Sunday 21 June 2009

Karnival RTB

Minggu lepas (14 Jun 2009) bertempat Petani Mall Tutong, Karnival RTB telah diadakan. Bermacam-macam aktviti telah diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. rakaman untuk rancangan RTB juga diadakan jadi pengunjung juga berkesempatan menyaksikan proses rakaman bagi rancangan RTB (seperti untuk sekmen Hari Raya). Selain itu, pengunjung juga dapat mengikuti kuiz dengan mendapat hadiah yang disediakan. Gerai-gerai produk tempatan juga mengambil bahagian di karnival ini. Bagi memeriahkan program ini aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Permainan seperti Stand a Bottle, Dart Ballon, Tic tac dan sebagainya.

Disamping program tersebut, adakah kita sudah tergambar tentang kesusahan dan cabaran untuk menyiarkan rancangan di TV kita? Dan adakah kita merasa berpuashati dengan rancangan yang disediakan? Apa pun juga tidak semua kerja itu mudah dan begitu juga sebaliknya. Kita selaku penonton d negara sendiri, hendaknya lah memberikan sokongan dan yang diberi sokongan berusahalah untuk memberikan yang terbaik. Semoga Maju jaya dan akan lebih menambat hati para penonton.

Rancangan Tv memang memberikan kesan kepada para penonton, samaada ia membawakan kesan yang positif dan juga sebaliknya. Selaku orang dewasa, kitalah yang memainkan peranan untuk memantau apa yang ditonton. Baik buruknya kita yang menilai. Cara Pemikiran dan pandangan serta menilai tidak sama. Ada yang baik boleh menjadi kesan yang buruk dan yang yang berunsurkan perkara negatif ( seperti rancangan drama yang mengambarkan perbuatan jahat) boleh memberikan kesan yang baik.

Belon yang tidak pecah..wah amazing haha...



Antara Artis Brunei yang memeriahkan Karnival

No comments:

Post a Comment