Thursday 4 June 2009

Seni Melayu Tradisi


Silat..Seni mempertahankan diri orang-orang Melayu..Banyak nilai budaya dan gaya hidup yang terdapat didalamnya..Tapi sejauh manakah kita memahami konsep dan falsafah silat yang kita tahu. Ada yang berkata, Silat tidak lagi relavan dengan arus kehidupan sekarang..cukup dengan senjata canggih untuk mempertahankan diri..cuma bagi kawasan mana dan negeri mana yang boleh membawa senjata dan digunakan untuk mempertahankan diri.Adakah undang-undang yang membolehkan kita membunuh? inilah persoalan yang sering timbul. Silat sesuatu yang membosankan sebab tidak praktikal dan tidak seperti street fighting..dalam perkara ini, yang perlu difahami adalah tapak atau langkah yang ada pada silat tersebut..soal tidak praktikal ini,tidak sepatutnya timbul sebab dalam silat ada permainannya yang boleh kita katakan sebagai pukulan 'fatal', 'counter attack' dan sebagainya..hanya yang memahami sahaja mengetahui. lebih menghairankan..sekarang ini silat sudah mendunia..bangsa Eropah telah melihat silat sebagai suatu aliran mempertahankan diri yang unik dan praktikal, jika tidak mengapa silat dipelajari disana dan boleh diterimapakai? Mengapa kita selaku yang empunya seni/tradisi boleh menepikan hal ini bahkan tidak/kurang menyokong. Seperkara lagi tangapan tentang beladiri pula..sekarang ini semakin banyak aliran yang tumbuh..lihat sahaja pada Youtube..banyak aliran yang divideokan. Lebih menyedihkan adalah mindset yang kabur tentang silat..dilarang untuk mempelajarinya kerana takut anak-anak bergaduh. Hal ini bukan dari silat tetapi daripada asuhan sendiri, tanpa belajar silat pun boleh berguduh juga kan? Mengapa silat dipinggirkan tetapi budaya seni lain diagungkan. Biar fair n square.apa halnya jika tiada senjata canggih pada diri tetapi berada di situasi yang terdesak( dikepunng), adakah kita berharap pemukul akan simpati kerana tiada senjata? ataupun adakah waktu ini kita merasa perlunya ilmu mempertahankan diri? fahami dulu baru beri pandapat..nah mengapa pula kita mengatakan silat tidak relavan? Tepuk dada tanya selera..Hal ini hanya sebagai pandanganku sahaja. Dan segelintir sahaja yang kontra tentang seni silat.


MENGILAP KURSANI SERAMPANG CAHAYA,MENGANGKAT SENI BUDAYA BANGSA

Pesilat dari PSPS Gerak41 dan mambawa resmi padi & piasau (kelapa)

No comments:

Post a Comment