Sunday 2 May 2010

Menabung dan Wayang

30hb April, hari yang ditunggu oleh kedua anak-anakku.

Iklan TV sering menayangkan cerita-cerita baru yang akan ditayangkan di pawagam. Anak-anakku sering bersuara untuk dibawa menonton cerita tersebut, dan isteriku tidak akan duduk diam bila anak-anak bersuara. Akan dipenuhi impian mereka bila sesuai masa dan keadaan. Kami suami isteri telah berpakat  akan membawa mereka menonton wayang apabila anak-anakku sudah cukup duit untuk membeli tiket. Cabaran bermula. sebelumnya memang kami melatih dan mengasuh anak-anak untuk menabung.

Dan untuk cabaran mereka, kami terangkan agar mereka menyimpan duit untuk membeli tiket. Ternyata azam mereka kuat untuk menabung hingga mencukupi untuk membeli empat tiket. Belanja sekolah tidak dihabiskan, pemberian belanja ke kedai mereka simpan ke dompet masing-masing. Pemberian dari nenek dan saudara, juga disimpan kemas tidak digunakan. berbelanja sedikt bila perlu. Memang kuat azam mereka untuk menabung

Tahniah kepada anak-anakku kerana berhasil menyimpan wang untuk kgunaan mereka. sudah setentunya harga tiket tersebut akan kami ganti dan tanpa pengetahuan mereka akan dimasukkan ke akaun. 

Memang seronok bila anak-anak mengetahui nilai wang dan betapa susahnya untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah semoga sikap menabung dan berjimat cermat akan berpanjangan.

Terima kasih anak-anakku kerana telah belanja kami untuk menonton sama wayang IRON MAN 2

images Iron Man 2 – High fiction movie….2 thumbs UP

No comments:

Post a Comment