Sudah sekian lama juga aku tidak mengongsikan sesuatu pada ruangan ini. Sejak musim persekolahan bermula dan aku sendiri memulakan tugasku setelah bercuti, sekarang barulah aku ada luang sedikit. Beberapa bahan yang ingin ku kongsikan bersama untuk renungan dan pandangan dan juga pengongsian. Tahun Baru baru sahaja bermula dan setentunya perancangan telah dibuat. Namun sesuatu perancangan itu biarlah ada pelan-pelan tertentu sesuai dengan apa yang jadi sasaran. Seperti Pelan B jika tidak Pelan asas tidak berjaya atau ada halangan.
Disini ingin ku kongsikan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Hujan lebat melanda di beberapa tempat dan kesannya membawa banjir. Di daerah Tutong dan beberapa daerah yang lain telah mengalami musibah ini. Perkara ini memang diluar dari kuasa dan kemampuan kita. Apabila Allah berkehendakkannya pasti akan berlaku walau secanggih mana teknologi atau sistem yang diaplikasikan.
Kita bersyukur banjir yang melanda negara kita itu tidak sedasyat negara lain seperti di Brazil atau Australia. Para Penuntut Brunei di Australia dilaporkan selamat dan dibawah kawalan. Syukur Alhamdulillah. Pada peringkat antarabangsa banjir di Negara kita mungkin masih dalam keadaan terkawal. Namun sedihnya, apabila hujan lebat turun tidak berhenti, pasti akan berlaku banjir. Beberapa kawasan terpaksa ditutup untuk keselamatan. Kawalan kesihatan dipergiatkan dan agensi-agensi tertentu dalam keadaan berjaga-jaga. Tindakan untuk keselamatan awam diutamakan. Itulah yang sangat-sangat dititikberatkan. harta benda musnah, rosak bahkan juga hilang dihanyut air.
Aku tidak akan mencoretkan dengan panjang mengenai banjir ini. Cuma perihatin terhadap mereka yang mengalami musibah tersebut. Beberapa sekolah setelah apabila banjir, para pelajar akan diberikan cuti. Namun yang menjadi tugasan sampingan para guru adalah membersihkan kelas-kelas yang terjejas. Aku juga pernah melawat beberapa sekolah yang pernah mengalaminya. Terdapat bekas dan kesan banjir. Belum pun bekasnya hilang, banjir melanda lagi.
Yang menjadi kebanggaanku dan menjadi kasihku adalah Keperihatinan pemimpin negara. Baginda telah mencemar duli melawat tapat-tapak yang mengalami musibah. Bantuan dihulurkan buka sahaja berupa wang bahkan juga harta benda. Keperihatinan Baginda seharusnya menjadi contoh tauladan kia semua kita. Kita masih boleh membantu darisegi tenaga dan buah fikiran, dan jika ada kelebihan..bantuan berupa kewangan juga sangat-sangat digalakkan bagi membantu meringgankan kesusahan magsa banjir.
Semoga Negara kita akan tetap Berdaulat dan terhindar dari malapetaka yang buruk. Sama-samalah berdoa akan keselamatan kita, negara dan agama. Jadikan negara kita sebuah negara yang Baldatun Toyibbatun Warabbun Ghafur….Amin
Berikut ku kongsikan beberapa peristiwa sewaktu banjir. ( hanya untuk daerah Tutong sahaja – Kg Tg Maya )
No comments:
Post a Comment