Showing posts with label Islami. Show all posts
Showing posts with label Islami. Show all posts

Friday, 26 August 2011

Majlis Khatam Al-Quraan

IMG_1618

Kelmarin, Jabatanku mengadakan majlis Khatam bagi pegawai dan kakitangan kami. Kali ini ia diadakan lain daripada tahun yang sudah-sudah. Hasil fikiran dan nikilan minda, Pengarah Jabatan bersetuju dan berkeinginan kali ini diadakah di kediaman beliau sendiri. dan Aku selaku setiausaha bersama pada majlis itu bersyukur majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah

Harap kegiatan yang berkat ini akan dilaksanakan setiap tahun dengan cara, pemikiran dan sistem yang baik lagi. Tahniah kepada para Pegawai dan kakitangan yang berjaya menyudahkan pembacaan mereka ( Al-Quraan ) pada Ramadhan tahun ini. 

Tetamu Kehormat majlis adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan.

IMG_1615          IMG_1620

 

IMG_1621           IMG_1616

Friday, 19 August 2011

Menyejukkan rumah

Khatam home 2

Sudah lama ku tidak membuat sebarang entri pada Blog ini. Kesibukkan masa dan sedikit urusan. Hingga beberapa peristiwa pun ku terlepas untuk berkongsi cerita mengenainya. Baru-baru ini Hari Keputeraan dan perkara/keraiannya. Kemudian menjelang Bilan Ramadhan. Ku rasa belum terlambat lagi untuk mengatan Selamat Datang Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua Umat Islam seluruh Dunia. Semoga Ramadhan memberikan impak yang positif kepada kita semua.

Mengenai tajuk di atas pun ada kaitannya dengan Ramadhan ini. Surah Al-Alaq adalah ayat / surah yang pertama diturun kepada kita semua melalui Rasulullah S.A.W. dan berempena hari bersejarah itu, majlis Tadarus dan Khatam Al-Quraan kami sekeluarga adakah di rumah kami. Alhamdulillah walau dilaksanakan secara sederhana, semuanya berjalan lancar. bermula dari Pembacaan Surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Penuntut Sekolah menengah Arab Lelaki Hassanal bolkiah ( SMALHB ), seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quraan hingga selesai ( pembahagian juz-juz ). Solat Bersungkai, Solat Maghrib dan Isya’ berjemaah dan akhir sekali solat Terawih. Aku bersykur ke hadrat Illahi kerana berkesempatan turut sama khatam Al-Quraan.

Nah tajuk di atas merupakan sinifikan dari pembacaan ayat-ayat itu, Memberikan rahmat dan penyejuk kediaman. menghalau perkara-perkara yang tidak diingini seperti benda halus yang mengganggu, mendatang rezeki dan sebagainya.  Kami bersyukur diberikan peluang ini. Alhamdulillah ke hadrat Illahi

khatam home 1  khatam home

Semoga segala usaha ini ada memberikan kebaikkan dan Rahmat Illahi. Amin

Friday, 18 February 2011

Selawat & Salam

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Songkok MSOAS

Maulidur Rasul, Hari bagi mengingati kelahiran Baginda, menghayati peri kehidupan yang Baginda lalui hingga menjadi pemimpin Umah. Contoh teladan yang ditunjukkan dan diamalkan oleh Baginda menjadi asas kepada membentuk keperibadian Baginda sesuai dengan Akhaq Islami hakiki. Ramai yang mengatakan cinta Rasulullah tetapi sejauh mana dan sedalam mana cinta tersebut. Secara peribadi saya sendiri masih lagi cuba untuk menteladani Sikap dan Akhlaq Baginda. Akhlaq Baginda adalah Akhlaq Al-Quran ( Sila rujuk lagi kepada yang pakar mengenainya). Cukup ku katakan perkara tersebut. dan penghuraian dan kupasannya memang banyak di buku-buku ataupun ceramah-ceramah tentang Baginda dan hubungkaitnya dengan Al-Quran ini.

Sambutan Maulidur Rasul di raikan pada setiap 12 Rabiulawal. Seluruh dunia meraikannya dengan cara masing-masing. DI negara kita akan bermula dikir di masjid-masjid mulai 1 hb Rabibulawal ini. bertitik tolak pada tahun Gajah di zaman Jahiliah inilah kelahiran Baginda. Majlis dikir tersebut berlansung selama 12 malam berturut-turut dan kemuncaknya adalah perarakan besar dan melaungkan selawat ke atas Baginda. Tidak perlu ku nyatakan disini  kelebihan dan keutamaan Selawat. Terlalu banyak yang kita perolehi. Diantaranya adalah sebagai syafaat/bantuan kepada kita sendiri di hari perhitungan, Sebagai penenang jiwa ketika gelisah, sebagai penawar dan sebagainya. Cerita-cerita kelebihan selawat juga banyak dibukukan dan dijadikan cerita tauladan dan pengajaran.

Ku rasa tidak perlu ku huraikan lebih panjang lagi mengenai Sirah Rasulullah, kelebihan selawat, Perarakan Maulud ( yang memang ulama’ berselisih pendapat mengenainya- ada yang setuju dan ada yang tidak, terpulang pada hujah dan niat masing-masing).

Untuk menghayati lagi Sirah Baginda, ku nukilkan beberapa persoalan yang berhubungkait dengan Baginda agar Iman dan kasih kita kepada baginda semakin mendalam:

1. Mengapakah Baginda di lahirkan di Kota Mekkah, dan bukan di negeri lain?

2. Mengapa baginda dilahirkan dalam keadaan hidup yang susah ( bukan kaya raya )?

3. Kenapa Baginda dilahirkan dengan keadaan yatim ( Ayahandanya meninggal ketika dilahirkan) ?

4. Kenapa Baginda di dalam keadaa yang Ummi ( buta huruf )?

5. Kenapa baginda dianugerahkan dengan Mukjizat Al-Quran dan tidak seperti para Rasul dan Nabi-nabi yang terdahulu?

Cukuplah dahulu soalan-soalan tersebut, semoga persoalan tersebut boleh menambahkan iman dan kasih kita kepada Baginda. Andai ada jawapan Awda, silalah buatkan pada ruangan komen. Semoga Allah memberkati kita semua..Amin

Thursday, 6 January 2011

Masuk waktu Sekolah

Seperti lazimnya, setiap penggal persekolahan bermula di awal tahun, lagu-lagu persekolahan akan sentiasa berkumandang. Anak-anak kembali bersekolah dengan riang sambil nyanyi-nyanyi. Itu bagi mereka yang sudah  pernah bersekolah ( gembira berjumpa semula teman sekolah dan sebagainya ). Bagi anak-anak yang baru mula menjejakkan kaki kesekolah mungkin akan menangis dan takut untuk ke sekolah. Fenomena ini sering dilihat pada murid-murid Pra. Mujur guru yang menerima itu pandai menggunakan psikologi untuk memujuk hingga tangisan reda. Tahniah kepada guru-guru tersebut.Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak memang sangat berbaloi dan bermanfaat. Formula untuk mengajar dengan lebih berkesan. Mengenal huruf dan nombor, seterusnya menghitung dan membaca. Tugas yang rumit.

IMG_0720Tahun ini, dengan resminya anak perempuan ku mula belajar ilmu agama di sekolah. Tahun lepas, ia sangat hendak untuk belajar pada sesi petang ini. Menangis hendak sekolah. Ku usahakan untuk mendaftarkan, namun pihak sekolah belum dapat menerima disebabkan umur belum mencukupi. Perkara ini ku terangkan pada anakku. Namun tetap berdegil. Ku cuba hubungi pihak-pihak berkenaan untuk meminta pandangan jika boleh ku sekolahkan awal. Jawapan tetap sama. Setelah anakku melihat usaha yang ku buat beliau pun akur. Alhamdulillah pada tahun ini perjalanannya bermula untuk menuntut ilmu agama. Persediaan dibuat. Pendaftarannya kemarin, nampak gembira di raut wajahnya. Mudahan semua ini akan berkekalan sepanjang beliau belajar dan ku harap ada keseimbangan antara tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga beliau menjadi anak yang soleh dan begitu juga abangnya.

Perkembangan Syiar Islam semakin menampakkan hasil di negara kita. Banyak media masa, wadah dan sebagainya di usahakan. Dewasa ini, golongan bukan Islam juga sekarang sudah menghantar anak-anak mereka untuk pangajian sesi petang ini. Jika pada dasarnya memang tidak sesuai, tetapi ia adalah dakwah secara tidak lansung pada keluarga tersebut. Sedikit sebanyak akan dapat menyuntik roh Islami. Perkara ini seperti dalam perjanjian Hudaibiah di zaman Rasulullah dahulu. Nampak dalam perjanjian tersebut seperti memihak kepada golongan Quraish/ golongan musyrikin. Tetapi sebetulnya adalah kemenangan buat orang-orang Islam. ( sila rujuk kepada Sirah Rasulullah )

Sebelum sekolah dibuka, para ibubapa dan penjaga murid/penuntut sudah berusaha untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak mereka. Membeli buku, pakaian, beg sekolah, alat tulis dan sebagainya. Belanja yang akan digunakan bukan sedikit. Jika seorang memerlukan purata sebanyak $200.00, tetapi yang memiliki anak ramai yang masih bersekolah bagaimana? ditambah lagi tahap pendapatan seseorang memang berbeza. Jangan terlalu membazir hingga setiap tahun perlu diganti dengan yang baru. Memang naluri anak-anak mahukan yang baru di tahun baru. Guna jika masih elok dan jika ada belanja lebih, yang masih elok tersebut boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Inilah yang diusahakan oleh isteriku. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu yang memerlukan. 

IMG_0725

Sehingga kemarin, ibubapa /  penjaga masih sibuk ke kedai-kedai buku untuk membeli keperluan persekolahan. Ada yang baru menerima senarai buku yang hendak dibeli. tetapi lazimnya akan kehabisan stok. Jika rajin untuk mencari di kedai-kedai buku lain mungkin akan terjumpa. Atau jika malas hendak pergi jauh, berkirim pada saudara atau teman. Semoga tahun baru dengan semangat baru akan meransangkan lagi mutu pembelajaran murid/penuntut. Pengajaran guru juga harus seimbangan dan berkembang sesuai dengan tuntutan sekarang ini. Alam siber. Guru sebolehnya jangan ketingalan pengetahuan dengan murid. Jangan malu untuk bertanya pada mereka jika kurang memahami atau menguasainya. Sekarang ini aplikasi pada alat eletronik semakin pesat. Program dalam komputer juga semakin rancak direkacipta. Memang seronok untuk mengajar walaupun harus menghadapi berbagai-bagai karenah.

Pada tahun ini jua, hati terasa sedih dan rawan bila menghantar anak-anak ke sekolah. Sepatutnya juga aku menyambung pembelajaranku. Setelah semua sudah disediakan dan cukup, namun rezeki belum ada. Insyallah walaupun hati rasa hiba, akan diusahakan lagi untuk melanjutkan pembelajaranku. Hikmah Allah atas segalanya, cuma belum terungkap apa yang tersirat disebaliknya.

Kepada Warga sekolah, selamat menuntut ilmu dan menaburkan ilmu. Perjalanan menuntut ilmu sewaktu zaman persekolahan ini memang membosankan ditambah lagi dengan membuat kerja rumah, tekanan keadaan sekeliling, dimarah guru, kurang faham dan sebagainya. Tetapi setelah memahami bahawa ilmu itu amat penting, terasa rugi jika tidak belajar. Setuju dengan pandangan ini?

Thursday, 9 December 2010

Salam Hijrah 1432

Muharram 1432 tiba setelah meninggalkan Zulhijjah 1431H.

Sebelum terlalu lewat ku ingin mengucapkan selamat tahun baru HIJRAH kepada semua Umat Rasulullah S.A.W. Semoga tibanya tahun baru ini lebih membawa makna yang hakiki. HIJRAH sebagaimana yang kita maklumi adalah peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah  SAW. Kita ambil iktibar kenapa berlakunya penghijrahan. Kesannya pada waktu itu dan implikasinya pada zaman sekarang. HIJRAH yang dimanifestasikan sekarang lebih menjurus kepada sikap, pemikiran dan pembangunan. Yang sudah baik, bagus harus dipertahankan dan dipertingkatkan. Untuk membuat perubahan, pembaharuan memang boleh dibuat, namun untuk mengekalkan prestasi yang baik itulah yang sukar. Prestasi dan kemampuan diri hanya diri sendiri yang memahaminya. Terpulang kepada individu untuk memulakan langkah pertama untuk HIJRAH.

Azam yang sering dinyatakan..adakah sudah tercapai atam yang lepas? Biarlah kekal pada azam yang lama asal tercapai dan membuat azam baru sebagai landasan untuk HIJRAH. Azam Masihi sering ditanya jika penghujung dan awal tahun. Azam HIJRAH?

Untuk akhir kalam…selamat menyambut tahun baru HIJRAH ( Maal Hijrah ) dengan azam yang lama dan baru.