Wednesday 15 July 2009

Aktiviti cuti @ Pantai SK

Bersempena cuti menyambut Hari Puja Usia KDYMM, kami sekeluarga mengambil peluang untuk beriadah di pantai Seri Kenangan. Selain beriadah kami ingin menyampai hajat anak-anak yang ingin bermain pasir dengan menggunakan mainan baru mereka. bermain pasir adalah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak. Mereka juga dapat mengembangkan psikomotor dan daya kreativiti. Terasa lapang dada bila berjaya menyampaikan hajat mereka, selagi belum terpenuhi selagi itulah mereka akan bertanya bila..Untuk menanam dan memberikan pendedahan tentang daya fikir kognitif dan psikomotor, bermain pasir adalah diantara modul untuk merealisasikannya. Bagaimana mereka mengolahkan pasir mengikut acuan permainan mereka. Jika dulu kita dilarang untuk bermain pasir, cuba lihat pendidikan yang diterapkan oleh negara Barat. Mereka sering membawa anak-anak mereka ke taman-taman untuk perkara ini. Nah terpulang pada kita untuk mengadaptasikan perkara ini mengikut budaya dan resam kita selaku orang Asia dan Melayu. Dari segi Afrektif pula, kita boleh mengajarkan tentang menerima arahan dan menerangkan bahaya-bahaya seperti apabila dipantai bermain air laut terlalu jauh dan jangan melontar pasir pada kawan. Biar apa yang kita terapkan terpahat kukuh difikiran dan hati mereka sebagai teras pemikiran yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment