Tuesday 27 October 2009

Polisi@Policy hanya untuk 2 orang?

IMG_0051 ‘ Kan request xtra bantal’

Tetapi yang dijawab..’polisi kami hanya untuk 2 orang sebilik’. Kemudian meninggalkan AKU dan pekerjanya dengan langkah yang cepat.nAdakah fasiliti ini tidak difikirkan jika yang menginap ini biasanya berkeluarga? ……….. mengapakah tempat penginapan lain boleh? Aku memahami bahawa beliau seorang yang ada kuasa dikawasannya…perniagaan keluarga…..lupakah beliau yang pelanggan bukan untuk dikuasai.

Patut kah pelanggan dilayan dengan kurang mesra? perlukah pelangan ditanya dengan ayat…AHH APA LAGI…..Biasanya orang yang kurang menyenangkan ini akan pedas telinga olehku. tapi kali ini ku tersenyum dengan sikap yang dipamerkan.

AKU yang hendak bertanya lain pun rasa tawar hati dan memendam bara dihati. Demi mengenangkan tujuan untuk beriadah, ku hanya menahan rasa geram hati sambil tersenyum.

Tetapi kawasan, layanan, kemudahan asas serta suasana tempat ini memang ku rasa perlu diberikan pujian, dan disokong. Memang cantik pemandangan diwaktu malam, santai, damai dan sesuai untuk tempat rehat dan riadah.

Kisah diatas jika difikirkan hanyalah resam perniagaan dan resam pelanggan. Ramah mesra tidak merugikan. 

IMG_0046IMG_0045

 

 

 

 

IMG_0043 IMG_0054

IMG_0508 IMG_0306 IMG_0317

  Tahniah kepada pengusaha tempat ini…..

No comments:

Post a Comment