Selamat ulang tahun buat Aisah. Semoga sehat selalu dan Murah Rezeki dan diucapkan terima kasih juga juga buat Salmah atas menjemput keluarga bagi makan malam dan didoakan semoga murah rezeki. bertempat di Tamu Selera, Bandar Seri Begawan. Sebagaimana ku difahamkan, bahawa jemputan makan malam sahaja. Tetapi ada agenda lain disebaliknya. kira 2 dalam 1. Walau apapun ku ucapkan ribuan terima kasih atas pelawaannya dan dijamu selera. Keluarga sebelah Isteri, itu belum semua yang dapat menghadirkan diri. Jika semua hadir, memang penuh meja yang ditempah.
Kawasan yang sentiasa penuh, ramai pelanggan dan boleh memilih pelbagai jenis menu. Harga dianggarkan sederhana, dan malam itu untuk makan seramai lebih 20 orang hanyalah $150.00 sahaja. bolehlah untuk berbelanja secara ekonomi.
Namun kusarankan, tempat makan ini perlu diambil perhatian tentang kawasannya. Sempit dan kecil. Faktor keselesaan dan kebersihan perlu diambilkira.
Selamat Ulang Tahun dan Terima Kasih. Ada sesiapa lagi hendak menjemput makan, Jika ada, akan ku kosongkan perut dari pagi, lolz…
No comments:
Post a Comment