Monday 22 February 2010

Ulang tahun bapa dan mama

Selamat Ulang Tahun Bapa & Nini Boy

Selamat Ulang Tahun Mama & Nini Girl

kek

Kami sekeluarga mengucapkan selamat ulang tahun pada Bapa dan Mama yang dikasihi. Anak dan cucu biskita mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah.

Terima kasih atas asuhan dan didikan serta bimbingan yang diberikan selama ini. Semuanya akan menjadi ‘pakaian’ dan pedoman kami untuk mengharungi hari-hari mendatang. bertauladankan ketegasan seorang ayah dalam menjaga dan mendidik kami, bertauladankan kesabaran seorang ibu menjaga kami, bertauladankan kasih sayang ibubapa dalam menjaga pakaian, makan dan minum kami, bertauladankan susah payah membimbing kami kejalan yang betul, segala nasihat dan petunjuk ibubapa agar kami menjadi anak-anak yang berguna, berbekalkan doa dan harapan agar kami menjadi orang yang berjaya…membuatkan kami seperti adanya sekarang.

Keperluan diberikan tanpa dipinta, memberikan kami kekuatan dan perlindungan. Terasa rindu untuk kembali dimasa lampau, berkelah, berhari raya, berbelanja di kedai, dibelikan makanan ringan apabila mereka pulang dari berjalan. Ya Allah….. Sesungguhnya kasih sayang bapa dan mama memang tiada tandingannya.

Aku akur, memang banyak kesalahan dan kesilapan yang ku buat hingga membuatkan biskita kecewa dan marah. Memang tidak dinafikan zaman kecilku membuatkan biskita sentiasa merasa risau. Zaman remajaku membuatkan biskita berasa susah hati, Zaman menuju kedewasaanku membuatkan biskita gelisah. Maafkan aku dan kemua anak-anak biskita atas kesilapan, kesalahan dan ketelanjuran kami. Hanya Allah yang maha mengetahui betapa pengorbanan biskita amat besar buat kami semua. Terima kasih atas segalanya yang tidak terhingga untuk kami. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik walaupun biskita tidak memerlukan balasan dari apa yang biskita usahakan untuk kami.

Segala apa yang diberikan kepada kami, akan menjadi tauladan dalam mendidik cucu biskita. Dan mendidik diri kami sendiri

“Ya Allah, Ku bermohon pada mu,dengan hati yang tulus ikhlas ku merayu dan memunajatkan doa dan harapan agar dikurniakan ayah dan ibu kami umur yang panjang, sehat wal afiat, sentiasa berada dalam naugan dan rahmat MU ya Allah. Dekatkan meraka akan keredhaan MU Ya Allah dan jauhkanlah mereka akan kemurkaan MU”

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Sekali lagi kami ucapkan selama Ulang tahun.

IMG_0042

Thursday 18 February 2010

Official Coverage on Belalong Trip

Untuk pertama kalinya berpeluang datang ke Ulu temburong, Belalong. Memang suatu pengalaman yang akan sentaiasa dkenang. Menuju Ke Ulu Belalong menggunakan Temuai, melawan arus yang deras, melihat suasana hutan yang masih menghijau, air yang sejuk.

Pada Minggu lepas, ku dipelawa oleh rakan untuk menemaninya mengambil gambar pelawat dari Poland yang sememangnya bekerja di Negara Kita. Bersama mereka ada beberapa orang tempatan yang rata-ratanya juga pertama kali berkunjung di Belalong seperti ku. Memang Negara kita masih hijau dan hutan kita terpelihara akan keasliannya. Dan sesuailah tempat ini tempat kajian habitat dan tumbuhan. Resort yang disediakan juga telah dikemaskan dan bersesuaian dengan naluri keamanan dan kedamaian.

Aku menyarankan, agar berkunjung ke warisan hutan kita untuk merasai sendiri pengalaman-pengalaman yang tidak ada di kawasan Urban ( Bandar )   IMG_0010IMG_0021IMG_0035IMG_0083IMG_0099IMG_0100IMG_0105IMG_0107IMG_0111IMG_0116IMG_0123IMG_0158IMG_0194IMG_0162IMG_0198IMG_0210IMG_0191IMG_0263IMG_0375IMG_0409

Saturday 6 February 2010

Brunei Panorama

 IMG_0276 IMG_0297IMG_0342IMG_0286 IMG_0282 IMG_0345 IMG_0290IMG_0359IMG_0373IMG_0372 IMG_0335

Pertama kali melihat Bandar Brunei dari sudut atas. Dengan angin yang bertiup memang menggerunkan hati dan bila melihat kebawah, memang tidak disangkal hati terasa kecut. Namun dengan pemandangan yang indah membuatkan merasa seronok untuk merakamkan beberapa foto bandar Brunei. Kampong Ayer, MAsjid Omar Ali, Kedai-kedai dan bangunan-bangunan yang terbina, menunjukkan Negara kitani sedang menuju arus pembangunan. Tidak mustahil Bandar kita akan berubah rupa lagi dengan adanya insfrastruktur dan binaan yang mendatang.

Tuesday 2 February 2010

Wonderful and Spectacular Photos

Pic from Emails

Cahaya Misterius di Utara aurora

Sinar Aurora Borealis yang "indah" di langit Alaska (ujung utara Amerika, dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat perlanggaran partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfir bumi. Warnanya yang paling umum ada dua, hijau dan merah dan dapat dilihat pada waktu malam. 

Gunung Tungurahua, Ekuador

gunung Tungurahua

 Di suatu tempat di puncak dunia.

himalaya

Gambar diatas, adalah puncak Himalaya Tibet. Ini adalah titik tertinggi di seluruh Planet Bumi. Dengan foto dan cahaya seperti ini Himalaya kelihatan seperti sebuah tempat di planet lain.

International Space Station, ISS Internasional Space Station

Para astronot sedang berada dalam misi STS116 di Stasiun Ruang Angkasa Internasional, ISS, 3600 km diatas Selandia Baru. Pemandangannya memang spektakuler.


Rekreasi di Ujung Dunia Salji air

Berdayung santai di laut Arktik yang sejernih kristal (tapi dingiiinn). Artik adalah wilayah di Kutub Utara bumi (dari Bahasa Yunani yang berarti Beruang).

Kuberharap akan dapat merakamkan beberapa keping foto yang indah dan unik. Mencerminkan estetika alam yang penuh dengan cerita dan kebesaran Illahi yang menciptakannya. Setakat ini, gambar2 diatas cukup membuatkan ku teruja.

Kun Fa Ya Kun – Maka jadilah apa yang dikehendakiNya.

Maha Suci Allah. Jika Foto diatas ini pun diolah melalui perisian yang yang cangih, masih juga ku teruja dengan akal fikiran manusia yang telah menuju imaginasi tersebut.

Monday 1 February 2010

1st Bithday in d Famili 2010

30 Jan

Selamat Ulang Tahun Buat Isteriku

IMG_0069 IMG_0167

IMG_0118

IMG_0121IMG_0172IMG_0129 IMG_0112IMG_0114 IMG_0113 Semoga Kekal kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan di bawah lindungan dan keredhaan Allah. Menjadi seorang Isteri yang baik dan Solehah serta berjaya dunia dan akhirat …Amin

Terima kasih belanja dan membawa kami lunch sempena hari ulang tahun