BMC [ Brunei Methanol Company ]. Semalam selepas pulang dari berkunjung di rumah saudara, aku mengambil kesempatan merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan. Sekarang Negara kita sedang melangkah kearah perindusterian. Tahniah. Semoga negara kita akan menjadi lebih maju untuk menjana perekonomian negara.
Tuesday, 29 September 2009
Dian Sepucuk – kesamaran cahaya
Semalam aku menerima jemputan saudara di Lumut, makan soto. Sewaktu perjalanan kesana, keadaan seperti biasa. Namun setelah sampai diLumut, keadaan sangat gelap hanya lampu kereta menjadi penyuluh. Rupa-rupanya tiada bekalan eletrik. Kami sekeluarga dijamu dalam keadaan samar-samar, hanya diterangi cahaya lilin. Setelah selesai kami memohon pulang setelah mengetahui keseluruhan tempat di negara tiada ‘karan’. ini bererti di tempatku juga mengalami keadaan yang sama.
Aku kurang jelas jam berapa bekalan letrik ada semula, mungkin sekitar jam 2 pagi. Suasana hangat ditambah lagi waktu siang cuaca terik matahari terasa dikulit. Tadi pagi ku rasa badan seperti hendak demam.
Bagaimana keadaan kita diera baru ini jika tanpa bekalan eletrik? susah bukan, ini kerana keperluan eletrik sangat penting dalam kehidupan kita. keseluruhan teknologi diasaskan dengan tenaga letrik. Namun bagaimana jika ketiadaan air? halnya akan lebih rumit . Air adalah asas utama kehidupan kita [sumber kehidupan].
Ku rasa semua yang terlibat dengan semua ini merasakan kesulitan dan menjadi masalah. Dan Tahniah kepada Jabatan Eletrik kerana telah membaikpulih keadaan.
Sunday, 27 September 2009
Replika Suasana Raya – Kreativiti NBT
Anakku bertanya satu solan yang ku kira ada moralnya dan ingin ku kongsikan bersama.
“Ayah seronok kah hari raya ani ?
Soalan yang membuatku berfikir sejenak suasana berhari raya waktu ku dahulu dan sekarang.
Apa jawapan Awda?
- Seronok
- Bosan
- Membazir
- Meriah dan hapening
- Sedih
Ataupun ada jawapan awda tersendiri dengan alasan masing-masing. Bagiku semua ada diatas. Seronok, Bosan, membazir dan meriah. Terpulang pada diri sendiri untuk menjawabnya. Seronok bila bersama keluarga hingga timbul kemesraan dan kemeriahan. Bosan bila kereta di jalan raya tersekat dan sesak. Membazir bila yang dihidang tidak habis, lain lagi bila mengubah ruang dan peralatan. ( hanya pandangan dan yang dirasa)
Ada satu waktu, ku rasa kenderaan yang dipandu menimbulkan kurang selesa dan membahayakan. Memintas kenderaan dengan cara yang bahaya, keluar simpang mengejut, memakan jalan, bahkan ada yang memandu seperti dikejar. Adakah keperluan memandu seperti ini? bila berlaku perkara yang tidak diingini, pasti pertengkaran akan berlaku. Padahal suasana hari raya ini kita mengambil intipati kemesraan dan bersilaturrahim. Tidak salah untuk berhemah di jalan raya demi keselamatan bersama. Setuju?
Berbalik pada soalan diatas, jawapan ku.." Seronok sebab abang dapat duit raya”. Ku liat ia tersenyum sendiri. Memang seronok bila tiba hari raya, dapat duit raya, minum minuman bergas(karbonat), berjalan bersama kawan-kawan, dapat pakaian baru. Inilah diantara kemeriahan dan keseronokan yang ku lalui bila tiba musim raya sewaktu kecilku. bila remaja keseronokkan bertambah meriah dengan bermain mercun. bila bertambah dewasa, boleh berjalan konvoi bersama kawan-kawan dan teman istemewa :)
Bila beranjak dewasa, kematangan sudah ada. Rasa ingin bersama ibubapa sering dalam kepala dan hati. berbeza sewaktu remaja, selalu ingin bersama kawan-kawan. Fenomena ini akan sentiasa berlansung dan seperti lumrah putaran hidup. Sekarang bila sudah berkeluarga, rasa ekeluargaan semakin tebal dan erat. Adakah anak-anakku akan seperti diatas? inilah yang ingin diterapkan..kekeluargaan, tanggungjawab, kefahaman erti Aidilfitri ( bukan hanya mengumpul ‘sampul’)
Gambar diatas, merupakan replika yang ada, kanak-kanak bergembira, ibubapa sibuk mengurus persediaan Aidifitri, rumah yang suram akan meriah diwarnai dengan cucul-cucul, binatang ternakan jadi juadah rumah terbuka. Seronokkan?
Perlu juga kita beringat, ada yang bersedih dimusim raya ini. Jangan juga diadilfitri ini menjadi alasan kita untuk membazir.
Cuma pandangan dan selamat berhari raya, maaf zahir dan batin.
MDBull Sungkai Gathering [Preunion]
Salam Aidilfitri…MDBulls geng, Sory baru dpt mengupload event kitani..server nda berapa bagus.
Well Diucapkan Selamat hari raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin..jemput-jemputlah berkunjung ke rumah. Minta maaf jua jika alum ketambusan rah kediaman abiskita.
MDBull bersungkai bersama famili d I-Lotus, organised by Adi Aizal(boi) n PRO nya Meon. More ganthering akan dibuat lagi nanti. Teman baru, sahabat lama jangan dilupa. Kukuhkan hubungan silaturrahim walau dimana kitani berada.
Wednesday, 23 September 2009
Salam Aidilfitri 1430
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Umat Islam dan kepada pengunjung. Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap samaada yang sengaja ataupun tidak, yang disedari atau sebaliknya.
HariRaya adalah anugerah dan hadiah untuk kita setelah sebulan kita melawan hawa nafsu, berlapar dahaga dan mengawal emosi. 1 Syawal, hari kejayaan buat kita dan selayaknyalah kita meraikan hari mulia ini dengan mengucap syukur dan mengambil kesempata untuk kunjung mengunjungi sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan juga mungkin kepada seteru kita. Ambil peluang untuk menjernihkan suasana.
Sekali lagi saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin..
Wednesday, 16 September 2009
Infrastruktur Akuatik
Petang tadi, aku sempat meninjau pembinaan baru di Daerah ku. Dijangka akan siap pada tahun depan. Kemudahan ini, menjanjikan sesuatu yang menarik dan keselesaan untuk bersukan atau beriadah.
Sebetulnya aku ingin cuba belajar mengambil senario yang sedang berlaku sewaktu kerja-kerja pembinaan ini. Bangunan yang masih belum siap dan para pekerjanya, petang tadi aku berpeluang untuk merealisasikannya.