Salah sebuah perguruan yang boleh berdiri sendiri telah mengadakan UKA ( Ujian Kenaikkan Arat) kemarin di gelanggang berjasa Kg Setia B.
Ujian ini adalah bagi mengetahui prestasi dan kemahiran pesilat dalam membuat gerak serta buah pukulan yang diajarkan. Disamping itu untuk menyuntik semangat para pesilat untuk lebih mencintai silat warisan ini. Tahniah kepada yang telah lulus ujian tersebut.
'Mengilap kursani serampang cahaya, menggangkat seni budaya bangsa'
'Bekarih Bejarih Belurih'
Monday, 29 June 2009
Saringan silat @ Tutong
Pertandingan silat Sempena Hari Keputeraan KDYMM akan berlansung lagi pada tahun ini. Setiap Daerah sedang mengusahakan untuk menghantar wakil. Jalan untuk menuju ke peringkat kebangsaan memang bukan jalan yang mudah, harus menghadapi saingan di tempat masing-masing. Hanya si juara yang akan membawa nama daerah.
Kecekalan, keberanian, kepantasan, kemahiran dan cepat akal sangat diperlukan dalam acara tanding silat olahraga ini. Manakala seni pula harus menerapkankan ciri-ciri langkah silat yang halus, sopan dan teratur. Setiap langkah adalah matlamat. Matlamat adalah kejayaan dan kejayaan adalah kecemerlangan. Semua mahukan kemenangan, cuma tinggal usaha kita lagi. Faktor kesihatan juga mesti dititik beratkan. jangan sampai acara sukan menjadi gelanggang menurut nafsu, mlampiaskan dendam dan kemarahan. biarlah sukan menjadi acara sukan..sukan dengan manjaga etika dan semangat kesukanan.
Selamat bertanding dan selamat maju jaya. Dan selamat mencipta sejarah diri sendiri dengan kemenangan. Menang dengan jaya. Gagal dengan bermaruah..
Derap langkah disusun, tangan dihayun gagah, fikiran dibayangi hormat..mengilap kursani serampang cahaya, mengangkat seni warisan budaya.

Saturday, 27 June 2009
Lagenda Raja Pop
Mikaeel ' Michael Jackson ' sudah tiada. No More king of Pop. Pemergiannya tiada pengganti. Memang sudah dijanjikan Illahi "Kullun Nafsin Za ekatul Maut"..setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Cuma cara,tempat dan jalan ceritanya..'khusnul Khotimah' atau 'suul Khotimah' kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan mengingati mati adalah salah satu ibadah. Dunia dikejutkan lagi dengan pemergian seorang superstar, Raja Pop nmbor 1 dunia.
Berbagai spekulasi yang kita dengar tentang beliau sebelum ini..isu skandal,pembedahan, album bahkan tentang keIslamannya..Pastinya semua ini tinggal kenangan dan ristaan. Raja pop yang mempunyai pengaruh yang luar biasa dan menjadi idola dalam dunia seni samaada gaya, nyanyian atau pakaian..uuu. Heal the World laungan beliau untuk kedamaian dan ketenteraman umat sejagat..namun senyaring mana pun laungan jika tiada pihak yang mengambil maklum akan jadi sia-sia. Tetapi itulah yang ingin beliau cuba lakukan..help the child, peace dan thanks to Allah..
Resam dunia..bila sudah tiada maka akan terasa hilangnya. Jika ada maka akan dibiar. Jika kita memuja hamba, maka hamba tersebut akan hilang . Tetapi jika memuja yang mencipta Alam dan seluruhnya, Ia kekal ( Allah SWT). Masyaallah..itulah pesan Rasulullah kita. M.J. Seorang raja Pop Eropah akhirnya sempat menerima hidayah. Semoga akan tenang di alam sebenar. Munajat untuk sesama saudara Islam.
Beliau seorang yang dikenali di mata dunia. Tetapi kita selaku manusia biasa, adakah kita sudah bersedia menghadapi saat Kiamat kecil? adakah kita akan dikenang di dunia? adakah kita akan di doakan? Kematian adalah pengajaran buat kita. Iktibar yang tersirat. Subhanallah.

Thursday, 25 June 2009
AkTVT
Berkemah, camping,outing antara akitivti yang sering dianjurkan oleh sesebuah sekolah. Anakku juga terlibat untuk berkhemah, cuma dari pagi hingga petang. kira ok la tu memandangkan rata-rata umur masih kecil..Pasukan pengangkap sekolah anakku telah mengadakan aktiviti ini untuk mendedahkan dan mengcungkil kepimpinan kendiri dan kelompok. Ku ucapkan terima kasih kepada sekolah atas insiatif mereka untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah. Umpama 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas tetapi juga pengajaran secara tidak formal juga boleh dibuat. Aktiviti diluar kelas boleh membantu pembentukan sahsiah yang positif seperti percara diri, komunikasi yang betul, menerima arahan bahkan sikap saling membantu, hormat menghormati. Perkara ini sangat membantu untuk menjadi seorang insan yang berguna di kemudian kelak. Kepada anakku, semoga menjadi anak yang berjiwa kental, pintar serta patuh pada agama dan orang tua..Amin..
Homeland holiday
Jerudong Park..berapa lama awda tidak berkunjung ke tempat ini? Baru-baru ini ku membawa famili untuk berkunjung ke Jerudong Park sempena cuti sekolah. Sudah lama tidak berkunjung ke JP, rupanya ada pembaharuan..ada persembahan belon air..terhibur juga menonton persembahan mereka. Anak-anak seperti tidak lepas mata melihat sambil ketawa melihat gelagat yang lucu.
Cuti sekolah adalah masa yang dinanti untuk bersama-sama keluarga. Berhibur dan bercuti di dalam negeri sendiri tidak kurang juga meriahnya. Sekurang-kurangnya ku dedahkan pada anak-anakku tentang negara sendiri. Merasa takut juga untuk keluar negeri memandangkan wabak yang melanda sekarang H1N1..bahaya..jadinya bercuti sajalah di tempat sendiri...
Membawa mereka bersiar-siar membuatkan hati tenang dan terhibur. Melihat tawa senyum famili boleh menghilangkan beban kerja buat seketika..istilahnya mengubat hati...laungan Kenali Negara Kita perlu diberi sokongan kerana belum semua kita tahu tentang negara sendiri. Apapun juga terserah kepada kita bagaimana untuk mendekati memahami dan mmencintai khazanah negara kita. Orang Eropah melancong untuk melihat negara lain manakala kita meloncong untuk? shoping..betul ka statement ani..
Monday, 22 June 2009
Kejutan lagi....
Pagi ini (sekitar 8am), ku dikejutkan oleh anak-anakku..sambil mereka menbanguni ( maklum hari Ahad..peluang untuk kan bangun akhir sikit) mereka mengucapkan kalimat " Selamat hari ayah, ayah"..Anak-anakku memang memangilku ayah..jadi apa bezanya pangilan dan kalimat ucapan tadi..namun ku terpegun bila mereka mencium pipi dan memelukku sambil menghulurkan hadiah..wah rupanya Hari Ayah..tersenyum juga jadinya..ku peluk mereka..Syukur pada Mu ya Allah sebab memberikan ku rezeki dengan menganugerahkan anak-anak yang tahu menilai dan mengasihi indung..Syukur..
Ku cari mama mereka, ku lihat sedang duduk depan TV setelah selesai menyediakan sarapan pagi..ku ucapkan juga terima kasih.
Ku Ucapkan juga selamat Hari Ayah kepada bapaku..semoga bapa kekal sihat dan bahagia...Amin
Hari Bapa..hari untuk memperingati segala pengorbanan seorang Ayah..segala apa yang diusahakan untuk membangun dan menciptakan suasana kekeluargaan yang rukun..Namun untuk mengingati semua itu tidak semestinya hanya menunggu hari Ayah..yang penting rasa hormat dan ihsan kita kepada yang bergelar Ayah setiap masa..Siapa pun mereka, dia tetap seorang Ayah...Cuma Hari Ayah merupakan manifestasi untuk melahirkan rasa menghargai mereka...kepada di luar sana..Marahnya seorang ayah tidak bermakna benci tetapi untuk mendidik dan mengajar..(but dont beyond d limit)..Anak-anak sekarang memang sensitif..didiklah dengan 'Mauizzati Hassanah'..teladan dan nasihat yang baik..Insyallah akan menjadi seorang ayah yang bijak dan lebih bertanggungjawab
Sunday, 21 June 2009
Pesta Sukan Remaja
Kemarin ku menerima pangilan untuk majlis Penutupan Acara Pesta Sukan Remaja 2009.
Setelah menyelesaikan semua kerja, aku pun menghadirkan diri. Ini kerana telah terlantik menjadi AJK Teknikal dalam acara Silat. Cuma tidak dapat menghadirkan diri sepenuhnya sewaktu pertandingan dijalankan atas sebab tugas yang sedia ada. Minta Maaf aaa...
Tahniah kepada yang berjaya dan menjuarai acara dalam sukan masing-masing. Semoga pengalaman mengikuti pesta Sukan Remaja ini menjadi 'bench mark' untuk kejayaan yang akan datang. Secara keseluruhannya Daerah Brunei Muara menjurai kutipan pingat. Olahragawati di sandang oleh Daerah Tutong dan mendapat $500.00 disamping hadiah lain. Wah ada harapan makan besar ni..
Bersukan memang baik cuma jangan sampai mencederakan diri. Bila dah cedera, sendiri yang susah. Pergerakan terbatas...Syukurlah dengan apa yang diterima walaupun memang terasa sakit. Apa boleh buat udah nasib.
Pesta Sukan Remaja kali ke 4 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan dikelolakan oleh Persatuan-persatuan Sukan Negara Brunei Darussalam. Pesta bermula pada 14 hingga 20 Jun 2009. Sekali lagi ku ucapkan tahniah kepada penganjur dan pengelola atas kejayaan pesta ini. Dan tahniah juga kepada pemenang dan biarlah kemenangan dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk lebih baik lagi. Manakala yang tidak menang, jangan putus asa. Kekalahan tidak membawa erti jika masih ada semangat untuk berusaha. Bahkan sebagai langkah untuk bergerak maju lagi di masa akan datang.
Kejayaan yang dicapai waktu ini adalah merupakan kegagalan. ini kerana keputusan yang terima dan pencapaian yang dibuat adalah yang baik bahkan yang terbaik itulah yang hendak dicapai. Sebagai contoh..catatan larian 100 meter yang diperolehi adalah 30-35 saat. Tapi ada yang lebih pantas dari masa itu. seperti lompat jauh juga, jarak yang dicapai itulah sahaja yang diperolehi tetapi ada lagi pencapaian yang hendak dicipta. terpulanglah kepada diri sendiri untuk menafsirkan erti pencapaian dan kejayaan. Yang baik tidak semestinya yang terbaik. yang buruk tidak semestinya yang terburuk. Boleh fahamkan? :)
Karnival RTB
Minggu lepas (14 Jun 2009) bertempat Petani Mall Tutong, Karnival RTB telah diadakan. Bermacam-macam aktviti telah diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. rakaman untuk rancangan RTB juga diadakan jadi pengunjung juga berkesempatan menyaksikan proses rakaman bagi rancangan RTB (seperti untuk sekmen Hari Raya). Selain itu, pengunjung juga dapat mengikuti kuiz dengan mendapat hadiah yang disediakan. Gerai-gerai produk tempatan juga mengambil bahagian di karnival ini. Bagi memeriahkan program ini aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Permainan seperti Stand a Bottle, Dart Ballon, Tic tac dan sebagainya.
Disamping program tersebut, adakah kita sudah tergambar tentang kesusahan dan cabaran untuk menyiarkan rancangan di TV kita? Dan adakah kita merasa berpuashati dengan rancangan yang disediakan? Apa pun juga tidak semua kerja itu mudah dan begitu juga sebaliknya. Kita selaku penonton d negara sendiri, hendaknya lah memberikan sokongan dan yang diberi sokongan berusahalah untuk memberikan yang terbaik. Semoga Maju jaya dan akan lebih menambat hati para penonton.
Rancangan Tv memang memberikan kesan kepada para penonton, samaada ia membawakan kesan yang positif dan juga sebaliknya. Selaku orang dewasa, kitalah yang memainkan peranan untuk memantau apa yang ditonton. Baik buruknya kita yang menilai. Cara Pemikiran dan pandangan serta menilai tidak sama. Ada yang baik boleh menjadi kesan yang buruk dan yang yang berunsurkan perkara negatif ( seperti rancangan drama yang mengambarkan perbuatan jahat) boleh memberikan kesan yang baik.
Belon yang tidak pecah..wah amazing haha...
Antara Artis Brunei yang memeriahkan Karnival

Friday, 19 June 2009
Nissan Cefiro 4 sale
Sharing info..kawan offering keretanya untuk dijual, kataku im promokan saja dalam blog. Untuk menolong kawan, ku harap usaha ani mendatangkan hasil..
Sedikit detail tentang kereta cefiro ani :
1) Nissan cefiro modal 2003 ( dijual kerana owner ada keta baru hehehe..katanya)
2) condition msh bagus inda pernah kerosakan teruk, kerosakan kecil pun bule dikatakan nada
3) 1 owner sahaja dan dijaga dgn baik. accident free inda pernah servis woksyop luar
hanya d boustead
4) Dibeli pada oktober 2003
5) No more bank
6) Harga yang ingin dijual ialah 15k msh lagi boleh dirunding
"Tolong forward kn basar pahala kamu hehehe.Kalau ada yang berminat emel sj at manvsscholes@hotmail.com lps tu tani bole berurusan dgn lebih lanjut.
terima kasih" katanya dalam email.
So apa lagi, kepada sesiapa yang berminat hubungi tia sikawanku atu..tawar lagi..asa long as semua berpuashati.

Wednesday, 17 June 2009
Bengkel Fonik
Pada hari Ahad yang lepas, isteriku bersama temannya telah membuat aktiviti pada waktu cuti sekolah iaitu memperkenalkan kepada para murid dan ibu bapa tentang kaedah pembacaan iaitu fonik. Inilah diantara sumbangan para pendidik, senantiasa mencurahkan ilmu..Ilmu tidak akan berkurangan jika diberikan bahkan akan bertambah. Tahniah kepada warga pendidik atas usaha yang murni untuk menjadikan warga kitani sebagai warga yang berpengetahuan. Para ibubapa juga perlu didedahkan tentang pengajaran, sekurang-kurangnya mereka dapat mengajar anak masing-masing di rumah.
Cuti Sekolah Bermula
Sudah beberapa hari cuti sekolah bermula..inilah masa yang sangat-sangat dinantikan oleh pada murid dan warga sekolah. Ibubapa penjaga juga tidak kurang sukanya. Inilah masanya untuk berehat setelah penat menimba ilmu. Dan inilah juga masanya untuk berehat dari menghantar dan mengambil anak sekolah. Cuti Penggal persekolahan pelbagai perancangan dibuat, makan angin, aktiviti riadah dan sebagainya. Ada budget, badan sihat so carry on saja dengan apa yang dirancang.
Biasanya hari terakhir persekolahan, pihak sekolah akan merancang aktiviti-aktiviti untuk para murid. Mengadakan jamuan ( hal ini lazim sewaktu aku masih dibangku sekolah lagi..wah rindu rasanya kan belajar semula), aktiviti membaca, melawat dan bahkan ada yang membuat aktiviti mini sukan...Kebanyakkan para ibu bapa juga telah merancang untuk memohon cuti atas semata-mata untuk bersama anak-anak dan melancong keluar negeri..bagi kami sekeluarga..cuti penggal kedua ini, kami tidak pergi kemana-mana..budget kurang, banyak kerja dan cuti habis..hehe, tunggu cuti baru..insyaallah penggal terakhir kami merancang untuk melancong..untuk cuti kali ini biarlah melancong dalam negeri sahaja dulu..for next holiday, ada yang mau sponsor?
Colour Of Beauty
Wanita dan alat solek memang tidak dapat dipisahkan.Inilah yang dikatakan sebagai naluri semulajadi wanita. Pada sebahagian wanita, kecantikan adalah anugerah dan satu kemestian. Malah ada yang sangup berbelanja lebih untuk alat solek..walau apa pun, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilainya. Cuma perlu diingat, kecantikan luaran biarlah mengambarkan kecantikan dalaman juga. Janganlah bersolek saja tetapi jiwa tidak di 'touch up'..fahamkan? ok..untuk renungan bersama sahaja...for guys, jangan mudah terpengaruh pada solekan ..lolz..
blogging tergendala-kesibukan
Salam. Sekarang ini aku belum ada masa yang lapang untuk men'share' apa-apa dalam blog ini. Ada bahan tetapi belum termuatkan lagi...minta maaf..banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuklah hal tugas dan juga hal komitmen lain..Insyallah dalam sedikit masa lagi blogging akan beraksi semula.
Terima kasih
Terima kasih
Sunday, 7 June 2009
Tug of War Tutong
Petang ini 7/6/09. pertandingan akhir tarik kalat bagi Daerah Tutong telah diadakan. Pertandingan ini bagi kelayakkan untuk mewakili daerah. Kategori C (remaja) akan diwakili oleh SM. Muda Hashim. Kategori B(ringan) akan diwakili oleh jabatan Penjara Maraburong manakala ABDB Penanjong Garisson bagi Kategori A(Berat).Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang bernasib baik, beerti perlu usaha lagi nanti, dan tidak semestinya kekalahan akan selalu menghantui. Adakalanya kekalahan menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang..asal perlu ada iltizam dan lutanan.
Terkenang sewaktu aku bergiat dalam sukan ini..sungguh letih dan memerlukan stamina yang bagus. Sekarang? hanya melihat sahaja. Semoga berjaya nanti bila ke peringkat kebangsaan.
Sukan RIa
Hari ini 7/6/09, Sekolah Nusa Jaya Tutong, telah mengadakan sukan ria kali yang ke 4. Saingan hanyalah dua cawangan sekolah ini sahaja iaitu cawangan Penanjong dan Keriam. Tetamu kehormat adalah Pehin Dato Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih bin Abdullah. Pelbagai perlawanan sukan telah diadakan dengan melibatkan kerjasama antara ibubapa penjaga murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Acara ini diadakan 2 tahun sekali.
Selaku institusi pendidikan, perlu ada penerapan pendidikan dari segi psikomotor(kemahiran/bakat) dan bukan hanya menitik beratkan pada aspek kognitif(penggunaan minda) sahaja. Dan melalui sukan ria ini juga, dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial,kreativiti,fizikal,bahasa(kemahiran mendengar arahan), Rohani(kesabaran dan daya saing)dan mental para murid. Para ibu bapa penjaga juga mendapat manfaat daripada acara sebegini seperti akan bertambah akrab antara pihak sekolah serta ibubapa penjaga yang lainnya. Kerjasama adalah penting dalam mengendalikan satu-satu acara. seperti ungkapan 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'
Tahniah atas usaha ini.
Bikes Show
Friday, 5 June 2009
Menabung & Pengaruh $
REZEKI TIDAK SEMESTINYA DUIT,TETAPI JUGA PERASAAN YANG TENANG DAN BAHAGIA.
Ungkapan ini ku dapat daripada hasil bacaanku 'TAU TAK APA' karya Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj. Bersesuaian dengan apa yang akan ku nukilkan disini tentang duit/syiling/rezeki. Malam ini aku dan isteri tengah bosan, tiada apa hendak dibuat. Tiba-tiba isteriku menyarankan untuk mengira duit tabung anak-anakku untuk dimasukkan ke dalam akaun simanja mereka. Wah boleh tahan juga banyaknya, maklumlah tabung anak-anak. Mereka ku ajar untuk menabung duit. Seperti biasanya apabila diberikan duit syiling, mereka akan terus menyimpan ke dalam tabung masing-masing. Syukurlah mereka menerima ajaranku. Insyallah besok akan dimasukkan ke akaun mereka. sekurang-kurangnya dapat mereka gunakan nanti apabila perlu. Melentur buloh biar dari rebung.
Dalam hal duit ini, memang banyak karenahnya. Boleh lupa diri, menyalah gunakan kuasa, rasuah dan sebagainya. Semoga kita semua terhindar dari perkara yang negatif dari duit. Jangan kita menjadi hamba duit, dan jika ini yang berlaku maka akan musnahlah hidup kita. Duit memang perlu dalam kehidupan kita terutama dalam arus sekarang yang harga semakin meningkat. Nilai duit $100 umpama $10 saja. Walau apa pun juga, rezeki tidak datang bergolek, terpulanglah pada kita untuk mencarinya.Namun perlulah dengan jalan yang betul, bukan dengan cara yang salah, menindas orang lain, menabur pasir pada nasi orang, mengadu domba, ataupun menjatuhkan orang agar diri boleh dapat duit. Lumrahkan perkara ini? dan ku percaya awda sendiri pernah mendengar atau mengalami situasi ini akibat orang lain. Atau mungkin kita yang membuat perkara tersebut..Mungkin saja. Maka renung-renungkanlah bersama. Tidak akan kekal dan tenteram jika demikian. Rezeki yang halal akan mendapat berkat yang kita tidak terbayangkan. Zakat jangan lupa, Sedekah mesti selalu. 'indakan duit untuk masjid seringit tapi duit untuk.......banyak.'
Ini hanyalah pandangan saja. Belum tentu betul. Mungkin pandangan berbeza dengan hujah masing-masing yang lebih bernas. Sekadar luahan pengalaman, pandangan ringkas dan cerita yang ku dapat.
Thursday, 4 June 2009
Seni Melayu Tradisi
Silat..Seni mempertahankan diri orang-orang Melayu..Banyak nilai budaya dan gaya hidup yang terdapat didalamnya..Tapi sejauh manakah kita memahami konsep dan falsafah silat yang kita tahu. Ada yang berkata, Silat tidak lagi relavan dengan arus kehidupan sekarang..cukup dengan senjata canggih untuk mempertahankan diri..cuma bagi kawasan mana dan negeri mana yang boleh membawa senjata dan digunakan untuk mempertahankan diri.Adakah undang-undang yang membolehkan kita membunuh? inilah persoalan yang sering timbul. Silat sesuatu yang membosankan sebab tidak praktikal dan tidak seperti street fighting..dalam perkara ini, yang perlu difahami adalah tapak atau langkah yang ada pada silat tersebut..soal tidak praktikal ini,tidak sepatutnya timbul sebab dalam silat ada permainannya yang boleh kita katakan sebagai pukulan 'fatal', 'counter attack' dan sebagainya..hanya yang memahami sahaja mengetahui. lebih menghairankan..sekarang ini silat sudah mendunia..bangsa Eropah telah melihat silat sebagai suatu aliran mempertahankan diri yang unik dan praktikal, jika tidak mengapa silat dipelajari disana dan boleh diterimapakai? Mengapa kita selaku yang empunya seni/tradisi boleh menepikan hal ini bahkan tidak/kurang menyokong. Seperkara lagi tangapan tentang beladiri pula..sekarang ini semakin banyak aliran yang tumbuh..lihat sahaja pada Youtube..banyak aliran yang divideokan. Lebih menyedihkan adalah mindset yang kabur tentang silat..dilarang untuk mempelajarinya kerana takut anak-anak bergaduh. Hal ini bukan dari silat tetapi daripada asuhan sendiri, tanpa belajar silat pun boleh berguduh juga kan? Mengapa silat dipinggirkan tetapi budaya seni lain diagungkan. Biar fair n square.apa halnya jika tiada senjata canggih pada diri tetapi berada di situasi yang terdesak( dikepunng), adakah kita berharap pemukul akan simpati kerana tiada senjata? ataupun adakah waktu ini kita merasa perlunya ilmu mempertahankan diri? fahami dulu baru beri pandapat..nah mengapa pula kita mengatakan silat tidak relavan? Tepuk dada tanya selera..Hal ini hanya sebagai pandanganku sahaja. Dan segelintir sahaja yang kontra tentang seni silat.
MENGILAP KURSANI SERAMPANG CAHAYA,MENGANGKAT SENI BUDAYA BANGSA
Pesilat dari PSPS Gerak41 dan mambawa resmi padi & piasau (kelapa)
Monday, 1 June 2009
31 May - Hari Ulangtahun ABDB ke 48 tahun
" MEMPERKUKUH PERTAHANAN DALAM MENDUKUNG KEDEWASAAN BERNEGARA "
...SYABAS... Cukup dengan 1 ungkapan perkataan bagi melambangkan 'salute ku' untuk kejituan ABDB dalam menuju era kematangan.
KEAMANAN negara sangat penting bagi menjana keselesaan kita bernegara, tanpa keamanan kita akan menempuh pelbagai kesulitan bukan hanya nyawa dihujung tanduk bahkan kita akan khuatir untuk keluar rumah..semoga negara kita tidak akan mengalaminya. Sama-samalah kita berganding bahu untuk mengekalkan keamanan negra kitani, bukan hanya menyerahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada agensi kemananan sahaja bahkan kita juga selaku rakyat ada tanggunjawab masing-masing. All for One and One for ALL
Brunei Darussalam, Abode OF Peace...

Subscribe to:
Posts (Atom)