Saturday 5 September 2009

B.G.S.09


Brunei Grand Sale..
Banyak genung-genung perniagaan yang sedang mempromsikan barang jualan mereka. Di radio, di kaca televisyen bahkan juga melalui pesanan ringkas (SMS). Hingga ada yang menawarkan 30%, 50% dan bahkan 70% diskaun. Bagiku perkara ini adalah baik dan memberikan peluang kepada pelanggan untuk berbelanja dan membeli belah di negara sendiri. Peluang ini juga ku ambil untuk berbelanja bagi keluarga dan diri sendiri. Cuma haruslah ukur sendiri kwengan kita. jangan lebih dari apa yang sepatutnya. Dalam istilah kitani orang Brunei 'ubaya-ubaya'.
Cuma ada suatu kesalan yang aku sendiri perhatikan..ada harga yang hanya kurang sidikit dari harga asal.Jika dilihat dari istilah 'grand' memang harga akan turun jauh. Tetapi fenomena yang ada ( pandangan sendiri) harga akan dinaikkan dari asal sebelum BGS dan ditawarkan harga rendah ( harga asal) bila BGS. Renungkanlah. Ini cuma andaianku dan pemerhatianku sahaja. Perkara ini sepatutnya ada pemantauan yang lebih jitu. Jadi kita selaku pengguna haruslah bijak menggunakan wang kita.
Apapun aku setuju sangat BGS ini sentiasa dibuat bagi kesenangan rakyat/pembeli.

No comments:

Post a Comment