Thursday, 25 June 2009
AkTVT
Berkemah, camping,outing antara akitivti yang sering dianjurkan oleh sesebuah sekolah. Anakku juga terlibat untuk berkhemah, cuma dari pagi hingga petang. kira ok la tu memandangkan rata-rata umur masih kecil..Pasukan pengangkap sekolah anakku telah mengadakan aktiviti ini untuk mendedahkan dan mengcungkil kepimpinan kendiri dan kelompok. Ku ucapkan terima kasih kepada sekolah atas insiatif mereka untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah. Umpama 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam kelas tetapi juga pengajaran secara tidak formal juga boleh dibuat. Aktiviti diluar kelas boleh membantu pembentukan sahsiah yang positif seperti percara diri, komunikasi yang betul, menerima arahan bahkan sikap saling membantu, hormat menghormati. Perkara ini sangat membantu untuk menjadi seorang insan yang berguna di kemudian kelak. Kepada anakku, semoga menjadi anak yang berjiwa kental, pintar serta patuh pada agama dan orang tua..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment