Sunday 18 April 2010

Menikmati menu d Icebar & Cafe

Sha Bu Sha Bu

(kedengaran memang lain) tetapi itulah nama yang meniti dari mulut ke mulut yang kudengar. Jika melihat dari pintu masuk retoran ini, memang lain dari yang didengar.Apa-apa pun bila sudah sampai, dicuba saja hidangan dan layanan yang diberikan

IMG_1422 IMG_1397

Suasana pada mulanya adalah tenang dan santai apabila kami orang yang terawal berkunjung di restoran ini. Maka dengan selesanya ku merakamkan beberapa keping gambar. Mula mereka menyediakan hidangan, mengemas meja dan mengatur menu..kelihatan tenang tetapi cepat. Kombinasi warna yang elegen merah hitam di raungan ini semakin menaikkan keceriaan dan keindahannya.

Suasana kedai yang cukup nyaman ternyata tidak lama, selang beberapa minit sudah semakin ramai pelanggan berkunjung ke situ. Ada yang perlu menunggu dan tidak kurang juga yang menempah awal. Kami tidak merancang tetapi sekadar ingin meninjau tempat ini. Layanan cepat, hidangan pun tidak kurang sedapnya.

IMG_1398 IMG_1400   IMG_1405 IMG_1406  IMG_1408  IMG_1418IMG_1423 IMG_1419 IMG_1421 

Desert yang anak-anakku pesan

IMG_1429 

Silalah berkunjung dan nikmati suasananya serta makanannya.

Infrastruktur Akuatik ( pt2) Daerah Tutong

IMG_1292

Sebelum ini ku ada membuat entri mengenainya pada bulan September 2009. Pembinaannya sudah siap dan mula beroperasi pada awal April 2010 yang lalu. Secara peribadi ku rasa berbangga kerana kemudahan seperti ini sudah ada di Daerah Tutong. dengan adanya pusat akuatik ini, penduduk di sini tidak perlu lagi ke daerah Belait(SRC) atau Brunei Muara ( Angerik Desa).

Pada minggu lepas ku mengambil kesempatan untuk membawa anak-anakku ke Pusat tersebut. Untuk Makluman ku selitkan info mengenainya

IMG_1294IMG_1295

Kepada pengunjung blog ini silalah datang ke Pusat Akuatik Daerah Tutong untuk beriadah dan mandi-manda disamping meninjau kemudahan yang ada disediakan.

IMG_1296 IMG_1297 IMG_1298 IMG_1299 IMG_1300 IMG_1301 IMG_1302IMG_1330IMG_1335   IMG_1312

Memori d Write-off Unit

  IMG_0017

Sebelum ini ku bertugas selaku pengawas dan memeriksa harta benda kerajaan yang sudah usang dan menasihatkan untuk dihapuskan dari kira-kira sebagaimana Peraturan Kewangan 1983,NBD.

Selama hampir 4 tahun lebih di Unit tersebut, memang banyak karenah ragam dan peristiwa yang dihadapi. Paling menyeronokkan adalah membuat lawatan ke ulu daerah Tutong, SR Belabau ( sekarang ditutup) menggunakan Temuai. , melawat di keseluruhan sekolah di keempat-empat daerah.

Kenangan yang masih dalam ingatan juga ada apabila ku dilawan dan dilayan dengan sinis apabila memberi teguran dan nasihat serta pertanyaan tentang kerja yang tidak selesai olehnya. Dan hakikatnya aku sendiri yang dikata tidak menjalankan tugas dan tidak mengikut ekita kerja. Ku hanya berserah dan bersabar untuk tidak melaporkan perkara sebenar, sebab besar kemungkinan akan melibatkan banyak pihak yng tidak berkaitan angkara kerjanya tidak selesai. lupakan lah saja.

Teman sekerja sangat-sangat membantu dan perihatin serta seperti sebuah keluarga dalam menjalankan tugas. Segala perkara yang diragukan akan dibawa berbincang dan mencari solusinya.

Terima kasih Teman atas segala kebaikkan dan teguran serta bimbingan selama ini. Terima kasih juga memberiku peluang untuk belajar untuk berfikir dan bertindak sewajarnya. Terima kasih juga memberikan kepercayaan untuk mengetuai salah satu cawangan dari keempat-empat daerah

Disini ku abadikan beberapa memori yang sempat dirakamkan

Sewaktu Mesyuaratedit1edit3IMG_0801

Sewaktu membuat lawatan

IMG_0277IMG_0094IMG_0088IMG_0008

Sewaktu mengadakan taklimat

IMG_0022IMG_0241

Mengadakan bengkel

IMG_0037IMG_0063IMG_0052 IMG_0061

Majlis-majlis

IMG_0175edit4IMG_0001edit2  Lawatan Penolong Pengarah ke PejabatkuIMG_0059IMG_0071Terima kasih dan kemaafan dipinta andai selama ini ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.

Friday 2 April 2010

Majlis Perpisahan

June 2006 - 31Mac2010

IMG_0947 Terima kasih kepada teman sekerja yang telah membantuku menjalankan tugas dan tanggungjawab selama ini. mulai Jun 2006 hinggalah pada tarikh di atas. Sepanjang bersama itu, ku rasa banyak pengalaman dan perkara baru yang dipelajari. Pengurusan, pentadbiran, komunikasi, penyelesaian masalah dan berbagai lagi. Ditambah lagi dengan pengalaman membuat lawatan di kawasan urban, samaada dengan temuai, heli atau kereta. Semua itu akan dijadikan kenanganyang terpahat dan akan sentiasa dikenang. Pergaulan yang erat dan rapat, tiada perselisihan malah berkongsi masalah dan pengalaman serta pengetahuan. Menjadi Ketua Unit di cawangan bukan semudah yang dipandang. Semuanya berkisar tentang tanggungjawab yang perlu ditangani dengan fikiran yang rasional dan melihat pada keadaan dan senario yang ada.

Sekarang bertugas diempat yang baru dan lain dari suasana dahulu. Memang memerlukan fokus yang lebih. Menjadi pendidik mempunyai kepuasan yang tersendiri, selaku pentadbir memberikan integriti dan kolaborasi yang memberikan pengetahuan dan membuatkan menjadi ahli fikir. Semoga kita sentiasa maju dan mencapai apa yang diharapkan.
Tiada banyak yang disampaikan d waktu majlis yang diadakan, terasa sedih dan sayu bila meninggalkan unit yang ku rasa sangat bernilai. Disini ku belajar menjadi pentadbir, disini ku belajar erti kesabaran bila menghadapi kritikan dan masalah. Terima kasih semuanya.

Sekali lagi secara peribadi ku memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang kadangkala disedari ataupu tidak. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan serta pengetahuan yang dikongsisama.

Terima Kasih ku Ucapkan kepada Write-off Unit, di kesemua Daerah. Persahabatan dan hubungan tidak akan terhenti setakat ini.

Insyallah Entri seterusnya akan dikongsi sebahagian kenangan sewaktu bertugas bersama-sama di unit ini.