Monday, 31 January 2011

Abadikan Potret

Dengan memegang sijil dan menggenakan jubah sewaktu konvokesyen sekolah mereka, gambarnya menjadi penyeri Iklan pemgambilan murid-murid baru bagi sesi 2011.  Gambar sewaktu menerima sjil dan hadiah murid cemerlang.

poster yen3 Poster Yen poster yen2 Semoga Semangatnya untuk menimba ilmu dan belajar akan bertambah dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjuk Mu dan limpahkanlah, anugerahkanlah otak yang cerdas, pemikiran yang tajam buat anak-anakku, diri dan isteriku untuk mencari hikmah khazanah ilmuMu Ya Allah.

 

Tidak sangka gambarnya terpilih

Thursday, 27 January 2011

Batuk Vs Batok

“ Uhuk   uhuk   Uhuk……………”

batok1

Sekadar ingin mengongsikan pengetahuan mengenai dua istilah yang berbeza iaitu batuk dan batok. Dari segi ejaan juga berbezak daripada konsonan huruf antara ‘ U ‘ dan ‘ O ‘. Seketika kita diajarkan istilah melepaskan batuk/batok ditangga. Peribahasa ini merujuk kepada daya usaha atau ikthtiar yang ala kadar dan tidak diusahakan dengan sepenuh hati. Sikap dan perbuatan yang akhirnya akan membawa kerugian malah kecelakaan yang tidak diingini. Batuk yang kita maklum adalah penyakit atau sakit atau sesuatu yang mengganggu di kerongkong kita.

Manakala Batok pula jika dilihat adalah satu alat yang digunakan untuk mencedok air dari tempayan atau tempat menyimpan air. Sering disimpan didepan rumah bagi membersihkan kaki sebelum masuk rumah. Jika dahulu, rumah-rumah didirikan bertingkat dan menggunakan tangga. seperti gambar dibawah,

(Gambar hiasan)image

Aku tidak akan menghuraikan lebih mendalam lagi mengenai peribahasa tersebut, dan ku kira ramai yang mengetahui makna yang tersirat dan tersurat mengenainya. Apa yang ingin ku kujelaskan disini adalah peri kepandaian orang-orang terdahulu dalam memahami alam kehidupan dan seterusnya menjadi tunjuk ajar dan landasan sekarang. Ciptaan demi ciptaan, rekaan demi rekaan untuk kegunaan dan keperluan dahulu. Rekaan yang menjadi pengetahuan asas untuk menciptakan sesuatu yang baru bagi menggantikan yang dahulu. Yang lama direkabentuk dan ditambah lagi menjadi multi kegunaan. Sekarang yang asas menjadi hiasan atau bahan untuk dikomersialkan. Para pembaca lebih arif mengenai teknologi yang ada di pasaran sekarang. Tidak salah kita mengubah dan membentuk sesuatu yang baru asalkan yang lama tidak dilupakan. Bahan dari pokok kelapa memang sangat banyak gunanya. Sebermula dari daun, akar, batangnya bahkan buahnya menjadi asas kegunaan dahulu. Di olahkan menjadi minyak, penyapu, rumah dan banyak lagi. Tempurong juga menjadi perumpamaan seperti katak ‘dibawah tempurong’. Itu adalah diantara perkara yang dapat dilihat mengenai nyiur ( kelapa atau piasau) ini.

Rumusannya jangan lagi kita membuat kesilapan dalam memahami erti melepaskan batok ditangga ini. Bukan melepaskan uhuk uhuk di atas tangga. Tetapi melepaskan/menyimpan tempurong kelapa yang digunakan untuk mencedok air bagi membersihkan kaki diatas tangga. Kelak perbuatan tersebut akan mencederakan orang lain jika terpijak atau mungkin akan jatuh ditanah dan akan kotok jika dicedokkan di tempayan tersebut. Kecuaian ini yang dimaksudkan dalam peribahasa tersebut.

Semoga coretan ini membawa pengertian dan membawa kebaikkan bersama. Usah melakukan pekerjaan sekerat tetapi buatlah hingga selesai dengan baik dan mengikut prosedur yang ada.

Orang-orang Brunei juga tidak kurang juga kemahiran bertukang tangan. Seperti gambar dibawah ini. ( sewaktu melawat salah sebuah kampong di daerah temburong-Brunei)

  Menjadi seorang yang berpengetahuan dan jauhkan diri daripada umpama ‘Katak dibawah tempurong”. Proses belajar adalah seumur hidup. Tidak bermakna jika sudah selesai pengajian di peringkat sarjana muda, Sarjana atau peringkat Kedoktoran sudah cukup. Bahkan kesemua itu adalah permulaan dan jalanserta kunci untuk menimba pengetahuan-pengetahuan yang baru. Dan jangan apabila sudah menjawat jawatan yang tinggi selaku pegawai dan sebagainya akan boleh mengarahkan orang lain tanpa kita mempelajari atau memahaminya dahulu. Kelak akan membawa malu diri sendiri jika ditanya tidak tahu untuk menyelesaikannya. Dan jangan juga bila sudah di atas tempurong akan merasa megah sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab. Umpama Melepaskan Batok di tangga.

Aku masih memegang istilah yang sering kugunakan bagi memotivasikan diri dan Penuntut-penuntutku dulu..( Majlis Perwakilan Pelajar ) bahkan kepada kakitanganku iaitu

“   BEKARIH      BEJARIH      BELURIH   ”

Monday, 24 January 2011

Hujan dan Kesannya

IMG_1591

Sudah sekian lama juga aku tidak mengongsikan sesuatu pada ruangan ini. Sejak musim persekolahan bermula dan aku  sendiri memulakan tugasku setelah bercuti, sekarang barulah aku ada luang sedikit. Beberapa bahan yang ingin ku kongsikan bersama untuk renungan dan pandangan dan juga pengongsian. Tahun Baru baru sahaja bermula dan setentunya perancangan telah dibuat. Namun sesuatu perancangan itu biarlah ada pelan-pelan tertentu sesuai dengan apa yang jadi sasaran. Seperti Pelan B jika tidak Pelan asas tidak berjaya atau ada halangan.

Disini ingin ku kongsikan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Hujan lebat melanda di beberapa tempat dan kesannya membawa banjir. Di daerah Tutong dan beberapa daerah yang lain telah mengalami musibah ini. Perkara ini memang diluar dari kuasa dan kemampuan kita. Apabila Allah berkehendakkannya pasti akan berlaku walau secanggih mana teknologi atau sistem yang diaplikasikan.

Kita bersyukur banjir yang melanda negara kita itu tidak sedasyat negara lain seperti di Brazil atau Australia. Para Penuntut Brunei di Australia dilaporkan selamat dan dibawah kawalan. Syukur Alhamdulillah. Pada peringkat antarabangsa banjir di Negara kita mungkin masih dalam keadaan terkawal. Namun sedihnya, apabila hujan lebat turun tidak berhenti, pasti akan berlaku banjir. Beberapa kawasan terpaksa ditutup untuk keselamatan. Kawalan kesihatan dipergiatkan dan agensi-agensi tertentu dalam keadaan berjaga-jaga. Tindakan untuk keselamatan awam diutamakan. Itulah yang sangat-sangat dititikberatkan. harta benda musnah, rosak bahkan juga hilang dihanyut air.

Aku tidak akan mencoretkan dengan panjang mengenai banjir ini. Cuma perihatin terhadap mereka yang mengalami musibah tersebut. Beberapa sekolah setelah apabila banjir, para pelajar akan diberikan cuti. Namun yang menjadi tugasan sampingan para guru adalah membersihkan kelas-kelas yang terjejas. Aku juga pernah melawat beberapa sekolah yang pernah mengalaminya. Terdapat bekas dan kesan banjir. Belum pun bekasnya hilang, banjir melanda lagi.

Yang menjadi kebanggaanku dan menjadi kasihku adalah Keperihatinan pemimpin negara. Baginda telah mencemar duli melawat tapat-tapak yang mengalami musibah. Bantuan dihulurkan buka sahaja berupa wang bahkan juga harta benda. Keperihatinan Baginda seharusnya menjadi contoh tauladan kia semua kita. Kita masih boleh membantu darisegi tenaga dan buah fikiran, dan jika ada kelebihan..bantuan berupa kewangan juga sangat-sangat digalakkan bagi membantu meringgankan kesusahan magsa banjir.

Semoga Negara kita akan tetap Berdaulat dan terhindar dari malapetaka yang buruk. Sama-samalah berdoa akan keselamatan kita, negara dan agama. Jadikan negara kita sebuah negara yang Baldatun Toyibbatun Warabbun Ghafur….Amin

Berikut ku kongsikan beberapa peristiwa sewaktu banjir. ( hanya untuk daerah Tutong sahaja – Kg Tg Maya )

          1          IMG_1580

          IMG_1574          IMG_1589

          IMG_1596          IMG_1600 

2

Thursday, 6 January 2011

Masuk waktu Sekolah

Seperti lazimnya, setiap penggal persekolahan bermula di awal tahun, lagu-lagu persekolahan akan sentiasa berkumandang. Anak-anak kembali bersekolah dengan riang sambil nyanyi-nyanyi. Itu bagi mereka yang sudah  pernah bersekolah ( gembira berjumpa semula teman sekolah dan sebagainya ). Bagi anak-anak yang baru mula menjejakkan kaki kesekolah mungkin akan menangis dan takut untuk ke sekolah. Fenomena ini sering dilihat pada murid-murid Pra. Mujur guru yang menerima itu pandai menggunakan psikologi untuk memujuk hingga tangisan reda. Tahniah kepada guru-guru tersebut.Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak memang sangat berbaloi dan bermanfaat. Formula untuk mengajar dengan lebih berkesan. Mengenal huruf dan nombor, seterusnya menghitung dan membaca. Tugas yang rumit.

IMG_0720Tahun ini, dengan resminya anak perempuan ku mula belajar ilmu agama di sekolah. Tahun lepas, ia sangat hendak untuk belajar pada sesi petang ini. Menangis hendak sekolah. Ku usahakan untuk mendaftarkan, namun pihak sekolah belum dapat menerima disebabkan umur belum mencukupi. Perkara ini ku terangkan pada anakku. Namun tetap berdegil. Ku cuba hubungi pihak-pihak berkenaan untuk meminta pandangan jika boleh ku sekolahkan awal. Jawapan tetap sama. Setelah anakku melihat usaha yang ku buat beliau pun akur. Alhamdulillah pada tahun ini perjalanannya bermula untuk menuntut ilmu agama. Persediaan dibuat. Pendaftarannya kemarin, nampak gembira di raut wajahnya. Mudahan semua ini akan berkekalan sepanjang beliau belajar dan ku harap ada keseimbangan antara tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga beliau menjadi anak yang soleh dan begitu juga abangnya.

Perkembangan Syiar Islam semakin menampakkan hasil di negara kita. Banyak media masa, wadah dan sebagainya di usahakan. Dewasa ini, golongan bukan Islam juga sekarang sudah menghantar anak-anak mereka untuk pangajian sesi petang ini. Jika pada dasarnya memang tidak sesuai, tetapi ia adalah dakwah secara tidak lansung pada keluarga tersebut. Sedikit sebanyak akan dapat menyuntik roh Islami. Perkara ini seperti dalam perjanjian Hudaibiah di zaman Rasulullah dahulu. Nampak dalam perjanjian tersebut seperti memihak kepada golongan Quraish/ golongan musyrikin. Tetapi sebetulnya adalah kemenangan buat orang-orang Islam. ( sila rujuk kepada Sirah Rasulullah )

Sebelum sekolah dibuka, para ibubapa dan penjaga murid/penuntut sudah berusaha untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak mereka. Membeli buku, pakaian, beg sekolah, alat tulis dan sebagainya. Belanja yang akan digunakan bukan sedikit. Jika seorang memerlukan purata sebanyak $200.00, tetapi yang memiliki anak ramai yang masih bersekolah bagaimana? ditambah lagi tahap pendapatan seseorang memang berbeza. Jangan terlalu membazir hingga setiap tahun perlu diganti dengan yang baru. Memang naluri anak-anak mahukan yang baru di tahun baru. Guna jika masih elok dan jika ada belanja lebih, yang masih elok tersebut boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Inilah yang diusahakan oleh isteriku. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu yang memerlukan. 

IMG_0725

Sehingga kemarin, ibubapa /  penjaga masih sibuk ke kedai-kedai buku untuk membeli keperluan persekolahan. Ada yang baru menerima senarai buku yang hendak dibeli. tetapi lazimnya akan kehabisan stok. Jika rajin untuk mencari di kedai-kedai buku lain mungkin akan terjumpa. Atau jika malas hendak pergi jauh, berkirim pada saudara atau teman. Semoga tahun baru dengan semangat baru akan meransangkan lagi mutu pembelajaran murid/penuntut. Pengajaran guru juga harus seimbangan dan berkembang sesuai dengan tuntutan sekarang ini. Alam siber. Guru sebolehnya jangan ketingalan pengetahuan dengan murid. Jangan malu untuk bertanya pada mereka jika kurang memahami atau menguasainya. Sekarang ini aplikasi pada alat eletronik semakin pesat. Program dalam komputer juga semakin rancak direkacipta. Memang seronok untuk mengajar walaupun harus menghadapi berbagai-bagai karenah.

Pada tahun ini jua, hati terasa sedih dan rawan bila menghantar anak-anak ke sekolah. Sepatutnya juga aku menyambung pembelajaranku. Setelah semua sudah disediakan dan cukup, namun rezeki belum ada. Insyallah walaupun hati rasa hiba, akan diusahakan lagi untuk melanjutkan pembelajaranku. Hikmah Allah atas segalanya, cuma belum terungkap apa yang tersirat disebaliknya.

Kepada Warga sekolah, selamat menuntut ilmu dan menaburkan ilmu. Perjalanan menuntut ilmu sewaktu zaman persekolahan ini memang membosankan ditambah lagi dengan membuat kerja rumah, tekanan keadaan sekeliling, dimarah guru, kurang faham dan sebagainya. Tetapi setelah memahami bahawa ilmu itu amat penting, terasa rugi jika tidak belajar. Setuju dengan pandangan ini?

Wednesday, 5 January 2011

Membidik anak panah – Sisa cuti hujung tahun

Apa projek ? Itu soalan yang sering kami tanyakan sesama sendiri….Dengan perundingan singkat, akhirnya kami ( MindWarrior dan Phoenix ) setuju untuk mengisi sisa-sisa cuti yang ada. Awal projek kami adalah untuk membuat photoshooting, tetapi dengan komitmen masing-masing projek pun ditunda. Rancangan cuti cuba diselaraskan. Cuti pada bulan Oktober namun gagal untuk membuat sebarang projek bersama. Pada hujung tahun ini juga cuba membuat rancangan. Hendak ke Vietnam untuk mengambar suasana di situ. Setelah semua belum terhasil, akhirnya melancong ke negara jiran yang terdekat, Miri..

Jalan-jalan cari makan  ( hendak makan nasi lemak cili -  tetapi tidak terjumpa sebab lupa jalannya, membeli apa yang patut ( barang yang dicari )  dan akhirnya kami jadi Robin Hood Miri. Sebetulnya tempat ini diperkenalkan oleh abangku. Diterangkan cara memanah yang betul. cuma aplikasi dan latihan yang membuatkan seseorang itu menjadi semakin mahir.

Anak panah sebanyak 150 batang dengan kadar sewa RM$ 50.00. @ Parkson Mall,Miri. Tangan, lengan, bahu dan jari terasa letih. Memang tidak biasa dengan aktiviti ini. Seronok. Nanti kami akan membuat perlawanan persendirian. Sepatutnya sukan memanah ini harus disebarluaskan lagi. pada peringkat pertandingan antarabangsa juga telah diperkenalkan. Negara pemaju sudah menghasilkan atlet masing-masing. Pendedahan diberikan. Skim dan mini pertandingan juga diaturkan. Ingin rasanya hendak membuka perniagaan sebegini. Kira-kira berapa modal yang perlu?

Bukan senang hendak menjadi pemanah handal, tahap Novice / amatur pun susah. Hasil memanah memang ‘hebat’. lihatlah hasilnya nanti. :) hehe

IMG_0735

Gaya seorang pemanah. Tarik nafas, tarik hingga di bawah dagu, fokus, aim dan lepas……Zuuup

IMG_0737

Hasil kami….Teka mana satu hasil bidikan kami?

                                   IMG_0739 IMG_0738

Ada sesiapa hendak ikut?

Monday, 3 January 2011

Cuti oh Cuti

 

                              IMG_0127      

Cuti hujung tahun sudah selesai. Masuk tahun baru bermakna melangkah lagi ke suasana yang baru ( walau hakikatnya suasana tetap sama ). Lembaran cerita pada 2010 menjadi kenangan dan hari-hari mendatang pada 2011 adalah perancangan. Rancangan yang bernas, sistematik akan menghasilkan keputusan yang baik.

IMG_0643[1]          IMG_0360

                                      IMG_0653[1]

Bagaima dengan Cuti Awda? Tentu diisi dengan melancong ke negara luar. Ataupun cuti dalam negeri sahaja dan melawat keindahan dan mengenali negara sendiri dengan lebih dekat lagi. Jika Dulu, bila cuti sekolah, balik kampung adalah perkara utama. Melawat nenek, berjumpa dengan sanak saudara, sepupu dan sebagainya. Itu suasana dulu, sekarang ini ramai yang memilih untuk berkunjung dan melancong. Negara padang pasir, Eropah, Asia, Indochina dan tidak kurang kurang ke Amerika latin. Ini diketahui kerana ada teman-teman sudah membuat perancangan dan menempah tiket penerbangan lebih awal. Mengumpul wang sedari awal tahun. Dan insyallah perkara ini juga akan ku usahakan untuk cuti-cuti yang mendatang. Menabung untuk keperluan keluarga dan sebagainya.

Cuti oh cuti, terasa pendek masa berlalu….

Tahun ini ku harap projeksiku akan membawa hasil. Ku harap semua berjalan lancar. Dan ku harap akan lebih tabah mengharungi semua rintangan. Cuti yang indah dan seronok akan membawa kenangan manis, tidak kurang juga cuti yang menjadi memori buruk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.

Tahun ini keluargaku melancong ke Vietnam. Terasa seronok bersama keluarga walau ada sedikit ganguan kesihatan anak perempuanku. Memberikan mereka pengalaman melihat negara yang sebelum ini tidak mereka terbayangkan. Melihat sendiri betapa giatnya rakyat sana untuk meneruskan hidup. Semoga itu menjadi pendorong mereka mengenal erti kehidupan walau usia mereka masih kecil. Melentur buloh biarlah dari rebung.

Saturday, 1 January 2011

Hari ini 1111 ( Anjakan paradigma )

1 hb Januari 2011 atau 1.1.11 atau 1.1.2011

Awal Tahun yang jatuh pada hari Sabtu. Setentunya banyak acara yang dibuat. Banyak negeri bahkan perseorangan yang melancarkan pesta bunga api atau mercun tanda meraikan awal tahun baru. Tahniah.

Seperti lazimnya setiap tahun baru berbagai persoalan dibentangkan, berbagai perancangan dibuat untuk sepanjang hari-hari yang mendatang pada 2011 ini. Azam baru? perancangan baru? Semoga sahaja akan tercapai seperti yang sudah-sudah. Namun bagiku Selagi azam lama belum tercapai, tentu ada sebab yang menghalangnya. Renung kembali apa yang menghambat pencapaian azam tersebut. Dalam facebook, banyak yang mengungkapkan dan mengucapkan selamat tahun baru, dan aku sendiri tidak ketinggalan melakukannya. Damun dalam banyak-banyak ungkapan ada satu phrasa yang sangat menarik dan memang ku akui sungguh bermakna…..

Taun baru atu nda penting.. Yang penting apa peningkatan yang kitani udah buat.... Taun lapas jadi benchmark, taun ani perancangan, Taun dapan penantuan..inda slasai.. Ulangi lagi... :) slamat maju jaya..

Tahun baru bermakna umur semakin meningkat, dan hitungan tahun ini menjadi ukuran untuk sesuatu, seperti kelamaan dalam sesuatu, masa untuk mendapat habuan dan sebagainya. Namun untuk produktiviti, ayat di atas memang mempunyai ‘value added’. Kualiti, Quantiti, indikator kita. Selagi azam lama belum tercapai, ulangi lagi dan tambahkan value addednya, tambahkan penilaiannya, dan tambahkan perancangannya. Azamku tahun lepas sedikit sebanyak terlaksana, iaitu lebih masa duduk di rumah. Dan antaranya lagi adalah mencuba bidang lain dalam alam pekerjaanku. Dan perkara yang masih dalam azamku adalah untuk menambah ilmu pengetahuan. Namun perkara ini terbantut atas sebab aku sendiri yang tidak memahaminya… ( pihak yang kurang transparent dalam urusan ). Semoga perkara ini nanti akan dapat ku realisasikan.. Amin

Selamat tahun baru, dan selamat menempuh rintangan yang akan dihadapi pada hari-hari 2011 ini, Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang didoakan dan diharapkan.

Persoalanku…Apa guna bertahun baru dan berazam baru jika masih lagi dalam bentuk yang lama. Pemikiran lama, sistem lama tanpa usaha untuk memajukannya, idelogi puluhan tahun yang lalu, tanpa anjakan paradigma. Semoga tahun baru ini akan menyedarkan kepada sesiapa yang masih tidak mahu berubah. HIJRAH di awal tahun Masihi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT DATANG 2011 DAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.

Welcome 2011

Goodbye and Thanx 2010

With warm regards 2009

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, 26 December 2010

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan

Sebelum ini, entri mengenai serangan sakit batu karang telah ku muatkan. Bagaimana ia menyerang dan kesakitan pada waktu itu. Pelbagaikaedah untuk mengubatinya telah ku usahakan. Daripada petua hinggalah berubat secara tradisional. Syukurlah sewaktu ku berada di luar negara, sakit itu tidak menyerang atau memberikan impaknya. Pada 23 Disember yang lalu, perjanjian dengan pakar telah dibuat. Kali ini untuk memastikan perjalanan pada saluran kencing. Kaedah yang digunakan adalah IVU ( IntraVenous Urogram ).

Kaedah ini akan melihat kelancaran tersebut melalui sinaran XRay daripada liquid ( radiopaque contrast dye ) yang akan dimasukkan kedalam badan. Suntikan ke dalam pembuloh darah dan akan mengalir ke saluran kencing serta berkumpul di pundi-pundi kencing. kelancaran aliran inilah yang akan menunjukkan samaada ada batu karang atau tidak yang menggangu serta akan mengakibatkan tersumbat.

                          IMG_0596  IMG_0597

Hasil yang ku perolehi daripada kaedah ini amat mengembirakan. Segala batu karang yang ku alami dulu sudah tidak ada lagi. Aku bersyukur dengan Rahmat serta IhsanNYA. Peralatan yang digunakan dan disediakan di Hospital negara kita menelan belanja yang banyak. Syukur atas limpahan Rezeki yang Allah kurniakan pada negara kita hingga Kerajaan KDYMM mampu memilikinya.

                         IMG_0593  IMG_0594

AlHAMDULILLAH………

Monday, 20 December 2010

Ninh Kiew Hotel 2 : Vietnam

      IMG_0260  IMG_0263

Sunday, 19 December 2010

Percutian Hujung Tahun

Bila melihat dan mendengar kisah lawatanku ke Ho Chi Minh City, Keluargaku pun tertarik hati untuk mengalaminya sendiri. Bulan Disember 2010, kebetulan waktu cuti sekolah, cuti hujung tahun. Kami pun merealisasikan impian tersebut. Vietnam menjadi destinasi pelancongan. Setelah berurusan dengan pemandu pelancong ku di Vietnam, semuanya telah diuruskan dan tinggal untuk harinya sahaja lagi

Semua perjalanan termasuk lawatan dan makan telah ditanggung. Perjalanan diprogram dengan rapi. Lawatan pertama adalah kawasan Mekong Delta. Di sini, perjalanan amat amat menarik, menaikki kereta kuda, sampan dan melawat perkampungan di Ben Tre Island. Seronok. Anak lelakiku amat teruja dan sangat gembira bila berkesempatan menaikki kereta kuda tersebut. Anak perempuanku seronok menaikki sampan kecil. Bagiku ini adalah pengalaman ke dua ku. Memang seronok.

Di hari kedua pula kami dibawa melihat sendiri ‘Mekong Floating Market’. Di sini suasana sangat berbeza, bot-bot sederhana besar akan bersadai dan menjual barangan mereka. Kebanyakkannya datang dari kampong-kampong dan berjaja secara borong. Mungkin harga juga murah-murah. di samping itu kami juga dibawa melawat rumah yang membuat ‘paper rice’ ( nasi ) dan juga membuat mee. Warisan perniagaan tradisi keluarga. Pada malamnya pula kami melihat pertunjukkan ‘Water Puppet Show”. Pertunjukkan ini amat menarik hati ditambah lagi kesan-kesan sampingan, seperti bunyi, hujan, tarian daripada ‘puppet’ itu sendiri. Akhirnya impian keluargaku terlaksana.

Pada hari ketiga adalah hari bagi terakhir. Peluang sehari suntuk telah diprogramkan untuk berbelanja. Supermarket, China Town, Ben Than Market, Saigon Square. Berbelanja dengan harga yang murah dibanding dengan harga di sini.

Jika ada peluang, Insyallah akan menjadi destinasi ku lagi. Perancangan akan dibuat bersama teman-teman photografi.

Cutiku masih ada… Destinasi seterusnya? mungkin ke tempat-tempat yang dekat sahaja dan juga lawatan dalam negeri.

 IMG_0245          IMG_0487    

 IMG_0235          IMG_0380

IMG_0472          IMG_0271

 

IMG_0230IMG_0254 IMG_0312

 

 

 

 

 

 

 

Pic Taken with Iphone..

Thursday, 9 December 2010

Salam Hijrah 1432

Muharram 1432 tiba setelah meninggalkan Zulhijjah 1431H.

Sebelum terlalu lewat ku ingin mengucapkan selamat tahun baru HIJRAH kepada semua Umat Rasulullah S.A.W. Semoga tibanya tahun baru ini lebih membawa makna yang hakiki. HIJRAH sebagaimana yang kita maklumi adalah peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah  SAW. Kita ambil iktibar kenapa berlakunya penghijrahan. Kesannya pada waktu itu dan implikasinya pada zaman sekarang. HIJRAH yang dimanifestasikan sekarang lebih menjurus kepada sikap, pemikiran dan pembangunan. Yang sudah baik, bagus harus dipertahankan dan dipertingkatkan. Untuk membuat perubahan, pembaharuan memang boleh dibuat, namun untuk mengekalkan prestasi yang baik itulah yang sukar. Prestasi dan kemampuan diri hanya diri sendiri yang memahaminya. Terpulang kepada individu untuk memulakan langkah pertama untuk HIJRAH.

Azam yang sering dinyatakan..adakah sudah tercapai atam yang lepas? Biarlah kekal pada azam yang lama asal tercapai dan membuat azam baru sebagai landasan untuk HIJRAH. Azam Masihi sering ditanya jika penghujung dan awal tahun. Azam HIJRAH?

Untuk akhir kalam…selamat menyambut tahun baru HIJRAH ( Maal Hijrah ) dengan azam yang lama dan baru.

Monday, 29 November 2010

Penawar Alami

Entri yang lalu, aku ada menceritakan pengalamanku bila diserang sakit batu karang. Sakitnya memang menyakiti. Beberapa petua ku usahakan, merebus daun Krakatau, minum air perahan epal hijau, air kelapa dan lobak putih. Cuma Lobak putih ini sahaja aku tidak mencubanya. Air rebusan daun Krakatau memang terasa pahit, namun ku minum juga. Baru-baru ini, ku diterangkan ada daun yang boleh menghancurkan batu karang yang ada dalam perut.

Ianya tumbuhan liar dan biasanya ada di kawasan pantai. Maka aku dan teman yang memberitahu aku mengenai daun ini pun memulakan projek mencari daun tersebut. Jika rezeki akan terjumpa, dan jika tidak maka rezeki belum terbuka. Pencarian kami berjaya. Pada mulanya memang sukar untuk mencarinya. Namun dengan kesabaran, akhirnya tercapai. Ku harap penawar dan ubat alami ini akan membawa hasil yang baik. Sekarang pun sakitku sudah tidak menyerang lagi. Namun ku harus berjaga-jaga juga agar ia tidak akan ada lagi. Alhamdulillah sejauh ini ku rasa aman.

pacaramok1    pacaramok2    pacaramok3

Inilah daun yang dimaksudkan. Dipanggil sebagai Daun Pacaramok.

Sekadar untuk kongsian bersama.

Tuesday, 23 November 2010

Serangan waktu tidur

Sedang lena tidur, aku terasa sesuatu yang kurang enak pada tubuhku. Pada awalnya ku biarkan saja, namun lama kelamaan ku rasa semakin menyakitkan pada belakang pinggang hingga ke perut. Kawasan paha juga terasa seperti senggal. Semakin ku tahan semakin itu juga ia menyakitkan. Akhirnya aku bangun dan mengerang kesakitan. Senghaja aku tidak mahu mengejutkan isteri yang sedang tidur. Sangkaanku hanya sakit biasa sahaja. mungkin ‘muscle’ menegang pada perutku. Aku bangun dan bawa duduk, masih juga terasa sakit. Ku bawa berdiri namun terasa badanku lemah dan kaki terasa berat untuk melangkah. Dengan suara ku itu, isteri terbangun dan bertanya kenapa. Aku hanya menjawab sakit pada pinggangku dan perut. beliau menyarankanku untuk ke hospital. Ku rasa tidak perlu kerana sangkaan ku hanya sakit biasa. Ku cuba bertahan. Terasa sukar untuk bernafas. sakit yang ku alami dan menahan kesakitan itu membuatkan nafas terasa pendek.

Sedang menahan kesakitan dengan rasa gundah gulana…akhirnya kesakitan ku rasa beransur reda sedikit. sebelumnya semua posisi badan tidak selesa. berdiri salah, melimpang, bertiarap duduk pun terasa sakit. Dengan Tawakal ku berselawat dan membaca zikir agar reda. Bila beransur sakit hilang, ku bawa tidur semula. Kejadian berlaku dalam jam lebih kurang pukul 1 pagi. Sedang tidurku terasa selesa, kira-kira jam 2 pagi, sakit itu menyerang lagi bahkan lebih sakit sebelumnya. Terasa menyayat dan terasa perut semakin mengencang. Kaki seperti hendak kebas. Pinggang ku rasa seperti hendak beralih kehadapan. Akhirnya aku menyerah dan isteriku pun membawa aku ke hospital bahagian kecemasan. Mujur tidak jauh. Anak-anakku pun ikut sama sebab tiada yang menemani mereka di rumah. Terasa kesihan bila mereka terpaksa bangun dari tidur lena mereka. Isteriku tanpa lengah memandu dengan hati-hati. Nampak riak mukanya yang tenang. Terima kasih keluargaku.

Bila dihospital, aku diperiksa dan diberi suntikan menahan sakit. Bila reda, aku pun pulang dan diarahkan untuk datang semula jam 9 pagi bagi pemeriksaan lanjutan. Hasil ultra sound, ku disahkan mengalami batu karang. Masyallah. Tidak hairan sakitnya sangat menikam. Sebelumnya ku dengar dari keluarga atau rakan-rakan yang pernah mengalaminya. Sekarang aku sendiri diberi peluang untuk mengalaminya sendiri.

Bila mengetahui punca sakit itu, aku pun menghubungi kedua ibubapaku dan bertanya mengenai daun krakatau yang mempunyai keistemewaan untuk menghancurkan dan mampu mengeluarkan batu karang tersebut.

Kita hanya berusaha dan Allah juga yang akan menyampaikannya. Doa, Usaha dan Tawakal adalah senjata kita. Ketika entri ini dibuat,anak perempuanku menyediakan air rebusan daun krakatau yang diberi oleh ibu ku. Semoga akan membawa manfaat. 

Daun Krakatau

Sunday, 14 November 2010

Perjalanan ke HCMC ( Saigon ) –Pt6 : Pencari rezeki

Berada selama 4 hari 3 malam itu ku rasa belum cukup untuk meninjau dan melihat secara dekat suasana dan peri kehidupan mereka. Kita bersyukur bahawa negara kita dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah dari hasil bumi, Minyak dan Gas. Dewasa ini jarang kita melihat orang berjual dibandar-bandar dengan membawa bebanan dagangan mereka. Jualan mereka kebanyakkannya menjual makanan samaada buah-buahan atau untuk makan tengahari atau malam. Namun ada juga mereka menjual barangan selain makanan. IMG_0672

     IMG_0244    IMG_0443     IMG_0469 

      IMG_0695      IMG_0709

     IMG_0697      IMG_9869

     IMG_9775      IMG_9964

     IMG_0696      IMG_9870

     IMG_9872      IMG_9878

     IMG_9894      IMG_9896 

 

                   IMG_9867                   IMG_9866

Ada juga penjual jalanan yang sering ku lihat bila melawat dibeberapa destinasi, seperti buku, poskad, bunga, tisu dan berbagai lagi. Mereka akan mengekori kita sehinggalah kita akan membeli barangan mereka. Perlu diingat bila kita tidak mehu membelinya biarkan sahaja dan tidak perlu dilayan. Namun jika kita menawar harga kemudian tidak meneruskan belian, mereka akan marah. Maka tawarlah serendah-rendahnya jika tidak mahu membeli hingga mereka sendiri akan lari dari kita. Seperkara lagi, sewaktu kami di pasar malam, seorang budak dalam linkungan 5 atau 7 tahun datang menghampiri kami dan menawarkan tisunya, sambil berkata “ Buy me sir, baby at home hungry”..kami sebetulnya kasihan melihat senario ini. Budak lelaki ini menawarkan dan berkata sambil matanya liar melihat tempat lain dan tidak melihat kami. Kami tersenyum dan beranggapan, budak tersebut telah diajar dengan perkataan tersebut. Kisah berlaku juga bila seorang budak dalam lingkungan belasan tahun menawarkan jualannya kepada kami. Kami sebetulnya tidak berminat untuk membeli. Tetapi apabila diekori dan terlalu memaksa untuk kami membeli, maka abangku mempunyai idea yang bernas…tindakannya membuatkan budak belasan tahun itu tidak mahu mengekori kami lagi..Abangku juga menawarkan barangannya untuk dijual pada budak itu…berjaya. perjalanan kami pun selesa selepas itu.

Don’t miss out here..barangan di nite market ini adalah murah-murah dan boleh ditawar-tawar…silalah berkunjung jika ada kesempatan.