Friday 28 August 2009

Semarak Ramadhan







Ramadhan Al-Karim..bulan yang suci, bulan mulia dan bulan rahmat. Bulan yang didalamnya terdapat malam yang agung..Lailatul Qadar. Kalam Allah juga diturunkan pada bulan ini 'Nuzul -Al-Quran'.
Seperti lazimnya, apabila tiba bulan Ramadhan masjid-masjid akan lebih meriah dan jemaah datang untuk menunaikan solat Terawih dan begitu juga membaca Ayat-ayat suci Al-Quran. Perkara ini tidak hanya tertumpu pada individu bahkan Kementerian kerajaan, persatuan pertubuhan juga tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk mengunjungi masjid-masjid. Bagi Kementeria pula, majlis sering dilaksanakan dan seterusnya menyampaikan wakaf kepada masjid-masjid yang tertentu. Inilah budaya yang diamalkan di Negara kita. Selaku Umat Islam, kita sepatutnya bersyukur akan nikmat yang dianugerahkan kepada negara kita. Sebab kita mengamalkan suruhan agama secara terbuka dan tiada ketakutan.
Bulan Ramadhan lebih sinonim dikatakan dengan bulan tiada makan dan minum disiang hari( berpuasa). Kanak-kanak mengetahui asas sebegitu. dan semakin dewasa mereka akan lebih mengerti apakan yang dimaksudkan dengan berpuasa, hikmah dan tujuan kita berpuasa. Namun Tipikal orang kitani kadang-kadang keliru dengan istilah puasa. Hanya tidak makan dan minum hingga waktu maghrib, bahkan ada penyakit yang datang setahun sekali - gastrik.
Ramadhan peluang untuk makan diluar, berbelanja lebih sikit dari biasa, makan makanan yang lazat-lazat sesuai keinginan atau 'liur orang berpuasa'. Berlebihan ini yang dilarangan dalam agama kita. Jangan dicemari bulan puasa dengan perkara yang tidak diingini. Dan janganlah menimbulkan pertanyaan kepada non-muslim hingga keliru dengan puasa ini. Makan dan minum tidak boleh tetapi maksiat tetap berlaku. Puasa Umat Islam berbeza dengan puasa yang diamalkan oleh agama lain..'Mereka tidak makan dan minum seharian' tetapi kita diperbolehkan untuk bersungkai apabila waktu Maghrib.
Ramadhan..Zakat, Tedarus, Terawih, ziarah pusara, bertahlil diantara yang lazim diamalkan. 11 rakaat Terawih yang dilakukan adalah lebih afdal dilakukan dibanding 23rakaat yang dilakukan dengan terburu-buru. Berpada-pada membaca Al-Quran. Membaca dengan laju dengan hasrat khatam awal sebaiknya dielakkan. Sebaiknya membaca dengan khusyuk dan menjaga nahu serta sarafnya adalah lebih dituntut.
Jadikanlah Ramadhan ini bulan memperbanyakkan amal ibadah. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan Ramadhan dan mensyukurinya kerana diberi peluang untuk bertemu Bulan Suci ini.

No comments:

Post a Comment