Sunday 29 August 2010

Kucing pemberian

Belum sampai seminggu kucing ini diberikan kepada kami. Tetapi memelihara kucing yang jenis baka berbulu tebal dan kembang bukan mudah. Perlu ada pengetahuan mengenai habitat mereka serta keazaman untuk memeliharanya.

Sebetulnya kucing ini, adalah sebagai teman bermain anak perempuanku. Kucing ini belum diberikan nama lagi, namun Kelihatan manja dan masih menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

 IMG_5881 IMG_5895 IMG_5907 IMG_5911 IMG_5916 IMG_5923-1

Saturday 14 August 2010

Ramadhan Al-Karim

Picture1

Salam Ramadhan

Kini ia datang lagi seperti lazimnya membawa rahmat dan keberkatan serta keredhaan Illahi. Sesungguhnya bulan ini banyak perkara yang patut diteladani dan diraih akan fadhilatnya. Ku percaya ramai yang memahami dan mengerti apa yang tersurat dan tersirat disebalik Ramadhan ini. Sering para ahli Agama memberikan syarahan samaada di radio atau televisyen.

Namun masih ada segelintir kita yang tersilap tafsir mengenai Ramadhan tersebut. lapar, haus, tertunda aktiviti dan bermacam-macam lagi. Perasaan rindu pada Ramadhan juga merupakan salah satu keajaiban yang terkandung di dalamnya. Namun menyedihkan tangganpan mengenai perasaan menunggu kedatangan Ramadhan ini disalah ertikan (tidak semua). Menunggu kedatangan bulan puasa dengan alasan meraih keuntungan berniaga, namun tinggal amalan puasa bila letih menyediakan barangan jualan. Ini luahan dari peniaga yang ku kenali dan bertanyakan hasil perniagaannya dulu. Berniaga tidak salah bahkan merupakan aktiviti yang sihat dalam mencari rezeki tetapi biarlah selari dengan tuntutan Syariat.

Ku kira setakat ini sahaja dulu mengenai perkara di atas. Harap-harap kita mendapat rahmat dan diterima amalan kita. Amin

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa…

p/s: Maaf jika artikel ini sesuatu yang sensitif.

Monday 2 August 2010

Bunga Api

Pertama kali cuba merakamkan persembahan bunga api. Memang cantik pemandangan yang terukir, cuma sayangnya kemahiranku masih terbatas dan perlu lagi melihat dari sudut mana angle yang bagus dan setting DSLRku…Tetapi bagiku ku, pengalaman ini menjadi pengajaran. Menggunakan Bulb, ISO rendah (100), F11. Memang sukar bagiku merakamkan corak bunga api. Amatur, tiada orang mahir dekatku waktu itu untuk bertanya..Inilah hasilnya

Belajar dari kesilapan…akui kesilapan, akui kelemahan….belajar lagi.

IMG_5209-1 IMG_5244 IMG_5255IMG_5268IMG_5272IMG_5283IMG_5288IMG_5306         Setting yang tidak setara….IMG_5317 IMG_5326IMG_5323IMG_5310-1IMG_5308-akepada yang mahir, tolong beri tunjuk ajar. To expert photographers, please leave some hint…Thank you..IMG_5267-1