Tuesday 23 November 2010

Serangan waktu tidur

Sedang lena tidur, aku terasa sesuatu yang kurang enak pada tubuhku. Pada awalnya ku biarkan saja, namun lama kelamaan ku rasa semakin menyakitkan pada belakang pinggang hingga ke perut. Kawasan paha juga terasa seperti senggal. Semakin ku tahan semakin itu juga ia menyakitkan. Akhirnya aku bangun dan mengerang kesakitan. Senghaja aku tidak mahu mengejutkan isteri yang sedang tidur. Sangkaanku hanya sakit biasa sahaja. mungkin ‘muscle’ menegang pada perutku. Aku bangun dan bawa duduk, masih juga terasa sakit. Ku bawa berdiri namun terasa badanku lemah dan kaki terasa berat untuk melangkah. Dengan suara ku itu, isteri terbangun dan bertanya kenapa. Aku hanya menjawab sakit pada pinggangku dan perut. beliau menyarankanku untuk ke hospital. Ku rasa tidak perlu kerana sangkaan ku hanya sakit biasa. Ku cuba bertahan. Terasa sukar untuk bernafas. sakit yang ku alami dan menahan kesakitan itu membuatkan nafas terasa pendek.

Sedang menahan kesakitan dengan rasa gundah gulana…akhirnya kesakitan ku rasa beransur reda sedikit. sebelumnya semua posisi badan tidak selesa. berdiri salah, melimpang, bertiarap duduk pun terasa sakit. Dengan Tawakal ku berselawat dan membaca zikir agar reda. Bila beransur sakit hilang, ku bawa tidur semula. Kejadian berlaku dalam jam lebih kurang pukul 1 pagi. Sedang tidurku terasa selesa, kira-kira jam 2 pagi, sakit itu menyerang lagi bahkan lebih sakit sebelumnya. Terasa menyayat dan terasa perut semakin mengencang. Kaki seperti hendak kebas. Pinggang ku rasa seperti hendak beralih kehadapan. Akhirnya aku menyerah dan isteriku pun membawa aku ke hospital bahagian kecemasan. Mujur tidak jauh. Anak-anakku pun ikut sama sebab tiada yang menemani mereka di rumah. Terasa kesihan bila mereka terpaksa bangun dari tidur lena mereka. Isteriku tanpa lengah memandu dengan hati-hati. Nampak riak mukanya yang tenang. Terima kasih keluargaku.

Bila dihospital, aku diperiksa dan diberi suntikan menahan sakit. Bila reda, aku pun pulang dan diarahkan untuk datang semula jam 9 pagi bagi pemeriksaan lanjutan. Hasil ultra sound, ku disahkan mengalami batu karang. Masyallah. Tidak hairan sakitnya sangat menikam. Sebelumnya ku dengar dari keluarga atau rakan-rakan yang pernah mengalaminya. Sekarang aku sendiri diberi peluang untuk mengalaminya sendiri.

Bila mengetahui punca sakit itu, aku pun menghubungi kedua ibubapaku dan bertanya mengenai daun krakatau yang mempunyai keistemewaan untuk menghancurkan dan mampu mengeluarkan batu karang tersebut.

Kita hanya berusaha dan Allah juga yang akan menyampaikannya. Doa, Usaha dan Tawakal adalah senjata kita. Ketika entri ini dibuat,anak perempuanku menyediakan air rebusan daun krakatau yang diberi oleh ibu ku. Semoga akan membawa manfaat. 

Daun Krakatau

No comments:

Post a Comment