Wednesday 2 June 2010

Melentur Mendidik

kidsilat3

Lahirnya seorang anak Adam di muka bumi adalah umpama kain putih, suci bersih tanpa noda atau kotor. Terpulanglah ibubapa/penjaga untuk mengasuh, mendidik dan mengolahkan bagaimana bentuknya. Dalam hadith pun juga ada menyebutkan perkara tersebut. Sanad dan Matan hadithnya;

hadith-fitrah1

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…”

 (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Timbul soalan, adakah kita akan menjadikan anak-anak kita menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…”  Pastinya penjelasan hadith di atas bukan bermaksud untuk memilih jalan tersebut. Kita memang hendak menjadikan anak kita selaku Muslim sejati. Dan Islamlah jalan yang terbaik, cuma adakah kita sudah berusaha menjadikan anak itu Muslim sejati ?
Maaf disini saya bukan untuk menyampaikan syarahan tetapi sebagai renungan bersama. Tidak juga mengatakan saya telah berjaya mendidik anak-anak tetapi masih dalam usaha.

Apa yang dikongsikan adalah cara dan gaya kita menjadikan anak-anak kita sebagaimana yang kita mahukan untuk kebaikkan dan masa depan mereka.

Minat anak-anak harus kita ambil perhatian, asuh dan dorong mereka. Itu adalah di antara ubat atau terapi untuk menjana minda dan perkembangan fizikal serta sahsiah mereka. Tetapi haruslah dipantau agar jangan berlebihan dan menjadi masalah dikemudian kelak. Disini ingin mengongsikan antara minat anak-anakku iaitu seni mempertahankan diri, Silat. Mungkin nanti mereka akan beralih kepada beladiri lain namun jangan sesekali alpa dengan seni budaya kita sendiri.

Dalam hal melentur buloh biar dari rebung adalah ungkapan yang sesuai untuk dimanifestasikan dalam kehidupan. Biar sedari kecil mereka mengenal budaya warisan ini kerana di dalamnya terdapat norma atau niali orang Melayu yang penuh dengan adat, sopan santun, mengenal diri dan kepimpinan dalam diri. Para pengiat seni ini lebih arif mengenainya, dan kupasan ku mengenainya biarlah sederhana ( bukan yang arif ).

Dewasa ini, masyarakat kita sering mengagungkan budaya luar yang belum kita pasti akan buruk dan baiknya. Hingga menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan. Mem’barat’kan hidup dan menepikan ke’timur’an kitani sendiri. Walhal orang-orang Barat sekarang giat untuk merubah pola kehidupan mereka dan mencontohi budaya kitani ( orang Timur/Asia). Seperti saling hormat menghormati, tidak camah mata, beradap dan sebagainya. adakah kita berbangga dengan perkara ini?

Sepatutnya Ya, tetapi kita sendiri semakin lupa akan perkara itu. Sama-samalah kita mengekalkan norma kehidupan orang Timur yang penuh dengan ajaran yang sesuai dan selaras dengan agama kita, ISLAM.

Banyak perkara yang perlu kita ambil perhatian untuk menjadikan generasi kita akan terus subur dengan nilai-nilai murni. Harap gejala masalah sosial akan semakin berkurang bahkan dapat dihentikan. ( Pengalaman sendiri menyaksikan – masalah pakaian dan pergaulan yang kurang sopan dikalangan remaja bahkan orang dewasa). Masalah disiplin di sekolah-sekolah juga belum turun kadar peratusnya.

Apakah peranan kita selaku manusia yang beradap dan bertamadun?Sama-samalah kita menjadikan negara kita sentiasa aman dan damai. Pembelajaran bermula dari rumah, itulah antara prinsip yang perlu kita tekankan.

Anak-anakku kamulah pewaris generasi yang mendatang………Akan ku usahan yang terbaik untuk kamu..Insyallah dengan izin dan pertolongan Allah jua…Amin

kidsilat1

p/s: Baju Hitam Merah identiti PSPS Gerak 41. Identiti menunjukkan jatidiri kita.

No comments:

Post a Comment