Sunday 21 June 2009

Pesta Sukan Remaja


Kemarin ku menerima pangilan untuk majlis Penutupan Acara Pesta Sukan Remaja 2009.
Setelah menyelesaikan semua kerja, aku pun menghadirkan diri. Ini kerana telah terlantik menjadi AJK Teknikal dalam acara Silat. Cuma tidak dapat menghadirkan diri sepenuhnya sewaktu pertandingan dijalankan atas sebab tugas yang sedia ada. Minta Maaf aaa...
Tahniah kepada yang berjaya dan menjuarai acara dalam sukan masing-masing. Semoga pengalaman mengikuti pesta Sukan Remaja ini menjadi 'bench mark' untuk kejayaan yang akan datang. Secara keseluruhannya Daerah Brunei Muara menjurai kutipan pingat. Olahragawati di sandang oleh Daerah Tutong dan mendapat $500.00 disamping hadiah lain. Wah ada harapan makan besar ni..
Bersukan memang baik cuma jangan sampai mencederakan diri. Bila dah cedera, sendiri yang susah. Pergerakan terbatas...Syukurlah dengan apa yang diterima walaupun memang terasa sakit. Apa boleh buat udah nasib.

Pesta Sukan Remaja kali ke 4 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan dikelolakan oleh Persatuan-persatuan Sukan Negara Brunei Darussalam. Pesta bermula pada 14 hingga 20 Jun 2009. Sekali lagi ku ucapkan tahniah kepada penganjur dan pengelola atas kejayaan pesta ini. Dan tahniah juga kepada pemenang dan biarlah kemenangan dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk lebih baik lagi. Manakala yang tidak menang, jangan putus asa. Kekalahan tidak membawa erti jika masih ada semangat untuk berusaha. Bahkan sebagai langkah untuk bergerak maju lagi di masa akan datang.

Kejayaan yang dicapai waktu ini adalah merupakan kegagalan. ini kerana keputusan yang terima dan pencapaian yang dibuat adalah yang baik bahkan yang terbaik itulah yang hendak dicapai. Sebagai contoh..catatan larian 100 meter yang diperolehi adalah 30-35 saat. Tapi ada yang lebih pantas dari masa itu. seperti lompat jauh juga, jarak yang dicapai itulah sahaja yang diperolehi tetapi ada lagi pencapaian yang hendak dicipta. terpulanglah kepada diri sendiri untuk menafsirkan erti pencapaian dan kejayaan. Yang baik tidak semestinya yang terbaik. yang buruk tidak semestinya yang terburuk. Boleh fahamkan? :)

No comments:

Post a Comment