Sunday 7 June 2009

Sukan RIa


Hari ini 7/6/09, Sekolah Nusa Jaya Tutong, telah mengadakan sukan ria kali yang ke 4. Saingan hanyalah dua cawangan sekolah ini sahaja iaitu cawangan Penanjong dan Keriam. Tetamu kehormat adalah Pehin Dato Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih bin Abdullah. Pelbagai perlawanan sukan telah diadakan dengan melibatkan kerjasama antara ibubapa penjaga murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Acara ini diadakan 2 tahun sekali.


Selaku institusi pendidikan, perlu ada penerapan pendidikan dari segi psikomotor(kemahiran/bakat) dan bukan hanya menitik beratkan pada aspek kognitif(penggunaan minda) sahaja. Dan melalui sukan ria ini juga, dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial,kreativiti,fizikal,bahasa(kemahiran mendengar arahan), Rohani(kesabaran dan daya saing)dan mental para murid. Para ibu bapa penjaga juga mendapat manfaat daripada acara sebegini seperti akan bertambah akrab antara pihak sekolah serta ibubapa penjaga yang lainnya. Kerjasama adalah penting dalam mengendalikan satu-satu acara. seperti ungkapan 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'
Tahniah atas usaha ini.

No comments:

Post a Comment