Monday 12 October 2009

Perjalanan Hujung Minggu

Minggu lepas hajatku terlaksana….membawa famili untuk melawat dan meninjau Mangrove Paradise Resort. Kami berhasrat untuk mengadakan majlis Ulang tahun untuk anak perempuanku di tempat ini. Semua dalam perancangan dan berharap semua ahli keluarga akan dapat hadir. Disamping ini, aku melaksanakan impian untuk melawat Muzium yang terletak di Kota Batu. Alhamdulillah terlaksana. Lawatan di Muzium ini memberikan impak kepada pengetahuan baru kepada anak-anakku. Syukurlah……… 

DESTINASI PERTAMA

MANGROVE PARADISE RESORT

mg1 mg2 IMG_0958 IMG_0959 IMG_0973

DESTINASI KE DUA

MUZIUM TEKNOLOGI BRUNEI

Terletak Di Kota Batu, Bandar Sri Begawan. Lawatan ini memrikan pengajaran buat anak-anakku. Moral yang mereka perolehi setelah meninjau keadaan kehidupan orang-orang dahulu ternyata membuka minda mereka. Banyak soalan yang mereka ajukan. Akhirnya mereka berdua mengatakan bahawa orang-orang dahulu hidup susah dan tidak seperti sekarang. Mereka harus bekerja kuat untuk makan, seperti menjadi nelayan, bertukang ataupun memburu.

Kepada mereka yang belum berkesempatan, kunjungilah Muzium kitani. Muzium Maritim juga akan diadakan selain Muzium yang sedia ada. dibukakan kepada orang ramai secara percuma dan tutup pada jam 5 petang. Dan pintu masuk akan ditutp 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir.

IMG_1110

Muzium ini mempamerkan perihal kehidupan seharian orang-orang kampong air dahulu kala, Penduduk yang tinggal di ‘darat’ seperti puak kedayan,Dusun,Lun Bawang (Murut). Bentuk rumah, alat mencari rezeki, pekerjaan harian. Perhiasan, senjata dan sebagainya.

muzium10 muzium1 muzium3 muzium4 muzium5 muzium6 muzium7 muzium8 muzium9 muzium2

DESTINASI TERAKHIR

RESTORAN TARINDAK D’ SENI

Dalam perjalan untuk pulang, kami terserempak kereta abangku melintas. melalui telefon, kami berpakat untuk singah minum petang. Restoran ini pun tidak kurang hebatnya. dengan suasana yang tenang, berhawa dingin dan mempunyai pemandangan kampong ayer. Baru dibuka pada pertengahan tahun ini.

IMG_1142 TS1 TS2

Akhir sekali berpakat untuk mengintai matahari terbenam

No comments:

Post a Comment