Sunday 26 December 2010

Keputusan Pemeriksaan Kesihatan

Sebelum ini, entri mengenai serangan sakit batu karang telah ku muatkan. Bagaimana ia menyerang dan kesakitan pada waktu itu. Pelbagaikaedah untuk mengubatinya telah ku usahakan. Daripada petua hinggalah berubat secara tradisional. Syukurlah sewaktu ku berada di luar negara, sakit itu tidak menyerang atau memberikan impaknya. Pada 23 Disember yang lalu, perjanjian dengan pakar telah dibuat. Kali ini untuk memastikan perjalanan pada saluran kencing. Kaedah yang digunakan adalah IVU ( IntraVenous Urogram ).

Kaedah ini akan melihat kelancaran tersebut melalui sinaran XRay daripada liquid ( radiopaque contrast dye ) yang akan dimasukkan kedalam badan. Suntikan ke dalam pembuloh darah dan akan mengalir ke saluran kencing serta berkumpul di pundi-pundi kencing. kelancaran aliran inilah yang akan menunjukkan samaada ada batu karang atau tidak yang menggangu serta akan mengakibatkan tersumbat.

                          IMG_0596  IMG_0597

Hasil yang ku perolehi daripada kaedah ini amat mengembirakan. Segala batu karang yang ku alami dulu sudah tidak ada lagi. Aku bersyukur dengan Rahmat serta IhsanNYA. Peralatan yang digunakan dan disediakan di Hospital negara kita menelan belanja yang banyak. Syukur atas limpahan Rezeki yang Allah kurniakan pada negara kita hingga Kerajaan KDYMM mampu memilikinya.

                         IMG_0593  IMG_0594

AlHAMDULILLAH………

No comments:

Post a Comment