Friday 18 February 2011

Selawat & Salam

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Songkok MSOAS

Maulidur Rasul, Hari bagi mengingati kelahiran Baginda, menghayati peri kehidupan yang Baginda lalui hingga menjadi pemimpin Umah. Contoh teladan yang ditunjukkan dan diamalkan oleh Baginda menjadi asas kepada membentuk keperibadian Baginda sesuai dengan Akhaq Islami hakiki. Ramai yang mengatakan cinta Rasulullah tetapi sejauh mana dan sedalam mana cinta tersebut. Secara peribadi saya sendiri masih lagi cuba untuk menteladani Sikap dan Akhlaq Baginda. Akhlaq Baginda adalah Akhlaq Al-Quran ( Sila rujuk lagi kepada yang pakar mengenainya). Cukup ku katakan perkara tersebut. dan penghuraian dan kupasannya memang banyak di buku-buku ataupun ceramah-ceramah tentang Baginda dan hubungkaitnya dengan Al-Quran ini.

Sambutan Maulidur Rasul di raikan pada setiap 12 Rabiulawal. Seluruh dunia meraikannya dengan cara masing-masing. DI negara kita akan bermula dikir di masjid-masjid mulai 1 hb Rabibulawal ini. bertitik tolak pada tahun Gajah di zaman Jahiliah inilah kelahiran Baginda. Majlis dikir tersebut berlansung selama 12 malam berturut-turut dan kemuncaknya adalah perarakan besar dan melaungkan selawat ke atas Baginda. Tidak perlu ku nyatakan disini  kelebihan dan keutamaan Selawat. Terlalu banyak yang kita perolehi. Diantaranya adalah sebagai syafaat/bantuan kepada kita sendiri di hari perhitungan, Sebagai penenang jiwa ketika gelisah, sebagai penawar dan sebagainya. Cerita-cerita kelebihan selawat juga banyak dibukukan dan dijadikan cerita tauladan dan pengajaran.

Ku rasa tidak perlu ku huraikan lebih panjang lagi mengenai Sirah Rasulullah, kelebihan selawat, Perarakan Maulud ( yang memang ulama’ berselisih pendapat mengenainya- ada yang setuju dan ada yang tidak, terpulang pada hujah dan niat masing-masing).

Untuk menghayati lagi Sirah Baginda, ku nukilkan beberapa persoalan yang berhubungkait dengan Baginda agar Iman dan kasih kita kepada baginda semakin mendalam:

1. Mengapakah Baginda di lahirkan di Kota Mekkah, dan bukan di negeri lain?

2. Mengapa baginda dilahirkan dalam keadaan hidup yang susah ( bukan kaya raya )?

3. Kenapa Baginda dilahirkan dengan keadaan yatim ( Ayahandanya meninggal ketika dilahirkan) ?

4. Kenapa Baginda di dalam keadaa yang Ummi ( buta huruf )?

5. Kenapa baginda dianugerahkan dengan Mukjizat Al-Quran dan tidak seperti para Rasul dan Nabi-nabi yang terdahulu?

Cukuplah dahulu soalan-soalan tersebut, semoga persoalan tersebut boleh menambahkan iman dan kasih kita kepada Baginda. Andai ada jawapan Awda, silalah buatkan pada ruangan komen. Semoga Allah memberkati kita semua..Amin

No comments:

Post a Comment