Sunday 6 September 2009

Pusara Di Bulan Ramadhan




Kelaziman dan tradisi ziarah pusara akan terasa apabila tiba bulan Ramadhan. Para ahli keluarga, waris,saudara bahkan sahabat akan berkunjung ke pusara bagi menghormati penghuninya. Membacakan surah Yassin dan bertahlil bertujuan amalan tersebut akan sampai kepada yang dtujukan. Berharap penghuninya akan mendapat ganjaran dan sentiasa dicucuri rahmat. Inilah yang sangat-sangat diharapkan. Bagi Yang sudah tiada (Jenazah),amalan akan putus melainkan 3 perkara iaitu amal kebajikan termasuklah sedekah yang ikhlas, Ilmu yang diajarkan dan dimanfaatkan ( berpanjangan) dan terakhir sekali adalah doa anak yang Soleh yang sentiasa mendoakan kebajikkan dan kebaikkan. Perkara inilah yang akan membantu kita apabila berasa di alam barzakh. Persoalannya..apakah kita akan mendapatnya bila tiba waktu kita?
Begitu juga dalam firman Allah yang lain bermaksud: Setiap makhluk yang ada (di muka bumi ini) pastilah akan binasa dan kekallah zat Tuhanmu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah al-Rahman ayat 26-27).
Terdapat pengajaran yang dapat kita perolehi diantaranya, menimbulkan keinsafan, ukhwah sesama islam yang ziarah, ikhsan kepada penghuni pusara.
Semoga Semua penghuni pusara akan mendapat rahmat di sisi Allah..amin..Kemaafan dan keampunan yang dimunajatkan kepada Mu Ya Rabbi Rabbul Izzati

No comments:

Post a Comment