Tuesday 2 November 2010

Buku Cu Chi Tunnel

Book of cuchi

Buku yang ku beli dengan harga usd$ 2.50 = Vnd $50,000.00 Dong

‘ The Tunnel….look like rat holes leading straight down to hell.”  -  Wall Street Journal

“ A Remarkable book.”   -   Washington Post

“ A gripping tale…highly recommended.”   -   Philadelphia Inquirer

“ Chilling…what war really was and how it was fought.”   -    New York Times

Itu adalah beberapa komen mengenai buku ini. THE TUNNELS OF CUCHI, a harrowing account of America’s “Tunnel Rats” in the underground battlefields of Vietnam. Buku yang dihasilkan oleh Tom Mangold dan John Penycate

Buku yang menceritakan pengalaman daripada kedua belah pihak iaitu tentera Vietnam ( Viet Cong) dan tentera Amerika sewaktu Perang Vietnam 1965-1973. Mengambarkan betapa sengsaranya peperangan yang mereka alami dan lalui. Saat-saat getir bila menyabung nyawa demi mempertahankan tanah air dan berjuang demi menurut perintah. Kita pernah melihat cerita-cerita perang yang di filemkan seperti suatu ketika dahulu “ Tour of Duty” atau siri ‘Combat Killers’ dan sebagainya. Kita sendiri ngeri bila melihat mayat-mayat korban perang yang terkena peluru atau bom. Badan hancur, tangan kaki putus, darah mengalir, tangisan ketakutan, ketawa gembira bila selamat dari serangan namun hanya sementara. Itu yang kita lihat melalui lakonan. Bagaimana pula halnya dalam situasi yang sebenar. Pepatah kita ada menyatakan, “menang jadi arang , alah jadi abu.” Itulah hakikat peperangan. Menang pun juga, tetap akan mengalami kerugian.

Buku ini juga memuatkan strategi yang digunakan, taktik yang dipakai untuk memenangi satu-satu keadaan. memburu dan diburu. membunuh atau dibunuh. Cu Chi Tunnel adalah lambang keazaman dan ketahanan serta kepintaran tentera Vietnam. Bayangkan kehidupan mereka berada di dalam lubang tersebut. Tanah yang digali dan dijadikan kubu dan pusat strategik mereka untuk menentang tentera Amerika waktu itu. Bilik mensyuarat, tempat makan, bilik logistik, tempat tidur semuanya didalam tanah. Mereka telah menciptakan satu ideologi yang ku kira sangat unik dan penuh sistematik. Bahkan untuk mengelabui musuh juga sangat teratur dan boleh membawa maut jika jerangkap samar yang mereka buat kurang diambil perhatian. Jangan heran jika dalam lubang itu sendiri ada jerangkap samarnya. Itu belum lagi jika dia atas tanah. Berbagai jenis jerangkap samar yang mereka cipta dan setentunya menjanjikan kepada sekurang-kurangnya memberikan kecederaan teruk ataupun boleh mengakibatkan kematian. Taktik gerilla yang digunakan oleh tentera Viet Cong ini sangat mengujakan dan membuatkan tentera musuh berfikir panjang.

Sekarang ini aku berusaha untuk menghabiskan bacaanku sambil membayangkan situasi yang berlaku pada waktu itu berdasarkan cerita filem yang ku tonton dan pengalamanku sendiri memasuki terowong tersebut. Terus terang ku katakan, aku tidak tahan dengan suhu dan keadaan dalam terowong tersebut. Gelap, panas dan sempit bagiku. Namun bersyukur kerana dapat merasai sendiri bagaimana bentuk, keadaan dan rupa terowong tersebut. Kesan yang ku perolehi sangat jelas. Itulah bayaran yang harus dibuat bila berlaku pertempuran atau peperangan. Sangat menyedihkan. Bentuk tubuh badan yang kecil sangat selesa jika memasukinya. Dan oleh sebab itu juga tentera-tentera Amerika mengalami kesukaran untuk memburu tentera yang bersaiz kecil ini. Dipermukaan tanah juga ada lubang-lubang rahsia dan bagi kegunaan tentera Virtnam ini untuk bersembunyi dan menghubungkan dengan markas mereka. Jika dibom pun lubang tersebut dan digali untuk dibesarkan, belum tentu dapat menuju markas sebenar. ini kerana lorong-lorang tersebut mempunyai laluan yang banyak lencongan dan jerangkap samar.

lain entri lagi akan ku kongsikan mengenai CuChi Tunnel ini. Buku yang mempunyai 278 muka surat. Diterbitkan oleh Berkley Books, New York. setentunya menghidangkan cerita-cerita yang menarik berdadarkan cerita dari empunya badan yang terlibat sewaktu perang vietnam itu. Jika awda berpeluang untuk membacanya, ia akan memberikan impak pada diri sendiri.

Berikut beberapa komen mengenai buku ini,

“A striking viewpoint of a neglected but crucial aspect of the war…full of humanity…a wonderfully rounded history.'”Publishers weekly

“ Intriguing.”   -   New York Post

“An important contribution to the literature on the Vietnam War…an axciting story…required reading for anyone who wants to understand the American experience in Vietnam.”   -   Kirkus Reviews

“A claustrophobic but fasinating tale of a little-known campaign of Vietnam War…This book is fraught with moment of both sides, the individual stories convey fear and suspense.”   -   Wall Street Journal

“Comprehensive, readable, and consistenly absorbing…a fascinating full-scale profile.”   -  Booklist

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CuChi Tunnel juga sering disebut atau dikenali sebagai Tunner rats bagi tentera Amerika.

p/s: Entri akan datang akan diselitkan rupa, bentuk dan keadaan terowong tersebut.

No comments:

Post a Comment