Showing posts with label warna. Show all posts
Showing posts with label warna. Show all posts

Sunday, 5 June 2011

Pelangi Pagi

 

pelangi

Pelangi Keindahanmu sangat menawan hati. Kecantikkan mu dikagumi. Kewujudan mu menjadi inspirasi. Engkau tidak menyinar namun berseri. Namun keindahanmu dan kecantikkan mu hanyalah sementara. Dikau datang dengan kerelaan namun diarah pergi tanpa sungut bila kehadiran tidak diperlukan. Inilah resam dunia. Dengan 7 warna manifesstasi corak kehidupan, resam, perangai manusia. Warna adalah perlambangan warna hidup. Hitam putih penghidupan.

Ddisini ingin ku kongsikan beberapa sikap manusia yang sering ku lihat dan ku jumpai. ‘Mistaken Identity’ dalam jiwa. Soalnya jangan kita terus menyalahkan segelitir ini, perhatikan dan cuba fahami mengapa berlakunya mistaken identity ini. Setiap perkara berlaku dengan alasan dan sebab musababnya. Bila kita memahami dan menyelami perasaan mereka, maka mudahlah kita untuk membentuk atau membantu kekosongan jiwa tersebut. Perkara ini pernah ku lakukan apabila berhadapan dengan para penuntut. Gagah, samseng, malas dan pelawan namun ku suntik dengan kata-kata islamik, kekeluargaan dan masa depan. Alhamdulillah ada perubahan dan telah memasuki alam Universiti. Syukur. Bukan bermakna aku telah berjaya merubahnya, namun semua itu adalah bantuan persekitaran juga.

Nah pelangi yang datang dan pergi ini juga mempunyai makna dalam hidup kita. “Easy come n easy go” apa maknanya..anda sendiri tahu. Pro dan kontra mengenainya dan terpulang kita mentafsirkannya. Dari segi kewangan, persahabatan, orang berhutang atau percintaan dan bermacam-macam lagi. Namun yang penting adalah keikhlasan. Cantiknya tidak semestinya indah, hodohnya tidak semestinya buruk.

Allahyarham Sudirman
Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Berusaha untuk yang terbaik…

Monday, 30 May 2011

Acara Pembukaan Resmi – Waterfront Brunei

1

Semalam 28.05.2011 adalah perasmian bagi Waterfront di Bandar Seri Begawan. Tempat yang menjanjikan keadaan dan suasana yang tenang. Gerai makan dan juga tempat beristirehat. Perasmian dengan beberapa persembahan seperti tarian, permainan bunga api serta acara cucur di air. Para pengunjung berduyun-duyun manyaksikan sendiri secara lebih dekat. Acara perarakan cucul di air ( perahu yang dihiasi dengan lampu-lampu neon yang berwarna warni ) mampu menarik perhatian orang ramai. Sebelumnya adalah persembahan bunga api yang juga menjadi daya tarikkan untuk dinikmati. Ku ucapkan tahniah atas berjayanya acara ini dilansungkan.

Aku sendiri datang bagi memberi peluang keluargaku menyaksikan sendiri acara cucul di air tersebut, biar anak-anak menyaksikan sendiri acara perayaan tersebut. Menjadi kenangan mereka dan menjadi pengalaman mereka. Sebetulnya aku amat tidak mengemari keadaan yang sesak dan penuh orang. Bukan anti sosial, namun bila dikenang keadaan jalan raya, mencari tempat letak kereta, keadaan yang panas, memang membuatkan aku kurang selesa. Aku sendiri cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Ku bawa alatan mengambar agar ku dapat merakamkan beberepa senario yang berlaku serta mungkin akan dapat merakamkan beberapa gambar yang menarik, namun gagal akibat tempat yang tidak mengizinkan. hanya beberapa gambar sahaja yang sempat ku rakamkan. Gegaran tangan akibat berlaga dengan badan orang membuatkan aku kurang bersemangat.

Khuatir akan keselamatan keluarga dengan kesesakkan itu. Bila ada ruang yang sedikit selesa, ku arahkan keluarga ku menuju tempat itu. dan aku sendiri cuba mencari tempat yang sesuai untuk mengambar. Walau apapun, ku harap dengan adanya tempat serupa ini, akan menjadikan Negara Brunei menjadi salah satu destinasi lawatan pelancong. Tempat ini akan sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang ku muatkan dalam blog ini hanyalah ringkas sahaja.

2

IMG_4425

Nanti aku akan membawa keluargaku makan malam disini…….

Wednesday, 17 June 2009

Colour Of Beauty

Wanita dan alat solek memang tidak dapat dipisahkan.Inilah yang dikatakan sebagai naluri semulajadi wanita. Pada sebahagian wanita, kecantikan adalah anugerah dan satu kemestian. Malah ada yang sangup berbelanja lebih untuk alat solek..walau apa pun, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilainya. Cuma perlu diingat, kecantikan luaran biarlah mengambarkan kecantikan dalaman juga. Janganlah bersolek saja tetapi jiwa tidak di 'touch up'..fahamkan? ok..untuk renungan bersama sahaja...for guys, jangan mudah terpengaruh pada solekan ..lolz..