Sunday 31 May 2009

Crash Boom Bang

I have no komen hal ani...cuma aku menasihati diriku sendiri dan untuk semua agar berhati-hati dijalan raya....jangan jadikan jalan raya sebagai gelanggang emosi..fikirkan diri sendiri..ingat orang lain yang sama-sama mempunyai hak untuk selamat...Selawat dan baca Doa naik kenderaan sebelum memandu..serta jangan lupa periksa kondisi kenderaan..."Ya Allah hanya PadaMu kami bermohon keselamatan"... Dua kejadian yang berasingan dan 2 situasi yang berbeza..

Wednesday 27 May 2009

Unsur Alami



Ini hanyalah percubaan saja..belum cantik lagi..tapi bolehlah untuk tatapan saja..Unsur batu, air, angin .....Batu yang keras, air yang lembut dan angin yang hanya dapat dirasa...semuanya mempunyai daya kekuatan dan kelemahan sendiri...Batu walaupun ia keras tetapi jika selalu disemai dengan air ia akan hancur juga..manakala angin pula walaupun ia tidak nampak tapi kita merasai akan kewujudannya...Nah begitu juga dengan sikap kitani sebagai manusia..banyak ragamnya..terpulang pada apa kita mengkelasifikasikan sikap kita..adakah mahu jadi batu..mahu jadi air atau pun angin? api bagaimana? sebagaimana yang ku katakan awal-awal tadi, semuanya mempunyai pro dan kontranya..jika dimenifestasikan pada kehidupan kita..

Sebagai contoh (pandangan saja dan ini tidak semestinya betul dan harus juga salah), dalam memegang prinsip hidup, kita harus kentalkan dan keraskan semangat kitani..walau dipukul ombak sekalipun, batu tetap akan bertahan....Namun kita harus juga berlembut apabila berurusan dengan orang lain..adakalanya kekerasan batu tidak kita perlukan...bahkan mungkin membawa kesan yang buruk..Manakala angin pula...walaupun ia tidak nampak tetapi kita tahu dan merasainya..inilah juga kita tafsirkan sebagai semangat dalaman kita..Doa, tawakal dan kepercayaan kitani..dan sudah setentunya juga kita kembalikan semuanya pada Allah...Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu untuk kita hayati dan fahami..nah terpulang pada kitani sendiri..ehe..



Nanti akan dicuba lagi untuk mengambil gambar yang jelas air ombak memukul pantai atau batu...wah syok jua a..disamping santai bersama keluarga, dapat juga memikirkan hal ciptaan Allah..dapat jua pahala bila memikirkan akan ciptaan dan kebesaranNYA..

Sunday 24 May 2009

Famili Gathering



Kanyang..kanyang. Semalam makan besar lagi. kali ini di restoran Millenium, Beribi. Seluruh keluarga hadir. Sebetulnya majlis ini diorganise oleh Abangku dengan agendanya tersendiri. Sebagaimana difahamkan malam tadi, beliau akan bersara dalam sedikit masa lagi. Walau apapun, ku doakan agar senantiasa dalam naungan dan keberkatan Illahi dalam apa juga bidang yang akan diceburi. Sekarang beliau berjinak-jinak dengan perniagaan. Bidang Information Technology (IT). Tahap permulaan memang payah Bro, tapi selagi ada usaha dan Redha Allah, Kita akan berjaya. Namun jangan sesekali kita lupa, PadaNYA juga kita meminta dan bermohon. Fahami tia konsep Bekarih Bejarih Belurih ani.
Ada pepatah yang ku dengar bila berbual dengan temanku.."payah berurusan dengan manusia ani, banyak karenah dan alasan, sanang lagi berurusan dengan Allah". Ku rasa ada kebenarannya..sama-sama lah kita memahami perkataan tersebut sebagai pemangkin kepada kejayaan kitani. Dua patah perkataan yang menjanjikan sesuatu kejayaan ialah kerja keras..Wow boleh tahan harganya..terima kasih kerana belanja dan semoga murah rezeki untuk belanja lagi nanti ehe..Amin..

Tirai Horizon 1




Pada 22/5/06. Ku bersama keluarga pergi bersantai sejenak di Seria, setelah menghadiri Majlis menghantar tanda pertunangan saudara di Mumong. Kebetulan waktu menjelang Maghrib. So ku ambil kesempatan ini untuk belajar lagi. Belajar untuk mengambil suasana mentari merah (sunset). Selagi ada kemahuan dan selagi ada semangat untuk belajar..insyallah kita akan berjaya. Namun gambar yang di ambil belum cukup sempurna. Aku perlu belajar lagi.
Sunset...Matahari yang memberikan cahaya dan memberikan pengharapan pada kehidupan manusia. Namun bila cukup masanya ia akan kembali ke asal. begitu juga kita.Kitaran hidup, tidak semestinya akan senantiasa senang dan berpangkat besar. Ada waktunya kita akan dibawah juga. Namun perlu ingat ini semua ada dugaan Allah kepada hambanya. Tidak semestinya apabila kita dibawah kita menjadi lemah dan hina..SALAH tu pandangan macam atu. Kita ambil iktibar sebetulnya..dan susun strategi yang lebih sistematik dan praktikal. Seperti orang berniaga, tidak semestinya kita akan terus mendapat wang, ada waktunya perniagaan hambar.Ini ku tanyakan pada teman-teman dan pengusaha. Ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu Kaum (diri kita) melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Perlu ada usaha, doa dan tawakal (BEKARIH BEJARIH BELURIH). Matahari terbenam terbenam amat indah untuk dipandang. Ambil iktibar dari apa yang kita lihat.

Thursday 21 May 2009

Superhero cilik

Malam tadi ku cuba merealisasikan imaginasi anak-anakku sebagai Superhero. Ku capai kamera dan mengambar keulahan mereka bermain. Tiba-tiba datang idea untuk menyuruh menjadi model ehe..Mereka mencari dan memakai baju-baju yang berupa seperhero seperti Batman, Power Rangers dan Spiderman. Kami membuat aksi yang menyeronokkan, Isteriku pun terlibat sama selaku jurulampu ehe..tiada aktiviti cari aktiviti..bekarih mereka menukar pakaian masing-masing. Ku pu seronok melihat aksi mereka adik beradik. dan lebih seronok bila melihat mereka gembira. Cuma jangan sahaja imaginasi mereka menjadi superhero membawa bahaya. Seperti lagak Superman yang boleh terbang. Selagi darah melayu ada pada mereka, gaya tempur mereka pun seperti silat..wah hebat anak-anakku.Gaya Silat ayah mereka yang mereka tiru..tidak salah lah kan ehe..mewarisi minatku



Robosapien dan IJN


Pernah kah anda mendengar permainan "Robosapien'. Sebetulnya robot ini dibeli sewaktu berada d Kuala Lumpur tahun 2005 bila anak lelakiku dihantar untuk menjalani pembedahan Jantung,(Jantung berlubang) di Institut Jantung Negara, Malaysia.
Permainan ini ke beli kerna berharap anakku gembira dan akan sembuh cepat, sayangnya waktu itu ia belum tahu bagaimana untuk memainkannya. Sehinggalah 3 hari yang lalu, bila mengemas bilik, ku ternampak Robosapien ini berada di atas almari buku. Ku capai dan masukkan bateri.Alhamdulilah masih ok. Ku panggil anakku dan menunjukkan padanya..katanya ia masih ingat permainan ini dan sekarang ia boleh mengoperasikannya sendiri. Aku gembira bila melihat ia memainkannya bersama adiknya, namun terharu bila terkenang saat-saat getir sewaktu di IJN dulu. Hanya Allah mengerti betapa khuatir akan pembedahan yang dijalankan.Syukur pada Mu ya Allah telah menyembuhkan anakku
Allah itu maha Kaya, Maha pengasih..ku sangka, jantung berlubang yang anakku hadapi itu adalah kritikal, rupanya apabila berada di IJN, terdapat lagi anak orang lain dan kes yang lebih teruk. Ku pun bersyukur kerana tidak diuji dengan yang ku rasa tidak mampu hadapi. Di sana berbagai masalah yang didengar seperti, injap jantung kurang berfungsi dengan, jantung terlilit dengan urat, Jantung sebelah sahaja perfungsi dan berbagai lagi..Syukur Pada Mu Ya Allah..Walau sebagaimana pun masalah yang kita hadapi, kita harus redha dan selesaikan dengan baik dengan meminta bantuan pada NYA, kerana ada lagi yang diluar sana yang menghadapi masalah leih teruk dari kita.
Robosapien, permainan yang dimain anakku setelah pembedahan..seronok juga memainkannya.ia boleh menari, berjalan hadapan dan berundur, bahkan boleh berpusing. Kita mengawalnya sendiri.Jika manusia dikawal oleh manusia yang lain..alamat kita akan menjadi robot lah. Dari itu jangan kita biarkan diri kita menjadi hamba pada manusia dan harta. Kita yang mengaal diri kita sendiri berdasarkan akal fikiran kita.
Institut Jantung Negara, ku harap tiada keluargaku yang akan kesana lagi..Namun segala layanan dan fasiliti yang diberikan adalah memuaskan..layanan 1st class ehe. terima kasih kepada pakar-pakar IJN, Kerajaan Brunei yang perihatin akan keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Terima kasih segalanya....

Gambar anakku bersama Doktor yang mengetuai penbedahan

Aktiviti menguji emosi


Semalam aku cuba melihat aktiviti di tebing sungai Tutong, Pekan Tutong. Tidak seperti biasa gayanya..biasanya ramai yang turun untuk memancing..tetapi semalam sunyi dan tidak ramai yang memancing.Khabarnya disini jika rajin dan ada rezeki akan mendapat udang galah..ehe.
Sewaktu kecil kami adik beradik memang sering dibawa oleh bapa untuk menangkap ikan di sungai..Aktiviti ini samaada 'mengandang', 'Mengikis', 'memancing','merambat' ataupun 'membintur katam'..Bapaku memang seorang yang cekal dan rajin turun kelaut walaupun bukan sebagai hasil pendapatan utama.sekarang sudah pencen dari tentera. Yang rajin dibawa adalah abang aku.beliau juga ku rasa seorang yang tidak banyak karenah..bila bapa bersuara untuk menangkap ikan.ia akan segera menyediakan peralatan yang perlu..seperti memeriksa perahu, enjin dan sebagainya..Kepada Bapa dan Abangku, aku memang respek kamu berdua..tidak pernah ku dengar mengeluh. Pernah setelah pulang dari sekolah, bapa terus membawa abang mengikis..Abang akur. Memang terasa letih dari belajar di sekolah..tapi demi untuk tidak mengecewakan hati bapa..abang pun ikut...Ini kah yang juga dikatakan sebagai Bejarih dan Belurih? ku rasa 'YA"..Setelah abang bekerja, maka akulah teman bapa..ehe..
Banyak pengajaran yang bapa turunkan kepada kami adik beradik secara tidak lansung.Terima kasih bapa..semua pengajaran yang ku dapat tentang menangkap ikan ini, insyallah akan ku ajarkan juga pada anak-anakku nanti..
Nah dari hal memancing dan yang sewaktu dengannya..memang ada membawa pengertian pada kitani..mengajar erti kesabaran, berusaha dengan titik peluh sendiri, disamping itu kita akan dapat lebih menghargai betapa pentingnya masa jika dibazirkan sebegitu saja dengan perkara /aktiviti yang tidak berfaedah..Info terbaru, sekarang ini perlu ada lesen untuk memancing..kita akur sahajalah dengan peraturan yang dibuat..

Sunday 17 May 2009

Nokia e75




Hadiah yang diluar jangkaan...Syukur dan terima kasih kepada keluargaku terutama isteri tersayang..
Disamping e75, kain untuk cara melayu juga dihadiahkan ehe..untuk Hari Raya & pendrive 8GB..wow

Sempena 2 in 1


16 May....My Birthday telah datang semula..i treat my famili di Rizqun Coffe House..kira meraikan la kan..Bersempena Hari Ibu yang lepas..Ayah dan Ibuku pun tidak ketinggalan. Sama-sama kami meraikan hari ulang tahun ku dan Hari Ibu..Walaupun sederhana tapi cukup untuk memenifestasikan hari yang membawa makna tersebut...Hari Ibu dan Ulang tahun ku..
Mama yang telah melahirkan, menjaga mendidik, mengajar dan sebagainya..
Isteri, ibu kepada anak-anakku dan isteri yang menjaga erti sebagai seorang ibu dan isteri pada sebuah keluarga.

TERIMA KASIH kepada keduanya..DAN TERIMA KASIH pada yang ESA atas segala yang dikurniakan...Alhamdulillah..

Saturday 16 May 2009

Bila bulan mengambang( Man&Moon)



Bulan oh bulan...kau dipuja dan dipuji bila sepasang kekasih "berdating"..padahal kalau diliat dari ampir..permukaannya nda rata...Itulah namanya keajaiban Tuhan...Begini saja lah,kadang-kadang bila seseorang itu jauh dari kita..kita rindu..kita akan memuji dan berharap akan selalu disamping kita..namun bila sudah dekat..kita biarkan..macam atulah bulan...bulan juga kita tafsirkan sebagai kiasan pujian...sesuatu yang belum kita kenal, jangan kita mudah untuk memuji atau terlalu mengagungkannya..sepeti bulan ia jauh dari kitani, kita lihat ia sebagai sesuatu yang indah(memang indah). Tapi apabila kita sudah mengenalinya maka barulah kita tahu bahawa disebalik keindahan ada juga kekurangannya...Bulan, Bagai Pungguk merindukan bulan...kenapa burung boleh rindu bulan?
Wah meleret tah pulang..kan halnya ganya..
As im mention before( Paris De France) sebelum kami bersurai dari mengopi aku sempat mengambil gambar bulan..walaupun nda selawa mana namun ku KARIHI jua untuk mengambar..(macamana ah mengambar supaya lawa lagi?)sesiapa dluar sana yang boleh memberikan tunjuk ajar..sila nyatakan kontek abiskita arah komen..Terima kasih atas keperihatihan untuk mengajar tekniknya..
Bulan seindah mana pun bulan..sebanyak mana pun kekurangan yang kau miliki..Kau tetap diperlukan untuk kami. Manusia dan bulan tidak boleh dipisahkan...

Paris De France

"Salam Tuan, bz krg? minum tani tpt biasa kul 7:30 mlm ani"
"Bah ok tu, ahr ku ckit, mgusai paip ku dulu"
"Ok tu"
Perbualan singkat antara aku dan teman ku..Terkejut bila menerima pangilan tersebut...apa agenda ah...HMMM bila ia...... ah?
setelah selesai aku pun mandi dan bersiap untuk mengopi ehe...ku beritahu isteri yang ku mahu jalan...
Setelah berjumpa kami pun berbual panjang. banyak perkara yang kami bincnagkan aka bualkan..hal kerja, hal lain-lain hingga lah terjawab soalan yang ada dalam fikiran ku.
Hmm bila ia balik ah? rupanya ia baru balik dari Paris minggu lepas setelah 2 mnggu menghadiri kursus singkat. Syok di Paris katanya..dan yang menariknya bila ia naik Eiffel Tower, tekenang aku yang ada d Brunei...syahdu..cenderamata pun dihulur.

Satu perkara yang ku ambil iktibar..sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya susah..sahabat yang baik juga tidak akan lupa walau sejauh mana pun berada. jika kita bersahabat, biarlah persahabatan itu atas teras ikhlas dan jujur. Insyallah persahabatan akan kekal.
Brunei France sungguh pun jauh, masih juga sahabat dikenang..TERIMA KASIH atas ingatan dan pemberian...

Sebelum kami pulang, ku sempat mengambil gambar bulan...cuma belum begitu cantik..maklum baru jua kan belajar-lajar mengambar..(sila beri tunjuk ajar)

Happy B'day Zaim


hari minggu yang lepas, kami sekeluarga berkunjung ke rumah iparku untuk meraikan hari ulang tahun anaknya yang ke7 tahun...'SELAMAT ULANG TAHUN ZAIM"..Semoga semakin pintar dan berjaya serta senantiasa sihat...ingat pesan Guru dan taati ibu bapa....chewah ehe...
Umur semakin meningkat, terkenang akan umur sendiri....
Bila sudah terkenng umur....rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...
(sekadar renungan)...

Thursday 14 May 2009

Advance Surprise


Aku terharu..aku terdiam tidak terkata...
Hari ini sedang aku mahu berehat dan melelapkan mata...tiba-tiba anak-anakku datang dan mengejutkanku. "Ayah,..Happy Birthday to You Ayah"..Ku lihat suasana gelap dan ada kotak dihulurkan pada ku...Kata Isteri aku harus membukanya dalam gelap...Wah! Birthday gift...awalnya..Hepi sangat.
Mahu tau apa hadiahnya..nantikan post akan datang...nw im a bit bz with d gift ehe...

PadaMu ya Allah...Ku bersyukur atas segala limpahan dan redha Mu...RezekiMu ya Allah..Wahai isteri dan anak-anakku, Ayah ucapkan berbanyak-banyak terima kasih...I Love u All...Surprise...kata my wife.."bibiran jua ey terharunya ani"..mana inda apa yang dihajati selalu bermain di fikiran tetapi yang diberikan jauh lebih baik dari apa yang dibayangkan...