Cuti hujung tahun sudah selesai. Masuk tahun baru bermakna melangkah lagi ke suasana yang baru ( walau hakikatnya suasana tetap sama ). Lembaran cerita pada 2010 menjadi kenangan dan hari-hari mendatang pada 2011 adalah perancangan. Rancangan yang bernas, sistematik akan menghasilkan keputusan yang baik.
Bagaima dengan Cuti Awda? Tentu diisi dengan melancong ke negara luar. Ataupun cuti dalam negeri sahaja dan melawat keindahan dan mengenali negara sendiri dengan lebih dekat lagi. Jika Dulu, bila cuti sekolah, balik kampung adalah perkara utama. Melawat nenek, berjumpa dengan sanak saudara, sepupu dan sebagainya. Itu suasana dulu, sekarang ini ramai yang memilih untuk berkunjung dan melancong. Negara padang pasir, Eropah, Asia, Indochina dan tidak kurang kurang ke Amerika latin. Ini diketahui kerana ada teman-teman sudah membuat perancangan dan menempah tiket penerbangan lebih awal. Mengumpul wang sedari awal tahun. Dan insyallah perkara ini juga akan ku usahakan untuk cuti-cuti yang mendatang. Menabung untuk keperluan keluarga dan sebagainya.
Cuti oh cuti, terasa pendek masa berlalu….
Tahun ini ku harap projeksiku akan membawa hasil. Ku harap semua berjalan lancar. Dan ku harap akan lebih tabah mengharungi semua rintangan. Cuti yang indah dan seronok akan membawa kenangan manis, tidak kurang juga cuti yang menjadi memori buruk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Tahun ini keluargaku melancong ke Vietnam. Terasa seronok bersama keluarga walau ada sedikit ganguan kesihatan anak perempuanku. Memberikan mereka pengalaman melihat negara yang sebelum ini tidak mereka terbayangkan. Melihat sendiri betapa giatnya rakyat sana untuk meneruskan hidup. Semoga itu menjadi pendorong mereka mengenal erti kehidupan walau usia mereka masih kecil. Melentur buloh biarlah dari rebung.
No comments:
Post a Comment