Showing posts with label surprise. Show all posts
Showing posts with label surprise. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

Hari Ulang tahun IBUBAPA/ MENTUA/ NENEK

Rancangan berjaya, Rancangan ini sebetulnya bermula dari abangku mengenai hasratnya mempelawa makan malam sempena meraikan ulang tahun kelahiran ibu bapa kami. Jamuan makan malam semua ditanggung oleh beliau. Kami adik beradik yang lain diberi mandat untuk mengusahakan kek hari lahir. Semua sudah sedia. Kakaku menerima mandat tersebut. Manakala aku pula mengusahakan hadiah kejutan. Adik beradik telah bersetuju dengan cadangan. maka bermulalah misi untuk membuat kejutan. Ku hubungi seseorang untuk menghantar hadiah yang dibeli.

Ku berpakat dengan pemborong agar menghantar pada alamat yang ku berikan. dan ku hubungi adikku yang berada di alamat tersebut agarr memastikan mereka berada dirumah. Akhirnya pemborong sampai dan hendak memasang hadiah tersebut. Ayahku berkeras agar jangan dipasang sebab beliau tidak membelinya atau tidak pernah memesan untuk dipasang. Pemborong menjalankan tugas dengan baik. sebab sebelum ini, aku memesan agar jangan beredar jika disuruh pulang oleh orang tua ku. Pemborong hanya mengatakan mereka menjalankan amanah dari seseorang yang mereka tidak ketahui. Pemborong telah menerima pembayaran dan diarahkan untuk tindakan selanjutnya. Akhirnya ayahku akur tetapi dengan tegasnya beliau tidak akan bertanggungjawab jika ada perkara tidak diingini berhubung dengan pemasangan itu.

Pada sebelah malam, acara makan malam berjalan seperti biasa. Bermesra, jenaka, menikmati jamuan. Menu pun sedap. Ku lihat wajah kesayangan kami nampak ceria dan gembira. Melihat anak-anak berkumpul bertemu kesemua cucu. Mungkin terubat rasa rindu mereka. Sekali lagi kejutan dibuat apabila ada 2 kek harijadi dihadapkan pada mereka. Lagu dinyayikan oelk semua anak dan cucu mereka. Sungguh terharu. Acara meniup lilin dan suap menyuap berlaku. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Menu terakhir diumumkan iaitu steamboat ( shabu-shabu ). Memang enak dengan sup dan bahan-bahannya. Akhirnya diumumkan bahawa berlaku perkara yang diluar jangkaan ibubapa kami pada waktu paginya. nah sekarang barulah mereka yakin bahawa semua kejutan pada pagi itu adalah rancangan kami adik beradik. nak tahu apa? inilah yang kami hadiahkan. Sebermulanya adalah hasrat ibubapa kami untuk memilikinya semula apabila yang dulu milik mereka telah tidak berfungsi lagi, sekarang kami cuba merealisasikan impian mereka.

IMG_0871 Walau sederhana namun mempunyai impaknya. Gaya dan cara kami membuat kejutannya juga meninggalkan kesan. Niat baik insyallah ada keberkatannya.

Berikut sekitar majlis tersebut “ Keluargaku kehidupanku”

IMG_3332 IMG_3334  IMG_3361 IMG_3335 IMG_3406IMG_3374

Semoga Kedua ibu bapa kami sentiasa sehat dan dirahmati Allah…Amin

Monday, 25 October 2010

Triple treat ( 7th Birthday)

Di raikan sebanyak 3 kali…..Dirumah Nenek, sekolah dan Restoran

Semoga hari-hari yang dilalui semakin mematangkan anak-anaku. Kepada Anakku selamat hari lahir dan semoga menjadi anak yang bijak, taat pada orang Tua dan beroleh hikmah Dunia untuk meneruskan penghidupan….. AMIN.

Kami sekeluarga amat menyayangi kamu…

IMG_1082IMG_1085

Bersama keluarga di rumah nenek

yen bday 2010Raikan bersama teman sekelas 

yen1

Restoran d Rizqun, hanya bersama famili

Sunday, 11 July 2010

8th Birthday

Selamat Ulang Tahun yang ke lapan kami ucapkan kepada Md. Zawir

Dengan ucapan semoga menjadi anak yang berwibawa ssesuai dengan nama yang diberikan ( Zawir- Ketua(kepimpinan), menjadi anak yang soleh, pintar dan sentiasa dalam keadaan sihat. Majlis ulang tahun ini juga merupakan interpretasi kepada rasa kasih sayang kami. Semoga menjadi penawar kepada kekusutan hati Mu anakku, dan semoga dapat memberikan impak di hatimu, dan semoga dapat mengembirakanmu..harapan kami hanya 1 iaitu memberikan yang terbaik.

We love you so much

IMG_4557IMG_4451 IMG_4459IMG_4482IMG_4477IMG_4498IMG_4528IMG_4545IMG_4590IMG_4610IMG_4640           Kami sekeluarga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian para keluarga di majlis hari ulang tahun tersebut dan juga diucapkan trimas atas sumbangan yang diberikan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Thursday, 14 May 2009

Advance Surprise


Aku terharu..aku terdiam tidak terkata...
Hari ini sedang aku mahu berehat dan melelapkan mata...tiba-tiba anak-anakku datang dan mengejutkanku. "Ayah,..Happy Birthday to You Ayah"..Ku lihat suasana gelap dan ada kotak dihulurkan pada ku...Kata Isteri aku harus membukanya dalam gelap...Wah! Birthday gift...awalnya..Hepi sangat.
Mahu tau apa hadiahnya..nantikan post akan datang...nw im a bit bz with d gift ehe...

PadaMu ya Allah...Ku bersyukur atas segala limpahan dan redha Mu...RezekiMu ya Allah..Wahai isteri dan anak-anakku, Ayah ucapkan berbanyak-banyak terima kasih...I Love u All...Surprise...kata my wife.."bibiran jua ey terharunya ani"..mana inda apa yang dihajati selalu bermain di fikiran tetapi yang diberikan jauh lebih baik dari apa yang dibayangkan...