Monday, 31 January 2011

Abadikan Potret

Dengan memegang sijil dan menggenakan jubah sewaktu konvokesyen sekolah mereka, gambarnya menjadi penyeri Iklan pemgambilan murid-murid baru bagi sesi 2011.  Gambar sewaktu menerima sjil dan hadiah murid cemerlang.

poster yen3 Poster Yen poster yen2 Semoga Semangatnya untuk menimba ilmu dan belajar akan bertambah dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Ya Allah berikanlah hidayah dan petunjuk Mu dan limpahkanlah, anugerahkanlah otak yang cerdas, pemikiran yang tajam buat anak-anakku, diri dan isteriku untuk mencari hikmah khazanah ilmuMu Ya Allah.

 

Tidak sangka gambarnya terpilih

Thursday, 27 January 2011

Batuk Vs Batok

“ Uhuk   uhuk   Uhuk……………”

batok1

Sekadar ingin mengongsikan pengetahuan mengenai dua istilah yang berbeza iaitu batuk dan batok. Dari segi ejaan juga berbezak daripada konsonan huruf antara ‘ U ‘ dan ‘ O ‘. Seketika kita diajarkan istilah melepaskan batuk/batok ditangga. Peribahasa ini merujuk kepada daya usaha atau ikthtiar yang ala kadar dan tidak diusahakan dengan sepenuh hati. Sikap dan perbuatan yang akhirnya akan membawa kerugian malah kecelakaan yang tidak diingini. Batuk yang kita maklum adalah penyakit atau sakit atau sesuatu yang mengganggu di kerongkong kita.

Manakala Batok pula jika dilihat adalah satu alat yang digunakan untuk mencedok air dari tempayan atau tempat menyimpan air. Sering disimpan didepan rumah bagi membersihkan kaki sebelum masuk rumah. Jika dahulu, rumah-rumah didirikan bertingkat dan menggunakan tangga. seperti gambar dibawah,

(Gambar hiasan)image

Aku tidak akan menghuraikan lebih mendalam lagi mengenai peribahasa tersebut, dan ku kira ramai yang mengetahui makna yang tersirat dan tersurat mengenainya. Apa yang ingin ku kujelaskan disini adalah peri kepandaian orang-orang terdahulu dalam memahami alam kehidupan dan seterusnya menjadi tunjuk ajar dan landasan sekarang. Ciptaan demi ciptaan, rekaan demi rekaan untuk kegunaan dan keperluan dahulu. Rekaan yang menjadi pengetahuan asas untuk menciptakan sesuatu yang baru bagi menggantikan yang dahulu. Yang lama direkabentuk dan ditambah lagi menjadi multi kegunaan. Sekarang yang asas menjadi hiasan atau bahan untuk dikomersialkan. Para pembaca lebih arif mengenai teknologi yang ada di pasaran sekarang. Tidak salah kita mengubah dan membentuk sesuatu yang baru asalkan yang lama tidak dilupakan. Bahan dari pokok kelapa memang sangat banyak gunanya. Sebermula dari daun, akar, batangnya bahkan buahnya menjadi asas kegunaan dahulu. Di olahkan menjadi minyak, penyapu, rumah dan banyak lagi. Tempurong juga menjadi perumpamaan seperti katak ‘dibawah tempurong’. Itu adalah diantara perkara yang dapat dilihat mengenai nyiur ( kelapa atau piasau) ini.

Rumusannya jangan lagi kita membuat kesilapan dalam memahami erti melepaskan batok ditangga ini. Bukan melepaskan uhuk uhuk di atas tangga. Tetapi melepaskan/menyimpan tempurong kelapa yang digunakan untuk mencedok air bagi membersihkan kaki diatas tangga. Kelak perbuatan tersebut akan mencederakan orang lain jika terpijak atau mungkin akan jatuh ditanah dan akan kotok jika dicedokkan di tempayan tersebut. Kecuaian ini yang dimaksudkan dalam peribahasa tersebut.

Semoga coretan ini membawa pengertian dan membawa kebaikkan bersama. Usah melakukan pekerjaan sekerat tetapi buatlah hingga selesai dengan baik dan mengikut prosedur yang ada.

Orang-orang Brunei juga tidak kurang juga kemahiran bertukang tangan. Seperti gambar dibawah ini. ( sewaktu melawat salah sebuah kampong di daerah temburong-Brunei)

  Menjadi seorang yang berpengetahuan dan jauhkan diri daripada umpama ‘Katak dibawah tempurong”. Proses belajar adalah seumur hidup. Tidak bermakna jika sudah selesai pengajian di peringkat sarjana muda, Sarjana atau peringkat Kedoktoran sudah cukup. Bahkan kesemua itu adalah permulaan dan jalanserta kunci untuk menimba pengetahuan-pengetahuan yang baru. Dan jangan apabila sudah menjawat jawatan yang tinggi selaku pegawai dan sebagainya akan boleh mengarahkan orang lain tanpa kita mempelajari atau memahaminya dahulu. Kelak akan membawa malu diri sendiri jika ditanya tidak tahu untuk menyelesaikannya. Dan jangan juga bila sudah di atas tempurong akan merasa megah sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab. Umpama Melepaskan Batok di tangga.

Aku masih memegang istilah yang sering kugunakan bagi memotivasikan diri dan Penuntut-penuntutku dulu..( Majlis Perwakilan Pelajar ) bahkan kepada kakitanganku iaitu

“   BEKARIH      BEJARIH      BELURIH   ”

Monday, 24 January 2011

Hujan dan Kesannya

IMG_1591

Sudah sekian lama juga aku tidak mengongsikan sesuatu pada ruangan ini. Sejak musim persekolahan bermula dan aku  sendiri memulakan tugasku setelah bercuti, sekarang barulah aku ada luang sedikit. Beberapa bahan yang ingin ku kongsikan bersama untuk renungan dan pandangan dan juga pengongsian. Tahun Baru baru sahaja bermula dan setentunya perancangan telah dibuat. Namun sesuatu perancangan itu biarlah ada pelan-pelan tertentu sesuai dengan apa yang jadi sasaran. Seperti Pelan B jika tidak Pelan asas tidak berjaya atau ada halangan.

Disini ingin ku kongsikan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Hujan lebat melanda di beberapa tempat dan kesannya membawa banjir. Di daerah Tutong dan beberapa daerah yang lain telah mengalami musibah ini. Perkara ini memang diluar dari kuasa dan kemampuan kita. Apabila Allah berkehendakkannya pasti akan berlaku walau secanggih mana teknologi atau sistem yang diaplikasikan.

Kita bersyukur banjir yang melanda negara kita itu tidak sedasyat negara lain seperti di Brazil atau Australia. Para Penuntut Brunei di Australia dilaporkan selamat dan dibawah kawalan. Syukur Alhamdulillah. Pada peringkat antarabangsa banjir di Negara kita mungkin masih dalam keadaan terkawal. Namun sedihnya, apabila hujan lebat turun tidak berhenti, pasti akan berlaku banjir. Beberapa kawasan terpaksa ditutup untuk keselamatan. Kawalan kesihatan dipergiatkan dan agensi-agensi tertentu dalam keadaan berjaga-jaga. Tindakan untuk keselamatan awam diutamakan. Itulah yang sangat-sangat dititikberatkan. harta benda musnah, rosak bahkan juga hilang dihanyut air.

Aku tidak akan mencoretkan dengan panjang mengenai banjir ini. Cuma perihatin terhadap mereka yang mengalami musibah tersebut. Beberapa sekolah setelah apabila banjir, para pelajar akan diberikan cuti. Namun yang menjadi tugasan sampingan para guru adalah membersihkan kelas-kelas yang terjejas. Aku juga pernah melawat beberapa sekolah yang pernah mengalaminya. Terdapat bekas dan kesan banjir. Belum pun bekasnya hilang, banjir melanda lagi.

Yang menjadi kebanggaanku dan menjadi kasihku adalah Keperihatinan pemimpin negara. Baginda telah mencemar duli melawat tapat-tapak yang mengalami musibah. Bantuan dihulurkan buka sahaja berupa wang bahkan juga harta benda. Keperihatinan Baginda seharusnya menjadi contoh tauladan kia semua kita. Kita masih boleh membantu darisegi tenaga dan buah fikiran, dan jika ada kelebihan..bantuan berupa kewangan juga sangat-sangat digalakkan bagi membantu meringgankan kesusahan magsa banjir.

Semoga Negara kita akan tetap Berdaulat dan terhindar dari malapetaka yang buruk. Sama-samalah berdoa akan keselamatan kita, negara dan agama. Jadikan negara kita sebuah negara yang Baldatun Toyibbatun Warabbun Ghafur….Amin

Berikut ku kongsikan beberapa peristiwa sewaktu banjir. ( hanya untuk daerah Tutong sahaja – Kg Tg Maya )

          1          IMG_1580

          IMG_1574          IMG_1589

          IMG_1596          IMG_1600 

2

Thursday, 6 January 2011

Masuk waktu Sekolah

Seperti lazimnya, setiap penggal persekolahan bermula di awal tahun, lagu-lagu persekolahan akan sentiasa berkumandang. Anak-anak kembali bersekolah dengan riang sambil nyanyi-nyanyi. Itu bagi mereka yang sudah  pernah bersekolah ( gembira berjumpa semula teman sekolah dan sebagainya ). Bagi anak-anak yang baru mula menjejakkan kaki kesekolah mungkin akan menangis dan takut untuk ke sekolah. Fenomena ini sering dilihat pada murid-murid Pra. Mujur guru yang menerima itu pandai menggunakan psikologi untuk memujuk hingga tangisan reda. Tahniah kepada guru-guru tersebut.Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak memang sangat berbaloi dan bermanfaat. Formula untuk mengajar dengan lebih berkesan. Mengenal huruf dan nombor, seterusnya menghitung dan membaca. Tugas yang rumit.

IMG_0720Tahun ini, dengan resminya anak perempuan ku mula belajar ilmu agama di sekolah. Tahun lepas, ia sangat hendak untuk belajar pada sesi petang ini. Menangis hendak sekolah. Ku usahakan untuk mendaftarkan, namun pihak sekolah belum dapat menerima disebabkan umur belum mencukupi. Perkara ini ku terangkan pada anakku. Namun tetap berdegil. Ku cuba hubungi pihak-pihak berkenaan untuk meminta pandangan jika boleh ku sekolahkan awal. Jawapan tetap sama. Setelah anakku melihat usaha yang ku buat beliau pun akur. Alhamdulillah pada tahun ini perjalanannya bermula untuk menuntut ilmu agama. Persediaan dibuat. Pendaftarannya kemarin, nampak gembira di raut wajahnya. Mudahan semua ini akan berkekalan sepanjang beliau belajar dan ku harap ada keseimbangan antara tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga beliau menjadi anak yang soleh dan begitu juga abangnya.

Perkembangan Syiar Islam semakin menampakkan hasil di negara kita. Banyak media masa, wadah dan sebagainya di usahakan. Dewasa ini, golongan bukan Islam juga sekarang sudah menghantar anak-anak mereka untuk pangajian sesi petang ini. Jika pada dasarnya memang tidak sesuai, tetapi ia adalah dakwah secara tidak lansung pada keluarga tersebut. Sedikit sebanyak akan dapat menyuntik roh Islami. Perkara ini seperti dalam perjanjian Hudaibiah di zaman Rasulullah dahulu. Nampak dalam perjanjian tersebut seperti memihak kepada golongan Quraish/ golongan musyrikin. Tetapi sebetulnya adalah kemenangan buat orang-orang Islam. ( sila rujuk kepada Sirah Rasulullah )

Sebelum sekolah dibuka, para ibubapa dan penjaga murid/penuntut sudah berusaha untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak mereka. Membeli buku, pakaian, beg sekolah, alat tulis dan sebagainya. Belanja yang akan digunakan bukan sedikit. Jika seorang memerlukan purata sebanyak $200.00, tetapi yang memiliki anak ramai yang masih bersekolah bagaimana? ditambah lagi tahap pendapatan seseorang memang berbeza. Jangan terlalu membazir hingga setiap tahun perlu diganti dengan yang baru. Memang naluri anak-anak mahukan yang baru di tahun baru. Guna jika masih elok dan jika ada belanja lebih, yang masih elok tersebut boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Inilah yang diusahakan oleh isteriku. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu yang memerlukan. 

IMG_0725

Sehingga kemarin, ibubapa /  penjaga masih sibuk ke kedai-kedai buku untuk membeli keperluan persekolahan. Ada yang baru menerima senarai buku yang hendak dibeli. tetapi lazimnya akan kehabisan stok. Jika rajin untuk mencari di kedai-kedai buku lain mungkin akan terjumpa. Atau jika malas hendak pergi jauh, berkirim pada saudara atau teman. Semoga tahun baru dengan semangat baru akan meransangkan lagi mutu pembelajaran murid/penuntut. Pengajaran guru juga harus seimbangan dan berkembang sesuai dengan tuntutan sekarang ini. Alam siber. Guru sebolehnya jangan ketingalan pengetahuan dengan murid. Jangan malu untuk bertanya pada mereka jika kurang memahami atau menguasainya. Sekarang ini aplikasi pada alat eletronik semakin pesat. Program dalam komputer juga semakin rancak direkacipta. Memang seronok untuk mengajar walaupun harus menghadapi berbagai-bagai karenah.

Pada tahun ini jua, hati terasa sedih dan rawan bila menghantar anak-anak ke sekolah. Sepatutnya juga aku menyambung pembelajaranku. Setelah semua sudah disediakan dan cukup, namun rezeki belum ada. Insyallah walaupun hati rasa hiba, akan diusahakan lagi untuk melanjutkan pembelajaranku. Hikmah Allah atas segalanya, cuma belum terungkap apa yang tersirat disebaliknya.

Kepada Warga sekolah, selamat menuntut ilmu dan menaburkan ilmu. Perjalanan menuntut ilmu sewaktu zaman persekolahan ini memang membosankan ditambah lagi dengan membuat kerja rumah, tekanan keadaan sekeliling, dimarah guru, kurang faham dan sebagainya. Tetapi setelah memahami bahawa ilmu itu amat penting, terasa rugi jika tidak belajar. Setuju dengan pandangan ini?

Wednesday, 5 January 2011

Membidik anak panah – Sisa cuti hujung tahun

Apa projek ? Itu soalan yang sering kami tanyakan sesama sendiri….Dengan perundingan singkat, akhirnya kami ( MindWarrior dan Phoenix ) setuju untuk mengisi sisa-sisa cuti yang ada. Awal projek kami adalah untuk membuat photoshooting, tetapi dengan komitmen masing-masing projek pun ditunda. Rancangan cuti cuba diselaraskan. Cuti pada bulan Oktober namun gagal untuk membuat sebarang projek bersama. Pada hujung tahun ini juga cuba membuat rancangan. Hendak ke Vietnam untuk mengambar suasana di situ. Setelah semua belum terhasil, akhirnya melancong ke negara jiran yang terdekat, Miri..

Jalan-jalan cari makan  ( hendak makan nasi lemak cili -  tetapi tidak terjumpa sebab lupa jalannya, membeli apa yang patut ( barang yang dicari )  dan akhirnya kami jadi Robin Hood Miri. Sebetulnya tempat ini diperkenalkan oleh abangku. Diterangkan cara memanah yang betul. cuma aplikasi dan latihan yang membuatkan seseorang itu menjadi semakin mahir.

Anak panah sebanyak 150 batang dengan kadar sewa RM$ 50.00. @ Parkson Mall,Miri. Tangan, lengan, bahu dan jari terasa letih. Memang tidak biasa dengan aktiviti ini. Seronok. Nanti kami akan membuat perlawanan persendirian. Sepatutnya sukan memanah ini harus disebarluaskan lagi. pada peringkat pertandingan antarabangsa juga telah diperkenalkan. Negara pemaju sudah menghasilkan atlet masing-masing. Pendedahan diberikan. Skim dan mini pertandingan juga diaturkan. Ingin rasanya hendak membuka perniagaan sebegini. Kira-kira berapa modal yang perlu?

Bukan senang hendak menjadi pemanah handal, tahap Novice / amatur pun susah. Hasil memanah memang ‘hebat’. lihatlah hasilnya nanti. :) hehe

IMG_0735

Gaya seorang pemanah. Tarik nafas, tarik hingga di bawah dagu, fokus, aim dan lepas……Zuuup

IMG_0737

Hasil kami….Teka mana satu hasil bidikan kami?

                                   IMG_0739 IMG_0738

Ada sesiapa hendak ikut?

Monday, 3 January 2011

Cuti oh Cuti

 

                              IMG_0127      

Cuti hujung tahun sudah selesai. Masuk tahun baru bermakna melangkah lagi ke suasana yang baru ( walau hakikatnya suasana tetap sama ). Lembaran cerita pada 2010 menjadi kenangan dan hari-hari mendatang pada 2011 adalah perancangan. Rancangan yang bernas, sistematik akan menghasilkan keputusan yang baik.

IMG_0643[1]          IMG_0360

                                      IMG_0653[1]

Bagaima dengan Cuti Awda? Tentu diisi dengan melancong ke negara luar. Ataupun cuti dalam negeri sahaja dan melawat keindahan dan mengenali negara sendiri dengan lebih dekat lagi. Jika Dulu, bila cuti sekolah, balik kampung adalah perkara utama. Melawat nenek, berjumpa dengan sanak saudara, sepupu dan sebagainya. Itu suasana dulu, sekarang ini ramai yang memilih untuk berkunjung dan melancong. Negara padang pasir, Eropah, Asia, Indochina dan tidak kurang kurang ke Amerika latin. Ini diketahui kerana ada teman-teman sudah membuat perancangan dan menempah tiket penerbangan lebih awal. Mengumpul wang sedari awal tahun. Dan insyallah perkara ini juga akan ku usahakan untuk cuti-cuti yang mendatang. Menabung untuk keperluan keluarga dan sebagainya.

Cuti oh cuti, terasa pendek masa berlalu….

Tahun ini ku harap projeksiku akan membawa hasil. Ku harap semua berjalan lancar. Dan ku harap akan lebih tabah mengharungi semua rintangan. Cuti yang indah dan seronok akan membawa kenangan manis, tidak kurang juga cuti yang menjadi memori buruk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.

Tahun ini keluargaku melancong ke Vietnam. Terasa seronok bersama keluarga walau ada sedikit ganguan kesihatan anak perempuanku. Memberikan mereka pengalaman melihat negara yang sebelum ini tidak mereka terbayangkan. Melihat sendiri betapa giatnya rakyat sana untuk meneruskan hidup. Semoga itu menjadi pendorong mereka mengenal erti kehidupan walau usia mereka masih kecil. Melentur buloh biarlah dari rebung.

Saturday, 1 January 2011

Hari ini 1111 ( Anjakan paradigma )

1 hb Januari 2011 atau 1.1.11 atau 1.1.2011

Awal Tahun yang jatuh pada hari Sabtu. Setentunya banyak acara yang dibuat. Banyak negeri bahkan perseorangan yang melancarkan pesta bunga api atau mercun tanda meraikan awal tahun baru. Tahniah.

Seperti lazimnya setiap tahun baru berbagai persoalan dibentangkan, berbagai perancangan dibuat untuk sepanjang hari-hari yang mendatang pada 2011 ini. Azam baru? perancangan baru? Semoga sahaja akan tercapai seperti yang sudah-sudah. Namun bagiku Selagi azam lama belum tercapai, tentu ada sebab yang menghalangnya. Renung kembali apa yang menghambat pencapaian azam tersebut. Dalam facebook, banyak yang mengungkapkan dan mengucapkan selamat tahun baru, dan aku sendiri tidak ketinggalan melakukannya. Damun dalam banyak-banyak ungkapan ada satu phrasa yang sangat menarik dan memang ku akui sungguh bermakna…..

Taun baru atu nda penting.. Yang penting apa peningkatan yang kitani udah buat.... Taun lapas jadi benchmark, taun ani perancangan, Taun dapan penantuan..inda slasai.. Ulangi lagi... :) slamat maju jaya..

Tahun baru bermakna umur semakin meningkat, dan hitungan tahun ini menjadi ukuran untuk sesuatu, seperti kelamaan dalam sesuatu, masa untuk mendapat habuan dan sebagainya. Namun untuk produktiviti, ayat di atas memang mempunyai ‘value added’. Kualiti, Quantiti, indikator kita. Selagi azam lama belum tercapai, ulangi lagi dan tambahkan value addednya, tambahkan penilaiannya, dan tambahkan perancangannya. Azamku tahun lepas sedikit sebanyak terlaksana, iaitu lebih masa duduk di rumah. Dan antaranya lagi adalah mencuba bidang lain dalam alam pekerjaanku. Dan perkara yang masih dalam azamku adalah untuk menambah ilmu pengetahuan. Namun perkara ini terbantut atas sebab aku sendiri yang tidak memahaminya… ( pihak yang kurang transparent dalam urusan ). Semoga perkara ini nanti akan dapat ku realisasikan.. Amin

Selamat tahun baru, dan selamat menempuh rintangan yang akan dihadapi pada hari-hari 2011 ini, Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang didoakan dan diharapkan.

Persoalanku…Apa guna bertahun baru dan berazam baru jika masih lagi dalam bentuk yang lama. Pemikiran lama, sistem lama tanpa usaha untuk memajukannya, idelogi puluhan tahun yang lalu, tanpa anjakan paradigma. Semoga tahun baru ini akan menyedarkan kepada sesiapa yang masih tidak mahu berubah. HIJRAH di awal tahun Masihi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT DATANG 2011 DAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.

Welcome 2011

Goodbye and Thanx 2010

With warm regards 2009

------------------------------------------------------------------------------------------------------