Sunday, 7 November 2010

Perjalanan Ke HCMC ( Saigon ) Part 4 – Mekong river

Jadual kami seterusnya di hari kedua adlah lawatan ke Mekong Delta, ( Sungai Mekong ). Menurut catatan Georafinya, Sungai Mekong adalah yang ke 7 terpanjang di Asia dan ke 12 terpanjang di dunia. Berikut mengenai sungai Mekong ini.

“The Mekong is one of the world’s major rivers. It is the world's 12th-longest river[1] and the 7th-longest in Asia. Its estimated length is 4,350 km (2,703 mi), and it drains an area of 795,000 km2 (307,000 sq mi), discharging 475 km3 (114 cu mi) of water annually.

From the Tibetan Plateau this river runs through China's Yunnan province, Burma, Laos, Thailand, Cambodia and Vietnam. Laos, Thailand, Cambodia and Vietnam established the Mekong River Commission in 1995 to assist in the management and coordinated use of the Mekong's resources. In 1996 China and Burma became "dialogue partners" of the MRC and the six countries now work together within a cooperation framework.

The extreme seasonal variations in flow and the presence of rapids and waterfalls in this river have made navigation extremely difficult.”

Disini kami menyusuri sungai Mekong, melawat kampong yang hasilnya semua daripada pokok kelapa, kilang membuat gula-gula kelapa, menaiki kereta kuda dan sebagainya. Melihat sendiri kedidupan seharian penduduk setempat. Kebanyakkan mereka adalah penangkap ikan dan tidak kurang juga bercucuk tanam. Tanah sini dikatakan sebagai subur dan sesuai bercucuk tanam. Dan penangkap ikan pula memang ramai memandangkan sungai ini adalah besar, luas dan panjang. Airnya yang agak kabut berwarna kekuningan. Gerun juga dibuatnya..apa yang ada didalam sungai itu. ( anda sendiri maklum ). Sungai yang menjadi sumber kehidupan penduduk sini. tempat perhubungan antara kawasan urban dan rural. Perdagangan. Menghantar hasil ke kawasan bandar dan membawa balik barang-barang keperluan ke kampong-kampong.

Pejabat lawatan dan terminal perahu Sungai Mekong

IMG_0001

IMG_0006IMG_0012IMG_0002

KAMPONG BEN TRE ( yang penghasilan nya daripada pokok kelapa. )

Daripada buahnya hinggalah kepada pokoknya menjadi hasil bagi penduduk sini. Aku kurang pasti dengan nama kampong ini tetapi difahamkan sebagai Ben Tre ( Kampong kelapa ). Rumah-rumah yang dibina juga daripada pokok kelapa. Kraftangan yang dihasilkan juga sangat menarik. Replika kereta, anak patung, peralatan memasak seperti sudu masak, alat urut, dan sebagainya. Mungkin bagi kita rumah yang didirikan daripada pokok kelapa ini akan mudah roboh disebabkan tidak tahan dengan cuaca dan keadaan pokok kelapa itu sendiri. Namun mereka menggunakannya sudah sekian lama. Dilapisi dan diproses dengan menggunakan bahan untuk bertahan lama. Unik. Terfikirkah kita mengenainya? Kraftangan mereka juga menarik dan ada sebahagiannya belum pernah ku temui di negara sendiri. Kemahiran mereka sekali lagi terserlah. Mungkin dengan cara hidup mereka membuatkan ideologi ini diperturunkan dari warisan mereka. Kami juga dijamu dengan buah-buahan sambil menikmati persembahan daripada penduduk kampong. Tanpa bayaran tetapi tips seadanya. Memang lagu yang diperdendangkan tidak difahami tetapi alat muzik tradisi mereka yang menarik perhatian.

IMG_0181IMG_0183IMG_0196IMG_0199

IMG_0198IMG_0193IMG_0216

MENYUSURI SUNGAI MEKONG

Menuju ke kampong Ben Tre ini kami menggunakan perahu yang telah ditempah khas melalui Tour kami itu. Dan hanya 4 orang sahaja waktu itu. Kami adik beradik, Miss Lan dan pengemudi. Memang santai dan memudahkan kami untuk berlegar. Sepanjang menyelusuri sungai Mekong ini, banyak yang menjadi perhatian. Kapal-kapal menangkap ikan, bahkan kami terserempak dengan penduduk yang hidup mereka sepenuhnya di dalam perahu. Makan, tidur dan pekerjaan mereka hanya dalam perahu mereka. Difahamkan mereja adalah golongan minoriti yang kian pupus. kehidupan ini jga aku percaya di kawasan-kawasan di semenanjung Malaysia dan juga Indonesia. Ini adalah kerana Negara-negara ini adalah berdekatan dan tidak mustahil ada juga kehidupan seperti ini. Namun di negara kita ku percaya tidak ada.

IMG_0071 Mereka dengan pakaian mereka tersendiri, dengan penutup kepala yang menjadi simbol negara mereka, dan menyelusuri sungai perhubungan urusan kehidupan seharia mereka. Samaada untuk membawa pelancong ataupun untuk urusan sendiri. Pengemudi wanita juga mengemudi sampan mereka. anak sungai yang sentiasa sibuk dengan lalu lalang sampan dan perahu bermotor.

IMG_0075IMG_0133IMG_0144IMG_0262 

KILANG MEMPROSES GULA-GULA KELAPA

Berkesempatan singah ke kilang memproses gula-gula kelapa. Rasanya juga sedap dengan berperisa durian, coklat, asli kelapa, pandan, bercampur kacang. Ku sempat membeli kesemua perisa tersebut berharga USD$1.00 dan diberi percuma sebungkus. Diproses secara manual dan dibungkus dengan kemas. Diekspot untuk dijual dibandar-bandar.

IMG_0274 IMG_0276 IMG_0277

Makan Tengahari di Mekong Rest Stop

IMG_0332

IMG_0289 IMG_0298 IMG_0300 IMG_0318 IMG_0330 IMG_0333

Destinasi akhir kami pada hari itu. Menjamu selera setelah penat melawat di sungai Mekong. Pengalaman yang indah menyusuri sungai Sungai Mekong. Ini kerana kita dapat melihat sendiri budaya dan cara hidup penduduk setempat yang masih mengekalkan tradisi mereka. Negara kita sudah semakin pupus mengenainya. Kampong air kita juga sudah mengalami arus kemodenan dengan struktur rumah-rumah yang dibina dengan konkrit dan jauh dari bentuk asalnya. Inilah arus kemodenan. Bagiku tidak salah kita mengecapi perubahan masa ini, cuma ada baiknya dikekalkan serba sedikit bentuk rumah kampong air yang dahulu itu untuk tatapan pelancong dan juga memelihara warisan kita.

Berbalik ke Restoran ini, suasananya indah, tenang dan menghijau. Pondok-pondok makan yang dibuat juga cukup menarik. Apabila kita baru sampai di tempat ini, memang kita akan tertanya-tanya bagaimana pula keadaan dalamnya. Ada ruang makan yang besar bahkan bagi mereka yang inginkan lebih privasi juga ada disediakan. Seperti kami, tempat yang ditempah oleh Miss Lan adalah privasi. Santai dan menu yang dihidangkan juga sedap. Menu makanan tradisi Vietnam seperti paper rice, cara membuat makanan itu sendiri juga diperlihatkan. Sila lihat link yang dimuatkan sebelum ini. Untuk perhatian, makanan kami kebanyakkanya adalah makanan laut. Tidak menyesal menjejakkan kaki di restoran ini. Jangan lupa jika berkunjung ke Mekong, singahlah disini untuk merasai suasananya. Makanannya juga sedap.

Selesai makan kami menuju ke bandar Ho Chi Min City bagi aktiviti seterusnya. Berjumpa lagi pada entri seterusnya.

Perjalanan ke Ho Chi Min City ( Saigon ) Part 3

Di Cu Chi Tunnel ku sempat merasai senjata AK 30….memang kuat dan bertenaga. Berdasarkan bentuknya memang berat dan kesan menembak juga terasa. Gegaran dan bunyi letupannya. Seronok….

IMG_9402

HANDICAPPED HANDICRAFTS

Setelah melawat di Cu Chi Tunnel..Kami berkesempatan melawat kilang kraftangan. Yang menjadi tarikanku adalah kesenian dan kemahiran mereka membuat lukisan. Bukan menggunakan seperti biasa ( lukis dan warna ) tetapi daripada kulit telur dan juga kulit tiram. Memang cantik. Tambahan pula yang membuatnya juga terdiri dari mereka yang kurang upaya, orang istimewa. Mereka juga peramah dan ceria sewaktu kami membuat lawatan tersebut. Melambai tangan, senyum dan mahu bercerita. Cuma bahasa tidak mengizinkan. Hasil yang telah siap akan dijual samaada dipamerkan di dewan galeri mereka ataupun di ekspot ke luar. Bahkan juga akan dibawa jika ada pertemuan perniagaan seperti ekspo dan sebagainya. Cukup cantik, berkualiti dan kreatif….silalah datang kesini jika berminat dan membeli hasil mereka sambil menderma.

IMG_9602

 

IMG_9604 IMG_9621 IMG_9625 IMG_9629 IMG_9631 IMG_9605

IMG_9657IMG_9614IMG_9658IMG_9607

Disini ku sempat membeli sebentuk cincin berpermata batu jade Vietnam. Abangku pula membeli beberapa hasil lukisan kraftangan mereka. Berb

 

KEDAI MAKAN MELAYU ( MELAYU CAMPA )

IMG_9746

Tidak sangka yang kami juga akan menikmati juadah kami di restoran yang Halal. Restoran ini disyorkan oleh abangku, kerana beliau pernah ke sini sewaktu lawatan kerja beliau pada 2008. Menu lebih kurang dengan kita cuma beza pada nama dan cara juadah disediakan dan dihidangkan. Memang unik dan lain dari kita. Makanan tradisi disaring dengan moden. Memang sedap ( adakah kerana perut sudah lapar atau memang sedap ? ) Tetapi memang sedap..sos, kuah, kari sayurnya memang sedap. Kami sempat berbual dengan pemilik restoran ini. Dan sekarang Pemiliknya telah membuka lagi sebuah cawangan lain. Bagiku biarlah semakin banyak restoran-restoran melayu dan halal dinegara ini. Biar mudah untuk pelawat Muslim untuk mencari makan.   IMG_9732  Suasana dalam restoran juga selesa, santai dan menarik.

IMG_9734

Anak Pemilik restoran dan pelayannya yang juga tahu berbahasa Melayu. Cuma pelat mereka sahaja sedikit berlainan dengan kita. Masih ada pelat Vietnam. Dan kami juga berinteraksi dengan bahasa yang mudah. Anak pemilik restoran juga cerdik dan mahu bercakap. Bersalam dan mengucapkan terima kasih. Terkenang pada anak yang tinggal di tanah air. Adat kita orang melayu adalah bersalam dan yang muda selalunya akan tunduk hormat dan mencium tangan yang lebih tua. Adat ini membuatkan pemandu pelancong kami terkejut dan tertarik. Budaya Melayu memang cantik dan penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Harga makanan kami VND$724,900.00 = USD38.15. Memang murah dengan pelbagai menu yang kami tempah. Alhamdulillah kenyang.

Akan ku sambung lagi nanti….Vietnam memang tempat yang menarik untuk dilawati. Soal makan jangan terlalu dihiraukan.

Perjalanan ke Ho Chi Min City ( Saigon ) part 2 – Cu Chi Tunnel

Bermacam-macam perkara yang dilalui dan ia menjadi pengalama bagiku sewaktu berada di HCM City, Vietnam. Bermula daripada Tan Soo Nhat Airport hinggalah lawatan-lawatan ke beberapa Destinasi. Dihari Pertama hingga lah hari terakhir. Banyak perkara cerita yang diketahui melalui Abangku sendiri dan jua pemandu pelancong kami. Memang betul kata pepatah ‘jangan menilai pada luaran, dan jangan membuat andaian jika tidak mengetahui keadaan sebenar”. Terus terang aku memang tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan Vietnam waktu itu, tetapi setelah melihat sendiri, barulah minda mengatakan yang sebenarnya. Dan inilah yang dinamakan pengalaman itu adalah guru yang paling berkesan. Negara yang mundur tetapi sebetulnya adalah negara yang meningkat maju, dan pembangunan yang dibina adalah pantas. Perkara ini ku berani mengatakan disebabkan kelutanan dan kemahiran yang ada pada rakyat negara ini.

Sesi lawatan dan perjalanan kami sepanjang 4 hari 3 malam tersebut ku linkkan pada link dibawah ini

Hari Pertama  / Hari Kedua / Hari Ketiga dan Hari Terakhir

Ku tidak banyak mencatat disebabkan teruja dan sering memerhatikan cara hidup dan suasana di negara itu. Dan ku kira adalah cukup padat dan berinformasi yang dinyatakan pada link tersebut. ( Journal Max – Waitseminit ). Terima kasih atas maklumat dan journal perjalanan ini.

Bermula pada lapangan terbang mereka, Para pemandu dan keadaan kereta hinggalah bangunan dan sejarah negara ini. lapangan terbang yang nampaknya kecil tetapi sebetulnya luas dan maju. kereta yang digunakan juga menggunakan sistem ala barat iaitu pemandu disebelah kiri dan berbeza dengan keadaan kita iaitu paemandu disebelah kanan. Ada cerita mengenainya dan jika ku terkenang, aku akan tersenyum sendiri. Selepas selesai semua perkara, kami di nanti oleh pemandu pelancong di luar ‘airport’. Setelah berkenalan dan berbincang mengenai tour kami, kami pun ingin bertolak mengikut aturan yang telah kami persetujui. Aku pun ingin duduk disebelah hadapan dan bagiku ini akan memudahkan bagiku untuk mengambil gambar sepanjang perjalanan. Apabila aku hendak membuka pintu penumpang. Pemandu melarang aku, dan aku tetap mahu duduk dihadapan. Ku kira pemandu mahu aku duduk dibelakang. Aku tetap mengatakan yang ku hendak duduk hadapan juga. Pemandu nampak panik dan aku juga hairan mengapa aku dilarang. Pemandu berkata sesuatu dengan pemandu pelancong kami ( Miss Lan) dalam bahasa mereka. Sewaktu mereka berbincang aku meninjau dalam kereta dan terus ketawa. Dan belum sempat Miss Lan menerangkan padaku, aku pun menerangkan keadaan sebenar. Rupanya tempat yang ingin ku masuki adalah tempat pemandu. Semua tertawa. Dan kata Miss lan pula, pemandu mengadu bahawa aku tidak boleh memandu di Vietnam melkainkan ada lesen memandu negara itu. Itulah perselisihan faham kecil. Salah perhitungan. Kesilapanku juga…Hahaha memang lucu. Pemandu kereta kami juga tertawa bila diterangkan situasi tersebut.

IMG_9674

Perjalanan kami seterusnya menuju Cu Chi Tunnel ( Tapak berlakunya peperangan mereka ) Disini aku amat teruja dan cuba mebayangkan situasi yang berlau pada waktu itu. Terowong yang amat sempit dan kompleks. Mempunyai sistem yang unik dalam pembinaannya. Semua adalah daripada hasil bumi dan natural. Dibina dengan tulang empat kerat tentera itu sendiri tanpa menggunakan mesin. Cukup dengan bakul, cangkul dan sebagainya. Kepintaran untuk mengelirukan pihak musuh dan mengalihkan perkiraan tentera musuh. Pengajaran yang diperolehi disini amat banyak. Antaranya kecintaan pada tanah air hingga sanggup mengadaikan nyawa. Kepatuhan kepada arahan ketua dalam melaksanakan tugas. Kepatuhan ini yang membuatkan mereka semakin matang dan berani menghadapi apa jua kemungkinan. Dalam lubang terowong ini juga kemudahan diperolehi, seperti markas tentera, bilik tidur dan rehat, pusat pemerintahan, tempat rawatan, mengitar semula senjata, bilik masak dan sebaginya. Cuma membuang air besar dan kecil sahaja di luar. Bayangkan kehidupan mereka sepanjangnya dalam terowong itu. Cukup masa keluar untuk bertempur dan jika selamat, akan pulang semula ke asal. Itulah yang asam garam Tentera Viet Cong waktu itu. Dipermukaan tanah adalah markas tentera musuh. Bila malam mereka akan beroperasi dengan pakaian serba hitam. Makanan mereka perolehi melalui bantuan rakyat Vietnam sendiri. Sebetulnya aku sendiri kurang arif mengenai sejarah peperangan itu secara tepat. Senergi yang berlaku waktu itu antara tenta dan penduduk setempat sangat erat dan saling bantu membantu. Para wanita juga menggangkat senjata untuk bertempur. Mengikut cerita, tentera Viet Cong telah memenangi peperangan mereka. Negara ini mengalami jajahan dan peperangan dalam masa yang amat lama. Peperangan bersama tenteran Perancis, Jepun dan Britain dan juga Amerika. Mungkin negara ini sangat strategik bagi tentera-tentara asing tersebut.

Senjata alami meraka juga daripada alam sekitar mereka, seperti kayu dan buloh. Jerangkap samar yang sangat teliti dan memakan mangsa yang buka sedikit. Dibuat samaada bagi membunuh atau untuk melenggahkan kemaraan tentera musuh. Bentuk jerangkap samar itu juga sangat mengerunkan. Bayangkan jika kaki ditembusi benda tajam, badan seperti disiat-siat. Inilah dinamakan usaha. Namun dengan menggunakan senjata kurang moden, kemenangan diperolehi. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apakah melalui senjata yang digunakan, kawasan strategik dalam mengatur sahsiah peperangan, lorong rahsia ataupun tentera asing tidak mempunyai pengetahuan bertempur ala gerilla? anda sendiri boleh mencari jawapannya. Secara terus terang aku kagum dengan terowong Cu Chi ini.

Yang lucunya, aku tidak boleh memuatkan badanku untuk memasuki lubang rahsia yang ada dipermukaan tanah. Lobang yang ku masuki juga menyukarkan bagiku untuk bergerak. Terpaksa berundur merangkak untuk keluar. pemandu pelancong kami gelisah dan sering menaggil namaku untuk memastikan kami dalam keadaan yang selamat. Tidak tahan dengan suhu, dan keadaan dalam lubang itu. Aku pun menyerah dan keluar. Kesukaran untuk bernafas disamping keletihan merangkak. Namun aku merasa beruntung kerana berpeluang sendiri merasai terowong tersebut.

IMG_9269 Terowong Cu Chi yang dibina dalam tanah, gambar di atas merupakan gambaran sebahagian sistem yang digunakan. Mempunyai ruang udara, terowong untuk keluar ( Emergency exit ), telaga dan sebagainya.

 IMG_9271DSC_0245 IMG_9281 IMG_9289 IMG_9291 IMG_9302 IMG_9310 IMG_9317 IMG_9318  IMG_9354 IMG_9357 IMG_9358 IMG_9359 IMG_9360 IMG_9361 IMG_9362 IMG_9365 IMG_9366 IMG_9367 IMG_9368 IMG_9369 IMG_9371 IMG_9417 IMG_9418 IMG_9439 IMG_9454 IMG_9476 IMG_9480 IMG_9534 IMG_9537

Gambar dibawah ini , adakah awda boleh mencari dimana lubang rahsianya?

IMG_9277