Wednesday, 17 June 2009

Cuti Sekolah Bermula



Sudah beberapa hari cuti sekolah bermula..inilah masa yang sangat-sangat dinantikan oleh pada murid dan warga sekolah. Ibubapa penjaga juga tidak kurang sukanya. Inilah masanya untuk berehat setelah penat menimba ilmu. Dan inilah juga masanya untuk berehat dari menghantar dan mengambil anak sekolah. Cuti Penggal persekolahan pelbagai perancangan dibuat, makan angin, aktiviti riadah dan sebagainya. Ada budget, badan sihat so carry on saja dengan apa yang dirancang.
Biasanya hari terakhir persekolahan, pihak sekolah akan merancang aktiviti-aktiviti untuk para murid. Mengadakan jamuan ( hal ini lazim sewaktu aku masih dibangku sekolah lagi..wah rindu rasanya kan belajar semula), aktiviti membaca, melawat dan bahkan ada yang membuat aktiviti mini sukan...Kebanyakkan para ibu bapa juga telah merancang untuk memohon cuti atas semata-mata untuk bersama anak-anak dan melancong keluar negeri..bagi kami sekeluarga..cuti penggal kedua ini, kami tidak pergi kemana-mana..budget kurang, banyak kerja dan cuti habis..hehe, tunggu cuti baru..insyaallah penggal terakhir kami merancang untuk melancong..untuk cuti kali ini biarlah melancong dalam negeri sahaja dulu..for next holiday, ada yang mau sponsor?

No comments:

Post a Comment