Sunday 24 May 2009

Famili Gathering



Kanyang..kanyang. Semalam makan besar lagi. kali ini di restoran Millenium, Beribi. Seluruh keluarga hadir. Sebetulnya majlis ini diorganise oleh Abangku dengan agendanya tersendiri. Sebagaimana difahamkan malam tadi, beliau akan bersara dalam sedikit masa lagi. Walau apapun, ku doakan agar senantiasa dalam naungan dan keberkatan Illahi dalam apa juga bidang yang akan diceburi. Sekarang beliau berjinak-jinak dengan perniagaan. Bidang Information Technology (IT). Tahap permulaan memang payah Bro, tapi selagi ada usaha dan Redha Allah, Kita akan berjaya. Namun jangan sesekali kita lupa, PadaNYA juga kita meminta dan bermohon. Fahami tia konsep Bekarih Bejarih Belurih ani.
Ada pepatah yang ku dengar bila berbual dengan temanku.."payah berurusan dengan manusia ani, banyak karenah dan alasan, sanang lagi berurusan dengan Allah". Ku rasa ada kebenarannya..sama-sama lah kita memahami perkataan tersebut sebagai pemangkin kepada kejayaan kitani. Dua patah perkataan yang menjanjikan sesuatu kejayaan ialah kerja keras..Wow boleh tahan harganya..terima kasih kerana belanja dan semoga murah rezeki untuk belanja lagi nanti ehe..Amin..

No comments:

Post a Comment