December 2010

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan

Sebelum ini, entri mengenai serangan sakit batu karang telah ku muatkan. Bagaimana ia menyerang dan kesakitan pada waktu itu. Pelbagaikaedah untuk mengubatinya telah ku usahakan. Daripada petua hinggalah berubat secara tradisional. Syukurlah sewaktu ku berada di luar negara, sakit itu tidak menyerang atau memberikan impaknya. Pada 23 Disember yang lalu, perjanjian dengan pakar telah dibuat. Kali ini untuk memastikan perjalanan pada saluran kencing. Kaedah yang digunakan adalah IVU ( IntraVenous Urogram ).

Kaedah ini akan melihat kelancaran tersebut melalui sinaran XRay daripada liquid ( radiopaque contrast dye ) yang akan dimasukkan kedalam badan. Suntikan ke dalam pembuloh darah dan akan mengalir ke saluran kencing serta berkumpul di pundi-pundi kencing. kelancaran aliran inilah yang akan menunjukkan samaada ada batu karang atau tidak yang menggangu serta akan mengakibatkan tersumbat.

                          IMG_0596  IMG_0597

Hasil yang ku perolehi daripada kaedah ini amat mengembirakan. Segala batu karang yang ku alami dulu sudah tidak ada lagi. Aku bersyukur dengan Rahmat serta IhsanNYA. Peralatan yang digunakan dan disediakan di Hospital negara kita menelan belanja yang banyak. Syukur atas limpahan Rezeki yang Allah kurniakan pada negara kita hingga Kerajaan KDYMM mampu memilikinya.

                         IMG_0593  IMG_0594

AlHAMDULILLAH………