Thursday 25 June 2009

Homeland holiday


Jerudong Park..berapa lama awda tidak berkunjung ke tempat ini? Baru-baru ini ku membawa famili untuk berkunjung ke Jerudong Park sempena cuti sekolah. Sudah lama tidak berkunjung ke JP, rupanya ada pembaharuan..ada persembahan belon air..terhibur juga menonton persembahan mereka. Anak-anak seperti tidak lepas mata melihat sambil ketawa melihat gelagat yang lucu.
Cuti sekolah adalah masa yang dinanti untuk bersama-sama keluarga. Berhibur dan bercuti di dalam negeri sendiri tidak kurang juga meriahnya. Sekurang-kurangnya ku dedahkan pada anak-anakku tentang negara sendiri. Merasa takut juga untuk keluar negeri memandangkan wabak yang melanda sekarang H1N1..bahaya..jadinya bercuti sajalah di tempat sendiri...
Membawa mereka bersiar-siar membuatkan hati tenang dan terhibur. Melihat tawa senyum famili boleh menghilangkan beban kerja buat seketika..istilahnya mengubat hati...laungan Kenali Negara Kita perlu diberi sokongan kerana belum semua kita tahu tentang negara sendiri. Apapun juga terserah kepada kita bagaimana untuk mendekati memahami dan mmencintai khazanah negara kita. Orang Eropah melancong untuk melihat negara lain manakala kita meloncong untuk? shoping..betul ka statement ani..

No comments:

Post a Comment