Seperti lazimnya, setiap penggal persekolahan bermula di awal tahun, lagu-lagu persekolahan akan sentiasa berkumandang. Anak-anak kembali bersekolah dengan riang sambil nyanyi-nyanyi. Itu bagi mereka yang sudah pernah bersekolah ( gembira berjumpa semula teman sekolah dan sebagainya ). Bagi anak-anak yang baru mula menjejakkan kaki kesekolah mungkin akan menangis dan takut untuk ke sekolah. Fenomena ini sering dilihat pada murid-murid Pra. Mujur guru yang menerima itu pandai menggunakan psikologi untuk memujuk hingga tangisan reda. Tahniah kepada guru-guru tersebut.Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak memang sangat berbaloi dan bermanfaat. Formula untuk mengajar dengan lebih berkesan. Mengenal huruf dan nombor, seterusnya menghitung dan membaca. Tugas yang rumit.
Tahun ini, dengan resminya anak perempuan ku mula belajar ilmu agama di sekolah. Tahun lepas, ia sangat hendak untuk belajar pada sesi petang ini. Menangis hendak sekolah. Ku usahakan untuk mendaftarkan, namun pihak sekolah belum dapat menerima disebabkan umur belum mencukupi. Perkara ini ku terangkan pada anakku. Namun tetap berdegil. Ku cuba hubungi pihak-pihak berkenaan untuk meminta pandangan jika boleh ku sekolahkan awal. Jawapan tetap sama. Setelah anakku melihat usaha yang ku buat beliau pun akur. Alhamdulillah pada tahun ini perjalanannya bermula untuk menuntut ilmu agama. Persediaan dibuat. Pendaftarannya kemarin, nampak gembira di raut wajahnya. Mudahan semua ini akan berkekalan sepanjang beliau belajar dan ku harap ada keseimbangan antara tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi. Semoga beliau menjadi anak yang soleh dan begitu juga abangnya.
Perkembangan Syiar Islam semakin menampakkan hasil di negara kita. Banyak media masa, wadah dan sebagainya di usahakan. Dewasa ini, golongan bukan Islam juga sekarang sudah menghantar anak-anak mereka untuk pangajian sesi petang ini. Jika pada dasarnya memang tidak sesuai, tetapi ia adalah dakwah secara tidak lansung pada keluarga tersebut. Sedikit sebanyak akan dapat menyuntik roh Islami. Perkara ini seperti dalam perjanjian Hudaibiah di zaman Rasulullah dahulu. Nampak dalam perjanjian tersebut seperti memihak kepada golongan Quraish/ golongan musyrikin. Tetapi sebetulnya adalah kemenangan buat orang-orang Islam. ( sila rujuk kepada Sirah Rasulullah )
Sebelum sekolah dibuka, para ibubapa dan penjaga murid/penuntut sudah berusaha untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak mereka. Membeli buku, pakaian, beg sekolah, alat tulis dan sebagainya. Belanja yang akan digunakan bukan sedikit. Jika seorang memerlukan purata sebanyak $200.00, tetapi yang memiliki anak ramai yang masih bersekolah bagaimana? ditambah lagi tahap pendapatan seseorang memang berbeza. Jangan terlalu membazir hingga setiap tahun perlu diganti dengan yang baru. Memang naluri anak-anak mahukan yang baru di tahun baru. Guna jika masih elok dan jika ada belanja lebih, yang masih elok tersebut boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Inilah yang diusahakan oleh isteriku. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu yang memerlukan.
Sehingga kemarin, ibubapa / penjaga masih sibuk ke kedai-kedai buku untuk membeli keperluan persekolahan. Ada yang baru menerima senarai buku yang hendak dibeli. tetapi lazimnya akan kehabisan stok. Jika rajin untuk mencari di kedai-kedai buku lain mungkin akan terjumpa. Atau jika malas hendak pergi jauh, berkirim pada saudara atau teman. Semoga tahun baru dengan semangat baru akan meransangkan lagi mutu pembelajaran murid/penuntut. Pengajaran guru juga harus seimbangan dan berkembang sesuai dengan tuntutan sekarang ini. Alam siber. Guru sebolehnya jangan ketingalan pengetahuan dengan murid. Jangan malu untuk bertanya pada mereka jika kurang memahami atau menguasainya. Sekarang ini aplikasi pada alat eletronik semakin pesat. Program dalam komputer juga semakin rancak direkacipta. Memang seronok untuk mengajar walaupun harus menghadapi berbagai-bagai karenah.
Pada tahun ini jua, hati terasa sedih dan rawan bila menghantar anak-anak ke sekolah. Sepatutnya juga aku menyambung pembelajaranku. Setelah semua sudah disediakan dan cukup, namun rezeki belum ada. Insyallah walaupun hati rasa hiba, akan diusahakan lagi untuk melanjutkan pembelajaranku. Hikmah Allah atas segalanya, cuma belum terungkap apa yang tersirat disebaliknya.
Kepada Warga sekolah, selamat menuntut ilmu dan menaburkan ilmu. Perjalanan menuntut ilmu sewaktu zaman persekolahan ini memang membosankan ditambah lagi dengan membuat kerja rumah, tekanan keadaan sekeliling, dimarah guru, kurang faham dan sebagainya. Tetapi setelah memahami bahawa ilmu itu amat penting, terasa rugi jika tidak belajar. Setuju dengan pandangan ini?
No comments:
Post a Comment