Monday 21 February 2011

Jadilah diri kita sendiri ( Be Ourself )

Entry kali ini ku khususkan bagi mereka-mereka yang selalu beranggapan bahawa bodek ketua / ampu atasan adalah jalan terbaik untuk maju.

Tidak semua perkara tersebut boleh melunakkan ketua. lebih-lebih lagi jika atasan tersebut memang berpengetahuan luas dalam etika kerja. dan juga tidak akan mendatangkan kesan jika yang diampu tersebut jenis tak masuk ampu. Kisah ini sering ku lihat dimana-masa tempat kerja. tidak kiralah sektor swasta ataupun pejabat-pejabat kerajaan. Fenomena ini sukar dibendung sebab modus operandinya memang licik dan teratur. Ada dengan menunjukkan kerja yang baik depan ketua, padahal yang bertungkus lumus mengerjakan tugasan adalah teman sejawat atau kakitangan. Ada juga dengan menjarumi ketua dengan kata-kata pujian dan menjatuhkan orang lain. Terpulang kepada individu tersebut untuk merealisasikan impiannya. Namun perlu diingat, sesuatu yang diusahakan dengan cara dan niat yang tidak betul akan memakan diri sendiri dan tidak akan bertahan lama.

Pernah suatu ketika dahulu, apabila aku diberikan tugasan secara total. Arahan diberi kepada ku untuk menerajui satu perkara. Alhamdulillah ku usahakan dengan terbaik ku mampu. Cuba membuat pembaharuan dan kemajuan. Namun dipandang serong. Sewaktu melaksanakan tugas, aku jarang berjumpa dengan atasanku untuk mengatakan masalah, segala masalah akan cuba dirungkai bersama komiti ku. Permohonan selalu dipersetujui. Ini yang mungkin ada yang disalah anggap oleh yang lain. Desas desus mengatakan aku kaki ampu. Akhirnya aku temui sendiri sumber yang menyebarkan propaganda tersebut. Ditanya masalahnya denganku dan ku terangkan tujuanku bekerja, ku terangkan perincian tugasanku. Dan dengan rela hati akan diserahkan tugasan tesebut jika beliau mahu. Namun ditolak dengan alasan tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ku pegang. Tidak sanggup akhir balik dari kerja, tidak sanggup mengeluarkan duit sendiri, tidak sanggup menyelesaikan masalah yang timbul. dan akhirnya tidak sanggup membuat perancangan dan program. Memang geram berhadapanan dengan jenis manusia yang hanya tahu melihat luaran tanpa menyelidiki hakikatnya. Umpama hanya menilai cawan yang indah tanpa mengetahui rasa minuman tersebut. Bagi ku manusia jenis ini memang jijik dan akhirnya ku ketahui dari cara pergaulan dan tuturkatanya yang beliau memang mahukan kuasa dan pangkat. Serta merasa cemburu kerana kurang dipercayai dalam melaksanakan tugasan tambahan. Aku akur namun sempat ku bepesan dengan tegas bahawa “Aku bekerja dengan niat baik untuk kehidupanku, dan jangan sesekali diganggu tebuan dalam sarang, dan jangan sesekali dibanguni harimau yang sedang enak tidur”. Akibatnya aku diboikot dan ditabur fitnah yang bukan-bukan. Itulah antara bahana dan bahayanya jika dalam kelompk kita ada yang kaki ampu. Dan bagiku, aku cukup pantang dengan manusia spesis begini. Kepada kakitangannku juga ku nyatakan tidak perlu aku untuk diampu atau bodek. Sebab tiada kuasaku untuk memberkan kredit lebihan.

Jadilah kita sebagai diri kita sendiri. Kita yang mencorakkan arus kehidupan kita, bukan orang lain. orang lain hanya sebagai peransang, motivator, contoh , pencetus semangat, tempat belajar dan juga tempat kita menilai. Yang penting adalah pengetahuan dan pengalaman kita. Tidak tahu biar bertanya agar tidak sest, bertanya tidak semenstinya kita bodoh dan hina. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin merendah diri. jangan seperti tin kosong yang hanya tahu bersuara tetapi hakikatnya tiada apa-apa. Sesekali biarlah kita menjadi watak antagonis/pembangkang demi untuk kemajuan dan kejayaan. Jadilah kita sendiri dengan identiti sendiri. Mana yang kurang harus ditambah, yang terlalu lebih harus dibatasi dan diimbangi.

Terakhir aku berjumpa dengan kaki bodek adalah kemarin dan terasa meruap melihatnya. Masyallah…Aku tidak mengatakan yang aku adalah baik ataupun yang terbaik, pintar atau banyak kebolehan..Aku adalah aku yang masih belajar erti kehidupan…

Jadilah kita sebagaimana kita dengan keyakinan…seperti gambar dibawah ini….( gambar ini ku muat turun dari sesawang siber, kredit kepada yang empunya gambar-ku ubahsuai sedikit)

Courage cat Seekor kucing yang melintas dihadapan sekumpulan anjing yang nampak garang. Hanya diperhatian tanpa diganngu. Kucing yang mempunyai wibawa akan digeruni oleh yang lebih berkuasa. Begitu juga kita, jika kita melaksanakan tanggungjawab dengan lurus, kita juga tidak mustahil akan digalati / dihormati oleh atasan kita. Semoga kita beroleh manfaat. Dan sama-samalah kita berusaha kearah kebaikkan…

Bekarih, Bejarih dan Belurih ( Berkesanggupan, usaha kental, kejayaan)

No comments:

Post a Comment