Monday 29 June 2009

Saringan silat @ Tutong

Pertandingan silat Sempena Hari Keputeraan KDYMM akan berlansung lagi pada tahun ini. Setiap Daerah sedang mengusahakan untuk menghantar wakil. Jalan untuk menuju ke peringkat kebangsaan memang bukan jalan yang mudah, harus menghadapi saingan di tempat masing-masing. Hanya si juara yang akan membawa nama daerah.
Kecekalan, keberanian, kepantasan, kemahiran dan cepat akal sangat diperlukan dalam acara tanding silat olahraga ini. Manakala seni pula harus menerapkankan ciri-ciri langkah silat yang halus, sopan dan teratur. Setiap langkah adalah matlamat. Matlamat adalah kejayaan dan kejayaan adalah kecemerlangan. Semua mahukan kemenangan, cuma tinggal usaha kita lagi. Faktor kesihatan juga mesti dititik beratkan. jangan sampai acara sukan menjadi gelanggang menurut nafsu, mlampiaskan dendam dan kemarahan. biarlah sukan menjadi acara sukan..sukan dengan manjaga etika dan semangat kesukanan.
Selamat bertanding dan selamat maju jaya. Dan selamat mencipta sejarah diri sendiri dengan kemenangan. Menang dengan jaya. Gagal dengan bermaruah..
Derap langkah disusun, tangan dihayun gagah, fikiran dibayangi hormat..mengilap kursani serampang cahaya, mengangkat seni warisan budaya.

No comments:

Post a Comment