Monday 26 July 2010

Batu

stone

Entri kali ini berkisar tentang BATU. Bermacam-macam ungkapan dikaitkan dengan batu, dalam pepatah, pantun, sindiran ataupun perumpamaan.

Jika merujuk kepada sikap manusia akan terdengarlah ‘kepala batu, hati batu, dan sebagainya’. Bila melihat pada perbuatan pula, ‘batu api’ akan terlintas di minda. Kesemua perkara di atas merupakan sikap yang secara ironi sesuatu yang negatif. Tetapi pada saat-saat/keadaan tertentu ia akan menjadi perkara yang baik umpamanya perpegang teguh pada pendirian dan tidak terpengaruh pada unsur lain hingga dikata hati batu. Tetapi menjadi ‘batu api’ ini sebaiknya dielakkan kerana dengan lidah yang mengeluarkan kata-kata boleh membunuh jiwa seseorang. lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Awas jangan sampai termasuk ke dalam golongan ini. Fitnah adalah sinonim dengan batu api ini. Dan fitnah juga mempunyai potensi dosa yang besar.

Hal ini ku nukilkan juga melalui pengalaman sendiri bila menegur seseorang. Diberi nasihat, diberi tunjuk ajar, diberi teguran, ditunjukkan tauladan, diceritakan kisah agama, namun umpama menjirus air ke daun keladi, atau air embun di pagi hari, bila datang panas akan hilanglah ia. Perkara ini tidak kiralah dimana sahaja, pasti akan berlaku. Di sekolah ataupun di tempat kerja bahkan sewaktu bersosial. Guru kepada murid, ketua kepada orang bawahan, ibubapa kepada anak, antara sesama keluarga, rakan dan sebagainya. Mudahan kita termasuk orang-orang yang bijak dan mahu menerima teguran. ( teguran biarlah yang membina dan bukan meruntuhkan). Yang pastinya orang yang memberi nasihat atau teguran mempunyai pengetahuan perkara yang diungkapkannya, jadinya dengarlah dan fikirkanlah.

Ada perumpamaan dari orang tua-tua dan merupakan bentuk soalan. Untung sabut timbul dan untung batu tenggelam. lebih baik sabut sebab ia timbul. Tetapi dalam konteks perhubungan, manakan yang lebih baik? Sabut atau batu? Sabut yang akan hanyut atau batu yang akan bertahan dalam air? terpulang awda membuat tafsiran sendiri.

 

Yeah lets Rock ( yeah mari membatu…hehe )

stone2

No comments:

Post a Comment