Sunday 11 July 2010

Nusa Jaya School – Walkaton Kesihatan

IMG_4283

Anjuran bersama guru-guru sekolah dan Ibubapa murid ( Persatuan IbuBapa Guru - PIBG )

IMG_4275 Tetamu Kehormat :

Cg Kani bin Abdullah Ulang

Jabatan Sekolah-sekolah,Daerah TutongIMG_4260IMG_4307IMG_4320IMG_4328IMG_4335IMG_4355IMG_4360IMG_4386IMG_4408Hakikatnya hubungan mesra dan harmoni antara guru-guru ( pihak sekolah) dan ibubapa murid hendaklah wujud bagi mengekalkan tahap pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Disamping itu, ia boleh menjadi landasan untuk perbincangan kearah kecemerlangan yang kita harapkan. Aktiviti yang bercorak ‘win-win situation” antara kedua pihak hendaklah diteruskan. Signifikannya amat ketara dari pelbagai sudut jika dibanding hanya untuk kepentingan peribadi.

Sekolah adalah rumah kedua bagi kita, masa yang diperuntukkan dalam setengah sehari tersebut walau singkat tetapi memberikan impak yang sangat mendalam. Kesan negatif atau positif amat menentukan masa hadapan. Jadikan sekolah tempat yang indah , dan masa yang berharga. Apa peranan kita kearah tersebut? Belajar memang susah dan mungkin membosankan…tetapi jika wujud keadaan yang kondusif untuk menimba ilmu, insyallah akan lebih mendorong untuk belajar. Aktiviti luar kelas pemangkin kepada pertumbuhan psikomotor dan kognitif kita.

No comments:

Post a Comment