Monday 3 May 2010

4WD – Tahan Lasak

Tutong – Minggu lepas pertandingan uji kemahiran dan ketahanan kereta di lumpur telah diadakan. Kereta 4WD dari pelbagai jenis telah turut serta. Sebetulnya aku sendiri tidak memahami apakah ‘rules & regulation’ serta cara pertandingan ini. Namun ku tertarik pada gaya dan cara pemandu mengemudi kenderaan mereka dalam keadaan yang susah dan menghadapi pelbagai rintangan.

Tanpa kemahiran dan pengetahuan sebegini memang akan merumitkan pemandu. Dan setentunya kemahiran akan boleh diguna pakai apabila menghadapainya dalam situasi sebenar seperti tayar kereta terkubur di pasir atau lumpur.

Aku sekeluarga ada terdengar yang pertandingan itu diadakan, jadi kami pun pergi untuk menyaksikannya.  Aku ingin mengambil beberapa keping gambar aksi yang ada, tetapi sayangnya aku tidak banyak kesempatan disebabkan kereta yang beraksi adalah yang terakhir. Aku dan anak perempuanku pun cuba merakamkan mana yang sempat..

IMG_0232 IMG_0243  IMG_0282 IMG_0284 IMG_0287 IMG_1970  IMG_1973 IMG_1976 IMG_1978 IMG_1982 IMG_1988 IMG_1989 IMG_1999 IMG_2003  IMG_2006 IMG_2008 IMG_2004 IMG_2005

No comments:

Post a Comment