Monday 14 September 2009

Jalan-jalan di Gerai Ramadhan@SNHB






Ramadhan akan berlalu, Syawal akan menjelma..namun gerai Ramadhan masih tetap dikunjungi. Makanan dan minuman bahkan makanan tradisi banyak dijual di mana-mana gerai Ramadhan. Fenomena ini sudah lazim di negara kitani bahkan di negara jiran. Waktu inilah para peniaga berusaha untuk menaikkan tahap ekonomi masing-masing. Bahkan para pemilik restoran juga tidak ketinggalah untuk mencari pendapatan, maklumlah restoran diwaktu ini jarang dikunjungi.
Di gerai ini juga dapat kita pelajari sesuatu mengenainya. Kita berbelanja sekadar keperluan dan jangan menurut nafsu. Bila pulang ke rumah apa yang dibeli tidak habis dimakan dan dibuang. Amalan membazir inilah yang perlu kita kawal. Memang banyak makanan yang sedap-sedap dilihat. Para peniaga juga cuba mempromosikan jualan mereka dan cuba menarik minat kita untuk membeli. Tiada hasutan dari musuh tradisi kita( Para iblis & Syaitan dikurung untuk sebulan) tetapi yang ada adalah NAFSU kitani sendiri.
Semangat para peniaga perlu diteladani, usaha gigih mereka menyediakan yang terbaik untuk pelanggan dan penat lelah mereka serta perihatin dan layanan mesra kepada pelanggan. Namun jangan kerana taksub untuk mengaut keuntungan ini, faktor kebersihan dan hagta kurang dititikberatkan. Pernah dulu bapa ku sendiri terpaksa masuk hospital akibat keracunan setelah membeli air tebu di gerai ramadhan.
Cendol Temburong antara yang popular bila tiba musim puasa ini.
Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang. Maaf zahr dan Bathin.

No comments:

Post a Comment